Suamiku Pencinta Lompat Tikam
4
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Kategori: Novel
Paparan sejak 07 November 2017
Mengisahkan seorang janda muda yang bernama Tijah yang baharu diceraikan suaminya. Demi meneruskan kelangsungan hidup, dia telah mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan menjual kuih-muih di pasar minggu. Tanpa disangka, setiap kali berniaga pasti kuih lompat tikamnya habis diborong oleh seorang lelaki. Don namanya. Tijah bertambah kehairanan, Don bukan memborong sedulang tetapi habis ketiga-tiga dulang lompat tikam disapunya. Tiang khemah pasar minggu belum dipacak, Don sudah sedia terpacak menanti kuih lompat tikam si Tijah. Rupa-rupanya Don telah menaruh hati pada Tijah sejak kali pertama melihatnya. Tetapi sewaktu itu, Tijah masih lagi isteri orang. Kini Don mengambil peluang yang ada untuk memikat hati Tijah. Tambahan lagi, kerana kesedapan lompat tikam itu maka semakin menjadi-jadi angau Don pada Tijah. Janda lawa pula tu! Apa yang terjadi seterusnya? Bagaimanakah Don meluahkan isihatinya pada Tijah? Dan adakah mereka berdua akan bahagia? Nantikan!
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
96

Bacaan






"Esok hari Ahad kan?" Tijah mencelah. Esah ketika itu sedang kusyuk melayan sinetron di TV6. Terlopong mulutnya melihat aktor yang kacak itu sedang beraksi di kaca televisyen. 

"Apa! kacaulah... aku ni baru nak feeling-feeling," balas Esah. "Ya Ahad, kenapa?" tambahnya lagi.

"Aku puas fikir dari tadi tau, Esah. Sampai bila aku nak duduk rumah kau ni, kerja pun tak ada," Tijah mengeluh kecil. 

Esah tersenyum. 

"Esah! apa kata kalau esok aku bekerja kat gerai kau?" Tijah memberi cadangannya. Walaupun terasa malu dengan soalan itu tetapi kerana terpaksa, dia tebalkan juga muka.

"Kau serius ke, Tijah? Jangan esok-esok, kau ikut aku lepas tu cabut lari pulak!" Esah menjawab. Cukup sinis dan tajam kata-katanya. Tijah seperti biasa, bagai tiada perasaan dan tidak terkesan dengan sindiran sahabatnya itu.

"Seriuslah, kalau tak kerja... aku nak berduit macamana? Bolehlah Esah... ," pujuk Tijah sambil meramas-ramas bahu kanan Esah. Dipeluknya Esah dengan harapan dia diterima bekerja. 

"Lepaslah... rimas! kau ni kan... tau lah badan aku chubby sedap peluk," Esah merentap pelukan Tijah. Akhirnya Esah bersetuju juga mengambil Tijah bekerja di gerainya tetapi dengan bersyarat.

"Apa? syarat?" telopong mulut Tijah seketika. 

Esah bangun dari sofa itu lantas mengambil sebuah buku yang disusun di bawah rak hadapan televisyen . "Nah, aku nak kau pilih dan buat satu kuih untuk berniaga esok."

Tijah mengambil buku yang dihulurkan kepadanya. Tetapi raut wajah Tijah ada sedikit gusar. Seumur hidupnya, tidak pernah sekalipun dia mencuba membuat kuih. "Kau biar betul, Esah! Aku manalah pernah buat kuih," Tijah bersuara.

"Aku berniaga kat pasar minggu, jual kuih. Tak kan aku nak suruh kau jual set alat solek pulak," laju Esah membalas. "Kau nak kerja tak ni?" soalnya lagi.

"Eh, ye lah... ye lah... kau nak suruh aku buat kuih apa ni?" Tijah mengalah. Mahu atau tidak, dia terpaksa juga menuruti kata Esah. Jika dibantah, alamatnya tidak bekerjalah Tijah sampai bila-bila. 

"Ikut kaulah, Tijah. Mana yang rasa senang pada kau... asalkan kuih tu sedap! Jangan kau buat kuih boleh campak ke dinding, tapi dinding yang retak pulak! Aku tak nak kena maki dengan pelanggan nanti," panjang bebelan Esah kali ini. 

Tijah membelek buku resipi itu sehelai demi sehelai. "Kuih karipap pusing, kuih keria, kuih lengkong, kuih donut, kuih... ," satu persatu nama kuih disebutnya. 

"No, no! semua kuih-muih tu dah ada peniaga lain jual, cari lain... ," Esah memotong percakapan Tijah.     

"Habis tu, kuih apa?!" Tijah buntu. 




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
1 | 2 | 3 | 4 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku