ANDAI ITU TAKDIRKU
Bab 13
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 November 2017
Dua orang sahabat baik yang memuja lelaki yang sama akhirnya bermadu dengan dua niat dan prinsip berbeza. Seorang mencari redha Allah dan seorang lagi menutup rahsia dosa. Isteri pertama yang cantik berjaya menutup rahsia tanpa mengetahui rahsia dosa dengan kasanova kampus telah lama diketahui. Atas kelicikan isteri menggunakan suami mengahwini sahabat lama seorang ustazah yang tabah hati untuk menguasai harta peninggalan keluarganya. Pertembungan membawa penganiayaan dan berakhir dengan isteri muda kembali dalam pelukan kedua-dua ibubapanya di pusara.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
115

Bacaan







Pagiitu Salina belajar di perpustakaan sekolah. Dia sedang tekun menjawab soalandalam buku ulangkaji sains PT3. Ada beberapa soalan sukar yang tidak dapat dijawabsejak malam tadi. ‘Tidak mengapa. Petang nanti boleh tanya pada Farid bagaimanauntuk menjawab soalan-soalan itu’

Sedangdia asyik itu tiba-tiba ada suara menyergah dari belakang. “Haa…awak menyorok disini ya!”

“Hiss..awakniii Tipahh” mata Salina bulat kerana terperanjat. “Lain kali bagilah salamdulu !”

“Assalamualaikummm…”gurau Latifah tidak berhenti lagi.

“Haa..macamtu lah..” bisik Salina perlahan. Dia menjeling meja sebelah. Bimbang jikasuaranya menganggu pelajar lain.

KeningLatifah berkerut “Kenapa awak menyorok kat sini?”

“Eh..manapula kita menyorok. Peperiksaan dah dekat, jadi kita belajar di sini. Dalamkelas bising.” jawab Salina. Terdengar di hujung telinga, semalam  Farid berkata ’saya selalu belajar di library. Kelas bising!’

Latifahmenganguk tetapi kemudian memandang kiri dan kanan seperti memeriksa sesuatu.Perlahan-lahan dia mencuit hujung tangan Salina. “Eh.. kita nak awak tengok ni.Cantik tak?” sambil menghulur skeping kad harijadi berbunga-bunga warna merahjambu ke tangan Salina.

            “Eh..cantik!” puji Salina. “Awak nak bagi siapa?”

Latifahtersenyum menampakkan gigi putih diapit dua lesum pipit di pipi gebunya.Semenjak di tingkatan tiga ini Latifah semakin cantik dan jelita. Dia semakinteruja untuk berkongsi cerita.

“Farid!”

“Manaawak tahu, hari jadi dia?”

Latifahsenyum. Rahsia ini hanya dia yang tahu. “Macam ni, minggu lepas kita pergipejabat sekolah. Kita ternampak surat sokongan daripada Pengetua untuk Faridmasuk Tingkatan Empat di MCKK. Dalam surat sokongan tu ada nombor kadpengenalan dia.”

MulutSalina hampir terbuka tetapi cepat-cepat ditutup dengan tangan. “Waa..belumperiksa lagi sekolah sudah bagi surat sokongan?” tanya Salina berbisik.

“Budakpandai...mestilah sekolah akan tolong”

“Ooo..dianak pergi MCKK nanti ya?” Salina menyambut berita itu. ‘Hari-hari  datang ke rumah tetapi kenapa dia tidak  beritahu apa-apa?’ Ada rasa hati yang diatidak faham.

“Awaktengok kad pengenalan dia? Eii..beraninya awak!!.. tapi..tapi kenapa awak nakbagi kad ini?” soal Salina sambil cepat-cepat menyembunyikan bisikan hati tadi.Dia masih tidak dapat menangkap apa yang Latifah cuba sampaikan.

“Alahawak nii..susah betul nak faham” kata Latifah sambil merapat bibir ke telingaSalina.

“Esokhari jadi dialah!” bisik Latifah. Dia tidak mahu pelajar perempuan lain di mejasebelah curi-curi mendengar. Salina tergamam. ‘Kenapa aku tidak tanya harijadidia?’ Sejak Farid belajar bersama di rumah, mereka hanya bercakap halpelajaran. Pemuda itu lurus dan menjaga tingkahlaku. Pendek kata kalau orangkata Salina layak jadi ustazah, dia akan kata Farid lebih daripada layak untukjadi Ustaz.

“Weii…diatermenung pulak. Dah kenapa?” sergah Latifah. Cepat-cepat Salina kembalimemandang wajah kawannya itu. Suara hati tadi dibuang jauh-jauh.

 “Kad ini cantik. Tentu dia suka” Ada rasacemburu di situ tetapi bukankah Latifah itu kawan baiknya?  Sila beri laluan kawannya itu rapat denganFarid. Lagipun budak besar dan gemuk jangan mimpi!

Salinaperlahan-lahan memegang jari Latifah. Kulit itu begitu halus dan lembut sepertikulit bayi. Wajah Latifah direnungnya. Dari dekat memang jelas wajah Latifah putihkemerahan. Tidak ada parut sedikit pun. Pandai Latifah menjaga kulit.

“Faridtentu suka Tipah” perlahan suara Salina berbisik kepada kawan baik yangdianggap seperti saudaranya itu. Sambil itu hujung jari Latifah digenggam kuat.

“Bertuahawak!”



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku