DIA CEO HATIKU
EPILOG
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 November 2017
Dia seorang ceo terkenal tetapi dia seorang lelaki yang cukup angkuh , perfectionist dan agak anti perempuan....Sehinggalah kehadiran Ayra Ervina budak kampung yang gemar berkhayal tetapi seorg yg baik hati .....Reesya mpunyai masalah personality disorder dia mendendami Firhad , ceo .....( Cover by fcklauren)
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
286

Bacaan






         NISAN itu di genggam erat hujung atasnya.Yassin telah pun selamat dia kirimkan untuk insan di yang kini berada di alam sana.Lelaki itu benar- benar terasa kehilangan kini." Sayang....Sampai hati tinggalkan abang keseorangan....Maafkan abang sayang ...Tak mungkin abang dapat tunaikan permintaan sayang itu....Dalam hati abang hanya ada nama sayang sahaja.....," ujar Firhad yang kini berjambang semula.

        Firhad kini tidak seperti dahulu, malah makin teruk jika dibandingkan      semasa dia hilang ingatan hari itu.Syarikat kini Adiba yang terpaksa menjaganya.Apatah lagi dengan ketiadaan arwah papa.Akibat didakwa dalam kes pembunuhan Rea Arianna Sufian , Tan Sri Yusuf dikenakan hukuman gantung sampai mati.

        Dari jauh Hartina juga merasa sebak melihat lelaki itu.Dia tahu bahawa cinta lelaki itu pada Ayra terlalu mendalam.....Mesej whatsapp dari Ayra masih lagi dalam simpanannya." Ayra, maafkan Tina....Ayra mengertilah bahawa cinta Fir padamu terlalu mendalam....Tak mungkin Fir sanggup bersama dengan ku....Maafkan aku kerana tak dapat menunaikan permintaanmu..."

        Hartina mengenakan kembali kacamatanya.Selendang hitamnya diperbetulkan pabila ditiup angin.Perlahan- lahan kakinya melangkah meninggalkan kawasan perkuburan itu....

        Hanya Firhad yang masih setia menemani kubur yang kini genap dua bulan kewujudannya.

         " Tidurlah sayangku...." 







MOGA KARYA INI DAPAT MENGHIBURKAN ANDA PEMBACS BUDIMAN SEKALIAN...


DIA CEO HATIKU

KARYA CINTA PERTAMAKU




Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku