IMAM UNTUK PUTERI
Bab 6
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 06 November 2017
Puteri Arissa, seorang yang sangat disayangi oleh semua dikelilingnya. Walaupun agak moden dan nakal, dia tetap memenangi hati semua dengan sifatnya yang sabar, penyayang dan baik hati. Dia tidak akan memikir dua kali untuk membantu sesiapun, kalaupun orang itu tidak berapa disenangi. Kerana sikapnya yang sedia membantu, Puteri dipilih untuk mewakili Universitinya dalam misi membantu kanak kanak yatim di Indonesia. Dan disitulah pertama kali dia berjumpa dengan Danish Haiqal. Sudah terbiasa dengan layanan ‘puteri’ yang sering dia terima, terperanjat juga bila akhirnya ketemu dengan seorang yang langsung tidak pedulikannya. “Jangan haraplah aku nak layan kau macam puteri ok. Beg itu tolong angkat sendiri. Siapa suruh kau pakai kasut tinggi mengalahkan KLCC? Padan muka!” Orang kata, kalau asyik gaduh, lama-lama sayang. Setelah pulang ke Malaysia, ternyata Puteri mula merindui Haiqal. Tapi, nak ke dia kat aku?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
165

Bacaan






Hari ini, keputusan pendaftaran akan diumumkan. Pada pukul dua, dewan kuliah biznes yang ditetapkan telah penuh dengan semua pelajar pelajar yang telah mendaftarkan diri minggu lalu. Masing masing mengharap dipilih untuk projek ini. Professor Hisham, masuk ke dewan dan segala perbualan kecil yang sedang berlangsung dari pelusuk dewan terhenti. Puteri memandang sekeliling dewan. Dia tak sangka yang ramai sekali akan mendaftar selepas mendengar takllimat Prof. Azami minggu lepas.

 

“Terima kasih sekali lagi kerana minat anda untuk mendaftarkan diri. Hanya 60 orang pelajar saja yang terpilih. Jika nama anda dipaparkan di skrin, sila kehadapan dan tunggu untuk taklimat seterusnya. Bagi mereka yang tak dipilih, saya harap anda tak patah semangat, pasti ada waktu dan peluang yang lain untuk anda. Kami juga telah menaklukkan 5 orang pelajar dalam waitlist. Jika ada yang antara wakil yang terpilih ini tidak dapat pergi, kami akan menghubungi pelajar yang dari Universitinya untuk menjadi pengganti.” Puteri senyum gembira tatkala melihat namanya. Kemudian dia pandang ke Razif dengan wajah yang kurang senang. “Zif nama kau takde.” “Tulah, takde rezeki aku kot. Mungkin diorang letak aku kat waitlist. Abeh kau macam mana Ari, kau okay ke pergi sorang?” Razif menanya. Puteri hanya menggangguk. Setelah mengucap selamat tinggal, dia menuruni tangga dan duduk di kerusi barisan depan dewan. Hatinya agak berdebar kerana kini dia seorang diri. Kalau dia tak dapat buat kawan macam mana.

 

“Dani, nama kau jer kot yang ada. Aku dengan Aris tak dipilihlah.” Farhan membaca senarai nama yang tertera. Terasa agak kecewa, tapi dia tahu memang peluang dipilih sangat tipis. Sebgai rakan, dia tompang gembira untuk Danish. Memang berpristij kalau dipilih. Aris dan Farhan mengucap kan taniah mereka. Sedikit pun tidak rasa cemburu. Malah bangga yang kawan mereka terpilih. Setelah berjanji untuk tunggunya diluar, mereka beredar keluar dewan. Danish menyapai beg dan menuruni tangga kehadapan dewan. Sekali lagi permandangannya jatuh pada gadis yang sama dilihatnya minggu lalu. Baju kurung hijau muda yang digayakannya hari ini membuat gadis itu nampak anggun sangat. Entah kenapa, dia rasa jantungnya berdegup sedikit kencang. Dengan cepatnya, dia mengalihkan pandangannya pada Prof. Hisham. Setelah taklimatnya yang ringkas, mereka diberi lebih borang untuk diisi dan berbagai dokumen. Mereka juga diberi berbagai maklumat untuk menyiapkan diri buat perjalanan. Tepat lagi 4 minggu mereka akan bertolak ke Batam.




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku