Sayap Pelindungmu
PROLOG
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 09 November 2017
Romance/action/family/love
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
70

Bacaan






BAPAdia seorang yakuza.  Ya… seorangyakuza.  Orang kanan kumpulantersebut.  Amamiya Ootzu namanya.   Itu belum lagi  nama setelah memeluk Islam.  Nama Islamnya ialah Abdullah Ootzu.  Abdullah diambil sempena nama bapa NabiMuhammad S.A.W.  Itupun kerana dia telahjatuh cinta kepada seorang gadis Islam yang elok pekertinya.  Sopan, lemah lembut, baik budi bicara.  Bak kata ibarat Saidatina Aisyah yangsempurna pekertinya.

            Sharifah Zalikha… satu nama yangsentiasa membuatkan hatinya berbunga-bunga apabila menyebutnya.  Dia nekad. Jiwanya meronta-ronta.  Diamengambil langkah tekad dengan meninggalkan kumpulan tersebut dan mengahwiniwanita yang bernama Sharifah Zalikha. Cintanya terhadap wanita itu tidak berbelah bahagi.   Jika pedang samurai terhunus di lehernya pundia sanggup.  Asalkan dia dapat memilikiwanita semanis Sharifah Zalikha. 

            Dalam diam Sharifah Zalikha turutmerasai perasaan yang sama.  Hatinya mulatertarik dengan lelaki berkulit putih dan bermata sepet itu.  Dalam tunduk malu, matanya sembunyi-sembunyimemandang nakal wajah yang selalu mengusiknya apabila dia pulang darikampus.  Jalan itu.  Ya… jalan yang sama dan sering dilaluiolehnya.  Dan di bawah rimbunan pokok-pokoksakura itulah lelaki berkulit putih bersih itu selalu menunggu dan memikatnya.  Bagaikan dalam drama cinta, hati SharifahZalikha tercuit dengan usikan demi usikan dengan kelopak-kelopak bunga sakurayang berterbangan.  Lama-lama diamerindui suara usikan tersebut.  SharifahZalikah telah jatuh cinta.  Jatuh cintadengan jejaka dari negara matahari terbit itu.

            Sharifah Zalikha mengambil keputusanuntuk pulang ke Malaysia dengan tujuan untuk menyatakan hasratnya berkahwindengan jejaka pilihannya.  HasratSharifah Zalikha ditentang keras oleh ahli keluarganya.  Kata mereka tidak setaraf! Jejaka pilihanSharifah Zalikha bukan dari keturunan Syed dan Sharifah.  Tidak sepadan! Hasrat Sharifah Zalikha diberikata dua.  Sama ada memilih pilihankeluarga atau tetap dengan jejaka sepet pilihan hatinya.  Sharifah Zalikha tersepit di antara perasaancinta dan tanggungjawabnya.  Hatinyameronta-ronta untuk memilih cintanya, tetapi pengorbanan keluarganya tidakdapat dia lupakan.

            Sharifah Zalikha nekad.  Buat pertama kalinya dia mempertahankankeinginannya.  Dia tetap memilih jejakadari matahari terbit itu.  KeluargaSharifah Zalikha tidak dapat menerima keputusan itu lalu dengan marah merekamenghalau Sharifah Zalikha dari keluarga tersebut.

            “Keluar kau! Kau bukan lagiketurunan daripada aku! Berambus!,”                               

            Sharifah Zalikha akur.  Dengan hati yang lara, dia mengikuti Amamiyakembali ke Jepun.  Di situ, bersaksikanmatahari terbit, Amamiya mengucap dua kalimah syahadah dan memperisterikanSharifah Zalikha.  Sharifah Zalikhabanyak membimbingnya.  Mereka jugamenyulam ikatan cinta yang halal di negara matahari terbit itu.

            Ikatan cinta mereka semakin utuhdengan kehadiran dua cahaya mata. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Beza di antara mereka sembilan tahun. Kehidupan mereka sangat lengkap dengan kehadiran dua permata cintamereka.

            Mereka hidup jauh dari kesibukanbandar.  Di desa yang damai, Amamiyamembina sebuah rumah sederhana di situ. Cukuplah mereka anak-beranak yang tinggal di situ.  Apabila siang, Amamiya bekerja di ladangjagungnya.  Sementara Sharifah Zalikha,sibuk menguruskan hal anak-anak di rumah. Mereka sungguh bahagia apabila hidup seperti itu.  Jika diizinkan Tuhan, mereka mahu hidupseperti itu selama-lamanya.  Cinta merekasungguh utuh.  Sehingga bila-bila, merekaakan sentiasa melengkapi di antara satu sama lain tanpa berkeluh-kesah.

            Kebahagiaan mereka tidak sampai kepenghujungnya.  Janji di antara merekaterlerai apabila kumpulan yakuza yang pernah disertai Amamiya dapat menemuimereka.  Bagi mereka, Amamiya seorangpembelot! Pengkhianat! Dia telah mengkhianat kumpulan tersebut.  Tanpa belas kasihan, tubuh Amamiya dibelasahteruk oleh ahli kumpulan tersebut.  Bukanitu sahaja, mereka masih tidak puas. Mereka menarik rambut Amamiya lalu memijak-mijaknya sehingga Amamiyamengaku apa yang telah dia lakukan perkara khianat terhadap kumpulantersebut.  Amamiya tetap denganpendiriannya.  Tidak mungkin sama sekalidia mengaku perbuatan yang tidak pernah dia lakukan.

            Hancur luluh hati Sharifah Zalikhamelihat tubuh sang suami dipijak-pijak seperti itu.  Air matanya bagai empangan yang pecah.  Dia tidak tahan.  Dengan berani, Sharifah Zalikha menolak salahseorang ahli kumpulan yang sedang rakus membelasah suaminya.  Tubuh suami dirangkul.  Anak-anak mereka hanya melihat.  Tidak mampu untuk berbuat apa-apa keranamereka masih kecil.

            Rangkulan itu hanya sementara.  Seorang dari ahli kumpulan tersebut menarikkasar tubuh Sharifah Zalikha lalu dibaringkan di hadapan Amamiya.  Di hadapan mata suami dan anak-anak, SharifahZalikha diperkosa beramai-ramai.  Amamiyacuba menyelamatkan isterinya, tetapi tubuhnya sudah ditahan dan dipijak olehmereka menyebabkan dia tidak terdaya.

            Nafsu syaitan mereka tidak pernahpuas.  Setelah puas memperkosa SharifahZalikha, wanita itu dibunuh dengan kejam di hadapan Amamiya.  Terkedu! Ya… hanya itu yang Amamiya rasa.  Jantungnya bagaikan terhenti.  Dia tidak percaya dengan apa yang dia lihatdi hadapan matanya itu.  Tidak sempatuntuk merintih, kepala Amamiya diangkat sedikit lalu samurai sepanjang lenganlelaki dewasa terhala di lehernya. Amamiya tersentak.  Allah! HanyaAllah yang sedang berlengar-lengar diingatannya.  Jika ini riwayat terakhirnya dan jika ini doaterakhirnya, dia berdoa agar Allah selamatkan anak-anaknya yang masihkecil.  Hanya itu sahaja yang Amamiyaminta.

            Dengan pandangan yang kabur-kabur,Amamiya tetap memandang wajah anak-anaknya yang sedang ketakutan dihadapannya.  Dengan ucapan syahadah,Amamiya memejam mata dan berserah takdirnya kepada Allah yang Esa.  Tanpa rasa belas kasihan, leher Amamiyadipenggal dengan kejamnya.  Darahmemercik di serata rumah.  Termasuk dipipi anak-anaknya.

            Anak-anak Amamiya dibawa laribersama mereka.  Ketika itu, anak lelakiAmamiya masih berumur 15 tahun manakala anak perempuan mereka enam tahun.  Masih kecil dan tidak dapat membezakan apayang benar dan salah.  Mereka di bawatinggal bersama dengan kumpulan tersebut selama lima tahun.  Pada waktu itu, anak lelaki Amamiya nekad untukmelarikan diri dari kumpulan tersebut. Adik perempuannya berjaya dibawa bersama.

            Selama empat tahun mereka berduahidup berdikari dan bersama.  Jangkaanmereka bahawa kumpulan yakuza tidak mencari mereka meleset sama sekali.  Kali ini, kumpulan tersebut berjaya menjejakitempat tinggal mereka.  Anak lelakiAmamiya berusaha untuk menyelamatkan adik perempuannya.  Tetapi usahanya sia-sia.  Ahli-ahli dalam kumpulan tersebut memangkuat.  Akhirnya, anak lelaki Amamiyajatuh terkulai di atas tanah.  Dalamsamar-samar dia dapat melihat bagaimana adiknya diheret oleh kumpulantersebut.  Jeritan adiknya semakin lamasemakin hilang.  Dia pengsan.  Jejak adiknya terus hilang bagai abu.

            Sehingga sekarang lelaki itu mencariadiknya.  Misi utama di dalam hidupnyaadalah mencari adik perempuannya semula. Hanya itu tujuan untuk dia terus hidup sehingga kini.  Dia sanggup lakukan apa sahaja, asalkan jasadadiknya ditemui semula.    

            Pandangan matanya bagaikanhelang.  Mencari mangsa tidak kira dimana.  Misi utama adalah mencari adikperempuannya.  Sejarah hidupnya telahmematikan hatinya.  Itulah dia, HaelZidane Ootzu bin Abdullah Ootzu a.k.a T. E. The Eagle.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku