Sayap Pelindungmu
BAB 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 09 November 2017
Romance/action/family/love
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
69

Bacaan






Kashmir, Pakistan…

                              

  SEKUMPULANkambing bewarna putih yang gemuk-gemuk menarik perhatian aku.  Tanpa berlengah, aku mengangkat kameraku lalulensa terarah tepat ke arah sekumpulan kambing yang tergedik-gedik lari apabiladihalau keluar oleh tuannya dari kandang. 

            Klik! Klik! Klik!

            Bibirku terukir senyumangembira.  Permandangan yang indah.  Aku suka dengan permandangan di sini.  Suasana yang damai.  Bukit-bukau yang menghijau dan ada sejemputsalji di atasnya.  Tempat ini benar-benarbagaikan syurga bagiku.

            Aku membelek-belek gambar yang baruaku ambil tadi.  Ah! Tak puas! Aku mahulebih lagi.  Gambar kambing itu akusimpan.  Aku mencari lagi permandanganyang memukau di sini.

            Di bawah bukit ini ada sebatangsungai.  Air sungai yang mengalir lembutmenarik pandanganku.  Dengan langkahsederhana laju, aku menuju ke jambatan yang melintang di sungai tersebut.  Sebelum tiba di kaki jambatan, sempat lagiaku menghala lensa kameraku ke arah jambatan tersebut.

            Klik! Klik!

            Aku menatap gambar yang barukuambil.  Perfect! Aku memuji sendiri. Seterusnya, aku berdiri di atas jambatan tersebut.  Bibirku serta merta mengukir senyumancantik.  Permandangan di hadapankusungguh terpesona.  Dengan batu-batulicin, pokok-pokok di kiri kanan sungai tersebut membuatkan aku benar-benarterpukau.  Aku tak tunggu lama, lantaslensa kameraku terarah ke permandangan tersebut.

            Klik! Klik! Klik! Klik! Klik!

            Pelbagai posisi aku ambil.  Semuanya aku pastikan menepati citarasaku.  Jika ia tidak menepati citarasaku, akan ku terus delete danmengambil semula gambar tersebut dengan posisi yang lebih menarik lagi.

            Kedengaran beberapa burungberkicauan melintasi kepalaku.  Akumemandang mereka yang sedang seronok berterbangan di dada langit yangbiru.  Permandangan ini juga tidak akankulepaskan.  Pasti akan kutangkap dandijadikan momen yang menarik nanti.

            Aku… Malaeka Karmela.  Seorang jurugambar perkahwinan, blogger.  Masa lapang aku, aku penuhkan dengan aktivitimenangkap gambar.  Aku akan bercuti danmenangkap gambar-gambar menarik di situ. Kemudian, aku akan kongsi gambar-gambar yang aku ambil dengankenalan-kenalanku di blogger.  Disampingitu, sempat lagi aku promote tempatyang aku bercuti itu.  Bolelah menambahsedikit pengetahuan tentang tempat-tempat menarik untuk mereka bercuti nanti.

            Kehidupan aku biasa-biasasahaja.  Aku bukan anak datuk ataupunketurunan tengku dan kerabat diraja.  Akuorang biasa.  Yang bayar cukai danpinjaman sepanjang hidup aku.  Itu punkalau aku hidup lama.

            Aku tidak seperti perempuan lain.  Aku lain daripada mereka.  Aku tiada perasaan terhadap lelaki.  Bukan kerana aku tertarik dengan kaumsejenis.  Aku masih lagi perempuansejati.  Tetapi untuk mendekati spesisyang dipanggil lelaki, secara automatik tubuh menolak untuk mendekatimereka.  Apatah lagi untuk jatuh cintaterhadap spesis itu.  Ini kerana… akuseorang androphobia.  Dan aku sendiri adamisi untuk menyembuhkan penyakit aku ini…

 

 

           

            LANGKAHaku terhenti di satu lorong yang gelap. Bebola mataku meliar ke kiri dan kanan. Bibir bawahku ketap.  Loronginilah yang sering diperkatakan oleh pelajar yang belajar di kampusku.  Lorong ini jarang dilalui oleh sesiapa.  Mana tidaknya… di lorong inilah tempatberkumpulnya kutu-kutu rayau yang memang tak ada masa depan itu.  Bukan sahaja kutu rayau, mat gian punentah-entah turut bersarang di situ.

            Aku telan air liur.  Cepat-cepat aku geleng kepala.  Jam yang melilit di pergelangan tangan kiriaku lihat.  Dah pukul 11:00! Matakuhampir terkeluar.  Mulutku terlopongmelihat angka yang tertera di jam tanganku. Hish, kalau aku tak joinperbincangan tadi, dah tentu aku sudah terbongkang di depan tv sekarangni.  Tak boleh jadi.  Hari semakin lewat.  Nak lalu jalan yang lain mengambil masa satujam.  Itupun jika menggunakankenderaan.  Aku ni… hanya mampumenggunakan kaki sajalah.

            Aku tekadkan diri.  Hanya lorong ini jalan paling pantas untukaku sampai ke rumah sewaku.  Mat gian ke,mat rayau ke, mat apa sekalipun aku tolak tepi. Yang penting masa tu.  Masa untuksampai ke rumah.

            Aku genggam tali beg sandangku.  Dengan lafaz bismillah, aku teruskan langkahuntuk masuk ke dalam lorong gelap tersebut. Sambil kakiku melangkah, mataku tak henti-henti meliar memandang keadaansekeliling.  Jantung aku… sumpah jantungaku mahu berlari keluar ketika ini. Berdebarnya hanya Allah sahaja yang tahu. 

            Tiba-tiba, telingaku menangkapsesuatu bunyi yang aneh.  Hatiku tidaksedap.  Aku lajukan langkahku.  Tapi, semakin laju aku melangkah, semakindekat bunyi itu di telingaku.  Peluhdingin sudah merembes di dahi.  Dada akuberdebar kencang.  Allah… janganlahapa-apa berlaku padaku! Sempat lagi aku berdoa.

            Tiba-tiba beberapa lembaga berjayamemintasku.  Langkahku terus mati.  Aku pandang tiga lembaga itu.  Pada waktu yang sama, aku dengar ada bunyimengekeh di belakangku.  Aku pusing kebelakang.  Ada dua lagi lembaga hitam dibelakangku!

            “Cik nona manis… mahu pi mana?,”tanya lembaga itu dengan menyengih hingga ke telinga.

            Mataku terus membuntang!Adrenalinku  segera aktif.  Allah! Lelaki!

            Ya… badanku terus menggigil.  Aku rasa nak muntah, loya.  Kepalaku pening.  Peluh sudah merembes-rembes membasahibadanku.  Nafasku sesak.  Lebih-lebih lagi dikelilingi lelaki sepertiini.  Aku benci! Tak suka!

            “Cik nona manis… takut ke? Jangantakut.  Meh abang teman meh,” tanganmakhluk yang bergelar lelaki itu cuba menyentuhku.  Belum sempat spesis itu menyentuh bahuku, akusudah mengelak.

            ‘Pergi!,’

            Aku cuba menjerit.  Tapi suaraku tersekat di kerongkong.

            ‘Pergi!,’ aku cuba lagi.  Tapi tak berjaya.  Tubuhku terus-menerus menggigil.  Aku tak dapat kawal diriku.

            Salah seorang dari makhluk itumengenyit di antara mereka.  Sepertimemahami isyarat dari rakannya, mereka mengangguk dan tersenyum meleret melihattubuh aku.  Dengan rakus, tangan jijikmakhluk itu menarik tubuhku dan terus menolak ke atas kotak-kotak yangbertaburan di situ.  Aku terkejut.  Aku cuba meronta.  Tapi kekuatan makhluk itu terlalu kuat.  Rakan-rakannya yang lain sudah menyengihmemandang aku.  Masing-masing sepertiorang sedang kelaparan.  Dalam limaorang, tiga orang cuba memegang kedua-dua tangan dan kakiku.  Aku menjerit minta untuk dilepaskan.  Tapi, makhluk itu apa kisah.  ‘Makanan tetap makanan’.  Yang paling utama, nafsu mereka harusdisantap dahulu.

            Aku tidak boleh fikir apa.  Aku menjerit sekuat hati.  Hampir terkeluar anak tekak akumenjerit.  Tapi dibalas dengan ketawasyaitan mereka.  Air mataku bagaisungai.  Aku cuba menggunakan segalakekuatan yang ada untuk melepaskan diri. Aku menjerit lagi.  Kali ini, akumenggunakan seluruh kudrat yang ada. Tiba-tiba satu kuasa aneh menjalar di segenap urat sarafku.  Dengan jeritan yang kuat, tubuhku terusmenolak semua makhluk yang ada disitu. Mereka semua terpelanting jauh dari aku. Aku panik.  Terus aku duduk danmelihat mereka yang sudah tergolek jauh dari tubuh aku.  Tidak tunggu lama, aku terus berdiri danberlari pergi dari situ.  Dalam hati, takhenti-henti aku mengucap syukur pada Tuhan kerana aku masih selamat darimenjadi mangsa kerakusan nafsu oleh spesis-spesis tak guna macam mereka.

            Telingaku tiba-tiba menangkap satujeritan.

            “Oi! Tunggu! Kau nak lari manahah?!,” makhluk itu tidak serik.  Diamasih berdiri dan menunjuk ke arahku dengan renungan yang tajam.  Mataku terus membulat.  Kakiku yang semakin lemah, kugagahi jua untukberlari.

            “Tunggu!!,” seperti zombie, merekaberlari mengejarku.

            “Tidak!!!,”

 

 

            AKUduduk pandang dinding.  Nafaskukedengaran tercungap-cungap.

            “Dah puas ngingau?,”

            Kening aku berkerut.  Aku toleh pandang suara yang berbunyitadi.  Kelihatan, Mellisa, temanserumahku, rakan sekerjaku, dan juga kawan baikku sedang khusyuk menghadapkomputer riba tidak jauh dariku.  Mukakuterus berkerut memandang dia.

            “Mel? Bila masa kau ada dekat sini?Aku dekat mana?,” aku pandang sekeliling.

            “Dekat rumah.  Dah nama rumah, memanglah aku ada dekatsini,” jawab Mellisa selamba.  Tangannyatak habis-habis menekan papan kekunci di komputer ribanya itu.

            “Hah? Bukan aku ada dekat Kashmirke?,”

            “Dah kau mengingau, mana kau ingatkau dah balik dari Kashmir ke tak.  Kaudah dekat Malaysia dah tiga hari dah,”

            “Hah? Tiga hari aku dah dekatMalaysia?,” mataku buntang mendengar kata-kata Mellisa.

            “Siap!... Huargh! Aku tidurdulu.  Dah pukul tiga pagi dah ni.  Kau sambung jelah tidur.  Esok pagi, confirm otak kau tu betul semula,” jawab Mellisa lalu bangun danmelangkah masuk ke biliknya.

            Aku terpinga-pinga.  Tubuh Mellisa yang sedang membolos masuk kedalam bilik kutenung.  Mukakuberkerut-kerut.  Aku mengelamun sendiri.  Aku dah dekat Malaysia ke?

 

*****

 

            DISEBUAH kedai roti yang sedikit usang, kelihatan sepasang tangan yang kasarsedang menguli tepung dengan lembutnya. Jari-jemari yang kasar itu terus menekan-nekan dan memintal-mintaltepung yang telah diulinya tadi.  Matanyayang sedikit redup memandang teliti inti yang sedang dimasukkan ke dalam dohdengan berhati-hati.  Doh itu terusdibentuk dan diletakkan di atas dulang yang sedia untuk dibakar sebentar lagi.

            Dia mengambil doh seterusnya danmemasukkan lagi inti kacang merah ke dalam doh tersebut.  Setelah cukup semua doh-doh yang terisi diatas dulang tersebut, dulang itu terus dimasukkan ke dalam ketuhar batu.  Semerta, api terus membakar doh-doh yangtelah dimasukkannya sebentar tadi.

            Dalam beberapa puluh minit, aromaroti yang dibakar tadi segera menyelubungi kedai roti tersebut.  Dan aroma itulah yang telah menarik aku untukterus datang ke kedai vintage tersebut.  



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku