ANDAI ITU TAKDIRKU
Bab 10
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 November 2017
Dua orang sahabat baik yang memuja lelaki yang sama akhirnya bermadu dengan dua niat dan prinsip berbeza. Seorang mencari redha Allah dan seorang lagi menutup rahsia dosa. Isteri pertama yang cantik berjaya menutup rahsia tanpa mengetahui rahsia dosa dengan kasanova kampus telah lama diketahui. Atas kelicikan isteri menggunakan suami mengahwini sahabat lama seorang ustazah yang tabah hati untuk menguasai harta peninggalan keluarganya. Pertembungan membawa penganiayaan dan berakhir dengan isteri muda kembali dalam pelukan kedua-dua ibubapanya di pusara.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
83

Bacaan






Perlahan-lahanFarid membuka kelopak mata. Tangan kanannya bergerak lemah meraba-raba pembaluttebal melilit bahagian dahi. Kepala masih pedih dan berdenyut-denyut. Dalampandangan berbalam-balam dia nampak ibunya sedang tidur duduk dengan kepalatersandar ke dinding di tepi katil.

Faridcuba untuk bangun walaupun seluruh badan terasa sangat bisa dan sakit. Suara mengerangmenahan sakit yang cuba ditahan-tahan itu mengejutkan ibunya.

“Alhamdullillahanak ibu dah sedar.”

“Ibu..Ibu…Fariddi mana ni?”

“Fariddi hospital” jawab Mariam sambil memegang lembut tangan anaknya.

DahiFarid berkerut “Kenapa?”

“Faridpengsan” Mariam menggosok ubun-ubun Farid. “Sudah dua hari Farid di hospital”

Faridterdiam. Cebisan-cebisan bayangan kejadian di sekolah melintas dalam ingatan.Dalam bayangan itu dia nampak Jumat, Zaidi dan Kasim menyepak kepalanya.Tiba-tiba dia nampak buju kaki meja sebelum semua menjadi gelap. 

“MaafkanFarid..Ibu. Farid takkk..” suarannya terhenti apabila melihat isyarat Mariammenyuruh dia diam. Jari Farid digenggam kuat. Air jernih mula bertakung dikelopak mata yang bergetar-getar.

“Jangancakap apa-apa lagi. Dari dulu lagi Ibu dah cakap jangan sibuk hal orang. Kitani orang miskin nanti kita susah!”

“TapiIbu..??”

“SudahFarid.  Rehatlah”

Faridmengetap bibir. Terdetik rasa tidak berpuas hati. ‘Bila masa yang aku sibuk halorang? Kenapa ibu tidak mahu mendengar yang  aku sedang berada di kelas, tengah buatlatihan matematik tetapi ada orang datang tiba-tiba pukul aku?’ Terdengar kata-kataUstaz bahawa anak yang tidak dengar cakap ibubapa pasti nanti dapat balasantidak baik. Teringat selama ini  diaingkar tegahan Ibu jangan ambil upah kerja di kedai getah Haji Majid.

“Ayahmana? Belum balik lagi?” Farid mengalih isu.

“Belum..malamnanti baru sampai dari Kangar, tapi esok pagi-pagi lagi kena kerja semula.”

“Ayahdah tau?”

Mariamdiam. Dia tidak mahu Farid tahu macamana Ibrahim sudah siap mengasah parangmahu mengamuk ke rumah Jumat di Kampung Mentaus. Kalau tidak sebab dia berpautsekuat hati merayu di kaki Ibrahim pasti darah budak Jumat itu sudah bersemburke bumi. Gangster sekolah yang makan berhidang di rumah bukan tandingansuaminya yang padat berisi silat gayung pusaka tempur sebenar.

Apabilasoalan itu tidak berjawab, segera Farid mengerti. Itu bermakna ayah tidak dapatmelawat dia di hospital. Farid tahu ayah sangat risau tetapi rasa risau bukanboleh jadi duit! Tentu ayah yang sukarela ganti pemandu lain untuk cari duitlebih. Ayah kena kerja kuat-kuat untuk ganti atap bocor dan tampal dindingrumah yang dah lama berlubang. Untuk cari duit macam itu ayah kena telan rasapenat. Ayah kena lupakan anaknya dipukul orang sampai masuk hospital. Ayah kenatutup mata apabila tinggalkan isteri berhari-hari. Farid mengalih muka ke tepi.Dia tidak mahu ibu melihat airmatanya mula mengalir. Suatu hari nanti semua iniakan berakhir!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku