ANDAI ITU TAKDIRKU
Bab 11
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 November 2017
Dua orang sahabat baik yang memuja lelaki yang sama akhirnya bermadu dengan dua niat dan prinsip berbeza. Seorang mencari redha Allah dan seorang lagi menutup rahsia dosa. Isteri pertama yang cantik berjaya menutup rahsia tanpa mengetahui rahsia dosa dengan kasanova kampus telah lama diketahui. Atas kelicikan isteri menggunakan suami mengahwini sahabat lama seorang ustazah yang tabah hati untuk menguasai harta peninggalan keluarganya. Pertembungan membawa penganiayaan dan berakhir dengan isteri muda kembali dalam pelukan kedua-dua ibubapanya di pusara.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
103

Bacaan






Hariini genap tiga minggu Farid keluar dari hospital. Badannya sudah sihat dan pagitadi Pengetua sekolah telah mengumumkan tarikh peperiksaan PT3 secara rasmi.Walaupun penat balik dari sekolah tetapi Farid tetap singgah di rumah HajiMajid. Bertanya jika ada kerja yang dia boleh lakukan. Tidak kiralah samadajemur getah beku, potong rumput atau jaga kedai, semua dia sanggup. Ada kerjamaka ada duit.

Tapihari ini berbeza. Farid tidak tahu yang Haji Majid memang menunggu dia datang. 

“Krisnan!”

“Ya…Hajipanggil saya?”

“Nantikalau nampak budak Farid suruh dia datang jumpa saya”

“BaikHaji. Tapi kalau dia tanya kenapa mahu jumpa sama dia, Haji mahu saya cakapapa?”

Haji Majid terdiamseketika. Betul juga soalan Krisnan itu.

“Kamu cakap saya mahubagi dia kerja”

HajiMajid hanya mahu Farid yang buat kerja ini. Kalau Farid setuju dia akan bayarmahal.

Kira-kirajam 3 petang itu, Farid singgah di stor getah Haji Majid. Kebetulan Krisnansedang sibuk menyusun getah keping ke dalam lori. Sebaik ternampak Farid,Krisnan tersengih menampakkan gigi putih bercampur warna merah air sirih.

“Haa..Faridsudah balik sekolah?”

“Sudah..tapitadi saya terus balik rumah”

“Farid,tadi pagi Haji ada pesan sama saya kalau Farid datang dia suruh pergirumah”  Bersunguh-sungguh Krisnanmenyampai pesanan dengan goyang kepala yang unik. Sambil itu tangan Krisnanbergerak-gerak menunjuk ke arah rumah Haji Majid walaupun Farid telah tahuarahnya.

“KenapaPak Cik Krisnan?”

“Sayapun tak tau tapi tadi Haji cakap mahu bagi kamu kerja!”

Hatinyagembira. Ada kerja, tentu ada duit. “Ok…Terimakasih Pak Cik Krisnan”

Faridterus berjalan pantas menuju ke rumah banglo Haji Majid. Dia kena cepat supaya orangkaya itu tidak tertunggu-tunggu.

Sampaisahaja di pintu pagar depan banglo itu Farid terhenti sebentar. Rumah bangloitu terlalu besar dan cantik berbanding rumah kecil dia tinggal sekarang. Suatuhari nanti dia mahu memiliki rumah yang besar macam itu. Nanti dia nak bawaayah dan ibu duduk bersama.

“Assalamualaikum”

Faridberhenti seketika menanti jawapan. Senyap!

“Assalamualaikumm…”Kali ini dengan suara yang lebih kuat.

Masihtidak ada jawapan. Farid mengamati keadaan di dalam tetapi dia tidak nampaksesiapa. Pintu dan tingkap banglo itu gelap dan bertutup rapat.

“Waalaikumsalam...”Tiba-tiba kedengaran suara menyahut. Farid tidak masuk dan terus tercegat didepan pintu.  Dia hanya akan masuk jikadipelawa masuk.

“Farid..mari..marimasuk dulu” terdengar suara mesra Haji Majid. Sebaik sahaja pintu kaca berwarnagelap itu bergerak ke tepi kelihatan Haji Majid menjengah di muka pintu.Berkopiah putih, berkemeja kemas dan berkain pelikat.

Faridserba salah. ‘Takkanlah nak masuk dengan badan berpeluh begini’

“Haa..tungguapa lagi? Panas di luar tu!” Haji Majid memanggil sambil memberi isyaratmenyuruhnya masuk.

Perlahan-lahandia melangkah masuk dan sebaik sahaja berada di dalam, kulitnya terasa sejukdan nyaman. Perlahan-lahan Farid menutup pintu cermin yang terbuka itu. Diatidak mahu angin sejuk itu terlepas keluar. Membazir!

Kakinyamerasa geli memijak permaidani berbulu tebal berwarna kuning di ruang tamu.Permaidani lembut itu seperti menggelitik kulit kakinya. Farid melihatsekeliling. Ruang tamu itu saja jauh lebih besar berbanding rumahnya. Perlahan-lahandia duduk di sofa kulit warna coklat kemerahan di ruang tamu. Pertama kali dia dudukdi atas sofa kulit yang mahal itu.

HajiMajid hanya memerhati gaya Farid. Datang perasaan insaf bercampur simpati.Nampak sangat budak rambut kerintng itu tidak pernah merasa senang. Allah mahaadil. DiberikanNya budak itu hati yang terang dengan pelajaran.

“Faridsihat?” tanya Haji Majid.

“Alhamdulillahsihat Pak Cik”

“Mak..ayahmacamana semua?”

 “Mak sihat…ayah tak ada” jawab Farid pendek.

“Ayahpergi mana?”

Faridmemandang Haji Majid “Ayah ke Johor. Lusa baru balik”

HajiMajid senyum lalu bertanya tentang keadaan rumah Farid. “Atap dan dinding rumahyang bocor dulu dah elok?”

“Semuadah elok Pak Cik. Ada orang BaitulMal datang. Mereka besarkan sikit bilik depandan baiki atap dapur”

HajiMajid menarik nafas lega. Dia sendiri yang menulis surat ke BaitulMal NegeriSembilan untuk mendapatkan bantuan zakat keluarga Farid. Tidak sampai seminggukemudiannya dua kontraktor dilantik telah datang dan memperbaiki bukan sahajarumah Farid tetapi semua rumah yang layak menerima bantuan di Kampung Jerang.

“TerimakasihPak Cik sebab tolong dapatkan bantuan BaitulMal dulu”

HajiMajid senyum puas hati.

“Faridtau kenapa Pak Cik nak jumpa hari ini?”

Diamenggeleng kepala. “Tak tau Pak Cik”.  Sesaatkemudian Farid menunduk muka ke bawah semula.

HajiMajid tersenyum “Farid boleh tolong Pak Cik?”

MataFarid bulat sebaik mendengar pertanyaan itu. ‘Kenapa perlu meminta tolong? Orangkaya tidak perlu minta tolong ! Arahkan sahaja dan dia akan lakukan hinggaselesai. Habis kerja terpulanglah berapa upah mahu diberi. Dia tidak tahu hargatitisan air peluh budak miskin seperti dirinya. 

“Errr…mintatolong apa pak cik?” Farid menyusun kata berhati-hati. Terdengar-dengar pesanIbunya. ‘Kita orang miskin. Orang miskin tidak boleh menyinggung perasaan orangkaya.. Susah nanti’ Pesan itu disimpan kemas dalam hati. Jangan terdengarhingga keluar.

“Tapisebelum tu, Pak Cik nak tanya sikit. Boleh?”

Faridhanya mengangguk.

“PakCik dengar  Farid budak pandai dan selaludapat nombor satu. Betul ke?”

 Farid diam lalu tunduk memandang lantai.Tangannya meramas-ramas jari cuba menghilangkan rasa gementar.

“Betulke?” Haji Majid bertanya semula. Dia mahu mendengar jawapan daripada Faridsendiri.

“Sayacuma selalu dapat nombor satu tapi saya bukan budak pandai” Farid menyampaikanapa yang dia rasa.

HajiMajid tertawa kecil. “Pak Cik suka jawapan Farid. Budak pandai yang baik sahajayang boleh jawab macam itu” balas Haji Majid.

Faridlega.

“Bilapeperiksaan PT3, Farid?” tanya Haji Majid.

“Taksampai tiga bulan lagi”

Matanyamemandang Haji Majid. Hatinya tertanya-tanya. Kenapa orang kaya itu mahu tahu tentangpeperiksaannya ?

“Haa..jadisebab PT3 dah dekat, Pak Cik nak minta Farid belajar dengan Salina, boleh? Faridboleh tolong ajarkan dia matapelajaran matematik, sains dengan Bahasa Inggeris”

Faridterkejut dengan cadangan itu tetapi dia tidak membantah.

HajiMajid menyambung lagi “Farid datang belajar di sini 4 hari seminggu dari jam 3sampai 5 petang. Salina pun boleh belajar sekali. Kalau Farid setuju, pak cikbayar Farid RM30 sejam”

Faridterasa kerongkongnya tersekat. ‘Apa..? RM30 sejam dari pukul 3 hingga 5 petang.Dapat RM60 untuk 2 jam! Banyak tu!’

“MacamanaFarid. Boleh tak?”

 Farid hilang kata-kata.

HajiMajid senyum. “Boleh Farid tolong Pak Cik dengan Salina?”

Diasemakin hilang gaya.

 “Ok. Kalau Farid diam, Boleh Pak Cik anggapsetuju?”

Faridangguk sambil telan air liur.

“Kalaumacam tu Farid boleh mula petang ini. Tak perlu lagi kerja pindah getah beku.Kerja itu Pak Cik Krisnan dan Pak Cik Sudin boleh buat. Kejab lagi Pak Cikpanggil Ina turun. Boleh guna meja besar di tepi tingkap sana”

Jauhdi sudut hati, Haji Majid merasa sangat lega. Sekurang-kurang Salina bolehlebih bersedia menghadapi peperiksa PT3 tidak lama lagi. Haji Majid harapsangat agar Salina juga boleh dapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan itunanti.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku