BUNGA LIAR
BL-14
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 November 2017
"Tess, aku jatuh hati" - Ain "Kau gila?? Dia musuh kita!" - Theresa "Dunia saya dan dunia awak berbeza. Tetapi saya yakin jika awak ke dunia saya, awak akan temui apa yang awak cari"- Aniq Haqimi
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
33

Bacaan






Aniq menutup pintu kereta sebaik saja Ain duduk ditempat duduk bersebelahan dengannya.  Kacamata hitam berjenama Rayban disangkutkan ditelinga.  Terserlah kekacakannya persis lelaki melayu terakhir.  Jantung Ain mula berdegup kencang.  Sesekali Ain menjeling ke arah jejaka tersebut yang begitu fokus memandu.  Terasa kekok apabila berdua-duaan begitu.

"Lapar tak?  Kita lunch dulu nak?" Aniq bertanya.

"Err..boleh je.  Saya ikut je," jawab Ain.

"Bagus."

Aniq membelok kekanan sebaik saja lampu isyarat bertukar hijau.  Dalam beberapa minit, Aniq memberhentikan keretanya dihadapan sebuah kedai makan yang membuatkan Ain terbuntang matanya.  Manakan tidak, Aniq Haqimi seorang yang bergaya dan kaya singgah makan di kedai makan yang selayaknya didatangi oleh orang-orang biasa sepertinya.    Semakin banyak tanda tanya yang berlegar-legar dimindanya.

'Siapa Aniq Haqimi yang sebenarnya?' bisik hatinya.

"Ain.  Tak nak keluar lagi ke?" Suara Aniq mematikan lamunannya.

"Eh..sekejap.  Saya nak keluar la ni."

Restoran tersebut menyediakan bufet lauk pauk masakan melayu yang pelbagai jenis.  Disatu sudut tempat yang menghidangkan lauk pauk tersebut terdapat sebuah kawah bulat dan besar dengan gulai yang menggelegak didalamnya. 

"Gulai kawah kat sini sedap tau.  Awak mesti cuba," kata Aniq sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya disebelah kiri. 

Aniq menyinsing lengan baju kemejanya lalu mengambil sebiji pinggan dan menceduk nasi putih kedalam pinggan tersebut.  Setelah itu, dia memilih lauk-pauk yang terhidang dan gulai kawah yang dimaksudkan dicedok kedalam sebuah mangkuk plastik berwarna biru.  Terpegun Ain seketika dengan sisi 'innocent' yang ditonjolkan oleh lelaki itu.

Secara automatik, Ain turut melakukan hal yang sama dengan Aniq.  Mereka duduk disebuab meja yang agak jauh daripada pelanggan yang lainnya.

"Sedap tak?," tanya Aniq.

"Hmm..memang sedap.  Selalu ke awak ke sini?"

"Kalau saya teringin sangat untuk makan masakan kampung, kat sini la saya selalu datang."

Ulam pucuk pegaga digaul bersama sambal belacan lalu dimakan bersama nasi.  Berpeluh-peluh Aniq akibat kepedasan yang dirasainya.  Sekejap saja nasi dipinggannya licin. 

"Awak nak apa-apa lagi tak?  Saya boleh ambilkan?" soal Aniq.

Ain menggeleng-gelengkan kepalanya.  Segera dia menghabisi makannya dan mencuci tangan disinki yang berdekatan.  Minuman fresh orange disedut sehingga habis.  Panahan cahaya matahari yang menyelar kulit Aniq menyebabkan warna kulitnya bertukar kemerah-merahan.

"Jom, saya hantar awak balik.  Awak pun dah habis makan kan?"

Ain lebih banyak diam daripada berbicara.  Kelu lidahnya setiapkali bertentang mata dengan jejaka tersebut.  Langkahnya dihayunkan sama rentak dengan langkah Aniq. 

Beg tangan diletakkan ditempat duduk belakang.  Hampir setengah jam perjalanan, mereja akhirnya sampai diperkarangan apartment kediaman Ain.

"Terima kasih kerana hantar saya balik" ujarnya.

"Sama-sama," jawab Aniq sambil tersenyum. 

Beg tangannya dicapai lalu kereta Aniq meluncur keluar sebaik saja pintu kereta ditutup.  Ain memeriksa buku berkulit merah didalam beg dan terkejut aoabila mendapati buku tersebut hilang!

'Aniq Haqimi,' gumamnya .  Yakin benar bahawa buku tersebut telah dicuri semula oleh Aniq.  Lelaki licik!   Pantas dia memasuki kedalam keretanya lalu mengekori kenderaan Aniq dari jauh.  Semakin lama, Aniq memandu kenderaannya ke satu laluan yang agak sunyi dan terpencil.  Keretanya membelok ke arah kanan lalu memasuki sebuah kawasan gudang yang telah lama ditinggalkan.   Ain memberhentikan keretanya agak jauh dari gudang tersebut dan mengeluarkan binokular yang sentiasa berada didalam deskboard keretanya.

Aniq melangkah keluar dari kereta sebaik saja sebuah lagi kenderaan lain yang berwarna putih memasuki perkarangan tersebut. Seorang lelaki dalam usi lingkungan 40 an, memakai topi dan berkacamata turut keluar dari kenderaan pacuan empat rodanya.   Mereka berdua sedang berbicara dengan agak serius sebelum Aniq menghulurkan sesuatu kepada lelaki misteri tersebut.

"Buku Una?"  Hampir terjerit Ain melihatkan buku tersebut yang telahpun bertukar tangan.  Lelaki misteri itu menanggalkan kaca matanya dan sekali lagi biji mata Ain terbuntang luas menyaksikan dua orang manusia dihadapannya kini.

"Tuan Fakhrul??  Mustahil!!  Tapi kenapa??"

Ain mengambil keputusan untuk beredar dari situ sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku.  Setelah mendapati keadaannya selamat, dia meninggalkan tempat tersebut dengan 1001 persoalan dibenaknya.  Dia juga gagal membongkar apakah sebenarnya rahsia yang terdapat didalam buku berklulit merah milik Una tersebut.

Klakkk...

'Ain!!  Kau ada dengan khabar Mimi tak?" tanya Dalila sebaik saja dia membuka pintu.

Zaharah dan Nabila juga turut sama duduk diatas sofa diruang tamu.  Wajah ketiga-tiganya sugul apabila menerima berita kehilangan Mimi.  Apatah lagi, caranya juga sama dengan Una.  Ain menapak perlahan ke arah mereka bertiga lalu melabhkan punggungnya disebelah Dalila.

"Err...Kenapa dengan Mimi?"  Ain pura-pura bertanya. 

"Mimi hilang!  Sama macam Una dulu.  Apa nak jadi ni??"  luah Nabila sedih.

"Hah?   Hilang??  Ya Allah.  Maaf semua, aku baru tau ni.  Semalam aku tidur dirumah kawan nak siapkan group assignment" bohong Ain.

"Macam mana ni?  Una pun kita tak tau nasib dia macam mana.  Entah hidup lagi ke?  Entahkan mati.  Kena jual ke?  hmmm," Dalila mengomel.

"Insya Allah moga mereka semua selamat hendaknya.  Jangan dirisaukan sangat ye.  Ada baiknya kita berdoa yang baik-baik untuk mereka berdua" Ain menasihati.

"Aku dah cakap,  Dazzling Club tu berpuaka.  Sesiapa yang masuk ke situ gerenti akan terima nasib buruk.  Entah apa yang dicari pun aku tak tau la!  Nak juga pergi ke kelab tu tiap-tiap malam"  Zaharah mencelah.

Kata-kata Zaharah membuatkan Ain terasa terpukul.  Tetapi apabila mengenangkan tujuan asalnya kesitu, hilang rasa bersalahnya kepada mereka.  Seorang demi seorang rakan serumah mereka hilang tanpa dapat dikesan.  Walaupun persahabatan mereka tidaklah berapa utuh, tetapi mereka agak mesra dan cukup memahami antara satu sama lain.

Ain meminta diri untuk berehat.  Badannya dihempaskan ke atas katil sambil merenung bilah-bilah kipas yang berpusing.  Otaknya ligat mengingati kejadian tadi. 

'Apa kaitan Aniq Haqimi dan Tuan Fahkrul?'

'Adakah Tuan Fakhrul juga turut bersubahat sama?'

'Kenapa buku Una begitu menjadi rebutan?'

"Arghhhh..!  Buntu la!." 

Ain berkalih posisi dengan menyandarkan badan dikepala katil.  Kini dia teragak-agak sama ada ingin meneruskan penyamaran tersebut ataupun melaporkan kepada pihak atasan.  Tetapi dia tidak mempunyai bukti yang cukup untuk mendakwa Tuan Fakhrul bersubahat sama.  Jika diberitahu hal ini kepada Theresa dan Irfan juga mungkin mereka berdua tidak akan mempercayai kata-katanya.  Entah mengapa Ain seperti dapat menjangka bahawa dirinya akan ditimpa bermacam-macam masalah apabila melakukan tugasan kali ini.  Akhirnya Ain terlena tanpa satu pun jawapan yang diperolehinya.

***********************************

Sementara itu dipejabat...

"Tess, Ain dah bagi laporan belum?," tanya Tuan Fakhrul.

"Errr...belum lagi tuan.  Saya cuba contact Ain ni tapi tak dapat"

"Semuanya ok kan?  Takde masalah kan?"

"Ok Tuan.  Informer pun cakap Puan Ain dah berjaya mendapatkan kepercayaan Aniq Haqimi.  Jadi takde masalah untuk dia melaksanakan misi seterusnya."

"Bagus.  Kalau dapat hubungi Ain nanti, maklumkan saya nak dia hantar laporan sebelum hari Sabtu ni" pesan Tuan Fakhrul dan terus berlalu ke biliknya.

"Baik Tuan!." 

"Mana kau ni Ain?" Theresa mengeluh sambil mendail nombor Ain berkali-kali.  Akhirnya telefon pintarnya itu dicampakkan ke atas sofa kerana panggilannya sering masuk ke peti pesanan suara.

Usai mandi Ain mengambil telefon bimbitnya yang baterinya telah penuh diisi.

"Wow..panggilan dari Tess.  25 missed calls.  Hehehehe" jari Ain menekan punat 'call' lalu beberapa saat kemudian nada dering Theresa berbunyi.

'Hai, Tess.  Sorry, telefon aku tengah cas tadi.  Ada apa yang penting sangat ni sampai 25 missed calls?' - Ain Afzan

'Haaa..hidup pun kau.  Aku kat sini macam nak mati nak kena menjawab dengan big boss.  Ni, kenapa kau tak hantar report?' - Theresa

'Hmmm..aku nak kumpul maklumat dulu la.  Dah cukup aku bagi la laporan tu' - Ain Afzan

'Betul ke ni?  Bukan alasan ye?' - Theresa

'Kau ni.  Pernah ke aku mungkir janji sebelum ni?' - Ain Afzan

'Memang la tak pernah.  Tuan Fakhrul nak kau hantar laporan tu sebelum hari Sabtu ni' - Theresa

Air muka Ain berubah tatkala nama Tuan Fakhrul disebut oleh Theresa.  Hatinya berbolak balik sama ada untuk menceritakan apa yang disaksikan sebentar tadi atau mendiamkannya sahaja.

'Hello..Hello..Ain!  Are you there?' - Theresa

'Ye, aku ada ni haa.  Sorry.  Pasal laporan tu aku akan siapkan secepat mungkin' - Ain Afzan

'Good girl.  Malam ni macam biasa Irfan akan datang jemput kau ke kelab' - Theresa

'Alrite Tess.  Thank you.  Bye' - Ain Afzan

'Bye Ain.  Take care' - Theresa

Panggilan dimatikan.  Ain merenung skrin telefon bimbitnya yang telahpun gelap.  Walau apa sekalipun, perut yang lapar perlu diisi.  Dia mencapai kunci kereta lalu bersiap-siap untuk menjamu selera di restoran berdekatan.

"Boleh saya duduk?" sapa satu suara.

"Ferdaus!  Hei, sejak bila kena mintak kebenaran saya ni?  Duduklah."

"Sejak awak menjauhkan diri dari saya"

"Uhukk..mana ada.  Awak ni suka sangat sakat saya."

"Hehehehe.. Sorang je ke?"

"Ye.  Tadi la.  Sekarang ni dah berdua.  Kan awak ada kat sini" gurau Ain.

Ferdaus mencuri-curi pandang wajah gadis kesayangannya.  Semakin cantik dari hari ke hari walaupun tanpa secalit solekan.  Pandangannya terhenti apabila terlihat bengkak yang telah surut tetapi meninggalkan kesan lebam kebiru-biruan didahi gadis itu.

"Eerr...kenapa dengan dahi awak?"

Ain meraba-raba dahinya lantas ianya ditutup dengan rambut melindunginya dari terus-menerusi ditenung sebegitu.

"Takde apa-apa la.  Saya terjatuh semalam.  Lepas tu terhentak sikit ke meja.  Saya kan cuai" dalih Ain dalam senyuman hambar.

"Ohh..lain kali hati-hati ok?"

"Sikit je ni.  hehehe.  Awak tak makan ke?"

"Baru je lepas dengan housemates saya.  Masa nak balik nampak awak kat sini.  Jadi saya datang la."

"Habis tu, diaorang mana?"

"Dah balik."

"So, awak nak melangut je kat sini tengok saya makan?"

"Apa salahnya.  Ke awak tak suka" Ferdaus membuat muka cemberut.

"Eh, suka.  Ada jugak teman berbual.  Kot ye pun, order la minuman ke.  Saya belanja.  Tak best la saya sorang je yang makan."

"Emmm..awak punya pasal, saya ikutkan saja.  Hehehehe."

Minuman Ferdaus sampai ke meja beberapa minit kemudian.

"Awak ada nak kemana cuti semester nanti," tanya Ferdaus.

"Cuti semester?  Bila tu?"  dahi Ain berkerut apabila ditanya sebegitu.  Dia sendiri tidak pernah mengambil tahu akan sebarang cuti yang ada.

"Dua bulan akan datang.  Tak lama lagi dah.  Kitaorang plan nak ke Sabah.  Awak nak ikut?"

"Kitaorang tu siapa?"

"Majoriti rakan-rakan sekelas kita.  Jimmy, Linda, Hamdan.  Ramai lagi la."

"Emmm....saya fikir dulu ye.  Saya tak dapat nak buat keputusan lagi.  Mana tau, tiba-tiba je keluarga saya ada plan lain."

"Ok.  Tapi saya berharap sangat awak dapat ikut sekali.  Meriah sikit"

"Insya Allah Ferdaus."

Pinggan Ain licin tanpa sebarang sisa.  Entah mengapa seleranya begitu besar sejak akhir-akhir ini.  Minuman teh o ais disedut sehingga habis.  Perutnya terasa begitu penuh dan kelopak matanya memberat seperti mengantuk.  Patutlah adanya perumpamaan melayu yang menyatakan 'gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.'  Begitulah halnya yang melanda diri Ain sekarang ini.  Dia meminta diri untuk pulang dan Ferdaus menghantarnya hingga ketempat letak kereta.

"Jumpa esok Ain kat kampus.  Hati-hati memandu"

"Ye, Ferdaus.  Jumpa esok ye.  Awak jugak."

Ferdaus masih memerhatikan kenderaan Ain yang telah lama berlalu pergi.  Dia menapak ke arah keretanya pula dan deruman enjin membelah suasana yang semakin merangkak senja.

************************

"Puan ke mana semalam?" tanya Irfan sebaik saja Ain duduk disebelahnya.

"Awak tanya saya?  Awak ke mana pulak semalam?"

"Saya dicampak keluar dari kelab selepas buat kecoh dengan pengunjung kelab.  Puan nampak tak ni?  Ni la pengorbanan saya  semasa tugas demi bangsa, nusa dan negara" Irfan mula merepek.

"Elehh..sikit je kot.  Jangan nak manja sangat!" Ain mencebik setelah melihat kesan lebam yang terdapat disudut bibir kiri Irfan.

"Sikit puan cakap?  Bisa betul tumbukan pemuda semalam.  Nyaris saya tak terkulai kat situ"

"Hehehe.   Takpe la Irfan.  Pengorbanan awak tu ada gunanya tau.  Saya dah berjaya dapat sedikit maklumat dari Aniq Haqimi.  Rupa-rupanya suspek kita banyak menyimpan fail gadis-gadis 'escort girl' termasuklah Una, Mimi dan........saya"

"Apa??  Fail puan pun ada sekali?"

"Ye.  Saya akan cuba teliti motif tersebut.  Satu lagi, buku Una ada dijumpai dirumah suspek.  Sayangnya buku tu terlepas sebab kecuaian saya sendiri.  Bersusah payah saya mendapatkannya!" Ain menggenggam erat jari-jarinya.  Mendidih hatinya memikirkan kepayahan yang terpaksa dilaluinya ketika memecah masuk bilik bacaan Aniq.

"Kenapa diaorang nak sangat bukut tu haa?"

"Entah lah Irfan.  Tu yang saya cuba siasat.  Saya syak ada sesuatu selain 'call card' yang tersimpan didalamnya."

"Hmm..logik jugak teori puan tu"  Irfan mengusap-ngusap dagu runcingnya sambil matanya tetap fokus kearah pemanduannya.

Ain dan Irfan memasuki kelab yang selalu dikunjunginya itu.  Dari jauh keluhatan kelibat Wazir yang sedang minum seorang diri.  Keadaan Wazir dilihat amatlah tidak terurus dengan rambut yang kusut masai dan bajunya yang tersalah butang.  Sebaik saja Ain menghampiri Wazir, lelaki itu menerkam ke arahnya.

"Ain, tell me.  Where is Bibiana?"

Ain agak terkejut dengan kelakuan agresif Wazir terhadapnya.  Dia berusaha menjarakkan diri diantara mereka.

"I really have no idea where she is Wazir.  Trust me."

"Tapi korang kan satu rumah?  Takkan tak tahu mana dia pergi?"

"I told you.  I really don't know what happened.  I'm sorry"

Setitis dua air mata Wazir tumpah dipipinya.  Dia menangis teresak-esak seperti anak kecil kehilangan ibunya.  Ain dan Irfan berpandangan sesama sendiri.  Ain menarik tubuh Wazir agak jauh dari orang ramai yang mula memerhatikan mereka dengan kehairanan.

"Wazir, boleh ceritakan kepada I apa yang berlaku?"

"I tak tau.  Sebelum dia keluar dengan Aniq, kami memang banyak menghabiskan masa bersama-sama.  I might say that she's everything to me"

"And?"

"And, we expected having our first baby soon"

"You what??" Ain terjerit mendengarkan ayat terakhir Wazir.

"I akan jadi ayah.  Bibiana is going to be a mother.  She's carrying my child.  I'm about to propose her Ain.  Tapi Bibiana hilang!!."

Ain mengeluh.  Tidak disangka Mimi bertindak sejauh itu.  Irfan juga cuba menenangkan Wazir.  Badannya berbau masam akibat minuman keras yang diambil terlalu banyak.

"Wazir, I janji akan cari Bibiana.  Dia kawan I.  You jaga diri.  Jangan buat benda bodoh.  Nanti I akan bawakan dia kepada you."  Ain telah berjanji secara tidak sengaja.  Irfan kurang bersetuju dengan rancangan Ain.  Hal itu akan dibincangkannya nanti.

"Promise me Ain.  You will bring her back!"

"I promise Wazir."

Nun di satu sudut kelibat Aniq yang kacak seperti biasa berjalan ke arah bar bersama dua orang pengawal peribadinya.  Sebatang rokok terselit diantara dua ulas bibir lelaki itu. Ain menghela nafasnya lalu mengatur langkah ke arah Aniq yang begitu riang memeluk pinggang seorang gadis seksi dan menggoda disebelahnya.

"Puan, jangan" pesan Irfan.

"Saya tau apa saya akan buat Irfan."

Irfan tidak dapat berkata apa-apa lagi.  Jika Ain telah membuat keputusan bermakna tiada sesiapa lagi yang mampu mengubahnya.  Langkah Ain diatur bersama detakan kasut tumit tingginya ke arah Aniq.  Bahu Aniq disentuh dari belakang lalu lelaki tersebut berpaling.  Sebuah senyuman manis terukir dibibir lelaki tersebut.  Tumpuan Ain terganggu seketika sebelum mindanya kembali berfungsi.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BL-1 | BL-2 | BL-3 | BL-4 | BL-5 | BL-6 | BL-7 | BL-8 | BL-9 | BL-10 | Bab 11 | BL-12 | BL-13 | BL-14 | BL-15 | BL-16 | BL-17 | BL-18 | BL-19 | BL-20 | BL-21 | BL-22 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku