ANDAI ITU TAKDIRKU
Bab 15
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 05 November 2017
Dua orang sahabat baik yang memuja lelaki yang sama akhirnya bermadu dengan dua niat dan prinsip berbeza. Seorang mencari redha Allah dan seorang lagi menutup rahsia dosa. Isteri pertama yang cantik berjaya menutup rahsia tanpa mengetahui rahsia dosa dengan kasanova kampus telah lama diketahui. Atas kelicikan isteri menggunakan suami mengahwini sahabat lama seorang ustazah yang tabah hati untuk menguasai harta peninggalan keluarganya. Pertembungan membawa penganiayaan dan berakhir dengan isteri muda kembali dalam pelukan kedua-dua ibubapanya di pusara.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
172

Bacaan






Hari ini akan mencatat detik paling bersejarah untukSMK Kg Jerang.  Di atas pentas, gurubesar tersenyum bangga duduk sebaris dengan Pengarah Pendidikan Negeri danMenteri Pendidikan. Di sebelah bawah pula jurukamera stesen television dan wartawanbeberapa akhbar perdana telah bersedia untuk merakamkan peristiwa hari itu.Buat pertama kali pengumuman rasmi keputusan peperiksaan PT3 PeringkatKebangsaan oleh Menteri Pendidikan di adakan di sekolah itu.

Sejak seminggu lepas sekolah yang selama ini terbiartelah banyak dibaik pulih. Habis semua pokok-pokok liar ditebang dan semakbelukar diterangkan. Setiap lampu pecah, kipas rosak dan tandas tersumbat semuatelah diganti baru. Untuk majlis besar itu bilik-bilik kelas telah dibukadinding belakangnya lalu menjadi dewan yang panjang.

Walaupun panas tetapi dewan itu telah penuh dengantetamu VVIP dari Seremban dan PutraJaya. Masing-masing dengan baju hebat dankasut yang mahal-mahal. Lebih daripada sepuluh unit penyaman udara mudah alihbekerja keras menyejukkan tetamu jemputan yang datang.

Empat baris paling hadapan dipenuhi denganpegawai-pegawai tinggi Kementerian Pelajaran. Orang Kg Jerang dankampong-kampung berdekatan juga ramai yang datang. Walaupun terpaksabersesak-sesak dan hanya dapat mengintai dari luar dewan tetapi hati merekatetap merasa bangga. Mereka mahu melihat sendiri anak pemandu bas yang bakalmengemparkan negara sebentar nanti. Mereka mahu budak itu jadi contoh untukanak-anak sendiri.

Majlis dimulakan tepat pada masa. Orang kampong terussabar walaupun telah mendengar tiga ucapan. Satu ucapan aluan daripadaGurubesar SMK Kg Jerang. Satu ucapan ringkas daripada Pengarah PendidikanNegeri Sembilan dan ucapan yang terakhir daripada Menteri Pendidikan sendiri.Orang kampong yang menunggu lama sudah semakin teruja untuk mendengar pengumumanrasmi dan masanya tiba sekarang.

“Sampailah masa yang kita tunggu-tunggu” suara CikguSabrina, guru bahasa Melayu yang menjadi juruacara majlis bersedia membuatpengumuman. Menteri Pelajaran yang berdiri di pentas tersenyum lebar.

“DENGANINI..DIUMUMKAN PELAJAR TERBAIK PT3 PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN INI IALAH FARIDBIN IBRAHIM”.

Tepukan gemuruh bergema memenuhi dewan. Orang kampongyang penuh di belakang dan di luar dewan semuanya bangun bertepuk gembira.Beberapa orang pak cik dan mak cik kelihatan menyapu airmata gembira. Walaupunbukan anak dan bukan cucu mereka tetapi mereka tetap bangga.

Farid menunduk kepala selepas menyapu muka tandasyukur dengan kejayaan ini. Ada titisan air mata menitis di pipi.Perlahan-lahan tangan kanan yang memegang jari-jari tangan ibunya yang duduk disofa besar barisan VIP dilepaskan.

Farid lalu bangun mencium tangan serta dahi ibunya. “Terimakasihkasih ibu”

Mariam menangis gembira. Farid memandang ke hadapanlalu menuju ke pentas. Menteri Pendidikan sudah siap menghulur tangan untukbersalam dengannya. Jurugambar dari akhbar utama dan stesen TV sibuk merakamdetik-detik bersejarah itu. Kelihatan Menteri Pelajaran menepuk-nepuk bahuFarid.

“Tahniah..Farid..tahniah. !!”

Menterisudah mengetahui kisah hidup keluarga Farid daripada Pengarah Pendidikan NegeriSembilan yang mendapat lapuran daripada guru besar sekolah. Pencapaian Faridsangat luarbiasa. Itulah sebabnya kenapa dia sendiri mengarahkan pengumuman itudibuat di SMK Kg Jerang.

Setelah menyampai Sijil Pelajar Terbaik PT3 PeringkatKebangsaan kepada Farid tiba-tiba Menteri Pendidikan terus menuju ke arahpembesar suara. Cikgu Sabrina sebagai pengacara majlis terpinga-pinga. Itubukan seperti yang ada di dalam skrip majlis. Orang kampong juga kehairanan. Menteri memahami keadaan itu. Diamengangkat tangan sambil tersenyum meminta hadiri bertenang.

Setelah beberapa saat, suasana mula senyap.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku