Kekasih Paling Setia
Bab 2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 November 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
95

Bacaan






 

“Senyum sampai telinga. There’s anything that you want to share?” Akid menegur Hasif yang sedang duduk di atas kerusi di beranda rumah. Abangnya memang pemurah dengan senyuman. Tapi kalau dah senyum sorang-sorang, sesiapa yang melihat pun pasti akan berasa pelik.

Hasif menoleh. “Akid. Bila balik?”

“Baru je. Nampak apa kat luar tu malam-malam ni? Perempuan cantik? I balik pun tak perasan.”

“Raihah.”

“Angau!”

Meleret senyuman Hasif. “Angau dengan kekasih sendiri. Tak salah kan?”

Akid mengunci mulut. Kekasih? Satu perkataan yang paling di benci. Tambah lagi bila perkataan itu keluar darimulut Hasif. Kalau dia menjawab, takut perkara lain pula yang terluah.

Melihat perubahan pada wajah Akid,Hasif sedar yang dia sudah terlanjur kata. Jarang dia dapat berbual secara baik dengan Akid. Jadi tidak seharusnya situasi baik ini bertukar tegang.

“Abang nak share something.”

What?” Akid melangkah setapakmenghampiri Hasif.

“Abang nak melamar Raihah.”

You cakap apa? Melamar Raihah? Biar betul?”

“Betul. Lagipun soal ni mana boleh buat main.”

Tiba-tiba saja Akid menggaru kepalanya. Nampak rimas seperti orang ada masalah kutu dan kelemumur. “You dah gila Hasif.”

“Excuse me? Gila. Akid cakap abang gila? Abang ni Hasif. Abang kandung sendiri.Tergamak cakap macam tu?”

“Tak. I tak maksud macam tu. But I tak rasa yang Raihah akan setuju walaupun dia cintakan you sangat-sangat.”

“Kenapa pula dia tak kan setuju?”Nada suara Hasif sudah berubah. Baginya Akid langsung tidak membantu. Nampaknya dia salah orang untuk berkongsi rasa gembira.

“I tahu I bukan boyfriend dia tapi I kawan dia. Satu tempat kerja lagi. Trust me. Antara kapal terbang yang keras tu dengan you, dia akan pilih kapal terbang.”

Hasif pantas berdiri dan melangkah merapati Akid. “Macam ni lah. Kalau ada apa-apa yang Akid tak puas hati, cakap.Jangan buat perangai macam ni. I don’t like it. Dan kalau Akid masih marahkan abang pasal…”

Of course I masih marah dan tetap akan marah sampai bila-bila. Tapi kenapa you tiba-tiba ungkit pasal tu? Oh, you nak cakap yang I nak balas dendam dengan cara beritahu benda yang betul pasal Raihah? Come on Hasif! You ingat I adik yang macam mana? Sudahlah. Ni lahsebabnya I malas nak borak dengan you.At the end, kita mesti gaduh.”

Akidterus berlalu meninggalkan Hasif. Kebenaran memang menyakitkan. Agaknya Hasif seorang saja yang tak tahu.

****

Puan Hajar menyenduk nasi goreng kedalam pinggan Hasif. Kemudian, pinggan Akid pula. Akhir sekali, barulah pinggannya yang berisi.

“Doa.”

Akid yang selalu membaca doa makan tanpa di suruh, tidak bergerak. Puan Hajar terjongket keningnya.

“Bismillahirrahmanirrahim…”

Suara Hasif memecah kesunyian. Semua menadah tangan. Selesai berdoa, Hasif dan Akid terus makan tanpa memandang satu sama lain. 

“Kenapa ni?” Puan Hajar bertanya. Nasi goreng di dalam pinggannya masih belum terusik.Selagi dia berasa ada yang tidak kena dengan kedua-dua anak lelakinya itu, dia tidak lalu makan.

Akid diam. Hasif juga sama.

“Hasif?”Puan Hajar pandang anak sulungnya.

“Akid?”Dia beralih pula pada anak bongsunya.

“Tak ada seorang pun nak bagitahu umi?”

“Tak ada apalah umi. Kita orang kan dah biasa gaduh,” sahut Akid.

Hasif melepaskan sudu di tangan. Wajah Akid di pandang tajam. “Tak nak bagitahu umi ke kenapa kita gaduh?”

“Hasif,kenapa ni? Apa yang tak kena?”

“Hasif pergi dulu umi.” Seleranya sudah mati.

“Duduk. Selagi umi tak tahu apa masalah Hasif dengan Akid, tak ada sesiapa pun boleh pergi,” tegas puan Hajar.

Akid tersenyum sinis. “Biarlah umi kalau abang Hasif nak pergi pun. Adalah benda tu yang dia tak puas hati dengan Akid.”

“Akid…”Puan Hajar menggeleng perlahan. Dia tidak mahu suasana tegang tercetus antara dua beradik itu seawal pagi.

“Okeylah Akid bagitahu. Itu yang abang Hasif nak kan? Macam ni umi. Semalam Abang Hasif bagitahu yang dia nak melamar Raihah.”

“Apa?Melamar Raihah?” Terkejut puan Hajar. “Betul ke ni Hasif?”

“Betullah umi. Abang Hasif cakap dia tak kan buat main pasal tu. Then Akid cakaplah yang Raihah tak kan setuju. Tapi Akid bukan cakap saja-saja. Akid cakap berdasarkan apa yang Akid nampak. But suddenly abang Hasif marah-marah. Tak logik langsung,” kata Akid. Sambil itu, wajah abangnya yang mula tegang dikerling sekilas.

Pantas Hasif menarik nafas panjang. Dia cuba pendam dahulu rasa marah terhadap Akid. Perlahan-lahan tangan puan Hajar di sentuh.

“Hasif minta maaf. Hasif bukan tak nak bagitahu umi tapi Hasif takut yang umi tak terima Raihah. Hasif tahu umi baik dengan dia. Tapi Hasif tak tahu kalau Raihah menantu pilihan umi atau tak. Hasif harap umi tak terasa.”

Sentuhan tangan Hasif di balas. Sebagai seorang ibu, dia lega. Tanpa di paksa, Hasif sendiri berkeinginan untuk berumah tangga. “Umi suka Raihah. Hasif buat pilihan yang tepat.”

“Betul ke umi?” Hasif teruja. Terlupa seketika tentang pandangan negatif Akid. Restu dari puan Hajar adalah yang paling utama.

Puan Hajar ketawa. “Betul. Tapi…” tawanya di hentikan serta merta. Perwatakannya kembali serius.

“Tapi apa umi?” Tanya Hasif kalut. Perkataan tapi itu boleh membawa kepada banyak tujuan lagi.

“Tapi umi tak happy dengan Akid. Akid sepatutnya support abang. Bukannya nak patahkan semangat dia. Abang nak buat benda yang baik. Dia nak bina masjid. Akid tak suka kalau Raihah jadi kakak ipar?”

Mendengar pertanyaan dari puan Hajar, Akid akhirnya melepaskan tawa. Seperti kebiasaan. Dia saja yang lupa. Dia akan sentiasa menjadi seorang pesalah walau hakikatnya dia berkata benar.

“Lupa pula yang Akid tak pernah betul. Tapi jangan risau. From now on, umi dengan abang Hasif buatlah apa benda pun. Akid dah malas nak masuk campur. Tak naklah nanti anak kesayangan umi tu lari rumah pula. Akid pergi dulu. Assalamualaikum.”

Dia kemudian bangun dari tempat duduknya dan menyalami tangan puan Hajar. Setelah itu,dia terus pergi tanpa memandang wajah Hasif.

“Jangan ambil hati dengan Akid,” kata puan Hajar. Sehingga saat ini, dia masih mencuba sebaik mungkin untuk menjernihkan hubungan di antara kedua anaknya itu. Tapi nampaknya dia masih belum berjaya. Kemarahan Akid terlalu dalam.

“Tak.Tapi janganlah selalu sangat. Umi, benda dah lama jadi. Tapi Akid nampak susah sangat nak move on. Marah macam manapun, I’m still his brother. Hasif haraprasa hormat dia tu tak kan hilang hanya sebab kesalahan orang lain. Hasif pergi dulu umi.” Giliran Hasif pula yang berdiri. Setelah bersalam dengan puan Hajar,dia juga berlalu.

Puan Hajar hanya mampu mengeluh. Hasif dan Akid yang sudah besar panjang ini kadang-kadang perangainya lebih menyakitkan kepala dari ketika anak-anaknya itumasih kanak-kanak. Bertabahlah Hajar. Air di cincang tak kan putus. Semoga masalah lalu tidak akan terus menghantui kehidupan Hasif Dan Akid.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku