BUNGA LIAR
BL-13
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 November 2017
"Tess, aku jatuh hati" - Ain "Kau gila?? Dia musuh kita!" - Theresa "Dunia saya dan dunia awak berbeza. Tetapi saya yakin jika awak ke dunia saya, awak akan temui apa yang awak cari"- Aniq Haqimi
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
34

Bacaan






Ain masih enak dibuai mimpi apatah lagi tempat tidurnya begitu empuk dengan katil bersaiz 'king'.  Ditambah pula hembusan daripada alat pendingin hawa yang terpasang didalam sebuah bilik sederhana besar tersebut menyebabkan pelukan bantalnya bertambah erat.

Ain terjaga juga apabila terdengar hon kereta dibunyikan dari luar.  Matanya digenyeh-genyeh dan dia melihatkan suasana bilik yang begitu asing baginya.  Siling putih ditenung lama sebelum pandangannya dialihkan pula kesegenap ruang bilik.  Dinding bilik dicat dengan warna putih bersih.  Kain langsir dan cadarnya pula berwarna biru firus dan sekali imbas saja gabungan warna-warna tersebut amat mendamaikan jiwanya.

Deria hidunya menangkap bau masakan yang begitu enak dan secara automatik perutnya mula menyanyikan lagu yang tidak seirama.  Masih lagi dalam keadaan mamai, Ain bangun perlahan-lahan dan melihat ke arah luar tingkap yang terbuka luas.  Dia disajikan dengan satu pandangan yang cukup indah dan menenangkan dengan rimbunan pohon-pohon yang meliuk kekiri dan kekanan ditiup angin.  Bersebelahannya pula terdapat sebuah tasik yang membiru airnya dan berkocak perlahan.

Tokk..Tokkk..Tokk..

"Good morning princess."  Seorang jejaka misteri menolak daun pintu dengan cermat lalu menyorongkan sebuah troli yang bertutup dengan kain putih. 

"How are you today?  Getting any better?" soalnya sambil tersenyum.

Ain masih lagi kebingungan.  Suara lelaki tersebut amat biasa sekali dipendengarannya sebelum ini.  Persoalannya siapa?  Kepalanya masih terasa berat.  Secara tiba-tiba dahinya terasa sakit lalu dia meraba-raba dahinya sendiri.  Benjolannya semakin surut tetapi sisa-sisa kesakitannya masih lagi terasa.

"You tercedera semalam.  I tak sengaja terlanggar you sampai you tercedera" terangnya tanpa dipinta.

"I tercedera?" soal Ain.

"Ye.  Tapi sikit je tu.  I tak tahu rumah you kat mana, so I bawak je you ke rumah I."

Mendengarkan kata-kata lelaki tersebut Ain diserang panik.  Perilakunya membuatkan lelaki itu ketawa besar.

"Hahahaha.  I faham.  Tapi you jangan risau.  I tak apa-apakan you.  You bukan taste I pun," jawabnya.

'Eee...berlagaknya mamat ni!  Poyo!' monolog hatinya.

"I dah siapkan sarapan.  You mesti lapar kan?"  troli dirapatkan ke katil.

"Errr...you siapa?" soal Ain yang tidak mahu lagi berteka teki.

"You tak kenal I??  I Aniq Haqimi."

'What??  Aniq Haqimi?  Tapi..lainnya dia.'

Aniq mengusap-ngusap dagunya sambil tersenyum.  Gadis tersebut amat comel dengan mimik muka yang agak serius.

'Ohh..patut la.  Jambang dia dah takde.  Baru lepas shave agaknya' gumamnya.

Aniq semakin kacak dengan wajah 'babyface'nya apabila tidak lagi berjambang.  Hati wanita Ain Afzan berdetak laju tanpa dapat dikawal.

"Emm..apa kata awak pergi gosok gigi dulu.  Semua keperluan dah ada dalam bilik air.  Lepas siap kita makan sama-sama" cadangan Aniq kedengaran bernas.

Tanpa berlengah, Ain turun dari katil dan berlalu ke bilik air.  Cermin adalah benda pertama yang dicarinya sebaik saja kakinya melangkah ke dalam bilik air tersebut.

"Arggghhhh...!"

Ain terjerit kecil melihatkan wajahnya sendiri dicermin.  Kesan maskara dan eyeliner yang cair meleleh disekitar mata.  Sekali pandang tidak ubah seperti mata seekor panda.  Rambutnya pula kusut masai dengan kesan gincu dan air liur yang bertempek disudut bibir. 

"Aduii, malunya!  Kenapa teruk sangat rupa aku ni??  Hisshh..."

Ain mencuci mukanya dengan pembersih muka yang tersedia dan menanggalkan kesan-kesan solekan yang masih melekat dikulit wajahnya.  Barulah kecantikkannya yang sebenar terserlah.

Dia mengambil masa hampir satu jam untuk bersiap dan menukar bajunya dengam bathrobe yang tergantung.  Mujurlah bathrobe tersebut agak besar dan labuh dapatlah juga menutupi keindahan tubuhnya yang tidak sepatutnya didedahkan kecuali ketika dia sedang menjalankan tugasnya.

"Shall we?"

Hampir terlompat Ain dibuatnya apabila disergah begitu.  Dia mengurut-ngurut dadanya yang semakin hebat berdegup.

Ain mengekori langkah Aniq yang membimbingnya ke sebuah balkoni yang mempunyai sebuah meja kecil dan dua buah kerusi cukup-cukup untuk mereka berdua.  Sarapan pagi telah siap terhidang dan aromanya begitu menggamit selera Ain yang sememangnya kelaparan!

Aniq berlagak seperti seorang lelaki budiman apabila menarik salah satu kerusi tersebut lalu Ain melabuhkan punggungnya disitu.

"You masak semua ni?," tanya Ain teruja.

"Yup.  Jangan ingat I tak tau apa-apa" balas Aniq.

"Coffee or tea?"

"Coffee please.  With sugar" tokok Ain.

Aniq menghulurkan cawan berisi air kopi dan disambut oleh Ain.  Hirupan pertamanya sudah cukup menyegarkan urat sarafnya yang beku.  Menu sarapan tersebut amat ringkas dengan roti bakar, scramble eggs, baked beans, hashbrowns dan beef bacons terhidang didepan mata.

Roti bakar digigit dan dikunyah perlahan.  Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa membuatkan rambut panjang Ain yang lembap menyapu wajahnya.  Suasana sebegitu umpama saat-saat romantik yang sedang dilalui oleh sepasang kekasih.  Mereka berdua menikmati sarapan sambil melayan perasaan masing-masing.  Agak kekok rasanya apabila pemangsa dan mangsa duduk semeja.

Entah bagaimana, Ain secara spontan teringatkan Irfan rakan setugasnya yang entah kemana menghilang selepas dirinya tidak sedarkan diri dan diselamatkan oleh Aniq Haqimi.  Otaknya berjaya mencerna setiap peristiwa yang telah terjadi seperti Mimi yang hilang tanpa dapat dikesan, Irfan juga entah ke mana, dan Aniq Haqimi. 

Seingatnya semalam, Aniq ada berbicara dengan seseorang agar semua pelanggan kelab diarahkan untuk beredar dari situ segera.  Puncanya pula tidaklah diketahui.

'Siasat Ain.  Siasat.' 

"Boleh I tanya sesuatu" Ain mencicip lagi kopi panas didalam cawan jernih.

"You ni macam polis pulak.  Tanya la.  Mana boleh I jawab, I akan jawab."

"Semalam kelab tu kecoh kenapa ye?  Last yang I dengar sebelum pengsan, bodyguard you arahkan semua pelanggan keluar.  Boleh I tau kenapa?."

"Hmm..you tau kan siapa majoriti pelanggan I?  Malam tu, salah seorang pelanggan kat situ cuba membuat urusan jual beli dadah dalam kelab I.  I tak nak kelab I diserbu oleh pihak berkuasa disebabkan masalah tu.  Jadi I terpaksa suruh semua pelanggan kelur serta merta.  Puas hati?."

"Ohh..macam tu.  I ingatkan sebab partner I yang buat kecoh" sengaja Ain meneka begitu.

"Haa...partner you pun satu hal.  Semalam dua-dua pelanggan yang buat kecoh tu pun kena halau keluar dengan amaran
Sekali lagi mereka buat hal, pihak kami takkan teragak-agak untuk ban kemasukkan mereka" terang Aniq panjang lebar.

'Phewww...leganya!  Ingatkan si Irfan tu dah kantoi semalam,' bisik Ain dalam hati.

Aniq beredar keluar dari bilik tanpa pamitan ketika sedang menikmati sarapan berdua.  Ain terpinga-pinga melihat kelakuan Aniq. 

'Aku tersalah cakap ke?  Ke dia sakit perut tak tahan nak pergi tandas?  Ataupun, aku ni selekeh?,' Ain menyoal dirinya bertubi-tubi.

"Nah, makan ubat ni.  Tu pil tahan sakit tau.  Bukan pil tidur" Aniq meletakkan sepapan ubat berbentuk bujur berwarna putih di atas meja.

'Laaaa...dia ambik ubat untuk aku rupanya.  So sweet!!.'

"Ain..Ain.  You ni memang kuat berangan ke?" Aniq memetik jarinya beberapa kali dihadapan muka Ain yang sedang mengelamun. 

Ain tersipu-sipu malu.  Sudah terlambat untuk dia berpura-pura.  Air mukanya saja sudah jelas menggambarkan betapa hatinya sudah terpaut kepada jejaka tinggi lampai itu.

"Eh, takpelah.  I ingat selepas sarapan ni I nak balik rumah je.  Dah banyak I menyusahkan you Aniq."

"Tak boleh!  I nak you rehat dulu.  Bila you dah betul-betul sihat I sendiri yang akan hantarkan you balik" ujar Aniq.

'Ah, bala datang lagi!.'

"Ain..Sudah-sudahlah tu berangan.  Makan pil tu kemudian rehat."

Seperti dipukau, Ain akur akan arahan Aniq.  Dua biji pil dikeluarkan dari peket lalu ditelan.

"Good girl"  Aniq mengusap ubun-ubun Ain sambil tersenyum.

'Adehhh..cair gue,' detik hatinya lagi.

Setelah menukar pakaian, Ain tiada pilihan lain selain berehat saja didalam bilik.  Matanya sukar untuk dilelapkan dan dia hanya terkebil-kebil di atas katil merenung siling.

"Telefon!  Mana telefon aku?." 

Ain menyelongkar isi beg tangannya mencari telefon bimbit.  lega apabila gajet tersebut masih tersimpan dengan baik.

"Arghhh..!  Bateri pulak low," marah Ain.

Ain bangun dari katil lalu meninjau-ninjau disekitar bilik.  Bilik yang begitu kemas dengan susunan perabot moden yang mahal.  Tidak terlalu banyak hiasan.  Dalam almari juga kosong.  Hanya sehelai tuala saja yang tergantung didalamnya.  Laci meja juga kosong.

"Argghh..susah la macam ni.  Pandai betul dia sembunyikan petunjuk"  Ain melangkah dan menuju ke pintu bilik.

Tombol pintu dipulas perlahan dan kepalanya dijengulkan keluar untuk memeriksa keadaan.  Setelah pasti kelibat Aniq tidak kelihatan, Ain melangkah dengan berhati-hati tanpa menghasilkan sebarang bunyi.

Ruang tamu juga kemas.  'Lebih kemas dari rumah aku.' gumamnya.  Ain tidak tahu hendak memulakan dari mana kerana semuanya tidak nampak mencurigakan langsung!

Rumah kondominium tersebut tidaklah terlalu luas dan besar, tetapi cukup selesa untuk penghuninya.  Setelah diamati, Ain berjaya menemui sebuah bilik bacaan yang terletak disudut rumah dan ianya tidak berkunci.  Matanya melilau untuk memastikan keadaan masih selamat.  Daun pintu dikuak dan dengan pantas dia meloloskan diri kedalamnya lalu pintu ditutup rapat.

Sebuah meja diletakkan disudut sebelah kiri bilik bacaan tersebut.  Bilik yang hanya diterangi dengan cahaya matahari yang ditembusi melalui tingkap membantunya melihat dengan agak jelas.  Banyak buku pelbagai kulit dan warna tersusun kemas dirak. Ain menghampiri rak tersebut dan mencari-cari sesuatu yang mungkin boleh dikaitkan dengan kesalahan yang dilakukan oleh Aniq.

Mata Ain tertacap akan sebuah buku berwarna merah yang terselit dicelah-celah buku yang lain. 

"Eh, ni buku Una!  Mimi janji nak pulangkan kepada aku tetapi kenapa ada dengan si cicak ni pulak" Ain menggaru-garu kepalanya yamg tidak gatal.

Kesnya semakin rumit.  Serumit perasaanya kepada suspek utamanya sendiri.  Buku tersebut diselitkan didalam baju dan dia menyelongkar sudut yang lain pula tetapi hampa.  Langsung tiada sebarang petunjuk yang lain.  Ain bersiap-siap untuk beredar dan dia telahpun menghampiri pintu bilik bacaan untuk keluar dengan segera sebelum masalah lain timbul.

Baru saja daun pintu dikuak sedikit, Ain dengan pantas menutupnya kembali dengan perlahan dan menguncinya dari dalam. 

"Ish..macam mana aku nak keluar ni?" omelnya.

Sebentar tadi, dua orang pengawal peribadi Aniq Haqimi dilihat sedang berehat disofa ruang tamu.  Ain tidak pasti sama ada mereka berdua memang sedia ada disitu, ataupun baru memasuki rumah tersebut.  Ain berjalan mundar mandir didalam bilik.  Dia cuba mencari jalan untuk keluar dengan selamat dari bilik itu.

Tidak mungkin dia keluar begitu sahaja kerana tindakan tersebut umpama menjerut lehernya sendiri.  Dia berjalan mengampiri tingkap lalu menjenguk keluar.  Terdapat bendul yang menghubungkan ruang kondominium Aniq iaitu seperti laluan kecil yang lebarnya hanya sejengkal.

Ain tiada pilihan lain.  Walaupun risiko kehilangan nyawanya agak tinggi, namun dia tidak rela untuk menanggung risiko bahawa identiti sebenarnya bakal terbongkar.  Pengakhirannya mungkin sama, tetapi situasinya yang berbeza. 

Dengan lafaz Bismillahirohmanirrahim, dia menolak bingkai tingkap lalu menjulurkan kakinya keluar dan memijak bendul kecil tersebut secara berhati hati.  Bingkai tingkap ditolak kembali kedalam dan tangannya meraba-raba belebas sebagai pemegang.

'Kau buat kerja gila Ain!.'

Tidak nafikan perasaan takut sedang menguasainya kini.  Angin yang bertiup menyebabkan badannya menggigil tatkala meniti laluan kecil tersebut.  Dia cuba mengelak daripada melihat ke bawah, khuatir dirinya yang gayat akan menyebabkan dirinya goyah.

'Allah!  Selamatkan hambaMu ini'

Doa tidak henti-henti membasahi bibirnya agar rancangannya berjalan lancar.  Dirasakan perjalanan ke balkoni biliknya masih jauh kerana dia melangkah dengan langkahnya yang terhad.  Tidak semena-mena, seekor burung merpati hinggap di belebas dimana tangannya berpaut. 

"Shuhhhh...shuhhh..pergi la kau burung.  Buat spoil aku je!," jerit Ain perlahan.

Namun burung merpati tersebut tetap kekal ditempatnya.  Ain melibas-libas tangan kirinya untuk menghalau burung tersebut.  Malangnya kaki kirinya pula tergelincir lalu menyebabkan badannya tidak seimbang.  Burung merpati tadi terbang entah ke mana.  Kakinya tergawang-gawang mencari pemijak.  Apatah lagi apabila dia tidak sengaja melihat pemandangan dibawahnya.  Semuanya kelihatan kecil seperti semut.  Apakah yang akan terjadi sekiranya dia terjatuh ke bawah??  Hampir saja dia menangis mengenangkan untung nasibnya pada hari itu.

"Alhamdulillah"  Ain mengucapkan syukur apabila badannya dapat diseimbangkan semula sebaik saja kakinya menemui pemijak.

Kali ini dia dapat meniti dengan lebih lancar dan cepat.  Tetapi, langkahnya terhenti sebaik saja dia melintasi bilik Aniq.  Lelaki tersebut berdiri membelakanginya.  Apa yang menarik perhatiannya adalah Aniq dilihatnya sedang kusyuk menunaikan solat! 

Semakin banyak persoalan yang bermain-main dimindanya.  Sungguh berbeza sekali versi Aniq dihadapannya sekarang ini.  Ain menyambung titiannya apabila Aniq hampir selesai menunaikan solat dirakaat terakhir.  Hatinya lega disaat tangannya berjaya berpaut kepada balkoni biliknya.

"Huhuhu...alhamdulillah" Ain meraupkan kedua belah tapak tangannya ke muka.

Nafasnya masih lagi tercungap-cungap kelelahan.

Tokkk...Tokkk..Tokkk..

Klakkk..

"You dah bangun?" tersembul wajah putih bersih disebalik daun pintu.

"Err..ye.  I dah lama bangun.  Tak dapat tidur.  Hehehehe.." Ain berbohong.

"Kalau macam tu, I akan hantarkan you pulang.  Ok?"

"Ok.  I bersiap dulu dan solat Zohor dulu"

"Baiklah, I tunggu you kat luar," balas Aniq seraya berlalu.

Buku berkulit merah dimasukkan kedalam beg tangan.  Ain akan menghantar buku tersebut ke makmal untuk dikaji.  Yang paling utama, dia perlu menyiasat mengapakah buku tersebut begitu menjadi rebutan sehingga jatuh ke tangan beberapa individu.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BL-1 | BL-2 | BL-3 | BL-4 | BL-5 | BL-6 | BL-7 | BL-8 | BL-9 | BL-10 | Bab 11 | BL-12 | BL-13 | BL-14 | BL-15 | BL-16 | BL-17 | BL-18 | BL-19 | BL-20 | BL-21 | BL-22 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku