ANDAI ITU TAKDIRKU
Bab 14
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 November 2017
Dua orang sahabat baik yang memuja lelaki yang sama akhirnya bermadu dengan dua niat dan prinsip berbeza. Seorang mencari redha Allah dan seorang lagi menutup rahsia dosa. Isteri pertama yang cantik berjaya menutup rahsia tanpa mengetahui rahsia dosa dengan kasanova kampus telah lama diketahui. Atas kelicikan isteri menggunakan suami mengahwini sahabat lama seorang ustazah yang tabah hati untuk menguasai harta peninggalan keluarganya. Pertembungan membawa penganiayaan dan berakhir dengan isteri muda kembali dalam pelukan kedua-dua ibubapanya di pusara.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
135

Bacaan






Pagi itu merupakan hari pertama peperiksaan PT3. Semuacalun sedang menunggu di luar dewan dengan gaya tersendiri. Ada yang nampakrisau, ada yang masih tekun membaca nota dan ada yang berwajah tenang.

Tidak sampai 10 minit lagi semua calun akan mula masukke dewan peperiksaan. Di satu sudut beberapa pelajar mula bersalam antara satudengan lain. Masing-masing memberi ucap selamat untuk kejayaan bersama.

“Ina awak ada nampak Farid?” bisik Latifah ke telingaSalina yang berdiri di sebelahnya.

“Tak!” jawab Salina perlahan. Sejak tadi dia jugamemerhati kelibat Farid belum kelihatan. ‘Kenapa belum sampai-sampai lagi ni?’ Hatinyaberbisik risau. Dua hari lepas Farid ada beritahu yang dia mahu belajar sendiridi rumah. Sejak itu Salina tidak tahu berita terkini Farid. ‘Mana Farid ni? Diasakit ke…kemalangan mungkin…atau ada sebab lain?’ hati Salina semakin kuatmembayangkan perkara-perkara tidak elok.

Kalau boleh mahu saja dia menelefon tapi Farid tidakguna telefon.  Salina ingat sangat senyumanFarid menerima telefon pintar warna putih yang dia belikan tiga minggu lepas.

“Terimakasih sebab belikan telefon ini”

“Bukan saya yang beli. Ayah yang belikan semalam”

“Tapi saya tak dapat guna telefon mahal macam ini.Saya tak ada duit untuk ‘top-up’. Lagipun mak ayah tak ada telefon jadi tak adaorang yang saya nak telefon”

Salina hilang kata-kata. Farid terlalu istimewa. Tidakada seorang pun gadis yang layak untuk dia telefon.

‘Kalau tidak mahu telefon orang, biarlah orang lainyang boleh telefon. Sekarang siapa susah?’

Salina tidak lepas memandang ke arah pintu pagarsekolah. ’Insyallah..sekejab lagi sampai la dia tu’ bisik hatinya untukmenyedapkan hati.

“OK..SEKARANGSEMUA CALUN BOLEH MASUK KE DALAM DEWAN. PASTIKAN HANYA PERALATAN YANGDIBENARKAN SAHAJA YANG KAMU BAWA MASUK KE DALAM DEWAN”

Seorang demi seorang pelajar mula masuk ke dalamdewan. Salina mengambil tempat terakhir dalam barisan di luar pintu dewan.Latifah sudah awal-awal lagi masuk.

Salina akhirnya pasrah. Dia sudah menunggu hingga kesaat akhir dan sekarang tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Semasa berdoa memohon‘kelegaan hati’ ada dititipkan juga nama Farid. Semoga pemuda itu selamat dandapat hadir dalam peperiksaan besar ini.

Sebelum langkah terakhir di pintu dewan peperiksaan,Salina menoleh ke arah pintu pagar sekolah. Kelihatan Farid baru tiba. Berderu  kelegaan di hati Salina.

‘Ohh Farid..jangan buat macam ini lagi. Risau tau!’

Limabelas minit kemudian peperiksaan besar selama 8 hari itu bermula.

****



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku