DIA CEO HATIKU
Bab 14
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 November 2017
Dia seorang ceo terkenal tetapi dia seorang lelaki yang cukup angkuh , perfectionist dan agak anti perempuan....Sehinggalah kehadiran Ayra Ervina budak kampung yang gemar berkhayal tetapi seorg yg baik hati .....Reesya mpunyai masalah personality disorder dia mendendami Firhad , ceo .....( Cover by fcklauren)
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
71

Bacaan






        " FIR....Maafkan Reesya ....Reesya tak sengaja ....Bukan itu niat Reesya ! Kenapa Fir mesti ada dalam kereta itu ?!! Im sorry ....I love you ....I really miss you ....Only you in my heart ! Ayra ! Sial ! Kaulah pembunuh itu ! Kau bunuh Firhad aku !! Kau yang patut mati ....Keluarkan aku dari sini !!! Hoi , pekak ke !! Aku nak keluar dari sini !! Ayra yang patut kau orang sumbat !! Bukan aku !! Dia yang gila ! Aku tak gilaa !! Keluarkan aku !! Firhad sedang tunggu aku !!!," teriak Reesya yang masih lagi berikat kaki dan tangannya .

         " Begitulah keadaannya ....Agak sukar untuk saya mencungkil rahsia hati dia ... Dia cukup pandai menyembunyikannya....Tapi saya yakin En Rafwan, ada sesuatu yang telah terjadi padanya ....Sepatutnya penyakit itu semakin pulih ....Dia seolah- olah ada trauma....," ujar Dr.Afwan panjang lebar sambil memerhati tingkah laku gadis itu dari balik cermin pandang sehala.

          " Abang, macamana ni bang ....Kesian saya tengok anak kita jadi macam itu !! Abang, nak tak nak kita mesti bersemuka dengan Firhad ! Mungkin dia tahu sesuatu !Ataupun gadis bernama Ayra itu .Saya benar- benar tak sanggup nak melihat anak kita menderita begini !!! " 

         Dr.Afwan terdetak hatinya tatkala mendengar nama Firhad.Ya, mungkin juga lelaki itu tahu.Dr.Afwan tahu Reesya terlampau obses pada Firhad walaupun Dr .Afwan lihat Firhad seperti tidak serious pada perhubungan itu .Takkanlah kerana sejarah semasa mereka belajar itu masih lagi kemas dalam ingatan lelaki itu ? 

        Dr.Afwan juga tahu Reesya pernah melakukan penguguran haram.Mungkinkah itu anak Firhad ? Tetapi takkanlah Firhad lelaki yang tidak bertanggungjawab ? Tidak mungkin ! Dia kenali Firhad walaupun lelaki itu kadang- kala terlalu misteri .

       " Tapi mana kita nak cari mereka ? Sedangkan kita sendiri pun tidak kenal siapa mereka ! Mana mereka tinggal ? Benarkah Firhad puncanya ? Bukannya kita tak tahu Reesya tu ....Sosialnya boleh tahan....Dengan cara pakaiannya begitu ....Mungkin Reesya ada permainkan hati seseorang kot ? Manalah kita tahukan....Tak dapat cara kasar ! Dia guna cara halus ! 

         " Abang ! Sampai hati abang tuduh anak kita sampai begitu sekali ! Dia anak Ana ! Ana lebih tahu siapa Reesya! Tak mungkin Reesya memalukan kita ! Tak mungkin ! ," bentak Puan Rohana bengang dengan tuduhan melulu suaminya itu.

       " Sabar Tuan, Puan...Tak apa beginilah biar saya terus cungkil dahulu .Mungkin perlukan hipnotis ," cadang Dr.Afwan perlu menenangkan pasangan itu  .Sebagai doktor perkara seperti ini telah biasa dia hadapi .Malah ada yang lebih teruk lagi .Yalah, mana ada ibu bapa yang mahu anaknya digelar pesakit mental.

        Aku perlu bertemu dengan Firhad ! Tapi , Firhad pula amnesia? Allah, sukar pula kali ini ....

         Reesya kini menari- nari walaupun dalam keadaan terikat seperti bungkusan.Dia tertawa sendiri.Begitu payah untuk kakinya melangkah bilik itu.Dia yang mengandungkannya selama 9 bulan .Yang terseksa meneran semasa proses kelahirannya.Dia juga yang menyusu Reesya .

         Tergamakkah dia sebagai ibu melihat anaknya terseksa begitu ? Seteruk mana Reesya, dia tetap anaknya .En.Rafwan juga tidak sampai hati membiarkan Reesya sebegitu .Namun, apakan dayanya! Reesya perlu di rawat ! Reesya hampir di dakwa ! Hanya laporan perubatannya yang menyelamatkannya ! 

        Reesya , apa yang telah kau lakukan nak ? Sampai hati kau buat kami berdua begini ? Kau sahaja yang kami ada ! Kau tahu tak , Reesya ! Kau tahu tak ! Hati kecil milik En.Rafwan berperang kini .

        " Ana, marilah kita pulang ....Maafkan abang ...Abang tiada cara lain....Reesya perlu dirawat ....kita bukanlah membuangnya ! Percayalah ...Ini semua untuk sementara....


*******


       DARI jauh Ayra memandang tubuh yang sedang termenung di atas bangku putih berhadapan meja kaca .Begitulah sikap Firhad selepas kemalangan itu .Memang Ayra bersimpati dengan nasib  Firhad    yang sedang menjalani rawatan itu .

       Baru sahaja mereka berdua melafazkan kata- kata cinta .Tetapi, sekarang begini pula terjadi .Memang Ayra sedih pabila dirinya tidak lelaki itu kenali .Tak ! Tak pernah Ayra menyalahkannya ! Atau pun takdir ! Ayra redha .Ayra yakin ada hikmah .

       " Awak, mari minum ," ujar Ayra tersenyum seraya meletakkan gelas dari dalam dulang ke atas meja kaca.Firhad terdongak seraya merenung wajah Ayra .Firhad seakan mengenali wajah ayu itu , tetapi di mana itu yang masih menjadi persoalan di hatinya.

        Perlahan- lahan Ayra meletakkan novel cinta tulisan Anjell yang menjadi kegemarannya itu .Pada mulanya Ayra berasa kelakar juga ! Bayangkanlah mamat beku ! Dingin ! Ego ! Perfectionist ! Peminat novel cinta ! Tapi , akhirnya Ayra termalu sendiri .Ada kisah sebenarnya.

       " Awak , saya baru beli novel ini.Karya terbaru Anjell....Bacalah nanti ...," ujar Ayra cuba melihat reaksi lelaki itu ." Novel ? Aku peminat novel cinta ? Mustahil ...Huh...," sindirnya sarkastik.Ayra tidak melatah .Malah dia tetap tersenyum dengan gelagat dan patah perkataan yang keluar daripada mulut itu walaupun adakalanya dia terasa.

         " Ya, awak ....Dia ni antara novelist dalam favourite list awak ...," ujar Ayra .Adiba sayu melihat pasangan itu dari jauh." Dib," tegur Puan Sri Aiza yang juga merenung pasangan itu  ." Mama, Dib sedih melihat Ayra dan abang ....Tapi Dib juga tak sangka Ayra begitu sabar melayan karenah abang yang kadang- kala jelak .Dib, juga tidak sesabar Ayra mama....Sampai hati kak Reesya buat abang begitu ....Tapi , elok pun kak Reesya dalam wad tu ...."

        " Dib....Tak baik cakap begitu ....Kak Reesya tak minta jadi begitu ....Begitu juga dengan abang Fir kamu ....Dib, yakinkan pada qada dan Qadar ?" Soal Puan Sri Aiza masih lagi memeluk bahu itu .Adiba terdiam seketika.   

       " Maafkan Dib mama....Mungkin Dib terlampau mengikut perasaan ...."

       " Aku kata pergi !!! Pergilahhh!!!," herdik Firhad .Gelas yang masih penuh dengan air oren tertumpah ke tanah.Ayra terdorong ke belakang .

       " Ayra! Kenapa ??? ," soal Puan Sri Aiza cemas." Ayra okay ??? Abang Fir kenapa ni ? ," soal Adiba kadang - kala makin tidak memahami abangnya itu .Ya, memang dia alami amnesia tetapi...

      " Tak ada apa- apa...! Tak ada apa- apa...!," dalih Ayra terus menyebamkan wajahnya ke dada Puan Sri Aiza." Sabar sayang ....Sabar ..Ya Allah Ya Tuhanku ...Sungguh besar dugaanmu," ujar Puan Sri Aiza seraya membelai belakang tubuh gadis yang teresak - esak itu .

       " Argh !," teriak Firhad seraya membaling novel itu ke tanah.Ketiga- tiga wanita yang dahulunya dia sayang kini terkejut .Ayra paling terasa.Lelaki yang telah mencuri separuh daripada hatinya kini tidak mengenalinya lagi .

          Hatinya yang sakit cuba dia tabahkan.Firhad tidak pinta jadi begitu ! Ayra kau kuat Ayra ! Kau kena kuat jika mahu Firhad sembuh seperti sediakala.

         " Aku kuat kerana kau sayang....! " 


********


        " AYRAAAA!!!," Laungnya bingkas bangkit dari tidurnya .Lenanya terganggu dengan mimpi itu .Mimpi di mana dia lihat Ayra sedang di pimpim oleh seseorang dan mereka kian menjauh .Dalam mimpi itu , kelihatan Ayra ingin berkata sesuatu sebelum dia di tarik pergi secara kasar .

        Ayra dalam mimpinya tergawang- gawang meminta tolong tatkala dirinya ditarik secara paksa.Dan wajah gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai Ayra itu seperti dia temui .Ayra ? Adakah kita pernah bersua sebelum ini ? Aku kenal kau kah , Ayra ?? Siapa Ayra ini ? 

         " Di kesempatan ini juga aku ingin memohon padaMu agar menyembuhkan dia kekasihku ....Kau sembuhkanlah daya ingatannya .....Kau terapkan wajah serta namaku dalam setiap mimpinya....Aamin yarabbil alamin..."

         Ayra tidak terus membuka telekungnya .Dia tertegun merenung keindahan sejadah itu .Setitis demi setitis airmatanya jatuh lantas mengenai telekung dan sejadah .

         Itulah keajaiban Allah swt, walaupun Firhad mengalami amnesia tetapi dia tidak pernah melupakan Allah .Setelah selesai melakukan solat sunat , Firhad menadahkan tangannya untuk memohon doa pada yang Esa.




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku