Kekasih Paling Setia
Bab 3
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 November 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
76

Bacaan






Raihah hilang kata-kata. Semuanya gara-gara kejutan luar biasa dari Hasif ini. Lantai yang dipenuhi bunga, persekitaran yang tenang tapi punya aura romantik dan paling mengujakan bila hanya ada mereka berdua yang duduk di sini. Terasa seperti dia sedang berlakon babak romantik dalam sebuah drama. Sungguh Hasif benar-benar jadikan ia kenyataan.

“Bila you buat semua ni?”

“Kita makan dulu. Nanti sejuk tak sedap pula,” kata Hasif. Dia sudah merancang segala-galanya untuk malam ini.Termasuklah masa yang sesuai untuk menjawab pertanyaan mudah dari Raihah itu.

“Tapi…”

Hasif mengulum senyum. “We’ll talk later.”

Senyuman Hasif di balas. Raihah tidak mahu memaksa walau hatinya seperti sudah dapat mengagak sebab untuk semua ini.

“Okey.”

Mereka kemudian makan, minum dan berbual seperti biasa. Tidak lama, hidangan pencuci mulut pula mengambil tempat.

“Wow, aiskrim! You macam tahu-tahu je I mengidam nak makan aiskrim.” Raihah mencapai sudu. Aiskrim di hadapannya terus di suap. Nikmat bila cairan aiskrim itu mengalir lewat tekaknya. Namun di suapan kedua, pergerakannya semakin perlahan.Mindanya mula terfikirkan sesuatu. Tanpa pengetahuan Hasif, dia menguis aiskrim di dalam bekas kaca sederhana besar itu. Manalah tahu kalau…

“Sedap tak?”

Kalut Raihah menghentikan perbuatanya.“Err… sedap.”

Tiba-tiba, lampu terpadam. Keadaan jadi gelap. Hanya cahaya lilin yang menerangi. Raihah terkejut. Sudu di tangannya terlepas.

“Hasif?”

“I tak letak cincin dalam aiskrimtu. Nanti you tercekik, susah pula. Lagipun taktik tu semua perempuan dah hafal. I tak nak.”

Raihah menggigit bibir. Rupanya Hasifperasan tentang itu. Buat malu je lah. “Eh, merepeklah you ni. Lagipun kenapa pula you nak letak cincin dalam aiskrim ni kan? Selalu kalau kita pergi candle light dinner, macam ni juga. Cuma malam ni I rasa macam terlebih romantik sikit.”

“Kalau tambah yang ni, lagi romantik kot.”

 Kotak cincin yang terbuka di tolak sehingga ke tengah meja. Betul-betul di bawah sinaran cahaya lilin. Serentak dengan itu juga, lampu kembali menyala.

“Raihah Irdina, I tahu you faham apa maksud semua ni. Bunga, tempat,suasana dan cincin ni. Sejak kali pertama I jumpa you, hati I dah terpaut. Kita mesej, call, jumpa, jadi kawan, jatuh cinta, bercinta, semua tu dah banyak makan masa. I tak nak buang lagi masa yang ada. Cukuplah.”

“Hasif… I…”

Will you marry me?”

Raihah memandang Hasif tanpa berkelip.Menjadi isteri kepada Adham Hasif merupakan impian. Bukan saja dia, tapi semua perempuan yang mengenali Hasif. Dua tahun dia berperang dengan rasa cemburu.Selalu dia makan hati bila Hasif terlalu baik dengan semua perempuan.Kadang-kadang hatinya goyah. Tapi keyakinan yang Hasif berikan buat dia bertahan. Dan kesetiaan dan kasih sayang Hasif di buktikan malam ini.

“Raihah Irdina, will you be my wife forever?” Hasif bertanya lagi

Perlahan-lahan Raihah menjatuhkan kepalanya.

Hasif tersenyum lebar. Agak lamasebelum senyumannya berganti dengan tawa kecil. Tawa yang terzahir dari rasa gembira yang teramat sangat.

“Tapi… bukan sekarang.”

Jawapan lanjut Raihah itu mematikan tawanya. Tapi Hasif masih mahu bersangka baik. “What?”

“You dengar Hasif,” balas Raihah perlahan. Riak terkejut Hasif nyata melukakan hatinya.

Why?”

Raihah di terpa rasa bersalah. Menjadi isteri Hasif memang impiannya. Tapi ada impian yang lebih dulu di inginkan.

“I memang nak kahwin dengan you. Tapi ada banyak lagi yang I nak capai. Bagi I masa. Lepas tu I janji, I akan jadi isteri you. I akan tinggalkan semua ni hanya untuk datang pada you. Tak lama pun.” Raihah berusaha memujuk. Dia yakin yang Hasif akan faham. Selama dua tahun bermadu kasih, Hasif sangat bertolak ansur.

“Berapa lama I kena tunggu?” Hasif berusaha untuk kekal tenang walau dalam hatinya sedang berperang denganperasaan sendiri.

“Dua tahun.”

Waktu ini, peringatan dari Akid terngiang-ngiang di telinga. Ternyata keyakinannya tidak sehebat kemampuan Akid untuk menilai kemahuan Raihah.

“I bagi you masa untuk fikir.”

“Hasif…”

Raihah menggeleng-gelengkan kepala. Keputusan yang juga impian ini bukan baru. Malah sudah lama sejak dia belum bertemu Hasif lagi. Jadi bukan masa yang dia perlukan melainkan pengertian dari Hasif.

“Sayang, you boleh kerja macam biasa lepas kita kahwin. I tak kan halang.” Hasif terus mencuba. Walaupun rancangan asalnya berbeza, dia sanggup mengubahnya demi untuk mendapatkan persetujuan dari Raihah.

“Bila kita kahwin, I nak berhenti terus. I nak jadi isteri yang selalu ada dengan you. Jadi sebab tu bagi I masa. Just two years. Tak lama pun.”

“Dua tahun? Hmm… Agaknya masa tu I dah ada dua orang anak,” balas Hasif dengan gumpalan rasa kecewa. Apa yang dirancang, kini musnah. Semuanya sekali.  

Raihah tersentak. “Kenapa you cakap macam tu? You… tak nak tunggu I?”

Hasif merenung cincin di atas meja.Cincin itu untuk Raihah. Walau apa pun yang terjadi, cincin itu tak kan bertukar pemilik.

“I dah cukup bersedia untuk malam ni. Tapi I lupa nak bersedia untuk terima apa saja jawapan dari you. Akid was right. Antara I dengan kapal terbang, you tak kan pilih I. Now I sedar satu perkara. I terlalu sombong sampai I tak dengar langsung nasihat orang lain.”

“Hasif…”

Let’s end it here.”

 “What? I thought you will understand. No, Hasif. Don’t do this to me.” Bergetar suara Raihah menahan rasa terkejut.

“Cinta I tak cukup kuat untuk buat you berhenti kejar apa yang you nak capai. Dua tahun lagi, kita akan kahwin kalau ada jodoh. Tapi kalau tak, kita terima apa Allah dah tentukan.”

Air mata Raihah mengalir melewati pipi. Besar sungguh kesalahannya pada Hasif hingga di beri hukuman yang langsung tidak di duga.

“Cincin tu untuk you. Hanya untuk you. I tak kan bagi pada sesiapa selain you.”

“Hanya sebab I minta you tunggu, hubungan dua tahun kita terputus macam tu je? It’s that fair for me?”

“Mungkin tak adil untuk you but how about me? I tak expect langsung yang you akan tolak lamaran I. I…” Hasif berhenti seketika. Sekadar untuk menelan liur yang terasa payah untuk melewati kerongkong.

“I kecewa. Tak pernah dalam hidup I rasa kecewa macam ni.”

“I tak tolak you Hasif. Kita bertunang dulu. Lepas dua tahun…”

No. Semua tak kan sama lagi. Mungkin you boleh buat biasa but not for me.”

Raihah tiada upaya lagi untuk memujuk. Hasif memang seorang yang tekad. Di sebabkan itu dia jatuh hati. Tapi sekarang, dia benci. Bertambah benci bila mengenangkan yang Hasif memutuskan hubungan mereka kerana kecewa sedang hakikatnya dia juga berperasaan yang sama.Ternyata Hasif pentingkan diri! 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku