DIA CEO HATIKU
Bab 10
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 November 2017
Dia seorang ceo terkenal tetapi dia seorang lelaki yang cukup angkuh , perfectionist dan agak anti perempuan....Sehinggalah kehadiran Ayra Ervina budak kampung yang gemar berkhayal tetapi seorg yg baik hati .....Reesya mpunyai masalah personality disorder dia mendendami Firhad , ceo .....( Cover by fcklauren)
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
189

Bacaan






        TIDAK berkelip matanya tatkala menyaksikan pemandangan yang cukup indah itu.Ayra Ervina kelihatan anggun sekali dengan sepasang maxi labuh , shawl ikatan simple dan mekap tipis .Hartina juga mama tersenyum- senyum.Mama memuji kekacakan Firhad dari jauh.

        Firhad menapak ke arah wanita - wanita itu ." Assalamualaikum, makcik saya minta izin untuk keluar sebentar dengan Ayra ," ujar Firhad sopan.Itu yang seharusnya dia lakukan jika mahu keluar dengan anak dara orang." Baiklah , hati - hati drive ...," ujar mama.

         " Hensem putera charming kau , Ayra ! Good luck ...," ujar Hartina berbisik .Sempat jari Ayra mencubit lengan itu lama." Auww !," keluh Hartina sakit ." Shall we ?," soal Firhad pada Ayra .Ayra mengangguk langsung menapak ke arah Ferrari merah itu .

           Pintu dibuka oleh Firhad.Terserlah kejantanannya kini.Setelah seat belt dikenakan, Firhad memasang enjin , menguatkan sedikit penghawa dingin juga menguatkan sedikit tune radio yang sedang memutarkan lagu berirama balada .

          Hartina dan mama kembali masuk ke dalam rumah mereka setelah kereta ferrari itu hilang di celah kegelapan malam.

          Ayra terpesona dengan haruman dari tubuh lelaki di sebelahnya itu.Firhad pula tidak habis- habis mengerling ke arah Ayra.' Kau sungguh indah malam ini ' Desisnya sambil memandu .

           " Cantik kau malam ini ," puji Firhad setelah lama mereka tiada bersuara." Terima kasih tuan ," ujar Ayra kembang dengan pujian itu." Tuan ?," soal Firhad pula." Eh , lupa ...Awak ...," ujar Ayra yang agak gelabah berduaan begitu .

          Bukit antarabangsa adalah kawasan perumahan elit .Selang lagi tiga buah rumah banglo akan kelihatan villa cinta suri milik keluarga Firhad .

          Kedua- duanya melangkah masuk ke dalam villa yang serba indah itu .Tan Sri Yusuf dan Puan Sri Aiza kini sedang berbual di sofa sudut ruang tamu itu .

          " Assalamualaikum mama , papa," sapa Firhad menapak mendekati kedua ibubapanya diikuti Ayra . 

         " Waalaikumussalam ," jawab kedua - duanya.Ayra di sebelah cuba tersenyum manis sebaik mungkin .Debaran di dada makin hebat berdetak .Puan Sri Aiza menapak ke arah Ayra sambil tersenyum." Patutlah Firhad berkenan ....Cantik orangnya , ayu pula tu ...," ujar Puan Sri Aiza .Ayra terus menyalami tangan wanita bergelar itu .

       " Tula , keluarga sihat Ayra ?," soal Tan Sri Yusuf pula." Alhamdullilah , mereka sihat Tan Sri ," ujar Ayra tersenyum manis .Firhad masih lagi tersenyum.

         " Tan Sri , Puan Sri makanan dah siap ," panggil bibik dari arah ruang makan." Eh, marilah kita makan dahulu .Lepas tu baru kita bersembang ," ujar Tan Sri Yusuf ." Ayra ," ujar Puan Sri Aiza memegang tangan Ayra.Sejuknya tangan ! Desisnya tersenyum.Manakala Firhad pula ekori dari belakang .

          " Mama!!," laung satu suara dari arah pintu .Mereka berhenti daripada melangkah lantas berpaling .Reesya tersenyum seraya menapak ke arah mereka.' Reesya ?! ' soal hati Firhad ." Dia," soal Ayra pula." Kenal ke Ayra ?;" sahut Puan Sri Aiza yang terdengar bisikan itu." Nak kata kenal sangat tu , tak la jugak ...," ujar Ayra .

         " Mama! ," laung Reesya seraya memeluk Puan Sri Aiza.Puan Sri Aiza agak terkejut jugak namun dek kerana dia mengenali Reesya dan tahu akan masalahnya di ikutkan juga rentak gadis itu .Puan Sri Aiza tahu kenapa gadis itu kerap ke rumah itu .Cuma pada masa kehadirannya Firhad tiada.

         " Firhad sayang ....!," ujar Reesya sengaja merangkul pinggang lelaki itu tanpa mempedulikan renungan mereka terutamanya Ayra di sebelah.Berubah wajah Firhad kini.Apa perempuan ni buat di sini ? Desis Firhad cuba melepaskan rangkulan yang semakin erat itu .

       " Ayra, marilah kita makan..

Semua marilah kita makan...," ujar Tan Sri Yusuf sedar akan perubahan roman muka gadis bertudung itu .Tan Sri Yusuf juga tidak menyangka Reesya hadir pada malam ini.Plan mereka hanya berempat.Dia, Puan Sri, Firhad juga Ayra .

      " Eh, jom sayang ....Reesya laparlah ....," renget Reesya tetap tidak mahu melepaskan lengan sado milik Firhad ." Kau dah kenapa ?," soal Firhad geram.Tanpa menyedari soalannya itu didengari seseorang ." Why ? Is it wrong ? Im your lover don' t  you   know ?," soal Reesya kedengaran manja sekali .Firhad yang mendengarnya pula jelak.Dia resah tentang Ayra.Apa kata gadis itu nanti terhadapnya.

        " Excuse me !," ujar Reesya terus duduk ditepi Firhad manakala Ayra pula terpaksa menarik kerusi lain pula ." Firhad baca doa makan please ," arah Tan Sri Yusuf setelah semua sedia untuk makan.

         ' Aamiin !' 

" Sayang, nak lauk apa ?," soal Reesya ingin mencedok lauk ke piring Firhad." Tak apa !," ujar Firhad kedengaran tegas ." Firhad !," tegur Puan Sri Aiza pula.Walaupun pada dasarnya dia agak kurang menyenangi kehadiran Reesya tetapi dia sebagai tetamu wajar di beri layanan yang elok juga .

         " Reesya tahu sayang suka apa ," ujarnya bersahaja seraya merampas piring berisi udang goreng dari tangan Ayra yang ingin mengambil untuk dirinya sendiri.Firhad sedar dan memahami maksud renungan Ayra terhadapnya.

        Tidak banyak perkara yang mereka berbual .Hanya kedengaran suara Reesya sahaja bertanyakan itu ini ." Ayra, ambil lah lagi lauk tu ...Jangan malu - malu," tegur Puan Sri Aiza tatkala melihat lauk dalam pinggan Ayra telah tinggal tulang .

        Reesya menjeling geram .Sakit hatinya pabila Puan Sri Aiza mengambil berat tentang musuhnya itu .Sedangkan dia ? 

        Firhad masih lagi merenung Ayra yang makan dengan perlahan itu .Sepatutnya malam itu banyak ingin ibu dan bapanya bertanyakan Ayra .

        Kadang- kala Ayra perasan dirinya itu sedang diperhatikan.Reesya pula makin enak makannya .Makin banyak pula suaranya tika itu .


*****


      DIHADAPAN mereka kini telah terhidang beberapa jenis pastri dan air mocha sebagai pencuci mulut .Dimana Firhad disitu ada Reesya .Manakala Ayra pula di sebelah Puan Sri Aiza.Reesya sebenarnya mahu Puan Sri Aiza di sebelahnya juga selain Firhad .Kerana dia yang telah biasa dengan keluarga vip itu .

      " Dengar cerita Ayra praktikal di syarikat uncle kan ?," soal Tan Sri Yusuf tidak kekok menggelarkan dirinya sebagai uncle ." Aha , Tan Sri ," jawab Ayra ." Uncle , Ayra ," ujar Tan Sri Yusuf tersenyum .Reesya menjeling, meluat dia rasakan.

      " Ibu dengan ayah sihat Ayra ?," soal Puan Sri Aiza pula berbasa- basi ." Alhamdulillah mereka semua sihat dan kirim salam pada uncle dengan auntie ," ujar Ayra yang kadang kala tertunduk pabila tidak tahan dengan panahan mata Firhad .Tan Sri dan Puan Sri juga perasan akan tingkah laku anak teruna mereka itu .

       Pertemuan pertama ini tidak banyak yang mereka persoalkan pada Ayra.Tetapi keluarga itu tetap yakin akan ada pertemuan seterusnya dan mungkin masa itu akan ada lagi beberapa persoalan.Lagipun agak segan bertanyakan soalan peribadi apatah lagi dengan adanya kehadiran Reesya.

       " Tak apa mama , papa Firhad kan ada ...Sure dia akan hantar Reesya pulang ," ujar Reesya yang masih lagi tidak mahu melepaskan dirinya dari sisi Firhad .Firhad benar- benar tidak selesa." Reesya  , Fir kena hantar Ayra kerana Fir dah berjanji dengan keluarganya .Lagipun kenapa tak bawa kereta ?," soal Firhad .Firhad tahu Reesya selalu datang ke rumahnya kerana selalu nampak keretanya terparkir di hadapan rumah .

        Sengaja dia masuk melalui dapur dan terus ke biliknya kerana tidak mahu bertembung dengannya." Tapi ?," soal Reesya tidak puas hati .Sepatutnya hantar dia bukannya perempuan miskin itu ! 

        " Tak apa, tak apa Reesya mari mama hantarkan .Nanti mama panggil pak Bidin sebentar ," celah Puan Sri Aiza yang tidak telah menghidu bau bunga pertengkaran antara Reesya dan Firhad .Mereka tidak mengetahui sejarah silam antara Firhad dan Reesya.Yang keluarga itu tahu tentang masalah kesihatan Reesya dan tentang Firhad yang sedari dulu tidak menyukai gadis itu .

         " Tak ! Fir mesti hantar Reesya jugak ! ," bentak Reesya mulai berang .Ayra dan Firhad saling berpandangan .Ayra tahu Reesya memang menyintai Firhad walaupun lelaki itu selalu menafikannya .Bukannya Ayra tidak pernah nampak mereka berdua saling berkucupan.

       " Tapi Fir dah berjanji !"

       " Fir kena hantar Reesya !"

       " Reesya ! "

       " Fir, Reesya tak mengapalah biar Ayra pulang dengan pak cik Bidin " ujar Ayra Ervina tidak suka dirinya menjadi penyebab pasangan itu bergaduh .

       " Ayra, pulang dengan auntie ya mari ," ujar Puan Sri Aiza memegang tangan gadis itu tanpa menyedari Reesya merenung tajam.

         Ayra kini telah pun berada di dalam kereta mercedes bersama dengan Puan Sri Aiza.

         " You ni kenapa ?," bentak Firhad benar- benar melepaskan kemarahan nya kini ." " Kenapa apa sayang ?," soal Reesya masih lagi berbuat muka tidak salah .

         " Reesya , kau dan aku kita dah lama putus ! Don' t you get it ?!," herdik Firhad terus memusingkan sterengnya dengan kasar ." Putus !? Siapa kata kita putus ?," bentak Reesya pula .Suara mereka kini makin naik oktafnya.

        " Aku ! Dan ya, buat pengetahuan kau ! Aku dan Ayra kami bakal bertunang !," ujar Firhad sengaja mencurah minyak dalam api kemarahan Reesya .

        " Step on my dead body, Firhad ! " 

        " Step on my dead bodyy !!!," laung Reesya .Brek mengejut ditarik .Kereta ferrari merah yang laju itu kini berhenti di sempadan antara bukit dengan jalan ke arah bandar .Dari jauh kelihatan kerlipan neon dari bangunan - bangunan tinggi pencakar langit dalam bandar KL.

        " Reesya ! Are you out of your mind ?," herdik Firhad melenting ." Yes !!! Im crazy because of you , Firr...

," bentak Reesya .Mengalir jua airmata yang dia cuba pertahankan itu .

       Firhad kini serba- salah .Jauh di sudut hatinya dia menyalahkan dirinya atas segala apa yang telah terjadi .Ya, memang dia telah mempermainkan hati perempuan , Reesya .Namun, dia tetap sukar untuk memupuk perasaan cinta terhadap gadis itu .

       " Reesya, calm down ok ....Give me a time to think about this matter ," ujar Firhad cuba berlembut .Reesya mulai tenang kini .Dia suka dilayan begitu .Sepatutnya dari dahulu lagi dia di layan begitu .

        Firhad dalam keterpaksaan kini memandu kereta dengan wanita itu terlentok di bahunya.Firhad tahu ada sesuatu pada Reesya yang harus dia siasat .Kerana kemarahan gadis itu tadi lain dia rasakan .Dia harus menemui keluarga Reesya walaupun dia terpaksa menanggung semua makian .

        Firhad lakukan semua itu demi Ayra .Firhad takut Ayra di apa- apakan nanti disebabkan oleh dia .Ayra tidak tahu apa - apa tentang sejarah mereka.




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku