DIA CEO HATIKU
Bab 28
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 November 2017
Dia seorang ceo terkenal tetapi dia seorang lelaki yang cukup angkuh , perfectionist dan agak anti perempuan....Sehinggalah kehadiran Ayra Ervina budak kampung yang gemar berkhayal tetapi seorg yg baik hati .....Reesya mpunyai masalah personality disorder dia mendendami Firhad , ceo .....( Cover by fcklauren)
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
85

Bacaan






AYRA kini sedang dimekap oleh mak andam untuk majlis menyambut pula di rumah agam Firhad.Dan malam ini adalah malam pertama buatnya.

Alhamdulillah majlis persandingannya semalam berjalan dengan lancar ." Ayra, sudah siap ke ? Auntie Ella tanya ni ?," soal Hartina di muka pintu.

" Sally, lagi berapa minit lagi ya ?," soal Ayra pada mak andam yang sibuk menyapu blusher di pipi." Erm, sikit lagi siap lah ni ...Mak nak vogeu kan sikit lagi Ayra ni ...," ujar Sally terliuk- liuk tangannya yang memegang berus blusher.

" Okay , thank you ...Dah siap call ya ? Saya kat bawah ni auntie Ella minta tolong...Sorry selalu tak dapat nak teman....," ujar Hartina.Adiba pula di rumah agamnya.

" Okay, done !! Ayra kali ni shawl you nak belit macamana pula ?," soal Sally melayangkan shawl chiffon biru perlahan atas kepala Ayra yang telah pun memakai anak tudung ninjanya.

" Ikut you lah,Sally ...I ikut ja...You lebih expect right ..?," soal Ayra yang keliru untuk pengayaan tudung kali ini." Okay , if like that i try belit style ini k ...." Ujar Sally laju sahaja jari- jemari runcingnya mengayakan shawl panjang itu.

Setelah veil di pin kan belah belakang tudung mahkota kecil diletakkan tengah kepala pula.Sambil menghiasi Ayra mulut kepohnya tak letih untuk berceloteh ada saja gossip darinya.Kebanyakkan artis - artis yang selalu menempahnya .Sally juga kadang- kala dipanggil untuk mekap jika ada sebarang anugerah seperti anugerah skrin dan anugerah bintang popular bh.

" Ok done ! Ayra you ni memang cantikkk....Jaga- jaga malam karang ..hihihi," usiknya tersenyum gelihati .Ayra pula yang berasa segan apatah lagi lelaki lembut itu petik soal malam ini.Ayra takut sebenarnya...

" Ayra, cepat sikit pengantin lelaki da sampai ," ujar Hartina tergesa- gesa." Siap dah yunkk...," sahut Sally yang sedang mengemas beg mekapnya." Guys okaylah ya ...I kena balik dulu ni nak rush ke tv3 pula ," ujar Sally ." Makanlah dulu ," ujar Ayra ." Ok!," sahutnya dari jauh...

Kini Ayra dan Hartina telah pun berada di bawah.Semua mata yang memandang Ayra tak berkelip." Kak Ayra ke tu ? Wah lawaaanya akak...," puji salah- seorang anak buah Ayra.

" Korang tunggu apa lagi?," soal pemuda berbaju melayu hijau itu dari arah luar." Ok! Ok! Jom...," sahut mereka - mereka yang dari dalam.Ayra akan naik bersama Firhad.Jarak rumah mereka agak jauh juga .Walaupun Ayra masih lagi duduk sekitar Cheras namun bukannya di pangsapuri Salak Selatan dah tetapi sudah pindah ke taman perumahan lain.

Dengan bacaan bismillah kesemua kereta yang menurut serta kini mulai bergerak .Begitu juga dengan van pasukan kompang Cheras.


**********


KEDUA- DUANYA kelihatan sama padan duduk dipelaminan.Merah putih menjadi tema sebelah pihak lelaki.Kedengaran suara Dj sedang mengalu- alukan kedatangan para jemputan supaya menjamu selera terlebih dahulu.

Pasangan itu akan di tepung tawar di mulai keluarga sebelah Firhad.Tan Sri Yusuf dan Puan Sri Aiza juga sama cantik sama padan , mereka pasangan yang cukup romantis sekali .Ayra menyalami serta mendakapi ibu mertuanya itu setelah di tepung tawar.

Tanpa gadis itu perasan Firhad selaly mengerlingnya yang cukup anggun waktu itu.Pada malam nanti , mereka akan satu lagi resepsi malam di Hilton Hotel.Kini giliran kedua ibubapa sebelah pengantin perempuan pula menepung tawar.

Ber' klik- klik' dan bercahaya dari lensa kamera profesional photographer juga kamera lain termasuk juga dari kamera telefon pintar.Pelamin di sebelah pihak Firhad sungguh elegant sekali apatah lagi dengan sedikit suntikan element mistikal melayu .Agak jarang sekali elemen sebegini diguna oleh pengantin- pengantin di luar sana.

Setelah selesai bergambar dengan pelbagai posing diatas pelamin , kini kedua pasangan pengantin itu akan keluar ke khemah untuk sesi makan beradap pula .

Meja pengantin yang terhias cantik itu kelihatan elegant dengan lilin yang diletakkan dalam bekas lilin seperti zaman kolonial dahulu.Lauk- pauk serta buah- buahan di ukir dan dihiasi dengan begitu cantik sekali.

Firhad dan Ayra di arahkan untuk bergambar seperti sedang menyuap antara satu sama lain.Ayra masih lagi kelihatan malu- malu.


********


FIRHAD kelihatan kacak dengan tuxedo hitam sambil merangkul lengan isterinya Ayra yang kelihatan anggun sekali dress putih labuh dan kembang seperti pakaian puteri zaman kolonial dahulu.Veil yang menghiasi atas tudungnya sangat panjang sehingga perlu bantuan pembantu untuk memegangnya dari belakang .

Bridesmaid dan flower girl sangat cantik sekali juga bersama- sama menapak atas karpet merah dilorong tengah antara meja- meja para jemputan .Kelihatan wajah- wajah beberapa orang ternama juga vvip.

Artis jemputan Anuar Zain dan Dayang Nur Faezah sedang menghiburkan telinga para hadirin dalam dewan hotel berkenaan.

Bergandingan memotong kek 6 lapis yang di reka khas oleh kedai kek ternama di ibukota.Firhad menyuap Ayra sedikit cubitan kek itu , selepas itu Ayra pula menyuapnya.


******


' TOK TOK TOK ' Pintu diketuk dari luar , " Dib, buka kejap pintu .Siapa pula yang datang?," soal Puan Sri Aiza yang sedang menonton drama astro di kaca televisyen.Adiba dengan rasa malas kini bangun seraya menggeliat terlebih dahulu .Puan Sri Aiza sempat tersenyum gelihati melihat ulah anak gadisnya." Dib, Dib....kamu bila pula?," soalnya sendirian.

" Siapa tu ?," soal Tan Sri Yusuf yang menapak ke arah sofa- sofa besar dan mewah itu.Dia yang dari dapur sedang menatang dulang yang berisi tiga mug air milo.Bibik mereka kerja 8 jam sahaja iaitu dari pagi hingga petang sahaja.

Ayra cuba menahan kepalanya yang kuat denyutannya itu.Dalam masa yang sama dia berdebar menanti Firhad habis mandi.

Perlahan- lahan dia menapak mendekati tubuh yang sedang duduk atas katil pengantin membelakanginya itu." Assalamualaikun isteriku...," ujar Firhad kini telah pun melabuhkan punggungnya tepi Ayra .

Firhad juga berdebar pada malam itu .Sedangkan selama ini bukannya dia tidak biasa.Baginya setiap malam dia bawa perempuan itulah malam pertama baginya tetapi malam ini dia benar- benar terasa lain.Mungkin kenikmatan malam itu terasa kerana mereka telah pun sah di sisi agama.

Perlahan- lahan tangan Ayra di capai lalu digenggamnya erat.Firhad tersenyum, dia tahu Ayra gementar kini.Sejuk tangannya .Ayra tidak mampu untuk bertentang mata dengan Firhad." Sayang....Segan ya dengan abang? Pandanglah abang...," pujuk- rayu lelaki itu lagi.Ayra tetap tertunduk .

Perlahan- lahan dagu isterinya itu di dongakkan lantas bahunya di hadapkan pada dirinya.Kini mata mereka bertentangan.Masing- masing kini telah terpukau.

" Sayang, abang janji abang takkan sia- siakan sayang ...Kita bersama- sama ya menjalani kehidupan kini dan masa akan datang ....Sayang tolong jangan tinggalkan abang...Abang tak mampu untuk meneruskan kehidupan abang tanpa sayang di sisi....," ujar Firhad seraya mengucupi dahi Ayra.

Makin bergenang airmata Ayra.Sungguh dia juga terlalu menyayangi dan cinta akan suaminya itu.Ayra juga mahu menjalani kehidupan ini bersama dengan suaminya itu.

" Abang?"

" Ya sayangku"

" Abang, bolehkah abang tunaikan permintaan sayang ?"

" Apa dia sayang ?," soal Firhad tersenyum lantas mengucup tangan Ayra yang masih lagi tidak dia lepaskan itu ." Abang, seandainya jika jodoh kita tidak panjang..."

" Sayang!!!"

" Abang....Dengar dulu apa sayang nak cakap "

Firhad terdiam lantas dia memberikan sepenuh tumpuan pada isterinya itu .

" Kita tak tahukan bila ajal akan menjemput kita.Dan sekiranya jika ajal Ayra menjemput Ayra dahulu, berjanjilah dengan sayang supaya mencari kebahagian yang lain pula.Abang..Carilah pengganti jika sayang telah tiada nanti....Sebab sayang tak sanggup lihat abang menderita..."

Dengan pantas jari telunjuk Firhad menutup mulut itu daripada bersuara lagi .Firhad sebak dan tak mampu untuk mendengarnya lagi." Sayang ? Sayang kenapa ni ? Tak baik cakap bukan- bukan begini....Kitakan sudah berjanji untuk hidup bersama..

.Please ....Jangan cakap lagi begini...

Abang tak sanggup untuk mendengarnya lagi....Tolong sayang jangan berkata begini lagi...Abang tak mampu kehilangan sayang lagi...."

" Tapi bang ...Ajal.."

" Sayang....Please..."

Ayra terdiam dia tidak mampu berkata-kata lagi .Memang dia juga tidak mahu kehilangan atau berjauhan daripada suaminya itu , tetapi Ayra juga tahu penyakitnya ditahap akhir....Bila- bila masa sahaja dia akan pergi .....

" Sayang....Abang tahu sayang letihkan....Tak apa tidurlah dahulu"

" Tapi bang....Inikan malam pertama kita....Abang tak nak raikannya ?"

" Sayang....Esok lusa juga malam pertama bagi abang ...Tidur ya sayang....Tidur," ujar Firhad lantas merebahkan tubuh isterinya itu atas katil .Setelah isterinya terbaring, selimut ditarik sehingga paras perut .

" Nite sayang...," ujar Firhad makin mendekati bibir Ayra.Perlahan- lahan bibirnya mengucupi bibir basah Ayra.Itulah ciuman pertama bagi Ayra bukan bagi Firhad .Agak lama juga bibir mereka bertaut.

" Papa...Mama...Kenapa ni ?," soal Firhad yang telah menapakkan kakinya atas lantai marmar dari anak tangga terakhir." Abang...!!!," laung Ayra berlari mendapatkan abangnya itu.Adiba lantas memeluk tubuh sado itu tersedu- sedan.Manakala Firhad pula masih terpinga- pinga." Dib, Dib..Cuba terangkan pada abang , apa yang telah berlaku ni ?"

" Papa abang....Papa kena tahan..

," ujar Adiba selepas melepaskan pelukan itu.Manakala Puan Sri Aiza tergamam, dia benar - benar terluka dengan sikap suaminya itu.Cinta sucinya selama ini telah dipermainkan.Tubuh suaminya di pukul- pukul tatkala mendengar pernyataan daripada pegawai polis muda itu.Hancur luluh hatinya sebagai seorang isteri .

Tidakkah suaminya itu malu pada anak- anak mereka yang telah dewasa itu ? 

" Mama ? Apa semua ini ? Betul ke apa yang Dib perkatakan itu ? Apa yang telah papa lakukan...?"

" Papa ? ," soal Firhad mendekati ibunya itu yang terduduk , dan tersedu- sedan kemudian dia menghalakan pula pandangannya pada Tan Sri Yusuf yang kini bergari itu.Tiada sebarang jawapan daripada mereka berdua.Tan Sri Yusuf hanya mampu tertunduk, dia tersangat malu kini.Namun, apakan dayanya kacang telah menjadi bubur.

Selama ini dia ingat dia akan terselamat tapi rupa- rupanya tidak...

" Papa ? Betul ke papa ? Ya Allah papa !Apa yang telah papa buat ni ? Tak kasihan kah pada kami ? Tergamak papa menduakan mama ? Sungguh Firhad tak menyangka selama ini papa buat hubungan dengan Rea ? Rea ! Rea ! Dasar mata duitan ! Kau tak dapat aku ! Papa kau rampas ! Tapi kenapa sampai membunuh pa ? Kenapa?"

" Fir, maafkan papa.Ya, papa mengaku papa selingkuh....Sebab papa sunyi....Mama tidak layan papa seperti dahulu"

" Abang !! Sampai hati tuduh saya begitu ? Apa tak cukup lagi ke segala layanan yang saya berikan pada abang selama ini ? Abang , cakap sahajalah yang abang memang dah jemu pada saya ...Saya dah tua....Semuanya longgar kan ? Tu sebab cari pucuk muda," sinis sekali pernyataan yang keluar daripada mulut Puan Sri Aiza.

Tan Sri Yusuf benar- benar tertembak kini dengan butir- butir peluru luahan rasa isterinya itu.Dia akui semua itu.Memang kesalahannya, tiada apa yang kurang isterinya itu.Segala- galanya sempurna.Dia kalah pada nafsunya sendiri.

" Puan Sri, En.Firhad kami terpaksa membawa Tan Sri sekarang...Apa- apa nanti kita berjumpa di balai..."

Dengan tangan yang bergari lelaki bergelar itu di bawa masuk ke dalam kereta polis.Makin kuat kedengaran tangisan dalam rumah agam itu .

Firhad berlari ke tangga.Ayra perlu dikejutkan.Mereka semua akan ke balai pada malam yang sama.

Ayra kelihatan sungguh lena sekali .Pada mulanya tidak sanggup untuknya mengejutkan isterinya itu kerana dia tahu mereka semua masih lagi dalam keletihan tetapi dia perlu juga.

Firhad mengengsotkan dirinya atas katil itu untuk mendekati Ayra.Perlahan- lahan tangan isterinya di sentuh.Firhad kehairanan mengapa tangan isterinya itu begitu sejuk sekali ? Sedangkan penghawa dingin tidak berada pada paras sejuk? 

" Sayang!Bangun sayang....Ada perkara abang nak cakap ni...," ujar Firhad mengoncangkan tubuh itu perlahan.Namun Ayra tetap kaku ." Sayang? Kenapa ni sayang? Sayang! Jangan main- main begini sayang ! Papa kena tahan polis sayang ! ," ujar Firhad menguatkan lagi goncangan tubuh kaku itu.

Darahnya makin berderau kini." Sayang ...Bangun sayang...Bangun sayang....Please jangan mainkan abang....," ujar Firhad mulai gentar suaranya kini.Dahi, leher , tangan dan kakinya semua sejuk kini.

" Ya Allah sayang!! Kenapa ni sayang ? Kenapa sayang sejuk sangat ni ??? Sayang , bangun sayang....Bangun....Sayang tolong jangan seksa abang begini sayang...."

Setelah dada di periksa.Perlahan- lahan jari telunjuknya mendekati bawah hidung isterinya itu.Tiada satu nafas pun yang keluar kini daripada hidungnya.Firhad makin berdebar kini.Tiba- tiba matanya tertancap pada sepucuk surat yang erat tergenggam pada tangan kanannya yang terjuntai bawah katil itu.

Perlahan- lahan tangan itu ditarikkan ke atas dan surat itu dia cuba tarik.Dengan debaran didadanya surat itu dibuka....

" Ya Allah...!!! Ayraaa....!!!," laungnya lantas mendakap tubuh kaku itu." Sayang.....Sampai hati tinggalkan abang !!! Kita dah berjanji sayang.....Abang tak puas lagi hidup dengan sayang....Kenapa sayang tipu abang ?? Bukankah kita pernah berjanji bahawa tidak akan ada sebarang rahsia antara kita !! Kenapa sayang ? Kenapa ??? ," ujar Firhad memeluk erat tubuh kaku itu.Seakan tidak ingin melepaskannya.

" Ya Allah !Firhad kenapa ni ?"

" Abang ? Kenapa ni ? Kenapa dengan kak Ayra ? ," soal Adiba tercengang- cengang.Keduanya berlari ke atas setelah mendengar jeritan Firhad.

" Ya Allah mama! Kak Ayra mama! ," teriak Adiba benar- benar terkejut dengan isi kandungan surat yang telah Firhad campak ke lantai itu.Puan Sri Aiza terus mendapatkan surat itu daripada Adiba.

" Ya Allah ! Anakkkuuu Ayra...

!"




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku