Kekasih Paling Setia
Bab 8
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 November 2017
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
121

Bacaan






“Dah lah termenung tu kak Nis. Bukan dapat apa pun,” tegur Haziq pada Hanis yang dari tadi kerjanya asyik termenung. Walaupun suasana di dalam pasar ini hiruk pikuk, nyata ialangsung tidak memberi kesan pada kakaknya itu. Malah tegurannya untuk yang keberapa kali ini pun hanya di biar seperti angin yang lalu di tepi telinga saja.

“Bagi aku ayam ni Haziq. Macam biasa tau.”

Haziq menoleh. Alahai… dia dah datang. Pantas Haziq melakukan kerja seperti yang di suruh. Nanti lambat sedikit,mulalah ada petir yang keluar dari mulut mak cik Zaitun.

“Elok sangatlah tu. Pasar ni tempat orang nak berniaga, beli barang dapur. Bukan tempat nak termenung mengenang nasib diri,” sindir mak cik Zaitun sambil menjeling Hanis.

Kalut Haziq menyiku lengan kakaknya. Hanis tersentak sebelum terpandangkan mak cik Zaitun yang tercegat di hadapannya.

“Eh, mak cik. Bila sampai?” tanyanya.

 “Berangan kahwin dengan putera raja ke sampai aku datang pun tak sedar?”

“Tak adalah mak cik,” bidas Hanis. Dengan mak cik Zaitun, kesabarannya harus berada pada tahap paling tinggi. Kalau tidak, takut pula hilang adab dan hormat pada orang tua.

Makcik zaitun mencebik. “Tu lah kamu. Lain kali, cari kerja yang elok sikit. Ada ijazah tapi kalau buat jeruk je buat apa? Tengok Mira tu. Dah ke hulu ke hilir dengan kereta Honda dia.”

“Rezeki Mira mak cik.”

“Memanglah rezeki Mira sebab dia usaha. Yang kamu ni, dari kecil sampai dah besar, kat pasar ni juga kamu tercongok. Tak kan sampai tua nak jual ayam?”

Walaupun mulutnya gatal mahu menjawab, tapi Hanis mengambil keputusan untuk mengunci mulut saja. Itu lebih baik dari bertengkar dengan mak cik Zaitun.

“Lusa Mira balik. Dia bagitahu aku yang dia nak jumpa kamu. Eloklah tu. Kamu berdua pun dah lama tak jumpa kan?”

Dalam diam, Hanis mengeluh. Pada mata mak cik Zaitun, dia dan Mira macam isi dengan kuku sedang hakikatnya mereka macam anjing dengan kucing. Bezanya mereka belum sampai tahap hendak bercakaran sahaja.

 “Ni Haziq, ayam aku tu dah ke belum? Lama dah aku menunggu ni.” Mak cik Zaitun menyergah Haziq.

“Dah mak cik. Ni ayamnya.” Haziq menyerahkan beg plastik berisi ayam segar kepada mak cik Zaitun.

“Aku balik dulu,” kata mak cik Zaitun setelah menghulur duit kepada Haziq.

“Eloklah balik mak cik. Takut nanti pisau buat potong ayam tu melekat dekat mulut pula.”Hanis berkata perlahan sekadar untuk pendengaran dirinya dan Haziq saja.

“Macamlahk ak Nis tak biasa. Dia kan mak cik petir,” kata Haziq.

“Kalau dah hari-hari sangat, bukan lagi petir. Tapi petir sabung menyabung,” balasHanis geram.

“Tak baiklah kak Nis. Rezeki tu.”

“Memanglah rezeki tapi entahlah. Kalau lari rezeki dari mak cik Zaitun tu pun kak Nis tak sedih sangat. Sekurang-kurangnya Allah dah selamatkan kak Nis dari terkurang ajar dengan dia.”

Baru Haziq mahu membalas, tiba-tiba dia terlihat seseorang yang dari jauh sudah lebar senyumannya. Kalau mak cik Zaitun petir, ini pelanginya.

“Tapi kalau rezeki yang ni, confirm tak lari. Makin dekat adalah.”

“Maksudnya?”Hanis mengerutkan dahi

 “Assalamualaikum…”

Hanis menoleh ke arah suara itu. Haziq pula hanya mengulum senyum.

“Waalaikumsalam.Lambat abang Khalil datang hari ni?” Ramah Haziq bertanya.

“Ada mesyuarat tadi. Tu yang lambat,” jawab Khalil sambil menghalakan pandangannya pada Hanis.

 “Err… Hanis…”

“Ya?”Hanis menghadiahkan senyuman buat Khalil. Walau apa pun tujuan lelaki itu datang, dia harus membalas kebaikan yang di beri. Namun harapannya biarlah kebaikannya itu tidak di salah tafsir.

“Lusa saya nak ajak Hanis makan malam dekat rumah. Lagipun ibu saya nak sangat kenal dengan Hanis. Tapi kali ni saya nak Hanis setuju.”

Hanis mengerling Haziq di sebelahnya mengharapkan bantuan. Ini sudah ajakan yang ketiga dan sebolehnya dia tetap mahu menolak. Dia takut persetujuannya nanti akan memakan diri.

Haziq hanya menjungkit bahu. Selalu dialah yang datang dengan bermacam alasan untuk menyelamatkan kakaknya itu. Tapi untuk kali ini, dia kasihankan Khalil yang nampaknya benar-benar bersungguh.

 “Err…” Hanis mati akal. Haziq yang di harapkanuntuk membantu langsung tidak berfungsi hari ini.

Please Hanis. Jangan kecewakan saya lagi.” Khalil separuh merayu. Besar harapannya agar pelawaannya kali ini akan di terima.

“Saya…saya tak tahu Khalil.” Hanya itu yang terkeluar dari mulut Hanis. Dia benar-benar tiada jawapan yang pasti untuk Khalil.

****

“Malam ni termenung pasal apa pula?Jemputan abang Khalil? Ke pasal mak cik Zaitun?”

Hanis mengeluh perlahan. Haziq yang sudah duduk di sebelahnya, di kerling saja. “Betullah tu. Tapi yang pagi tadi tu termenung pasal lain.”

“Hal apa yang lagi penting selain dari mak cik Zaitun dan abang Khalil ni?” Tanya Haziq.

“Ingat tak masa kak Nis cakap yang kak Nis kena ragut hari tu?”

Haziq mengangguk. “Kenapa?”

“Memang kak Nis kena ragut. Beg kak Nis tak hilang sebab ada seorang lelaki yang tolong selamatkan beg tu.”

“Dah tu part mana yang buat kak Nis termenung sampai mak cik Zaitun datang pun tak sedar? Pasal Haziq tak percaya yang kak Nis kena ragut? Jangan risaulah. Haziq percaya. Hari tu saja je kata macam tu.”

 “Bukan pasal tu. Sebenarnya lelaki tu orang sama yang selamatkan kak Nis masa malam kak Nis kena kejar dengan penjahat tiga minggu lepas. Tapi yang kak Nis pelik, lelaki tu langsung tak ingat kak Nis.Logik ke? Lagipun tak kan dia boleh lupa macam tu je pasal tangan dia yang luka sebab nak selamatkan kak Nis?”

Haziq ketawa kuat. “Jadi kes kecewalah ni?”

Hanis mengetap bibir. “Tak adalah. Kak Nis cuma rasa macam mustahil sangat kalau dia tak ingat langsung pasal kak Nis.Tu je.”

“Alah, entah-entah abang tu tengah ada masalah. Kita bukannya tahu. Orang kalau tengah bermasalah ni kak Nis, mana nak ingat benda-benda yang tak penting sangat. Lainlah kalau muka kak Nis tu cantik jelita macam Nelydia Senrose. Yang tu ada kemungkinanlah abang tu akan ingat.”

“Oo… Jadi nak cakap yang kak Nis ni hodohlah?” Hanis mula bercekak pinggang.

“Siapa pula yang hodoh ni?” Tiba-tiba kedengaran suara encik Osman mencelah. Cepat-cepat Hanis memberi isyarat kepada Haziq supaya tutup mulut. Kalaulah encik Osman dan puan Suraya tahu tentang kes ragutnya itu, rasanya memang tak keluar rumah lagilah lepas ni.

“Tak ada apalah abah. Err… Haziq masuk dululah. Nak tidur. Esok ada class pagi. Abah boraklah dengan kak Nis.” Haziq berdiri dan terus berlalu masuk ke dalam rumah. Itu cara paling selamat untuknya agar terus menutup mulut dari bercerita tentang apa sahaja yang di larang oleh Hanis.

“Khalil ada telefon abah. Dia minta izin abah nak bawa Hanis makan malam dan jumpa dengan mak dia. Dia kata dah dua kali Hanis tolak. Sebab tu kali ni, dia minta izin abah terus. Hanis macam mana? Dah buat keputusan?” Tanya encik Osman yangsudah duduk di tempat Haziq tadi.

Hanis terkejut. Sampai sejauh itu Khalil bertindak? Bersungguh betul. “Hanis… tak tahulah abah. Hanis cuma anggap Khalil tu kawan. Nanti kalau Hanis pergi, Khalil simpan harapan pada Hanis.Kalau tak pergi, takut dia kecil hati pula.”

“Jadi terus terang dengan dia. Abah yakin yang dia akan faham. Abah izinkan Hanis pergi tapi semua terpulang dekat Hanis. Abah tak paksa. Abah tahu Hanis akan buat keputusan yang terbaik.”

“Mak cik zaitun  pun dah siap bagitahu awal-awal lagi yang Miranak datang lusa. Kononnya nak melawat Hanis. Hanis pun tak tahulah kenapa semua orang pakat nak jumpa hari yang sama. Tak boleh ke jumpa hari lain? Yalah,sekurang-kurangnya Hanis tak pening kepala fikir macam mana nak berdepan dengan dua masalah tu sekaligus.” Hanis merungut perihal dua masalahnya yang datang serentak kepada encik Osman.

Encik Osman tergelak sebelum mengusap lembut rambut Hanis. “Anak abah ni kan kuat. Walaupun lembut kat luar tapi hati sado. Betul tak?”

“Sado macam hati abah.”

Kata-kata Hanis di sambut dengan tawa encik Osman. Pantas Hanis menyandarkan kepala pada bahu abahnya. Mata di pejam rapat. Nyamannya situasi begini membuat dia hampir lupa pada segala masalah.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku