ANDAI ITU TAKDIRKU
Bab 7
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 November 2017
Dua orang sahabat baik yang memuja lelaki yang sama akhirnya bermadu dengan dua niat dan prinsip berbeza. Seorang mencari redha Allah dan seorang lagi menutup rahsia dosa. Isteri pertama yang cantik berjaya menutup rahsia tanpa mengetahui rahsia dosa dengan kasanova kampus telah lama diketahui. Atas kelicikan isteri menggunakan suami mengahwini sahabat lama seorang ustazah yang tabah hati untuk menguasai harta peninggalan keluarganya. Pertembungan membawa penganiayaan dan berakhir dengan isteri muda kembali dalam pelukan kedua-dua ibubapanya di pusara.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
94

Bacaan






Latifah berjalan perlahan-lahan menuju ke pokoktembusu tepi padang sekolah. Dia nampak Farid bersandar dengan kepalaterlentuk di pangkal pokok tembusu di tepi padang sekolah.

“Assalamulaikum Farid” Latifah memberi salam. Ada rasahormat pada budak lelaki itu. 

Farid masih terlentuk. Nampak sangat penatnya. Latifahsenyum lagi. “Assalamualaikum Farid”

Perlahan-lahan Farid membuka mata lalu memandang kiridan kanan mencari suara itu. Sebaik sahaja melihat Latifah terus bingkas diabangun.

“Eh..Waalaikumsalam, eh..eh..Ifah..terperanjat saya”

Tangannyamenepuk-nepuk punggung. Beberapa kepingan daun kering gugur dari bahagian belakangseluar. Malu dia dilihat Latifah tidur bawah pokok itu.

Latifah senyum sambil buat-buat tidak nampak Faridyang hilang gaya itu. “Awak buat apa?”

“Tak ada..apa-apa. Saja duduk tunggu masuk kelassemula” jawab Farid melarikan mata ke arah lain.

 “Awak dah makan?”tanya Latifah. Dia tidak ada banyak masa dan perlu cepat. Sekejab lagi locengtamat rehat akan berbunyi.

“Err…saya tak lapar. Pagi tadi dah sarapan di rumah”Farid berdalih. Sebenarnya dia memang lapar dan dahaga tetapi mana pun dia akanberitahu gadis cantik di depannya itu.

 “Cikgu cakapawak dapat nombor satu lagi”

Farid diam. Dia memandang ke wajah Latifah sebentar lalukemudian tunduk semula.

“Awak memang pandai. Tahniah!”

“Terimakasih..”

Latifah menghulur bungkusan berisi nasi lemak dan airkotak yang dibawa “Ini saya belikan untuk awak. Nasi lemak dengan air laicikotak..ambil la..!!” Hilang janjinya pada Salina sebentar tadi.

Farid serba-salah “Eh..eh..tak apalah”

“Kenapa?” tanya Latifah dengan wajah terkejut. “Awaktak sudi?”

“Err..bukan saya tak sudi..”

“Habis tu kenapa?”

“Saya tak boleh!” suara Farid serba-salah. “Kalau maksaya tahu, nanti dia marah kalau terima makanan dari orang lain”

“Mak awak bukan ada di sini. Mana dia nampak”

Fariddiam dan masih menunduk mata. Latifah tahu itu bukan cara untuk memujuk Farid.Dia mencuba cara lain.“Alaah, awak  memangtak sudi. Iyalah..setakat nasi lemak dengan air kotak macam ini saja yang sayamampu” suara Latifah seperti merajuk.

Farid memandang Latifah. “Eh..bukan macam tu!”

“Saya penat beratur nak belikan untuk awak tadi. Sedihsaya kalau awak tak sudi terima.” Tidak tercuit pun rasa bersalah mengiklandiri sendiri. Farid hilang kata-kata tetapi kemudian perlahan-lahan menyambutbungkusan dari tangan Latifah.

“Err…terimakasih Ifah.” Terasa air liur menderukeluar.

Latifah senyum menampakkan lesung pipi yang cantik.

“Sama-sama ! Awak makan tau” kata Latifah sambilmatanya melihat sekeliling. “Tapi cepat sikit sebab tak lama lagi loceng bunyi”Kalau diturutkan hati dia mahu terus berada di situ. Tapi apa kata pula kalaudilihat orang lain? Tentu teruk dia kena sakat nanti.

“Awak tak makan sekali? Ifah.” pelawa Farid dengansuara bergetar. Buat pertama kali dia merasa jantung berdegup kencang semasamemandang wajah Latifah. Dia tidak sangka gadis cantik berkulit halus itu sudi datanguntuk bertanya dia sudah makan atau belum. Pada Farid Latifah tidak perlu buatbegitu. Malu kalau dilihat kawan-kawan lain.

“Tak apa. Awak makanlah dulu”

Jantung Latifah juga begitu. Sebelum ini. tidak  ada orang memanggil dia dengan nama ‘Ifah’ Oranglain semua panggil ‘Tipah..Tipah’. Dia tak suka nama Tipah!. Bunyi kampungsangat!

Latifah merenung ke dalam mata Farid. Mata itu cantik.Bulu mata hitam dan lentik panjang ke atas. Dia merasa  melayang-layang. ‘Oh..Farid..’

****



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku