ANDAI ITU TAKDIRKU
Bab 9
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 November 2017
Dua orang sahabat baik yang memuja lelaki yang sama akhirnya bermadu dengan dua niat dan prinsip berbeza. Seorang mencari redha Allah dan seorang lagi menutup rahsia dosa. Isteri pertama yang cantik berjaya menutup rahsia tanpa mengetahui rahsia dosa dengan kasanova kampus telah lama diketahui. Atas kelicikan isteri menggunakan suami mengahwini sahabat lama seorang ustazah yang tabah hati untuk menguasai harta peninggalan keluarganya. Pertembungan membawa penganiayaan dan berakhir dengan isteri muda kembali dalam pelukan kedua-dua ibubapanya di pusara.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
65

Bacaan






Latifahberjalan laju ke arah Jumat yang sedang melepak di tepi padang sekolah. Meluat sunggh dia melihat lagak Jumat seperti sekolah itu dia yang punya. Semua  tahu Jumat suka bergaduh, membuli dan menganggu pelajar perempuan. Memang betulorang cakap, budak Jumat ini tidak ada wawasan hidup langsung!

Sampaisahaja di tepi padang itu Latifah tidak menunggu lama. Suaranya  terus menyerang dengan penuh geram. “Heii..Jumat!. Apa kau cakap masa di kelas Farid kelmarin?” Beberapa orang pelajar lainyang berada tidak jauh dari situ mula saling berpandangan. Seperti ada sesuatuyang besar akan berlaku sebentar lagi.

“OhTipah..kenapa marah-marah ni sayang?” Jumat pura-pura tidak tahu. Kasim danZaidi yang duduk bersebelahan Jumat turut tersengih-sengih.!

Latifahsedikit pun tidak senyum dengan lawak murah itu ‘Eh..bila masa pula aku jadi‘sayang’ dia ni?’ Hatinya  tambah meluat!

“Jumat!. Mulut kau memang busuk macam tong tahi! Bila masa kau labur duit pada  aku?”

Kasimdan Zaidi bingkas bangun lalu dengan lagak ‘bodyguard’ berdiri di depan Jumat.

“Eh..apa sayang cakap ni..? Abang tak cakap apa-apa pun” suara Jumat mengejek sambilmemberi isyarat kepada Kasim dan Zaidi agar tidak berbuat apa-apa.

Latifahsemakin geram. ‘Abang??...Tolonglah’. Teringat semalam dia terima beberapa watsappdari nombor yang tidak dikenali bertanya harga dia masa ‘layan’ Jumat. Memangkurang ajar!

“Takpayah nak Abang..abang. Geli aku dengar” Latifah semakin geram. ‘Heii..Jumat...akutak hairan duit mak bapak kau. Itu bukan duit kau pun! Jantan apa duit makanpun mak bapak yang bagi?!”

Budak-budaklain semakin ramai berkumpul bila mendengar bunyi kecoh di tepi padang itu.Jumat hanya tersengih sambil menjeling Kasim dan Zaidi. Nyata dia tidak kisahdengan kutukan Latifah itu.

“Alaah..akutau la, budak macam kau ni. Kalau aku bagi RM200 sekali service..nak tak?” ejek Jumat sambil berdiri di depan Latifah.

Berdesingtelinga Latifah mendengar RM200 itu. ‘Biadap !’

Entahdari mana datang keberanian itu, tangan kanan Latifah melempang pipi Jumatsekuat hati. Muka Jumat terpaling ke kiri.

Kasimdan Zaidi terkejut. Kedua-duanya serba-salah memandang Jumat.  Apa yang perlu dibuat? Ini budak perempuanyang Jumat mahu ‘try’. Kalau budak lelaki senang! Tanpa perlu disuruh. Kedua-duaakan menerkam macam serigala kebuluran. Nanti Jumat bayar macam selepas merekabelasah Farid dua hari lepas. Masing-masing dapat RM50.

Jumattersenyum sambil menggosok-gosok pipi. Walaupun terasa pedih dan perit tetapidisorok sebalik senyuman itu. “Tipah....hari ini sayang lempang..nanti pipi inijugak yang sayang cium malam pertama nanti tau!” kata Jumat dengan suaramengejek.

Latifahmerasa dirinya diperkosa di khalayak ramai. Tiba-tiba tangan kiri Latifah pulanaik. Budak-budak lain tadi yang menonton bersorak dan bertepuk tangan. Merekamengharapkan  adegan yang lebih ganaslagi. Beberapa pelajar mula merakamkan kejadian yang pasti akan viral itu.

Tetapikali ini Latifah rasa badannya ditolak ke belakang. Tolakan itu sangat kuathingga dia jatuh tergolek dan kepalanya terhentak ke tanah. Mujur tangannyasempat menahan badan jadi hentakan itu tidak begitu kuat.

“Heii..Tipah.Kau jangan lebih..!!”, suara Jumat keras. Jelas kelihatan kiri dan kanan pipiJumat ada dua tanda merah bercabang lima.

Latifahtidak sangka Jumat membalas semula. Memang sah Jumat lelaki bacul sebab tolakbudak perempuan. Tapi dengan dua pelempang padu di kiri dan kanan pipi Jumat, Latifahsudah puas hati. Dia tidak mahu bertindak sehingga membahayakan diri. Semuapelajar dan guru tahu Jumat gangster sekolah dan dia tidak mahu menjadi mangsagila Jumat. Latifah bangun, berundur ke belakang lalu berjalan pergi.

Empatjam kemudian, klip video kejadian itu terus viraldi media sosial. Menjelang malam klip itu telah ditonton lebih 780 ribu kalidan 237 share.

Tujuhhari selepas kejadian itu, berita tersebar seluruh kampung. Jumat dibuangsekolah kerana memukul pelajar lain secara berkumpulan dan melakukan keganasankepada pelajar perempuan. Dua minggu selepas itu Zaidi dan Kasim pula dihantarke sekolah tahanan Henry Gurney, Melaka atas perintah Mahkamah Juvana.

****



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku