BUNGA LIAR
BL-17
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 November 2017
"Tess, aku jatuh hati" - Ain "Kau gila?? Dia musuh kita!" - Theresa "Dunia saya dan dunia awak berbeza. Tetapi saya yakin jika awak ke dunia saya, awak akan temui apa yang awak cari"- Aniq Haqimi
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
32

Bacaan






Ain menghentikan langkah dan menyandarkan badannya di bawah sebatang pokok untuk melepaskan lelah.  Dia tercungap-cungap mengambil nafas.  Matanya meliar  kesegenap arah sekiranya ada sebarang pergerakan ataupun kelibat lelaki yang ditakutinya iaitu Ferdaus. 

Mujurlah situasi didapati  selamat.  Setelah berjaya mengumpul sedikit tenaga, Ain menyambung semula perjalanannya yang tergendala.  Niatnya cuma satu iaitu untuk mendapatkan bantuan daripada rakan sepasukannya.  Terlebih dahulu dia perlu membuat perancangan rapi agar dirinya gagal ditemui oleh Ferdaus.

Sementara itu, langkah Ferdaus begitu terhad akibat tikaman diabdomennya.  Apatah lagi rasa nyeri yang terpaksa ditanggung akibat hentaman kuat dicelah kelengkang membuatkan lelaki itu berjalan terhincut-hincut seperti lelaki tempang.  Disebelah tangan kanannya pula, tersisip kemas  belati yang telah memakan tuannya sendiri. 

"Mana kau Ain?  Kau takkan dapat lepas dari genggaman aku!!" herdikan Ferdaus melengking.

Langkah kakinya diayunkan mengikut jejak yang ditinggalkan oleh gadis pujaannya itu.  Ain perlu dicari!  Ain perlu diajar!  Biarpun nyawa gadis itu terpaksa menjadi galang gantinya.  Dendam kesumat yang bersarang semakin menebal.

Ain menghapuskan jejak yang ditinggalkan.  Dia cuba sebaik mungkin bagi mengaburi pencarian Ferdaus terhadapnya.  Setidak-tidaknya dia dapat melengahkan masa Ferdaus.   Segala tanda baru dibuat bagi memperdayakan Ferdaus.  Usai perbuatannya itu, Ain melarikan diri ke arah yang bertentangan.  Pepohon yang meliuk lentuk ditiup angin membuatkan tubuhnya dilanda kedinginan.  Ditambah pula dengan kelaparan yang dirasainya semakin menjalar.

"Hari nak hujan nampaknya," getusnya.

Dia perlu cepat, jika hujan melanda masalah lain pula yang akan menimpa.

************

Theresa berjalan mundar mandir didalam pejabat.  Tangannya disilangkan kebelakang.  Sekali sekala dia  menggenggam erat jari jemarinya sendiri setelah mendengar berita kehilangan rakan baiknya sebentar tadi.

"Puan Tess.  Jangan dirisaukan sangat keadaan Puan Ain.  Pasukan kita sedang bertungkus lumus mencari petunjuk.  Informer kita ada maklumkan yang Puan Ain telah dilihat kali terakhir bersama rakan kuliahnya, Ferdaus.  Sekurang-kurangnya maklumat tersebut dapat memberi kita petunjuk" Irfan memujuk.

Irfan sendiri pun berasa gusar.  Sengaja perasaannya itu disembunyikan terutamanya daripada Theresa.  Setelah bekerjasama dengan Ain Afzan buat beberapa ketika, dia semakin mengerti akan peribadi pegawai atasannya itu.

"Maunya saya tak risau Irfan.  Puan Ain tu seorang pegawai polis yang cekap.  Tiba-tina pula dia boleh hilang dalam sekelip mata.  Macam ada sesuatu yang tak kena."  Luahan hati Theresa disuarakan.

"Sebab Puan Ain seorang yang cekaplah kita tak perlu risau.  Dia tahu apa yang dia buat.  Sabar ye puan, In shaa Allah Puan Ain dalam keadaan selamat." 

"Theresa dan Irfan!  Saya nak awak turut serta dalam misi pencarian Ain Afzan.  Pengintip kita telah berjaya menemui lokasi dia disembunyikan" celah Tuan Fakhrul.

"Baik tuan.  Maksud tuan.....Puan Ain kena culik?  Macam tu?" soal Irfan.

"Berdasarkan maklumat awal itu yang saya dapat.  Kemungkinan besar dia diculik.  Rakaman CCTV dari kedai serbaneka ada memaparkan situasi sebegitu.  Motifnya saya tak pasti" terang Tuan Fakhrul.

Irfan mengangguk tanda faham.  Theresa dan Irfan bersiap sedia dengan beberapa ahli pasukan yang lain dalam misi menyelamatkan Ain Afzan sebelum terlambat.

*********

Ain merasakan dia hanya berpusing-pusing dikawasan yang sama.  Setiap kali dia berhenti, disitulah dia menemui pohon besar tempat dia berehat sebentar tadi.

"Fokus Ain fokus!."

Fokusnya menghilang.  Mungkin terlalu penat ataupun terlalu lapar.   Semangatnya semakin pudar apatah lagi hari telahpun menginjak ke malam.  Bermakna pandangannya juga semakin terhad.

"Ain Afzan!  Jangan kau cuba lari dari aku!!  Nahas kau aku kerjakan nanti!!" pekikan dari Ferdaus menyentakkan lamunan Ain.

Ferdaus melibas-libas semak dikiri dan kanan dengan sebatang kayu besar.  Wajahnya menyinga.  Peluh yang membasahi bajunya tidak dihiraukan.  Nyeri akibat kecederaan dan titisan darah yang meleleh diabdomennya juga tidak diendahkan.  Tekadnya cuma satu, gadis bernama Ain perlu harus dicari!

Ain berundur setapak demi setapak  dengan penuh berhati-hati.  Dia bersembunyi disebalik belukar yang berduri.  Kulitnya calar balar dihiris duri dengan percuma.  Namun hatinya berterusan memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa agar dirinya dilindungi dari segala malapetaka.

Semakin lama susuk tubuh Ferdaus semakin jelas.  Ain menekup mulutnya dengan tapak tangannya sendiri sambil menggigil.  Dalam remang cahaya bulan yang menyimbah bumi terlihat imej belati yang berkilat tergenggam kemas ditangan lelaki itu.

Sungguhpun Ain mampu melawan dengan seni pertahanan diri yang dipelajarinya, dalam situasi ini dia tidak mahu mengambil risiko.  Lantaran pula dirinya amat tidak bermaya dan terlalu letih.

"Ain!!  Baik kau menyerah saja!  Aku tau kau ada disekitar sini!!" jerit Ferdaus lagi.

Ain membatukan diri.  Ferdaus masih berlegar-legar berhampiran tempat  persembunyiannya.  Tidak lama kemudian, Ferdaus terlihat ranting patah seperti dilalui sesuatu.  Dia mendengus lalu melalui arah tersebut sangkanya laluan Ain untuk melarikan diri.  Ain menghembuskan nafas sekuat hati.  Dadanya diurut-urut.

"Nyaris-nyaris saja tadi" bisiknya.

Tanpa membuang masa, Ain meneruskan perjalanan ke arah yang bertentangan.  Bunyian unggas dan cengkerik setia menemani malamnya yang dirasakan terlalu panjang daripada biasa

Pasukan mencari dan menyelamat telah tiba dilokasi yang dimaksudkan.  Jantung Theresa berdetak hebat tatkala melihat kereta yang amat dikenalinya itu tersadai berhampiran rumah tersebut.   Isyarat tangan diberi sebelum pintu utama dirempuh.  Setiap bilik dan ceruk diperiksa.  Kesan tompokan darah yang hampir kering membasahi cadar menambahkan kebimbangan Theresa.  Irfan menepuk-nepuk bahu Theresa perlahan dengan pandangan yang sukar dimengertikan.  Theresa tertunduk.

"Puan, kami dapati ada kesan pergelutan disini.  Tetapi tiada seorang individu pun yang ditemui.  Mungkin mereka telah pergi dari sini sebentar tadi."

Yusly, salah seorang anggota penyelamat menerangkan situasi yang mungkin terjadi.  Segala bayangan buruk menerjah dikotak fikiran Theresa.

'Tuhan, tolong selamatkan Ain Afzan' doanya didalam hati. 

Setitis dua manik jernih terbit ditubir kelopak mata sepetnya.  Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum memberikan arahan.

"Arahkan pemeriksa cap jari mengambil semua kesan cap jari disini.  Ambil gambar disetiap sudut dan periksa dengan teliti segala bukti yang ada." 

Masih lagi tegas kedengaran suara Theresa walaupun didalam sendu yang ditahan.

*******

Ain semakin lemah.  Langkahnya semakin mengendur dan perlahan.  Namun untuk berputus asa tidak sekali-kali.  Apa yang pasti, dia sudah semakin jauh ke dalam hutan.  Dia memperlahankan langkah kerana simbahan cahaya bulan seringkali terlindung oleh kepulan awan.  Mana mungkin dia menapak didalam gelap.  Silap haribulan ianya boleh membahayakan nyawanya sendiri.

Ain mengambil keputusan untuk berehat sekali lagi.  Punggungnya dihenyakkan ke atas tanah yang tidak beralas.  Kawanan nyamuk yang menggigit kulit gebunya ditampar perlahan.

"Kat mana aku ni agaknya?" dia bertanya sendiri.

Perutnya semakin memainkan irama keroncong.  Tangan kanannya menyeluk kedalam kocek mengambil beberapa biji buah kemunting yang sempat dikutip semasa dia melarikan diri. Buah tersebut dimasukkan kedalam mulut lalu dikunyah perlahan.  Rasa manis buah tersebut menjalari tunas rasanya. 

***********

"Puan Tess, nampaknya macam ada dua kesan jejak yang berasingan.  Kita nak ikut jejak yang mana satu?" soal Jeevan salah seorang anak buahnya yang turut menyertai misi tersebut.

"Kita berpecah!   Kita tak tahu jejak  Puan Ain yang mana satu.   Tetapi ingat,  pastikan kita saling berhubung melalui walkie-talkie sekiranya menemui sebarang  petunjuk.  Faham?."

"Faham Puan!" soalan Theresa dijawab serentak.

Theresa, Irfan dan Hairi bergerak didalam satu kumpulan.  Manakala, Jeevan, Yusly dan Dania bergerak didalam satu kumpulan yang lain.  Masing-masing giat mencari rakan setugas mereka yang mungkin telah berada jauh didalam hutan.

************

Disebabkan keletihan yang melampau, Ain terlena tanpa sengaja.  Tubuhnya mengerekot menahan dingin malam yang mencengkam hingga ke tulang hitam.  Gigitan serangga langsung bagaikan berpesta menghirup darah mudanya.  Tidurnya yang pulas umpama sedang berbaring diatas sebuah tilam empuk.

Prangg...!!  Bammmm..!!

Kilat dan petir silih berganti.  Hembusan angin pula semakin kuat.  Daun-daun kering berserakan bersama debu.  Jelaslah hujan akan turun pada bila-bila masa sahaja.

Ayunan langkah yang tadinya perlahan semakin laju.  Walaupun tanpa bantuan lampu suluh dia mampu untuk meredah hutan belukar tanpa sebarang masalah.  Tempat itu adalah tempatnya.  Kesan darah telah mengering.  Sesekali lukanya terasa pedih akibat peluh yang menitis mengenai balutan yang kurang kemas.  Matanya yang meliar seperti binatang buas terbuntang apabila melihat sesusuk tubuh sedang mengerekot di atas tanah.  Dia mengukirkan senyuman sinis.

Langkah diayunkan lebih laju tetapi masih berhati-hati.  Wajah cantik didepannya ditatap sebelum tangan sasa lelaki itu merentap helaian rambut panjang gadis malang tersebut.

"Arghhhhhh...!"

Jeritan kesakitan bergema dalam pekat malam.  Renyai hujan mulai jatuh kebumi.  Semakin lama semakin lebat.

"HAHAHAHA..Aku dah cakap kau takkan terlepas dari aku!," jerit Ferdaus melawan derasnya aliran air hujan.

"Lepaskan aku Ferdaus!  Baik kau menyerah.  Aku yakin rakan sepasukan aku sedang berusaha untuk menyelamatkan aku" rontaan Ain semakin longgar.

"Takde sesiapa yang akan temui kau disini.  Kau menjerit la macam mana sekalipun takde sesiapa yang akan mendengarinya.  HAHAHAHA."

Ain melawan.  Cuba mencari ruang dan peluang untuk mematahkan serangan Ferdaus terhadapnya.  Badannya yang lemah membuatkan peluangnya tipis. 

"Aku akan seksa kau lebih dahsyat dari tadi.  Kau nampak kesan luka ni?  Ianya akan menjadi kesan luka yang sama pada kau nanti!" Ferdaus mengugut. 

Warna merah yang melekat pada balutan luka semakin memudar apabila terkena air hujan.

Rentapan pada rambut Ain yang basah semakin erat.  Ain menahan keperitan dikulit kepalanya.  Sesaat Ferdaus terleka, Ain menendang perut lelaki itu hingga tersungkur.  Tanpa berlengah, Ain segera melarikan diri.  Namun pergelangan kakinya pantas ditarik oleh Ferdaus.  Kali ini Ain pula tersungkur.  Wajahnya tersembam ke tanah.  Dia terjatuh meniarap.  Tubuhnya dipalit lumpur dan tanah.

"Ughhhh...ughhh..."

Ain menyeringai kesakitan.  Siku dan lengannya turut tercalar.  Badannya dipusing oleh Ferdaus mengadapnya.  Tanpa belas Ferdaus menindih tubuh gadis itu lalu mendepakan kedua-dua belah tangan Ain ke sisi agar tidak dapat melawan lagi.  Dia mengacah-acahkan belati dikulit mulus wajah gadis itu.

"Kenapa kau buat aku macam ni Ferdaus?  Aku sahabat kau.  Lepaskan aku.  Kita boleh jadi rakan baik sekali lagi.  Aku janji," Ain merintih.

"Phuihhhh..!  Kau dan segala janji bodoh kau tu boleh pergi mati!!  Depan aku kau berlagak baik.  Belakang aku kau jadi sundal!  Sekarang ni kau terimalah padahnya!."

PANGGG...!!

Pipi Ain ditampar sekuat hati.  Pijar.  Namun terpaksa ditahan.  Dalam diam Ain merencana satu taktik lain.  Lututnya diangkat tinggi lalu menendang kuat celah kelengkang Ferdaus sekali lagi.  Belati ditangannya terlucut.

"Sial..!!  Jangan ingat kau boleh lari Ain Afzan!!."

Cecair merah pekat dihujung bibir dikesat.  Belati dicapai dan serta merta dia menjauhkan diri dari Ferdaus yang sedang menahan kesakitan.

"Celaka punya betina!!  Siap kau kalau aku dapat nanti!!."

********

"Macam mana ni puan?  Kita dah jauh kedalam.  Bayang mereka pun kita tak nampak," keluh Hairi.

"Kita teruskan!  Saya takkan biarkan Puan Ain jatuh ke tangan penjahat."

"Tapi puan.  Hari sudah lewat benar.  Apa kata......"

"Hairi, kita teruskan.  Selagi kita berlengah selagi itu Puan Ain didalam bahaya" celah Irfan.

Lambat-lambat Hairi mengangguk.  Pencarian diteruskan juga walaupun Irfan sendiri buntu.  Jejak semakin hilang dan malam semakin larut.  Ditambah pula hujan lebat yang melanda sebentar tadi.  Masih tiada khabar berita juga daripada kumpulan penyelamat Jeevan.  Rasa sedap hati yang menjentik dirinya dilontar jauh-jauh.

********

"Ain Afzan!  Dimana kau!!  Baik kau menyerah!!," suara Ferdaus yang serak memanggil-manggil nama gadis itu berulang kali.

Sebenarnya Ain tidaklah terlalu jauh dari Ferdaus kerana dia tidak pasti kemana arah yang harus dituju.  Sudahnya dia bersembunyi dan membatukan diri.  Susuk tubuh Ferdaus yang lalu dihadapannya membuatkan hatinya kecut.  Seperti dapat menghidu akan ketakutan itu Ferdaus semakin menggila.

"Aku tahu kau ada berdekatan Ain!  Baik kau keluar sebelum aku sendiri yang jumpa kau.  Lagi teruk kau terima hukumannya!."

Ain tetap membatukan diri. Belati digenggam kemas.  Jika dirinya diserang belati itu yang akan dibenamkan. 

"Ferdaus!!  Lepaskan!!"

Tanpa diduga Ferdaus bertindak lebih pantas.  Ferdaus memeluk tubuh Ain daripada belakang lalu mencampakkannya ke tanah yang dipenuhi batuan kecil.  Entah berapa kali tanah hutan itu menjadi saksi penyeksaan yang ditanggung oleh Ain.  Belakang tubuh Ain terhentak dengan agak kuat hingga menyukarkannya berdiri.

Belati yang tercampak dirampas rakus oleh Ferdaus.  Tubuh Ain diheret ke satu sudut tanpa belas.  Lopak yang digenangi air hujan membuatkan Ferdaus bertindak luarbiasa.  Sekali lagi rambut Ain direntap lalu mukanya diselamkan kedalam lopak air berkenaan.

Terkapai-kapai Ain kelemasan.  Kakinya tergawang-gawang.   Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu disambut dengan hilai tawa Ferdaus yang menyakitkan hati.

"Ini untuk kau yang pernah malukan aku!!  Terima kasih jugak kerana tidak melawan semasa kau jadi habuan aku dulu!!

Ain tercungap-cungap mengambil udara.  Air matanya telah lama merembes keluar sejak tadi.  Dalam sedu sedan dia membiarkan saja nasibnya selepas ini.  Kemudian, tubuhnya dibaringkan.  Ain melihat ke arah langit yang tidak berbintang.

"Itu baru permulaan.  Ini merupakan perhitungan yang sebenarnya!!."

Belati yang digenggam dengan kedua-dua belah tangan diangkat tinggi keudara.  Sasarannya adalah tusukan terus kejantung gadis itu.  Ain memejamkan kelopak matanya rapat-rapat.  Nafasnya semakin pendek dan dadanya turun naik menahan apa saja takdir yang akan menimpanya.

"Huwarghhhhhhh...!!"

Banggg..!!

Tidak semena-mena satu tembakan telah dilepaskan.

"Arghhhh...!  Huhhh..Huhhhh...Huhh...."

Ferdaus jatuh melutut ke tanah.  Darah pekat mengalir laju dari betis kirinya.  Dia menekup kecederaannya itu dengan tapak tangan sambil merintih.  Dalam sekelip mata tanah itu dibasahi oleh darah.  Belati yang terjatuh disepak jauh-jauh oleh Irfan.

"Ain...buka mata kau Ain.  Kau dah selamat," ujar satu suara lunak.

Perlahan-lahan kelopak matanya dibuka.  Seperti bermimpi, Theresa dan rakan-rakan pasukannya yang lain berada disitu.  Hairi masih menghalakan muncung pistol ke arah Ferdaus.

"Tess...!!  Kau datang jugak akhirnya.  Huhuhu" Ain menangis.

"Maaf kami lambat.  Kami kurang mahir selok belok hutan ni."

"Terima kasih Tess.  Irfan."

Theresa tersenyum hambar.  Ain kelihatan sungguh tidak bermaya dan tidak terurus.  Pelukan mereka semakin kemas.  Theresa mengusap-ngusap belakang badan Ain yang terhinggut-hinggut menangis.

"Jeevan, kami dah temui Puan Ain.  Tolong dapatkan bantuan secepat mungkin.  Ada mangsa yang tercedera."

"Berita diterima Irfan."

Wajah Ferdaus berkerut menahan sakit. 

"Walaupun aku tertewas, kau pasti takkan dapat lupakan parut dibahu kau Ain.  Aku bersumpah, setiap kali melihat parut itu aku akan terus menghantui hidup kau sampai bila-bila.  HAHAHAHA..!"  Ferdaus ketawa bagaikan orang tidak siuman.

"Woii, diamlah!!"

BUKKK..!!

Sebiji penumbuk hinggap dipipi kanan Ferdaus.

Tangisan Ain semakin kuat.  Irfan dan Hairi turut bersimpati melihat keadaan Ain.  Tanda tanya menyelubungi benak mereka bertiga.  Apakah kaitannya antara Ain dan Ferdaus??  Mereka sepertinya telah lama mengenali antara satu sama lain.

Tiba-tiba suara tangisan Ain lenyap.  Theresa panik apabila mendapati rakan baiknya itu sudah tidak sedarkan diri. 

"Irfan, dapatkan bantuan lekas!!!  Puan Ain pengsan!!."



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BL-1 | BL-2 | BL-3 | BL-4 | BL-5 | BL-6 | BL-7 | BL-8 | BL-9 | BL-10 | Bab 11 | BL-12 | BL-13 | BL-14 | BL-15 | BL-16 | BL-17 | BL-18 | BL-19 | BL-20 | BL-21 | BL-22 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku