PEMBURU MALAM
Bab 5
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 November 2017
Dia seorg pemburu manusia! Malam hari adalah masanya ! Dia di geruni , di takuti dan mahu di elak ! Setiap mangsanya pastikan tidak terlepas ! Dia tidak mahu wang ringgit ! Yang dia mahukan hanya JANTUNG ! Ya, dia lah pemburu nyawa manusia !! Butang save di tekan pada papan kekunci .Kacamata yang telah melorot telah dia tanggalkan.Selimut ditarik , lampu di padamkan_____ Anna seorg novelist thriller. Dia tegak berdiri dari depan jendela sambil tersenyum ngeri...( Cover by Ruby Annas)
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
76

Bacaan






BERITA kematian misteri penuh ngeri itu semakin hari semakin merisaukan para penduduk kota Metro termasuklah aku , apatah lagi kematian mereka penuh misteri dan keteroran semakin memuncak apabila salah - satu anggota terpenting dalam tubuh kita iaitu jantung ghaib pada setiap mayat ngeri itu .Selain itu juga, muka dan leher akan di kelar ada yang langsung tidak menyerupai wajah manusia.


Jantung ! Apakah ini kebetulan atau ? Aku mula berpikir- pikir .HATI yang aku selalu dapat itu ? Ketulan daging merah yang masih berdenyut - denyut sukar untuk aku lupakan .Apakah nasib ketulan- ketulan hati itu sekarang ini ? Apakah telah hancur bersama sampah- sarap ditempat pelupusan ? Apakah ianya milik mangsa- mangsa itu ? Mangsa yang teraniaya ? 


Siapakah pembunuh itu ? Apakah motif dia sebenarnya ? Benarkah dia seperti yang aku jangkakan ? Seorang pembunuh misteri yang bergerak aktif di waktu malam ? Seorang pemburu ? Seorang yang profesional apabila tiada kesan dan jejaknya langsung ! 


Dialah PEMBURU MALAM ? PEMBURU MALAM ? Sama seperti tajuk karya thriller terbaru aku ? Apakah ia sekadar kebetulan ? Jika diingat- ingatkan lagi sesetengah scene seolah sama ? Seperti de javu ? Dan aku pula adakalanya meletakkan suasana sebenar ke dalam masterpiece aku ini ? 


Apakah watak ciptaan aku itu benar- benar muncul ? Atau benar- benar ujud ? Atau apa ? 


Tak ! Tak mungkin ! Dia sangat merbahaya ! Jangan ! Aku tak boleh wujudkannya! Tapi , jika dia sememangnya ujud ? 


Bukan ! Bukan aku yang mengujudkannya ! Aku bukan pembunuh itu ! Bukan ! Argh tidakkkkkk.....


Namun, akhirnya... .


Aku mulai tersenyum senget lalu mendepani laptopku .Cermin mata kian melorot aku perbetulkan semula , sebelum aku mulai mengarang .Mulai hanyut dalam fantasiku ....


Rya tidak tahu apa lagi yang harus dia lakukan kini .Gangguan demi gangguan dari si pemanggil misteri kian merisaukannya .Dan kala malam pula , dia dihujani hadiah misteri yang bisa menghentikan denyutan jantungnya.


Rya kini seakan fobia untuk berjalan seorang diri apatah lagi di lorong gelap dan sunyi .Dia dapat merasakan dirinya sedang di ekori .Bayangan gelap itu senantiasa memerhatikannya dari celahan bangunan .Malah adakalanya seakan berada di dalam kondonya .Tidurnya tidak pernah lena, adakalanya dia seakan terasa lemas seperti di serkup dengan bantal ! Lampu senantiasa dia pasangkan ! Lebam bawah mata kian terserlah ! 


Ktik...ktik....ktik....Laju jemariku kian lincah bermain papan kekunci .Ide- ide turun mencurah bagaikan air terjun ! Rambut yang nakal menjuntaikan diri, aku selalu sebakkan ke balik telinga .Hidung yang gatal tanpa sebab aku tenyehkan rakus .Ganggu aja ! 


Rya tergamam ! Menggeletar seluruh anggotanya kini ! Apa yang dia tatapi itu amat merencatkan jiwanya yang telah tersedia galau ! Ditakik berkali - kali ! Manusia itu tak ubah seperti seekor ayam! Pembunuh psiko itu lakukan ! Ya Allah ! Peluh kini bersatu dengan air mata lalu membanjiri dan memenuhi kanvas wajah ! 


Takikan terakhir ! Pisau terbenam, tegak berdiri di tengah serebrum mayat itu ! Dia berpaling ! Lembaga hitam yang tegak berdiri itu dia tancap tajam sekali .Pisau di tarik semula , terpercik darah juga serpihan otak ke topeng putihnya , dia biarkan saja .Dia bingkas bangun , pisau di tangannya tetap tegak, dengan hujung tajamnya terhunus berkilau dibawah cahaya neon ! Dia tersenyum dari balik topengnya lalu tanpa amaran , pembunuh misteri itu meluru terus ke arah mangsa terbarunya pula , iaitu Rya ! 


Allah ! Rya menjatuhkan segala barangnya lalu kian terundur .Cuak ! Gelisah ! Suasana amat cemas ! Pembunuh berlari ke arahnya ! Rya ! Lari Rya ! Lari ......


Berpeluh juga aku kini.Detak jantung aku juga cemas secemas si Rya kini yang berlari tanpa arah mencari pertolongan malahan tempat persembunyian .Sukar sekali apabila berada didalam kegelapan malam .


" Kau ingat kau boleh TERLEPAS DARI AKU SAYANG ? " Aku berkata sambil menaip .


" Kau ingat kau boleh terlepas dari aku sayang ...." Bisiknya sinis .


" Hah !" Aku terus berpaling ke arah belakangku . Kosong ! Kelam tanpa lampu kalimantang di pasang hanya lampu tidur sahaja ! Tiada sesiapa ! Tetapi suara itu ? Sama seperti dialog yang baru aku karang ini ! Dialog PEMBURU MALAM.! 


Aku liar mengitari sekelilingku .Peluh yang merenik kesan cemas kala aku menaip kini semakin aktif keluar dari liang peluhku bersatu pula dengan aliran adrenalinku .


Ah ! Persetankan mungkin ia hanya ilussi atau delusiku sahaja ! Aku mulai tersenyum lalu aku terus memusingkan kembali tubuhku untuk menghadap karya ku yang terpapar di skrin laptop Acer aku .


Rya kini berada di lorong mati dan ia adalah lorong terakhir ." Allah , macamana ni ? Aku sudah tersalah lorong lagi ! Lorong belakang kondo arah lagi satu ! Apa yang harus aku lakukan kini ? Allah tuhanku bantu aku !" Rya tegak berdiri , pusing keliling .Dia terkepung dan di apit bangunan konkrit tersebut .


Detak jantung ? 


Hebat ! 


Adrenalin ? 


Laju ! 


" Hah ! " Rya berpaling dan .....? Bulu romaku tegak kesemuanya kini .Aku pun tak tahu kenapa ? Anak mataku membulat di balik kacamata apabila terasa ada hembusan nafas di belakang leher ! Spontan tangan aku angkatkan lalu memegang leher . Aku kembali berpusing .Tetap kosong ! Liur payah sekali ingin kutelan kini .Aku bingkas bangun lalu menapak pantas ke arah dinding , suis aku cari dan di tekan.


Terang - benderang ! 


Aku arahkan mataku teliti sekeliling .Dipicingkan seandainya ada yang mencurigakan .


ENCIK M POV 


AKU terpaksa berlari semula ke dapur .Suasana dah terang ! Dan aku hanya mampu merenung dia dari jauh kembali .' SESUATU' yang aku pegang kini aku sorokkan kembali ke dalam jaket hud aku .


Aku terpaksa akur pada keadaan .Tak mengapa hari itu akan datang jua ! Aku mulai mengoyakkan senyuman senget ku .Dia harus terima balasan dari aku ! 


Tak.mungkin aku akan melepaskan mu ! 


Kita pasti akan bertemu kembali , Anna Patricia ! Kau tunggu ! 


Dendam aku padamu tak pernah pudar ! 


Lelaki ini ! Wajah ini ! Pasti akan kau renungi lagi ! 


Aku nak tengok ! Sejauh mana kau dapat lari dari cengkaman aku ! 


ANNA POV 


AKU kini dalam perjalanan ke arah dapur ku .Jauh sekali aku rasakan kini .Entah kenapa dadaku sakit sekali , aku tekapkan telapak tanganku ke dada kiri .Jantung aku tersangat laju mengepam darah .Aku terasa sesak kini .Aku tahu , kini aku berada di dalam ketakutan yang teramat .


Makin dadaku sakit pabila teringat kembali ' hadiah - hadiah ' yang aku telah terima selama ini .Aku ...Aku takuttt ! Ya , aku benar- benar takut kini


Mulut aku pekup apabila, aku ternampak satu bayang hitam melalui biasan cahaya lampu luar dapur .Apakah benar telahan ku kini , sememangnya ada orang dalam kondo aku ? 


Apa yang harus aku lakukan sekarang ? Aku tiada bersenjata ! Sudah tentu dia ? Ya Allah , aku cepat- cepat pekup mulut pabila hampir nak menjerit ! Terbayang- bayang scenery Rya dalam karya yang baru aku karang tadi . Ketajaman pisau yang terhunus ditangan penceroboh itu bagaikan wayang yang terpaksa aku tontoni sekarang ini .


Mr M POV 


AKU tahu dia semakin menghampiri.Aku tiada jalan lain lagi . Jendela menghadap aku , tapi pintu dapur sebagai penghalang .


Ktik.. 


Seluruh ruang kini diterangi cahaya lampu kalimantang .Aku terpaksa menyembunyikan diri di balik almari.Aku nampak dia kini menapak di kawasan itu .Seolah mencari sesuatu .


Di kala dia berdiri membelakangi aku ....


Pisau aku hunuskan.....


ANNA POV 


AKU tersentap apabila tertusuk sesuatu yang tajam .Aku di larang berpaling jika ingin selamat . Aku kini di dorong olehnya menapak ke halaman depan .


Ktikk...


Gelap kembali menyelubungi suasana .Dada aku kian sesak di penuhi gelombang resah , adrenalin semakin laju mengalir di temani peluh di liang romaku .


Pisau ditusuk kian dalam di belakang ku .Aku juga di arah supaya jangan cuba berbuat sesuatu oleh suara itu ! 


Kejap.! Suara ? Iya, suara itu ! Tapi benarkah ? Atau suara itu hanya wujud dalam mindaku ? Ya Allah , kenapa dengan aku ini ? Mungkin kerana aku terlalu mendalami karya aku itu ke ? 


Aku terpaksa ! Aku di arahkan supaya berkarya dengan sepenuh hati ! Dengan mahu mengikuti selera para pembaca lagi yang mahukan karya terbaik ! 


Aku juga di kejar dateline ! Dan yang terbaru aku juga diperlukan untuk mereka skrip drama jenayah bersiri atas pilihan sang editor ! 


Gelap dan sukar untuk berpaling menyukarkan pergerakan aku apatah lagi untuk melihat gerangan si penceroboh ! Hanya suara aku bersandarkan kini .


" Duduk ! " Lutut belakangku di sepak kuat sehingga aku melutut tanpa rela. Aku terdongak , dia mencekak rambut aku dengan kuat sekali .Aku mengaduh kesakitan ! Tak dia hiraukan ! 


" Sayang ! " Ucapan itu ! Dari suara itu , telah menyakinkan aku akan kebenaran telahan aku tadi ." Kau ? " Soalku cuba mencabar .


" Bertemu kembali !" Katanya sinis . " Lepaskan aku ! Apa lagi yang kau mahu dari aku ? " Aku memang tidak berpuas hati kini . Dia sudah menceroboh ruang privasi aku ! Sedangkan aku , aku tak pernah sekali pun mahu menganggu dia lagi ! 


Bibir aku kebam, ngilu terasa pabila hujung tajam pisau miliknya menjelajahi kanvas wajah aku . Adakalanya sengaja dia tekankan sedikit kuat . Aku tahu , ada bahagian kulit wajahku yang terluka .Pedih ! Apabila airmata ku melintasinya .


" Tolong ! Lepaskan aku ! " Aku cuba pujuk hati kerasnya .Manakala tangan aku yang terikat kini aku cuba sedaya - upaya longgarkan .Aku mesti lepaskan ikatan ini , jika aku mahu lari .


1377




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku