DIA CEO HATIKU
Bab 6
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 November 2017
Dia seorang ceo terkenal tetapi dia seorang lelaki yang cukup angkuh , perfectionist dan agak anti perempuan....Sehinggalah kehadiran Ayra Ervina budak kampung yang gemar berkhayal tetapi seorg yg baik hati .....Reesya mpunyai masalah personality disorder dia mendendami Firhad , ceo .....( Cover by fcklauren)
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
113

Bacaan






        WALAUPUN dia tidak Firhad jemput untuk menghadiri majlis sambutan hari jadi itu , namun dia tetap datang .Reesya kelihatan cukup anggun sekali .Begitu juga dengan Rea yang di jemput oleh Puan Sri Aiza.

        Rea sedari mula sambutan dia masih lagi berkepit dengan Firhad walaupun berkali lelaki itu cuba menjauhinya.Di mana sahaja dia berada , Rea tetap ekorinya.Ramai para jemputan.Ini termasuklah staff syarikat Firhad dan syarikat sahabat lain.

       Ayra Ervina kelihatan cukup jelita bergaun labuh potongan duyung warna peach dan selendang yang diikat ala elfira loy .Hartina juga tidak kurang jelitanya dengan skirt kembang paras lutut .

        Adiba juga kelihatan menarik .Ada beberapa orang sahabat abangnya itu sedang bermain mata dengannya.Rumah agam itu diserikan lagi dengan irama muzik instrumental .

        " Hai, Wah cantiknya kauorang ..," puji Adiba sambil matanya tidak lepas dari memandang gadis anggun sebelah Hartina itu." Kan best kalau kau jadi kakak ipar aku ," desis hatinya merenung keayuan wajah Ayra.

       " Kau pun apa kurangnya Dib," sahut Hartina pula.Akhirnya mereka bertiga melangkah masuk untuk menjamu selera." Kau orang makanlah dulu ya, nanti aku intruduce kan papa dan mama aku .Aku nak ke dapur sekejap .Bik, sediakan air lagi ya ," ujar Adiba pada bibiknya.

       Sedang Firhad menyembang dengan sahabat- sahabatnya seketika matanya terpaku pada keanggunan gadis itu.Ayra Ervina yang sedang tersenyum itu .Seketika dia berkhayal dalam keindahan wajah itu.Jantungnya sentiasa berdetak hebat tatkala terlihat wajah itu.

      Dalam masa yang sama Rea juga perasan.Hatinya cukup membara kini.Dia juga jelita dan sophisticated.Tidak seperti perempuan- perempuan kampung itu.Tanpa mereka semua sedari , Reesya masih lagi memerhati tingkah laku kesemuanya.Dia juga cukup jelita dan seksi .Dress labuh bareback.

      Ramai juga lelaki- lelaki di situ cuba untuk mendekatinya.Reesya tidak seperti dahulu .Reesya kini bukan lagi budak selekeh .Tiada lagi kacamata besarnya .

       Ayra Ervina terasa seperti dirinya sedang diperhatikan.Dia yang ralit menjamu selera di sebelah Hartina kini mengintari sekeliling.Benar telahannya kini.Ada mata sedang memerhatikannya.Dan mata itu milik majikannya , En.Firhad.Ayra juga terkesima dengan ketampanan lelaki sado bernama Firhad pada malam itu.

       Ayra cuba memberikan senyuman.Buat kali pertama Firhad tidak lokek dengan senyumannya.Senyuman Ayra bersambut .Reesya semakin membara.Dia yang sedang bersembang dengan seseorang lelaki melirik pada Ayra.Dia seakan pernah jumpa dengan gadis itu.Dia mencicip sedikit air minuman dari gelas berkaki tirusnya itu.Lelaki di hadapannya itu masih lagi dengan celotehnya tetapi Reesya antara dengar dengan tidak.

         " Sayang, nak ke mana tu ?," soal Rea tatkala melihat Firhad seakan ingin ke arah tiga orang gadis itu.Rea juga tidak mudah untuk melepaskan Firhad pada sesiapa.Rea juga tahu ada ramai perempuan di luar sana cuba untuk mendekati Firhad.Sengaja dia arm in arm dengan Firhad .Biar semua orang tahu bahawa mereka itu couple .

         Firhad merenung Rea.Dia tidak selesa begitu.Apatah lagi Ayra dan Hartina melihat dirinya dalam keadaan begitu.Rea hanya membuat muka tidak tahu sahaja malahan dirapatkan lagi tangannya itu.

         " Dah berpunya ke ? ," soal Hartina pada Ayra.Ayra yang ralit memandang hanya mengangkat bahunya sahaja.Entah kenapa perasaannya menjadi lain .Seakan sedih .Namun, sengaja Ayra tidak mengendahkannya." Itu Rea, abang Dib sebenarnya tak berapa suka pada dia .Sebab perangai dia tulah ...Tengoklah tergedik- gedik.Meluat aku ! Tapi mama and papa tak kisah.," sahut Adiba pula

          " Sebenarnya bukan dia saja, ramai  lagi yang mahu try abang Firhad tu ...Ini termasuklah perempuan yang marah kau Ayra hari itu .Tapi abang Firhad ni lain.Dia dingin terhadap perempuan ada kisah disebaliknya.And abang Firhad ni ada beberapa kriteria yang dia mahukan jika perempuan itu mahu menjadi suri hatinya.And Dib nampak semuanya itu ada dalam diri awak !," ujar Adiba mengenyit mata pada Hartina.Hartina juga tersengih.Ayra yang ralit mendengar cerita itu terkedu .

        " Ish, yeker...Ayra ni biasa- biasa aja," ujar Ayra Ervina cuba menyembunyi perasaan resahnya." Eleh, jika suka katakan suka ...," ujar Hartina mencuit pinggang." Ops ...mak ko hijau ! ," latah Ayra menbuatkan ketiga- tiga gadis itu tertawa.

       " Apa yang suka sangat ni ?," soal Firhad di samping Rea yang memerhati mereka dengan satu pandangan yang sukar di mengertikan." Eh, abang .Tak ada apa- apa.Abang, meh Dib nak kenalkan dengan kawan Dib.Ni tentu abang kenalkan Ayra! Ni pula Hartina.Hartina kenal abang melalui gambar je hihihi ," ujar Adiba.

      " Eh, sayang kawan- kawan sayang lambai tangan tu ," sampuk Rea sengaja tidak mahu berlama di situ.Adiba dan Hartina saling berpandangan sambil mencebikkan bibirnya.

        Firhad tahu itu hanya alasan Rea kerana tidak mahu berlama di situ .Firhad terpaksa menapak ke arah kumpulan itu." Kau budak praktikal tu kan ? Kalau praktikal tu , buatlah cara praktikal ya .Jangan nak menggatal pula," ugut Rea sebelum berlalu pada Ayra Ervina.Panas  telinga Adiba mendengarnya." Hek eleh ! Poyo lah ....Kalau abang aku nak ngorat Ayra pun apa salahnya ! Dia bukan isteri lagi pun ! ," bentak Adiba.

         Hartina lagi memprovok gadis itu.Manakala Ayra pula menenangkan mereka.Ayra sedar dia tidak setaraf dengan Firhad.Adiba lebih menyenangi Ayra semenjak kemalangan hari itu.Tidak dia menyangka bahawa Hartina berkawan dengannya.Hari itu kali kedua mereka bertemu.Adiba juga tahu Firhad ingat akan perkara itu.

         Adiba juga tahu di dalam diam Firhad menaruh hati pada Ayra.Adiba kenal akan cara pandangan mata abangnya itu terhadap Ayra.Lagipun mama dan papa tidak mengenal taraf atau status .Yang pasti keikhlasan dalam perhubungan itu mesti ada .Itu yang mereka pentingkan.


*******


      " APA kau buat dekat sini, Reesya ? Aku tak jemput kau datang sini ? Bagaimana kau boleh datang ?;" bertubi- tubi soalan yang keluar daripada mulut Firhad yang terkejut .Cukup berani perempuan itu mengekorinya sehingga ke tandas luar ! 

       Keadaan akan jadi lebih buruk lagi jika Rea nampak akan perkara ini.Tangan di zip seluarnya pantas di angkatkan.Reesya kian mendekatinya.Firhad semakin tidak selesa.

        " Kenapa takut sayang ?," soal Reesya sambil membelai pipi itu lembut ." Kau nak apa sebenarnya ? Kau dan aku kita dah putus .! Takkan kau tak faham lagi !," bentak Firhad bengang dengan kelakuan berani mati gadis itu.

         Reesya mendekati Firhad sehingga lelaki itu terdorong ke dinding tandas.Kini Firhad tidak boleh lari.Bibir itu direnung tajam.Reesya semakin mendekati wajah kacak itu.

         Reesya sengaja menjilat permukaan bibirnya.Firhad meneguk liurnya berkali .Ayra terdengar seperti suara orang sedang berbual dari arah belakang .Ayra serba salah mahu melihatnya atau terus ke arah rumah agam itu .Meremang pula bulu lehernya.Adakah itu hantu ? 

          Semakin ingin dia kucupi bibir itu , semakin Firhad cuba menjauhinya." Sayang, kenapa ni ? Bukankah dahulu bibir ini yang sayang selalu sentuh?," soal Reesya semakin manja.Bibirnya sengaja digigit manja.Nafsu berahi lelaki Firhad ternaik jua walaupun dia membenci Reesya.Namun jika diuji sebegitu siapa akan bertahan ? 

          Bibir Reesya akhirnya berjaya menyentuh bibir Firhad walaupun dalam keterpaksaan.

           Ayra menapak dalam keadaan marah.Entah kenapa sakit hatinya tatkala melihat tingkah jijik mereka berdua.Adakah itu perangai sebenar Firhad ? Sedangkan adiknya memujinya melambung tinggi ? 

            Reesya tersandar dalam kemarahan.Namun, akhirnya dia tersenyum kerana puas .Masih terasa keindahan tatkala mengucupi bibir lelaki itu .

             Firhad termengah kini.Dia perlu terangkan perkara yang sebenar pada Ayra.Dia bukanlah lelaki sepertimana Ayra fikirkan ! Entah kenapa Firhad terlalu ingin menjaga hati wanita itu .

             " Ayra! Dengar dulu penjelasan saya ," teriak Firhad dari belakang.Ayra terhenti seketika.Kenapa perlu dia terangkan

pada dirinya.Siapa dia pada Firhad ? Itukan hak peribadi Firhad ! 

            " Ayra ! Pandang saya ! Saya perlukan jelaskan perkara sebenar ! Kerana apa yang awak lihat tak sama dengan apa yang telah berlaku ! ," ujar Firhad." Ya, saya tahu .Saya pun tak kata apa- apa pun kan ? Itu hak peribadi awak !," sahut Ayra pula kini berpaling .

            Mendidih darah Rea melihat pasangan itu .Ada perhubungan apa mereka berdua ! Tiada wanita lain yang dapat dampingi Firhad selain daripada aku ! Desis hati Rea .Di satu sudut lain pula Reesya memerhati tajam .

           " Firhad kau milikku ..."

Ayra menapak semula.Firhad terpaksa akur .Memang dia tiada apa- apa perhubungan dengan gadis itu .Dia juga berasa pelik kenapa perlu dia jaga hati Ayra! Sedangkan mereka tiada apa- apa perhubungan.

          Ayra juga berasa pelik dengan perasaannya kini.Kenapa perlu dia marah ! Kenapa perlu dia sakit hati ? Sedangkan dia dan Firhad bukanlah siapa- siapa.Ayra menapak ke arah Hartina dan Adiba.Sementara Firhad pula menapak ke arah Adiba.




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku