Kaca
Kurung
Genre: Cinta
Kategori: Untold Story
Paparan sejak 07 November 2017
Hubungan cinta itu abstrak. Susah bahkan kadang-kadang mustahil diramal. Sungguh membingungkan dan misteri. Adakalanya suram adakalanya gembira. Bagaimana pula dengan realiti hubungan yang sememangnya tidak indah?
Penilaian Purata:
79

Bacaan






Cuba bayangkan diri kau berada di dalam sebuah bilik. Sebuah bilik yang kecil dan berdindingkan kaca di mana semua orang yang berlalu-lalang di sekitar bilik tersebut dapat melihat menembusinya. Sekarang,bayangkan si dia berdiri betul-betul di hadapan kau tetapi ada dinding kaca yang menjadi penghalang kamu berdua. Itulah waktu di mana kamu terjatuh dalam perhubungan tragis yang tidak jelas jalan penyelesaiannya. Kedua-duanya memilih untuk memendam perasaan. Adakah kerana ego mereka yang terlalu tinggi? Masing-masing menunjukkan kasih sayang,masing-masing terbuka untuk berkongsi hampir segalanya,masing-masing tidak sedar bahawa perasaan mereka sudah mula berkembang,masing-masing tidak menjangkakan pengakhiran yang tragis dalam hubungan mereka. Kau sedar tentang itu dan kau mula menjauhi si dia tetapi kau tidak ke mana kerana kau terperangkap dalam bilik itu. Tidak kira di mana kau berada,si dia sentiasa bertakhta di dalam hati kau tanpa kau sedari. Kau akan menangis setiap malam tanpa mengetahui sebabnya,hati kau akan tiba-tiba rasa sakit tanpa mengetahui puncanya. Semuanya rasa tidak betul,seperti ada sesuatu yang kurang. Akhirnya masing-masing bertemu semula dan meluahkan segala perasaan mereka. Mereka mula menunjukkan kasih sayang yang terang lagi bersuluh mempamerkan mereka bukan lagi sahabat biasa. Perasaan sayang itu mula timbul tetapi mereka tamak. Mereka menganggap perasaan dan hubungan mereka terbatas dengan adanya dinding kaca yang memisahkan mereka itu. Dan bila tibanya hari itu,kau akan terjaga dari lenamu yang indah kerana si dia. Bunyi hentakan pada kaca dan suara-suara sumbang manusia di luar mengejutkan anda. Si dia ternyata cuba memecahkan dinding kaca yang cuba memisahkan kamu berdua. Semua jenis bunyi didengari seluruh alam. Hampir semua mata tertumpu ke arah kamu. Si dia masih berusaha,suara-suara sumbang yang mulanya tidak kedengaran itu mula menandingi suara si dia yang masih cuba memecahkan dinding itu. Pang! Dinding kaca yang memisahkan mereka pecah dan lerai begitu sahaja,bunyi yang kuat itu membuat kau terduduk di lantai tanpa apa-apa kata.. Kau terkedu melihat semangat cintanya yang berkobar-kobar. Kau tergamam melihat tangannya yang penuh dengan serpihan kaca dan serpihan darah kerana bertindak sedemikian. Si dia menghampiri kau. Kau seakan terpaku pada kedudukan kau sekarang. Semakin lama dia semakin dekat. Kata-kata yang ingin kau luahkan hilang ditelan perasaan gementar itu. Apabila si dia menghulurkan tangannya,suara sumbang yang mulanya hanya samar-samar kerana terlalu banyak yang bersuara pada masa yang sama kini semakin jelas dan terang di telinga kau,bagaikan bisikan di dalam diri kau. Kau mula takut,risau dan ragu-ragu untuk menyambut tangan si dia tetapi kau tetap memilih untuk menyambutnya. Si dia terus merebahkan dirimu dalam dakapannya namun segalanya tidak seperti si dia ingin. Si dia menjangkakan perasaan puas dan tenang kerana dapat memiliki dirimu yang sudah lama dinantikannya sebaliknya keresahan atau kerisauan pula yang melanda dirinya,hatinya yang dia sangkakan akan terbuka untuk menyayangi kau menjadi sesak. Semuanya tidak seperti yang dia mahukan. Begitu juga dengan kau,kau langsung tidak rela untuk terus bertahan dalam dakapannya. Si dia melepaskan dakapannya perlahan-lahan. Masing-masing mengambil beberapa langkah belakang,kedua-duanya berpaling tadah namun apa yang mereka nampak sekarang cumalah dinding kaca yang mengurungi mereka dan manusia-manusia lain yang masih tertumpu ke arah mereka seakan sedang menonton filem di panggung wayang. Masing-masing cuba memecahkan dinding yang jelasnya lebih teguh berbanding dinding kaca yang memisahkan mereka sebelum ini. Mereka duduk di lantai dan saling membelakangi,masing-masing cuba mengelak supaya mata mereka tidak bertembung. Tiada gunanya. Apabila kau menoleh,kau melihat si dia. Apabila si dia menoleh,si dia melihat kau. Kamu berdua terperangkap dalam dinding kaca yang melambangkan mentaliti orang ramai serta perasaan sayang yang timbul antara kamu berdua. Masing-masing buntu. Masing-masing berharap mampu memutarkan semula masa di mana mereka masih dipisahkan oleh dinding kaca itu kerana hanya waktu itu mereka mampu merasakan kasih sayang masing-masing. Yang tinggal kini hanyalah kenangan dan keresahan dalam hati mereka. Mereka rindu masa-masa mereka dahulu di mana mereka mampu berkongsi hampir segalanya. Mereka terkurung dalam hubungan rumit itu selamanya tanpa mampu berbuat apa-apa. Mereka cuba lari tetapi ia tidaklah semudah memecahkan dinding kaca pemisah mereka. Seakan takdir tidak menyebelahi mereka. 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku