DIA CEO HATIKU
Bab 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 November 2017
Dia seorang ceo terkenal tetapi dia seorang lelaki yang cukup angkuh , perfectionist dan agak anti perempuan....Sehinggalah kehadiran Ayra Ervina budak kampung yang gemar berkhayal tetapi seorg yg baik hati .....Reesya mpunyai masalah personality disorder dia mendendami Firhad , ceo .....( Cover by fcklauren)
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
196

Bacaan






       PINTU kini telah pun terbuka.Kelihatan mereka - mereka yang bergerak keluar ditemani bagasi masing- masing.Kelihatan juga umat manusia dengan kad nama ditangan masing- masing.

        " Pakcik Din, mana abang ni ? Lambatnya ?," keluh seorang anak gadis belasan tahun." Sabar Diba ada nanti tu ....Kan ramai tu ," sahut pemandu peribadi Tan Sri Yusuf itu pula tersenyum.Dia tidak lokek dengan senyuman.

         Lelaki berkot hitam dan berkacamata dari jenis Rayban melangkah dengan penuh gaya sambil menarik bagasi berodanya.Liar matanya memerhati kad nama yang umat manusia itu tayangkan.Wajah kacak itu sangat lokek dengan senyuman.Kini tiada lagi bandar UK ....Tiada lagi Las Vegas ! Kini dia berada di bandar metropolitan KL ! 

         "Pakcik ! Abang pakcik ! Abang Diba dah pulang ! Yeay ! Abang ! Abang ! Sini ! Kami di sini ! ," teriak Adiba meloncat kegembiraan.Siapa yang tidak gembira pabila abang kesayangan telah pulang kembali .

         Firhad Tan Sri Yusuf kini mampu tersenyum tatkala kelihatan wajah adik kesayangannya itu.Dia menapak laju ke arah mereka.Begitu juga dengan yang lain.Ada yang berpelukan lama .Ada yang menyambut kehadiran dengan tangisan.Tak kurang juga dengan api kemarahan.

         Di celah kerumunan manusia itu .Ada seseorang yang juga telah lama menanti kehadiran pemuda itu.Dia hanya mampu merenung dari jauh .Dia ingat segalanya tentang lelaki itu.Cermin mata aviator hitamnya dikenakan kembali.Lalu dia menapak pergi setelah melihat pemuda itu mulai bergerak pulang.

        " Abang! Ceritalah , mesti best kan duduk kat UK tu ? Mama and daddy kitaorang tak sabar tunggu abang pulang ! ," ujar Adiba ceria.Dia sememangnya seorang gadis yang happy go lucky.Adiba yang duduk di seat belakang memanjangkan tengkoknya sedikit ke hadapan.

        Firhad yang sedari tadi ralit melihat hutan batu itu kini berpaling ke arah muka Adiba.Adiba semakin tidak sabar.Terangkat - angkat keningnya sedikit." Dib, UK dengan KL lebih kurang sama je , semuanya nak cepat ! But ya memang happening nite life dia ....," ujar Firhad seraya mencuit dagu runcing milik Adiba.

        Adiba tersengih .Senyumannya itu dipenuhi seribu makna.Firhad juga mengangkat keningnya." Abang Dib ni kan pandai orangnya ....Takkan tak tahu kot lagi hihihi...," sindir Adiba.

       " I think you know me right ? ," soal Firhad malas mahu menjawab persoalan yang sememangnya dia tahu pasti akan dipersoalkan.Jika tidak mama and daddy , pasti adiknya itu yang akan menyoal.Adiba mulai memuncungkan mulutnya.Hampa lagi harapannya yang mahu mempunyai kakak ipar dalam masa terdekat ini .

      " Abang , until when bro ? Abang pun bukannya makin muda ...Dib, teringinla nak seperti kawan yang lain tu ...Beginilah kalau abang tiada calon lagi apakata kalau Dib tolong carikan ? Just let me know abang nak kriteria macamana , okay deal," cadang Adiba pula sebelum menyumbat telinganya dengan earphone.

       Pak cik Din tetap memandu walaupun dia merasa lucu dengan ulah Adiba anak gadis majikannya itu.Matanya merenung cermin atas , kelihatan gadis itu mulai menyelongkar beg sandangnya mencari mp4.

       " Susah Dib, kriteria yang abang ingin Dib takkan dapat cari....," ujar Firhad , mr perfectionist sambil tersenyun mengejek melihat perubahan airmuka adiknya itu dari cermin atas.

         Berkerut- kerut mulut Adiba seolah mengajuk percakapan abangnya itu.Memang sukar untuk memujuk lelaki seego Mr Firhad ini.Andailah ada yang bisa meruntuhkan tembok keegoan itu memang dia wanita terbaik .Tetapi ada ke ? 

        " ya Allah ! Pak cik Din ! ," teriak keduanya yang terdorong ke depan tatkala brek mengejut dari pemandu itu." Cepat keluar ! Cepat ! ," laung Adiba benar - benar gusar.Firhad juga pak cik Din bergegas keluar.

        Kelihatan seorang gadis terdampar kaku .Dahinya dipenuhi darah ." Macamana Dib ? Risaunya pakcik ? Pak cik tak nampak ," ujar Pak cik Din terduduk menghadap gadis bertudung dan berbaju kurung itu.

        Setelah memeriksa nadi dipergelangan tangan dan dada , Adiba menarik nafas kelegaan ." Dia okay, tapi cepat kita bawanya ke hospital ," ujar Adiba ingin mengangkat namun di tegah oleh Firhad.Dia yang akan mengangkat sementara pak cik Din telah membuka pintu seat belakang.

       Adiba juga ke pintu seat belakang.Kini mereka bertiga bergegas dan terpaksa mencari hospital berdekatan.Firhad memerhati wajah gadis itu dari cermin atas.Adiba perasan akan mata abangnya itu.

       " Hai, abang berkenan ke ? Hihihi ?," sindir Adiba tersenyum sinis.Bukan mudah Mr Firhad nak berpaling dengan berkali pabila bertemu mata dengan seseorang.

      " Abang just nak pastikan dia okay je ," ujar Firhad malu- malu alah .Dia kini kembali melihat hadapan.Pak cik Din tetap fokus pada pemanduan.Hatinya gelabah.

        Ada sesuatu yang menarik hatinya kini.Adakah dari kelembutan raut wajah itu ? Atau adakah dari tahi lalat pemanis itu ? Firhad tiada jawapan.Pertama kali hati berdegup kuat .

        Bangunan HUKL kini kelihatan.Pak cik Din semakin melajukan pemanduannya untuk menuju ke pintu gerbang hospital terbesar itu .

        Enjin telah pun berhenti.Tali seat belt dibuka pantas.Mereka pakat keluar .Firhad mendukung gadis itu dan bergegas ke bilik kecemasan.Habis tudung biru lembut itu di cemari merah darah.

       " Macamana kita nak hubungi waris awek ni bang ?," soal Adiba ke hulu hilir .Firhad juga pak cik Din pening melihatnya." Dib, cer duduk.Tak apa tadi abang da setel dah.See.. ," ujar Firhad mengunjukkan beg yang dia ambil dari dalam raga basikal milik gadis itu.Basikal juga dia sudah panggil seseorang.

       " Pergh ! Ayra bang ? Ayra Ervina Wahab Fenner.Sebaya dib lah ...Budak mana ya ? Cheras aje ....Oh flat Salak Selatan tu ...," ujar Adiba meneliti kad pengenalan itu .Sedang mereka dari Bukit Antarabangsa.

      " Tak lama nanti family dia akan datang ," ujar Firhad .Adiba terangguk- angguk ." Eh , doktor !," teriak Adiba.

       " Awak semua ni ahli keluarga pesakit ke ? Menurut pemeriksaan saya kecederaan ringan sahaja ...," ujar pemuda berjubah doktor itu.Afwan menurut nama di tag bajunya.

       " Syukur Alhamdulillah !," ucap mereka bertiga serentak." Kami kawan dia, keluarga dia sekejap lagi akan sampai ," ujar Firhad lembut .Rasa lega terlukis di wajah mereka kini.Jika ada pun sedikit keresahan tatkala berhadapan dengan keluarganya nanti.


*******


      " ASSALAMUALAIKUM ! ," Sapa satu suara dari arah belakang.Mereka bertiga terus berpaling.Kelihatan sepasang suami isteri menapak menuju ke arah mereka yang menghadap pintu bilik kecemasan.

     " Assalamualaikum!," sapa Wahab Fenner tersenyum seraya menyalami kedua lelaki tersebut manakala isterinya pula menyalami Adiba.

     " Bagaimana dengan keadaan Ayra, anak saya ?," soal lelaki berkumis itu sopan.Debaran di dada mereka menurun sedikit kerana apa yang mereka risaukan mungkin tidak terjadi.

     " Anak pak cik alhamdulillah tiada apa- apa hanya mengalami kecederaan kecil.Kos semuanya kami tanggung.Kami benar- benar minta maaf pakcik, makcik.Kami tak sengaja.Kami tak nampak .," ujar Firhad mewakili Pak cik Din.

       Firhad tahu bukan salah pemandunya itu.Malangkan tidak berbau." Tak apa, kami pun tak salahkan kamu semua.Bukannya kita pinta kan.Ayra tak apa- apa pun dah seribu rahmat .," ujar Wahab Fenner seorang penjawat syarikat swasta.

       Wahab Fenner adalah salah seorang eksekutif terkenal di syarikat yang menjadi salah satu rakan niaga syarikat milik Tan Sri Yusuf.Wahab Fenner juga adalah rakan sekolah rendah Yusuf.Mungkin kerana mereka tidak sekelas jadi kerana itulah mereka tidak mengenali sangat .

       Wahab Fenner dan isterinya melawat dahulu anak tunggalnya itu .Dan kemudian barulah mereka bertiga.

        Adakah pertemuan ini satu jodoh buat mr perfectionist kita ? Hanya DIA lebih mengetahui.




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku