Kekasih Paling Setia
Bab 4
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 November 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
79

Bacaan






Hasif melangkah perlahan menuju ke keretanya. Saat ini hati dan fikirannya terasa kosong dan hambar. Raihah yang berkeras mahu menaiki teksi di biarkan pergi sedangkan sebelum ini menghantar dan menjemput Raihah sudah menjadi tugas wajibnya.Betapa sekelip mata, semuanya berubah.

Pintu kereta di buka. Dia mahu pulang ke rumah dan merehatkan diri. Besar harapannya agar tidak bertembung dengan Akid. Kalau tidak, semuanya pasti akan bertambah rumit dan menyakitkan.

“Encik, tolong saya. Ada orang kejar saya.”

Hasif di terpa secara tiba-tiba. Seorang gadis berkaca mata dengan wajah ketakutan sedang menahannya dari pergi.

“Encik…”

“Saya nak cepat ni,” kata Hasif. Dia malas dan tiada hati untuk mengambil tahu tentang hal lain ketika ini.

“Ya Allah, encik. Tolong saya. Saya takut. Tak ada orang lain kat sini,” rayu gadis itu. Kini lengan Hasif menjadi sasarannya.

Tiada sebarang jawapan dari Hasif.Lengannya di tarik sebelum dia terus masuk ke dalam kereta. Cermin keretanya yang di ketuk bertalu-talu dari luar di biarkan saja. Enjin kereta di hidupkan sebelum dia terus memandu perlahan keretanya. Namun tiba-tiba, dia menekan brek. Nafas di tarik dan di hembus perlahan. Signal di pasang sebelum dia turun dari keretanya.

“Lepaskan dia.”

Seorang dari dua lelaki itu menoleh.Dia ketawa seraya meludah ke tanah. “Hero dah sampai.”

Hasif membuang pandang ke arah seorang lagi lelaki yang sedang menekup mulut gadis yang merayu untuk diselamatkan tadi.

“Lepaskan perempuan tu. Kalau korang nak duit, aku boleh bagi.”

Kedua lelaki itu ketawa serentak sebelum seorang mara menghampiri Hasif. “Aku memang nak duit. Tapi kalau boleh, aku nak perempuan tu sekali. Boleh?”

 Mendengar jawapan itu, Hasif jadi baran.Tanpa amaran, penumbuknya singgah di wajah lelaki itu.

“Tak guna!” Lelaki itu menyinga. Diadan Hasif kemudiannya berbalas tumbukan sebelum pisau kecil yang terselit dipinggangnya di acukan ke arah Hasif.

Hasi ftangkas mengelak setiap serangan namun akhirnya dia tewas juga apabila lengannya terasa pedih.

“Tolong!”Gadis itu menjerit sebaik saja dia berjaya meloloskan diri dari pegangan lelakiyang bertubuh sedikit berisi dari temannya yang seorang itu.

“Blah!”Lelaki yang memegang pisau itu memberi isyarat pada temannya. Mereka berdua pantas melarikan diri di sebalik bangunan kedai. Setelah melihat kedua lelaki itu pergi, perempuan itu cepat-cepat mendekati Hasif. Lengan Hasif yang berdarah itu terus menjadi perhatiannya.

“Encik tak apa-apa? Kereta encik kat mana?”

Hasif memandag sekilas lengannya yang berdarah itu. Luka itu nampak. Tapi luka dihati, hanya mampu di rasai seorang diri tanpa siapa tahu. Dia kemudiannya melangkah kembali ke kereta.

“Encik nak pergi klinik ke?”

“Tak apa.”

“SayaHanis. Encik?”

Hasif menoleh. Siapa yang beri dia kebenaran untuk masuk? Selama ini, cuma dua orang perempuan sahaja yang pernah duduk di sebelahnya. Puan Hajar dan Raihah.

“Hasif.”

“Nah.Untuk balut luka.” Hanis menghulur sapu tangan merah jambu miliknya. Tapi tidak lama sebelum dia menukar fikiran.

“Tak apalah. Biar saya balut.”

Tidak sampai seminit, lengan Hasif yang berdarah itu sudah berbalut. Bagai teringat sesuatu, Hanis lekas-lekas mengeluarkan telefon bimbit dari beg sandangnya.Jarinya lincah menekan skrin.

Hasifhanya membiarkan dengan harapan yang Hanis akan sedar sendiri tapi dia tidakbetah menunggu. Dirinya lelah. Zahir dan batin.

“Dah boleh keluar kot.”

Hanis segera memasukkan kembali telefon bimbitnya. Wajah Hasif yang tampak tidak senang dengan kehadirannya itu, di pandang. “Err… boleh tak kalau saya tunggu kat dalam kereta encik? Kejap lagi abah saya sampai. Saya takut nak tunggu kat luar.”

“Tunggu abah sampai?” Hasif meraup wajahnya. “Berapa lama?”

“Dalam dua puluh minit,” jawab Hanis. Dia sebenarnya takut untuk meminta sebegitu dari lelaki yang wajahnya kelat seperti Hasif. Tapi dia lagi takut untuk berada diluar seorang diri.

Tanpa menyoal lagi, Hasif terus menyandarkan kepalanya. Mata di pejam dan hati berharap agar waktu dua puluh minit itu cepat berlalu.

“Encik.”

Hasif bergerak sedikit.

“Encik.”

Perlahan-lahan Hasif membuka mata. Kepalanya di angkat sebelum dia membetulkan posisi badannya.

“Abah saya dah sampai. Terima kasih sebab sudi tunggu dengan saya dan minta maaf sebab saya lengan encik luka.”

Hasif memandang jam di dashboard. “Saya tidur ke tadi?”

Hanis mengangguk kepala. Hasif tidur dan dia berjaga. Walaupun mengantuk tapi situasi janggal membuatkan dia tidak terfikir pun mahu melelapkan mata.

“Tak apa. Ni, saya pun nak minta maaf juga sebab lambat tolong tadi.”

“Eh,tak. Tak payah minta maaf. Yang penting encik dah tolong saya. Err… tangan tu kalau sakit sangat pergi klinik tau. Saya balik dulu. Assalamualaikum.” Sempat Hanis berpesan. Sememangnya dia rasa bersalah.

“Waalaikumsalam,”sahut Hasif. Namun jeritan kecil Hanis mengejutkannya. “Kenapa?”

“Sangkut.Lupa nak buka.” Hanis tersengih sambil terkial-kial cuba membuka tali pinggang keledar yang di pakainya. Agak lama juga usahanya tapi tidak berhasil. Tali pinggang itu seolah-olah menyekatnya di situ.

Dalamkebingungan, Hasif membantu. Sekejap saja dan Hasif berjaya membukanya. Hanis lega.

“Lain kali kalau kereta tu tak bergerak, tak payah pakai kot” ujar Hasif.

Hanis ketap bibir. Kebiasaan yang memakan diri. Lantas dia pun keluar dari kereta Hasif dengan malu setinggi gunung.

****

“Kenapa ni umi?” Tanya Akid. Ketika itu, puan Hajar sedang berdiri tegak di hadapan pintu bilik Hasif.

“Kenapa lambat balik? Dah lama umi tunggu.”

Why?”

“Abang Hasif tak nak buka pintu.Lagi satu tadi umi nampak macam tangan abang berdarah. Umi takut dia cederakan diri dia.” Puan Hajar risau. Sejak sampai sekejap tadi, Hasif terus mengunci diri di dalam bilik. Rasanya apa yang Akid katakan tentang Raihah semuanya telah jadi kenyataan malam ini.

Akid menyandarkan tubuhnya pada dinding bersebelahan dengan pintu bilik Hasif. “Abang Hasif tu memanglah kekasih paling setia tapi rasanya dia tak kan buat macam tu.”

“Umi pun harap macam tu.” Puan Hajar benar-benar takut. Dia tidak mahu kejadian lama berulang lagi. Cukuplah dia berendam air mata kerana Akid seorang saja tidak lama dulu.

“Tapi bagus juga jadi macam ni,”kata Akid tiba-tiba.  

Puan Hajar memandang Akid dengan penuh tanda tanya. Di matanya, Akid langsung tidak terkesan dengan apa yang berlaku pada Hasif. Wajah Akid kosong!

At least dia dapat pengajaran. Bukan Semua benda kat dalam dunia kita akan dapat.”

“Akid, tak baik cakap macam tu.”

“Salah ke apa Akid cakap ni umi?Selama ni Akid yang tanggung semua. Dia bahagia atas derita Akid.”

“Dah lah. Akid ni kenapa? Benda dah lama. Lagipun bukan salah abang,” balas puan Hajar geram. Kadang-kadang Akid bukan hanya menyakitkan hati Hasif tapi hatinya juga.

“Habis tu salah siapa? Oh, okey.Salah Akid. Semua yang jadi dekat abang Hasif salah Akid. Itu yang umi nak dengar?”

“Akid, umi tak…”

Puan Hajar tidak sempat menghabiskan ayatnya bila Akid sudah mengatur langkah menuju ke biliknya yang terletak di sudut paling hujung.Ya Allah. Apa yang sudah jadi? Kedua anaknya kini bagai orang asing yang tidak suka satu sama lain. Sebagai ibu, dia benar-benar sedih. Sesungguhnya semua ini sangat memberati jiwa tuanya.


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku