Kekasih Paling Setia
Bab 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 November 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
120

Bacaan






 

Wajah lelaki itu di renung semahunya. Di mana-mana, setiap masa, dia memang selalukalah dengan lelaki itu. Kenyataan yang pahit. Sepahit hempedu. Kalau ada yanglebih pahit dari hempedu, di situlah pahit yang dia rasa. Pahit, sepahit-pahitnya.Lumrah. Bukan semua orang pemenang.

“Kenapa pandang aku macam tu?”

Fahim berhenti merenung namun masih lagi memandang. Lelaki yang duduk tenang sambil menyuap sesudu lagi hidangan pencuci mulut itu benar-benar ada daya penarik. Dia harus berusaha lebih andaiberkehendak untuk tidak terus kalah.

“Kau rasa?”

How should I know?”

“Hmm…betul juga. Tak kanlah kau tahu sebab aku yang rasa. Betul tak?”

“Cakap je lah. Tak payah nak belit-belit.”

“Adham Hasif…”

Hasif jongket kening.

I wish my name was Adham Hasif.”

“Fahim, yang memahami. Makna yang baik. Kenapa nak tukar pula?”

“Hasif, cuba kau tengok sekeliling.Aku rasa macam aku tak ada kat sini. Semua perempuan pandang kau. Dari yang remaja,dewasa, mak cik-mak cik. Who else?Siapa yang tak pandang kau? Tell me?”

Hasif turutkan juga. Pandangannya dikitarkan ke sekeliling kafe. Juga sampai ke bahagian luar di mana pengunjungsedang berjalan santai di pusat membeli belah terkemuka itu. Dan saat itu,mulalah naik dua tiga buah telefon bimbit nak menangkap gambar. Lain pula yangsenyum, melambaikan tangan, mengenyit mata dan ada juga yang buat-buat dah takpandang. Bertempiaran mata mengelak dari ketahuan kerana memandang secara sembunyi.

“Adalah yang tak pandang.”

“Siapa?”

“Tu…”

Fahim memandang ke arah itu. Lah, lawak bodoh! Dia ketawa. Yang itu kalau memandang Hasif, kecoh satu Malaysia.

“Pelakon tu baru kahwin minggu lepas. Tak kan nak pandang kau? Nanti kena cerai,terpaksalah kau ambil dia jadi bini.”

Hasif melorekkan senyuman. Namun tiba-tiba matanya terpejam. Ada flash dari kamera yang menyilaukan matanya. Meliar dia mencari arahdatangnya cahaya itu. Bila dah bertemu, dia di hadiahkan dengan senyumanmenggoda. Dia membalas ala kadar. Senyuman itu belum sampai tahap yang mampu mencairkan hatinya.

“Kadang-kadang aku rasa aku tak kan kahwin sebab selalu keluar dengan kau.”

“Mengarutlah.Kita bukan gay.”

“Bukan tu. Tapi macam aku cakap tadilah. Bila kita berdua, aku macam tak ada. Mata perempuan-perempuan ni semua cuma nampak kau. Ibaratnya macam gajah dengan semut. Semut tu akulah. ”

“Datanglah beribu perempuan pun Fahim. Raihah tetap nombor satu.”

“Okey,faham. Mungkin memang dah takdir macam tu. Lelaki kaya jodoh pun mesti dengan perempuan kaya. Yang hensem pula berpasangan dengan yang cantik.”

Hasif menghabiskan jus oren di dalam gelas yang berbaki suku lagi. Itu pendapat Fahim.Mungkin ada betulnya tapi terpulang pada jodoh dan penerimaan individu itu sendiri. Perasaan cinta dan sayang tak boleh di paksa. Rupa paras itu pula pilihan. Tak semestinya cantik di mata dia, cantik juga di mata Fahim. Dia pulatak kisah. Jika cantik dan kaya jodohnya, dia terima. Jika sebaliknya pula, diajuga terima. Jodoh rahsia Allah walaupun hakikatnya dia sentiasa mendambakan Raihah.

“Kena mandi bunga ni.”

Fahim terus menyedut minumannya sehingga habis. Kedengaran bunyi sumbang di hujungsedutannya. Satu kebaikan di depan Hasif. Dia tak perlu nak berlagak macho.Bukannya ada yang nak memandang pun. Dia buruk lantak, gelojoh dan kadang-kadang tak berpakaian segak pun tarafnya sama saja seperti dia acah-acah nak mengikut cara Hasif.

“Aku ingat nak tambah menu kat restoranlah. At least, customer tak jemu.” Hasif lari dari topik yang sedang berlegarantara mereka sekarang.

“Baguslah tu. Aku pun ingat nak mandi bunga lepas ni,” balas Fahim.

Enough with that. Bunga tak kan bagi jodoh. Doa, minta kat Allah. That’s the right way Fahim.”

Fahim tersengih-sengih. Hasif, perwatakannya buat semua perempuan suka. Semuaperempuan tergila-gila. Sejak dari zaman universiti, Hasif pandai itu, Hasif cemerlang ini, Hasif pelajar pintar, Hasif abang senior paling kacak, semua tentang Hasif. Dia pula cuma lelaki si kaca mata yang nampak pintar tapi selalu kalah dengan Hasif. Ironinya, mereka bestfriend forever. Sebagai sahabat, dia sayangkan Hasif. Dia susah, Hasif ada.Dia senang, Hasif pun ada. Begitu juga sebaliknya. Semoga ukhwah antara merekaberdua kekal sampai bila-bila.

****

Rambang mata Hasif melihat perhiasandiri yang pelbagai corak dan bentuk di hadapan mata. Dia bukan pakar memilih.Tapi dia tahu mana satu yang sesuai untuk Raihah.

Miss,can you give me that ring?”

Hasif menunjuk pada sebentuk cincinberlian yang nampak eksklusif rekaannya. Dan dia dah putuskan yang cincin ituhak milik Raihah.

“Yang ni memang cantik. Pandai encik pilih. Untung bakal isteri encik.”

Penjual wanita itu menyerahkan cincin yang di maksudkan oleh Hasif. Sesekali dia mencuri pandang. Segak, tampan dan bergaya. Jika di hiasi dengan akhlak yang sempurna, maka dialah calon suami pilihan. Dambaan setiap wanita.

You think she will like it?” Hasif membelek-belek cincin di tangannya.

“Tak salah lagi. Tambah-tambah pula kalau encik yang hadiahkan.”

“Insya-Allah.You dah kahwin?”

Penjual wanita itu tersentak. Bakal isteri dah bertukar pula ke? Janganlah buat pasal kat sini. Dia mengaku masih bujang tapi dah berpunya. Biarpun pasangannya sederhana rupa paras dan harta, cintanya tak kan beralih hanya kerana mahukan yang lebih hebat.

“Belum.Tapi…”

“Baguslah.At least, I tak rasa macam nak kebas wife orang pula.”

“Err…apa maksud encik ni?”

“Pilihlah mana yang you suka. I belanja.”

“Encik?”

I want to give you a present. Tapi jangan salah anggap pula. Ini halal. Bukan rasuah. I rasa happy dan sebab tu I nak memberi.”

Penjual wanita itu benar-benar terkedu. Kalaulah ada sepuluh pelanggan seperti ini, dia boleh buka kedai barang kemas sendirilah nampaknya.

I’ll take this. And you?”

“Hah?”Penjual wanita itu kaget sebentar. Biar betul mamat ni? Dalam pada itu, laju matanya mencari perhiasan yang menarik hati. Dia malu tapi mahu.

“Gelangtangan, boleh tak?”

Hasif ketawa lepas. “Sure.”

Setelah membuat pembayaran, Hasif pun berlalu. Penjual wanita itu tidak henti-henti mengucapkan terima kasih. Semoga Allah membalas kebaikanmu wahai lelaki pemurah.

“Untungnya kau Mila… jealous tau!”

Sara terkedek-kedek menghampiri. Sambil itu, tangannya pantas menyambar gelang tangan percuma kepunyaan Mila itu.

“Alhamdulillah.Rezeki aku. Untung kan bakal bini mamat tu. Dah lah hensem, baik hati, tak sombong.Alahai… tak kuat aku. Nasib hati aku ni teringat je dekat abang Im tu.”

“Mamat tu pun untung juga. Bakal bini dia pramugari tau. Cantik. Anak Dato pula tu. Taste tinggi. Mana nak pandang perempuan kerja kedai macam kita ni.”

“Eh,mana kau tahu bakal bini dia pramugari? Ke kau tembak je?”

“Tak tahu ceritalah tu.” Lincah jari Sara menyentuh skrin telefonnya. Bibirnya dibentuk-bentuk. Lagaknya seperti sedang mencari sesuatu yang penting.

“Kau cari apa?” Tanya Mila.

“Cari mamat tu lah. Ha, ni. Tengok. Adham Hasif bin Rosli. Tapi bapak dia dah meninggal tahun lepas. Jadi perniagaan restoran arwah bapak dia tu sekarang Hasif yang uruskan. Sekarang ni dah ada lapan buah cawangan. Tu tak termasuk dua dekat Indonesia dengan korea. Mamat tu kira macam jutawan mudalah. Tapi sayang.Dah nak kahwin. Melepaslah siapa-siapa yang berangan nak jadi bini dia. Tapi adik dia pilot tau. Tak dapat abang,adik pun jadilah. Hensem juga.”

Penerangan Sara buat Mila melopong. Macam mana dia boleh terlepas pandang tentang semua maklumat itu? Nampak sangat dia bukan jenis yang kisah tentang media sosial.Apa yang tengah trending, viral, hot dan yang sama waktu dengannya langsung tak ada dalam kepala. Tinggal dalam gua ke Mila? Tak lah. Dia cuma sejenis manusia yang hanya suka jaga hal sendiri. Hal orang lain, biar mereka sendiri yang jaga.

 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku