PEMBURU MALAM
Bab 6
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 November 2017
Dia seorg pemburu manusia! Malam hari adalah masanya ! Dia di geruni , di takuti dan mahu di elak ! Setiap mangsanya pastikan tidak terlepas ! Dia tidak mahu wang ringgit ! Yang dia mahukan hanya JANTUNG ! Ya, dia lah pemburu nyawa manusia !! Butang save di tekan pada papan kekunci .Kacamata yang telah melorot telah dia tanggalkan.Selimut ditarik , lampu di padamkan_____ Anna seorg novelist thriller. Dia tegak berdiri dari depan jendela sambil tersenyum ngeri...( Cover by Ruby Annas)
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
22

Bacaan






ANNA POV 


TANGANKU menggeletar hebat, pisau ditangan aku pandang ! Apa ni ? Tidak ! Tidak ! Aku terundur semakin ke belakang dan pisau yang di linangi darah merah lagi pekat aku lepaskan pegangannya.Lalu ianya terjatuh ke bawah kakiku , aku terus menyepaknya jauh .


Berdenting bunyinya kala ia melanggar dinding konkrit kondoku .Aku pandang tangan , Darah ! Aku pandang si dia yang aku yakin tidak bernyawa lagi .


" Tidakk ! Tidakk ! " Aku tergeleng berulang- kali .Aku meluru ke arah sinki, pili aku pusingkan .Darah yang melekat di pili aku terus hamburkan dengan air lalu .Terpercik ke dinding air bercampur darah .


" Tidak ! Aku tak bunuh dia ! Tidak ! " Aku gosok telapak tanganku rakus sekali , supaya darah itu pergi lalu hanyut dalam lubang sinki .Pili yang terbuka dengan deburan air bak air terjun  aku pandang  lama ,  sebelum aku memusingnya pilinya  untuk menghentikan aliran deras  tersebut .


Drastik aku berpaling ke arah mayat yang tersembam , wajahnya menelungkup ke lantai mozek .Pisau dari tempat simpanannya aku tarik satu .Aku hunuskan ia , aku mengoyakkan senyuman .


" Manusia yang zalim ! Manusia yang zalim seperti kau aku rasa kau tak seharusnya ada HATI dan perasaan ! " 


Aku tujah pisau itu ke dada kiri.Aku rodok makin dalam...


Makin dalam , sehingga tanganku yang baru bersih dari darah kini dicemari kembali dengan linangan darah merah ! Aku harus robekkan dada itu , supaya aku bisa lihat hatinya sama ada ia suci atau sebaliknya ! 


Darah membuak- buak keluar umpama air pancut sahaja .Banjir kini .Aku di limpahi darah manusia durjana itu ! Apa aku kisah ! Aku mahu lihat hatinya ! 


Ya, aku mungkin bukan doktor tiada alatan yang lengkap tetapi aku ada akal dan caraku sendiri ! Tulang dada yang putih kemerahan kerana darah , urat-urat dah pun kelihatan kini.Sedikit pun , aku tak merasa geli memegang isi daging itu .


Pisau terus aku ke dalamkan lagi melalui lubang rangka . Aku dah nampak , ianya masih lagi berdenyut - denyut .Sedaya upaya aku takik tulang yang menghalang supaya aku bisa tarik jantung dia ! Tak aku kisah rambutku yang kian menyerkup muka .Kacamata kian ke bawah .


SOMEONE' S POV 


AKU yang kini sedang menyidai baju di balkoni dapur ku terdengar bunyi takik sesuatu yang kuat .Sengaja aku cepatkan sidaian aku . Baldi aku biarkan dahulu di situ .


Aku menjengket untuk mendekati dapur penulis itu .Bunyi takik itu datangnya dari arah dapur penulis perempuan misteri itu .Hari itu aku nampak dia sedang bercakap seorang diri. Aku dengar dia memanggil nama Syila . Jenuh aku perhatikan kelilingnya namun, kosong ! 


Bunyi menakik sesuatu masih lagi kuat kedengaran .Aku cuba mengangkat bidai buluh perlahan- lahan .Dan ternyata , penulis itu sedang menakik sesuatu membelakangi aku .Aku sukar untuk menyiasat apakah ia ! 


Kembang - kempis hidung kembangku kini apabila terhidu bau sesuatu yang agak meloyakan .Busuk seperti bau bangkai ! Hanyir pula seperti hanyir darah bukan ikan ! Kuat pula baunya , membuatkan tenggorokku meledak seakan ingin muntah !


Aku cuba bertahan .Aku perlu siasat juga .Apa yang sedang penulis itu sembelih ? Dek kerana ketinggianku agak terbantut , aku terpaksa berjengket lama sehingga ibu jariku sakit .


" Aduh ! " Aku terjatuh akhirnya . Mataku membulat pabila pintu berkeriut bunyinya kini .Aku terpaksa menahan sakit berlari lalu menyorok di balik tiang sambungan .Sambil kepalaku jengahkan sikit ke luar . 


Dengan pantas aku masukkan semula wajahku apabila gadis berpewatakan penuh misterius itu pandang kiri dan kanannya . Aku pegang dadaku yang berombak- ombak . Peluh menitis melalui dahiku . Malam namun aku terasa berbahang . Aku perlu tunggu dahulu ,aku tak boleh bergerak lagi memandangkan dapur ku menghadap dapur dia .


PEMBURU MALAM ' POV 


AKU bergerak pantas sambil memperbetulkan hud yang seringkali melorot akibat rambut ku basah .Bundut plastik hitam besar kini aku seret sambil menapak .


Seperti biasa aku akan hapuskan segala bukti dan jejak .Walaupun pernah suatu ketika aku hampir terjerat di perangkap polis . Tapi kali ini ,  aku harap aku berjaya .Aku juga tak kisah jika mayat ini di temui mereka , kerana segala kesan aku telah hapuskan .


Aku tersenyum sinis .Apabila ada seorang mat pit menghampiri aku ." Brother , dua ' ragok' ada ? Wa tak tahanla..." ujarnya yang begitu serabai dan selekeh .Tertarik- tarik hidungnya yang meleleh.Bau badan usahlah di tanya .


" Nah , tapi kejap ! Aku bagi kau bukanlah percuma ! " 


" Apa ni bro ? " Soalnya menilik beg plastik hitam tersebut .Sedang dia asyik membelek, aku mengambil kesempatan itu dengan blah dari situ .


Sapu tangan aku tutup mulutku kala aku sedang menanti panggilanku terjawab.Aku tersenyum senget melihat mat pit itu tercangak , tercari- cari .


Kegelapan merupakan satu bonus buatku .Kerana itulah aku paling aktif di waktu sunyi dan gelap begini .


" Hello , Pdrm !" 


ASP .AREF POV 


AKU dan yang lain telah pun berada di tempat yang pemanggil itu nyatakan . Kosong ! Yang ada hanya tong sampah besar , longgokan sampah dan kotak yang kemungkinan telah digunakan oleh mat pit atau gelandangan .


" Tuan , tengok ini ? " Sambil membuka bungkusan tersebut .Hidung terus di pekup kuat .Bau bangkai bertebaran ke udara. 


Aku membongkok bersama dengan detektif aku .Kami menyelongkar isi dalam . Dan apa yang kami temui adalah beberapa potongan badan manusia .


" Tuan ! Bukankah ?." Kepala tersebut di angkat tinggi . Aku terus mengucap .Tak aku sangka ! Aku kenal empunya kepala tanpa otak itu .


" Detektif , aku mahu post mortem .Pastikan jantungnya ? " 


" Nampak gayanya kes ini makin rumit tuan ! Sudahlah mahu menjejakinya juga sangat sukar ...." 


" Ya, saya tahu itu . Pihak atasan sudah buka mulut ....Entahlah Chin saya makin hari makin serabut . Setiap hari kita di hadapkan pelbagai kes rumit .Apatah lagi yang berprofil tinggi seperti kes ini ! " 


Memang aku semakin lelah kini . Kini aku terpaksa perlu menghadap keluarga dia , Muhammad Rafael ! Anna pula aku tak tahu di mana ! Dengar kata dia penulis sekarang ini .


Aku bukanlah peminat seni sastera , jadi aku kurang ambil tahu akan semua ini .Bukan aku tak pernah membaca novel , namun aku bukanlah si tegar ! 


Sedihkah dia nanti ? Aku tahu hatinya masih lagi sakit . Tapi kini , Rafael telah tiada di dunia ini . Takkan kau tak boleh maafkannya, Anna ! 


PEMBURU MALAM' POV 


AKU tersenyum dibalik topeng putih ku .Hud aku turunkan dan helmet aku pakaikan kembali .


Cerdik juga mat pit tu , aku ingatkan bodoh ! Dah lari rupanya ! Huh! 


Namun, senyuman aku terhenti apabila aku terlihat wajah pegawai polis itu .Aku rasa aku kenal dia ! Apakah dia tahu , mayat siapa itu ? 


Tapi senyuman aku kembalikan semula, pabila mengenangkan tiada jejak akan dapat mereka kesani . Itu yang terbaik buat dia ! Setelah hati aku kau sakiti . 


Kejujuran aku kau balaskan dengan kepalsuan kata- kata mu ! Kau yakinkan aku , namun akhirnya kau juga yang memusnahkan ia .


Dan kini apa yang tinggal buat aku ? 


ANNA POV 


" TIDAK ! Tidak ! Jangan kau ulangi nya lagi ! Tolong jangan ! " Aku berpusing - pusing dalam lenaku .Aku kalihkan tubuhku kanan kiri , kanan kiri .Peluh yang berkunjung tak surut malah makin banyak ! 


Aku yang terjelepok ke lantai cuba mengengsot sambil menutup bahuku yang luka berdarah dan terdedah teruk .Senak perut pun masih lagi tak berkurang . Dan kini , dia mahu ulanginya lagi ! 


" Tolong....lah ....Aku merayu pada kau ! Jangan kau seksa aku lagi ! Apa lagi yang ada pada aku ? Apa lagi yang ada pada akuuu ! " Aku berteriak sambil memukul dada yang sesak ! Yang sakit ! 


Kerana HATI aku menjadi mangsa kekejaman seorang manusia bernama lelaki ! Maruah ku diragut juga kerana HATI ! 


AKU BENCI HATI ! 


AKU TAK PERLUKAN HATI ! 


AKU HARUS RAMPAS HATI - HATI LAIN ! SUPAYA MEREKA TAK KECEWA SEPERTI AKU ! 


" Argh !" Akhirnya aku terbangun , peluh membasahi wajah ku keseluruhannya .Aku raup sekali harung .


Aku bangun , lalu laptop aku on kan semula .Aku tak mahu tidur kembali .Aku mulai menaip. Aku mengigit bibir . Kenapa dengan otak aku malam ini ? Idea tak kunjung tiba .


Argh ! Aku harus keluar ! Ya, aku harus membuat eksperimen lagi . Baru idea itu akan datang dengan sendiri . Rambut aku ikat , kacamata aku lap kan . Sweater berhud aku pakaikan , helmet aku kenakan setelah laptop aku simpan dalam beg yang telah aku sandang ini .


Ya , tak lupa ' BARANG AKU YANG BERDUA INI ' . Barang pertama warnanya putih dan yang kedua perak .




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku