AMUNISI ARYAN
Bab 3
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 November 2017
Kisah pembunuh upahan
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
26

Bacaan






      SEPI ! Itu yang aku rasa kini . Apa maksud suara itu ? Mereka yang berada di kelilingku ? Tapi siapa ? Argh ! Aku kusut ! Aku kusut ! Rambut terus aku serabaikan . Pil di telapak tangan aku renung lama sekali . Aku mulai berasa was- was sama ada mahu menelannya ataupun tidak . Benarkah pil - pil ini langsung tak membantu ? 


        PRANG ! Bunyi kaca pecah kuat kedengaran . Aku terus tertoleh ke arah pintu . Setelah aku kehilangan Aisy , aku tak lagi tinggal di rumah agam itu . Aku kini tinggal bersendirian di sebuah rumah taman kos sederhana . Aku bukan lagi CEO ! Tapi aku kini BURUAN ! 


        Aku tahu ada sesuatu yang tidak kena di luar sana yang mengharuskan aku bangkit untuk memeriksanya . Pil terus aku campakkan ke lantai . Aku paksa tubuhku untuk bangun sekali lagi , lalu aku arahkan pula kedua kakiku ini menuju ke arah pintu kamar . 


         Pintu aku buka seperlahan mungkin kerana tidak mahu keriutan. Di tanganku pula telah tersedia pistol dan di pinggangku pula tersisip pisau kurus tapi tajam . Aku tidak akan membuka lampu kalimantang , biarlah bersandarkan cahaya malap lampu bulat . Jika benar ada penceroboh , aku tak mahu dia sedar yang dirinya juga sedang di perhatikan . 


       Aku meninggalkan jejak tanpa bunyi ku .Dan aku kini semakin menghampiri dapur setelah aku yakini ruang tamu tiada apa- apa yang bisa aku curigai . 


       Tanpa Aryan sedari, belakangnya kini berdirinya seorang insan bertubuh tegap dalam pakaian serba hitam dari kepalanya yang bersarung . Ditangannya yang juga memakai sarung tangan getah hitam , sedang menancap pisau . 


       Barulah aku tahu bahawa kaca jendela ku pecah . Ditanganku terdapatnya seketul batu jalan sederhana besar . Melihat dari gaya pecahannya , aku yakini ada seseorang telah berjaya memasuki ke rumahku . 


       Telingaku picingkan lagi pada desahan nafas itu . Makin aku picingkan makin aku yakini penceroboh itu berada dekat denganku ! 


        " Hiyarghhh! " Aku hentakkan belakang sikuku ke perutnya . Aku tahu penceroboh itu memang di belakangku sahaja . Aku terus berpaling dan bersiaga . Aku lihat manusia serba- hitam itu terduduk di depan pintu peti ais akibat tekanan kuat dari hentakkan siku kiriku . 


        Aku makin mengenggam penumbuk apabila aku melihatnya telah terdiri balik . " Siapa kau ? Siapa yang hantar kau ke mari ? " Aku cuba berinteraksi dengannya kerana aku mahu tahu siapa dalang di sebalik perkara ini ! 


        " Hentikan pemburuan kau , jika kau mahu nyawa kau itu selamat ! " Ancamnya tegas . Aku cuba memproses maklumat suaranya , ternyata aku tidak mengenali pemilik suara ' husky' itu . 


        " Siapa kau ? Siapa kau mahu ancam aku begitu ? Siapa upah kau  , hah ? " Aku juga makin memprovoknya . Dalam masa yang sama aku tetap berwaspada . Andai ancaman itu dari pistol , maka pistol lah jua penyelamatnya . 


       " Siapa aku ? Itu kau tak perlu ambil tahu ! Tetapi aku mahu kau hentikan buruan kau itu ! Kau kasi tahu sama Mr .K hentikan semuanya ! Jika tidak nyawa kau , nyawa setiap anak buahnya di dalam bahaya ! " 

          

       " Hiyarghhh!" Aku juga membuka kekuda ku apabila dia telah menyerang aku dahulu . Aku gelarkannya sebagai Mr.P . Aku memalingkan mukaku dengan pantas apabila Mr .P ( Mr.Penceroboh) ingin menumbuk. Aku pula cuba menyauk dagunya . Akibat lalai , aku berjaya mematahkan lawanku . Mr.P terkebelakang . Aku mengangkat kakiku , lalu aku cuba untuk menendang kelangkangnya .


        Mr.P pula terus menangkap kakiku lalu di pusingkannya. Aku terjatuh akibat kaki ku terpusing . Mr.P cuba menyerangku dengan pisaunya yang terhunus . Aku sepantas kilat mengelaknya . Mr.P mengejarku dengan lariannya .


        Aku perlu bersiaga . Pisau di pinggang terus aku tarik lalu aku genggam kuat . Mr.P terus menikamku , aku berpusing mahu mengelak dari terkena tikamannya . " Shit ! " Maki Mr .P dengan wajah menyinga di balik sarung kepalanya itu . Mr .P terus mengasakku bertubi . Dan itu , membuatkan aku bermain dengan kakiku dengan cara menendangnya . Aku masih lagi tiada kesempatan untuk bangun .


       Memandangkan aku yang ketiadaan pisau akibat terpelanting , aku terpaksa bersandar pada kecekapan kakiku . Pistol juga terlepas tadi, semasa kaki aku di pusing olehnya . Tangan ku kosong ! Tapi , jangan kosongkan mindaku dengan sebarang plan ! 


       Sedang kakiku bergerak pantas mengelak dan menyerang Mr.P , mindaku juga berkerja keras kini . Pelbagai cara aku fikirkan kini .Setiapnya memiliki pro dan kontra .


        " Hiyargh ! " Mr. P menyerang kembali . Dan aku pula, setangkas mungkin cuba menjatuhkan pisau di tangan dengan cara menendang tangan kanan Mr .P .Hampir .....Seminit lagi ....Akhirnya , aku berjaya . Pisau yang makin jauh menjunam ke bawah aku cuba gapainya. Dan kini ditanganku ada pisau Mr . P ! 


       Mr.P juga tidaklah sebodoh mana .Dia meraba belakang seluarnya, lalu ditariknya sesuatu . Sesuatu yang pasti membuatkan musuhnya itu terdiam . Sepucuk pistol dari jenis revolver kini tersiaga . Aku juga telah menduga . Tapi, mengapa perlu aku resah ? Mengapa perlu aku takut ? 


      " Aku rasa kau perlu menyerah sekarang ! " Provoknya bangga sambil mengacu pistol di dahi ku . Aku sedar jika sedikit sahaja aku tersilap langkah ! Sudah tentu nyawaku melayang di tangan musuhku . 


       Dengan kiraan 123 , aku terus menangkap pergelangan tangannya lalu aku cuba merampas pistol .! Mr .P cuba menendangku aku ! Aku harus pantas ! Aku tetak tangannya menggunakan tangan kiriku lalu pistol terlepas ke lantai . Aku terus menyudu menggunakan mulutku . Manakala kaki aku sedang menangkis serangan di hadapan ! 


        Aku capai pistol dari kebaman bibirku . Tangan kanan diatas , tangan kiri yang memegang buntut pistol. Jari telunjuk di picu kini . Sambil terbaring , aku terus melepaskan tembakan sulung ! 


        PANG ! PANG! Perlahan- lahan lelaki berseragam hitam itu rebah ke lantai dengan dua butir peluru terbenam ke dalam dahinya . Darah tersembur dari mulutnya kini . 


        Termengah aku kini . Pistol aku lapkan di picu dan pemegangnya supaya terhapus cop jariku . Aku letakkan ke atas lantai mozek rumahku sebelum aku menendangnya ke arah lelaki yang kini telah menjadi mayat ! 


       Aku injakkan kaki dan punggungku untuk bangun lalu menapak ke arah mayat tersebut . Dengan rakus aku  menarik sarung kepalanya . Senyuman aku koyakkan !


       " Oh , jadi kau la yang ancam aku selama ini ya ? " Aku tolak kepala kakunya lalu terus terjelepok ke lantai . Darah pekat makin membanjiri di kawasan tersebut . Lelaki berparut di kening kemudiannya di serkupkan dengan plastik hitam . Bukti harus di hapuskan sekarang !  


       Setelah bonet aku terbuka, aku menyeret kembali bungkusan tersebut lalu aku cempungnya dan humbankan ke dalam bonet . Aku akan ke hutan pinggir kota . 


**********


      KAWASAN sunyi di pinggir bukit kini riuh dengan suara orang , yang berkerumun ingin tahu penemuan mayat dan kereta rentung tersebut . Kereta itu bukanlah milik Aryan atau pembunuh misteri tetapi ia sememangnya telah ada di kawasan berkenaan .


      Beberapa orang anggota polis sedang berjaga di tepi pita panjang kuning supaya kerumunan orang dan para wartawan yang bersesak tidak melepasi lingkungan tersebut . Lori penarik kereta rentung yang terjunam tersebut masih lagi berada di situ . 


      Bercahaya petikan ' flash' si jurukamera kini . Beberapa petugas forensik sedang memeriksa dan mengesan bukti di dalam rangka kereta tersebut . 


      Manakala dua orang lagi bersama dua anggota polis sedang memeriksa mayat separuh rentung tersebut . Mayat tersebut tidak sepenuhnya rentung kerana mayat terbabit terhumban dahulu ke dalam belukar cenuram tersebut . 


      Pakar patologi kini sedang memeriksa masa kematian mayat kaku itu berdasarkan keadaan fizikal. Sarjan Rem pula tiada henti mengambil gambar dari pelbagai angle . 


       Asp. Reza sedang mencabut beberapa helai rambut sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik lutsinar berpelekat kuat untuk di bawa kajian nanti dan sebagai bahan bukti semasa pendakwaan nanti . 


      Selain penyepit , berus kecil juga di gunakan dalam sesi penyiasatan tersebut . Segala kesan dan bahan bukti akan dipastikan berada di dalam keadaan yang selamat supaya tidak merosakkan atau merubahnya . 


       Setelah selesai proses tersebut, plastik hitam akan ditutup semula pada wajah ngeri tersebut . Pada bahagian perut pula kian di banjiri darah . Mayat diusung lalu diangkat memasuki ambulance . Tiada kesan livor mortis dan ini bermaksud mayat tersebut di bunuh di tempat lain. 


       " Bagaimana dengan keadaan mayat ? Pembunuhan sebegini semakin kerap berlaku ? Di mana pihak polis ? " Wartawan terus- terusan menyoal sarkastik menyebabkan Asp. Reza malas untuk memberi sebarang komitmen .


      " No kamera please ....!" 




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 3 | Bab 4 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku