THE PERFECT THIEF
Bab 3
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 09 November 2017
#Action#Romance#Crime Merlis dijadikan tebusan oleh Maliq, seorang perompak yang terdesak. Akhirnya Maliq diburu oleh pihak berkuasa dan mengheret Merlis bersama ke satu lokasi yang jauh dan terpencil. Manakala Eman iaitu rakan subahat Maliq telah melarikan hasil rompakan mereka berdua sekaligus memusnahkan harapan Maliq untuk membiayai pembedahan kanser mata adik kesayangannya. Hari demi hari, simpati Merlis menggunung apabila mengetahui kisah hidup Maliq yang menyayatkan hati. Maliq juga tidaklah sejahat yang disangka. Justeru, bibit-bibit cinta hadir tanpa dipaksa. Mungkinkah cinta mereka berdua akan bersatu dan segala impian dapat direalisasikan? Atau cuma kekal menjadi cinta antara penculik dan tebusan? NOTA: Nama/Tempat/Watak/Kejadian adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
48

Bacaan






#3:Investigation Begins

Kenderaan pacuan empat roda yang dilarikan oleh si perompak dipandu semakin perlahan. Beberapa minit kemudian ia pun berhenti. Merlis berpura-pura tidur dan hanya membuka kelopak matanya sedikit untuk mengintip pergerakan mereka. Rupa-rupanya mereka singgah ditempat persembunyian untuk mengambil barangan tertentu.


Suasana diluar hanya diterangi oleh cahaya lampu yang samar-samar. Merlis kurang pasti dimana dia berada. Yang pastinya dia telah jauh meninggalkan Pekan Louvre.

Kedengaran pintu kereta dibuka dan ditutup kembali. Kedua-dua mereka berdiri ditepi kenderaan dan topeng muka telahpun ditanggalkan sekaligus mendedahkan wajah sebenar masing-masing. Merlis cuba mengamati wajah-wajah itu namun penglihatannya agak terhad lantaran cahaya yang malap.

"Aku berhenti di sini. Aku kembali sebaik saja semua barang kemas ni dijual. Kau jangan risau" ujar perompak bersuara garau.

"Aku tunggu kau Eman. Kau jangan aniaya aku pulak. Itulah satu-satunya harapan aku untuk Juwita."

'Oh, Eman nama dia. Maliq dan Eman. Tak pasal-pasal aku terheret sama,' Merlis menggumam.

"Ni Eman la. Aku berpegang pada janji. Lagipun kau berani betul tadi. Kalau tak kerana kau sudah tentu sekarang ni kita bermalam dilokap. Hehehe"

"Semuanya berlaku sepantas kilat. Lagipun itu tak termasuk dalam rancangan kita sebelum ni"

"Kau nak pergi mana nanti? Gadis tu sampai bila kau nak sorokkan? Susah-susah sangat kau tamatkan riwatnya saja."

Merlis kegusaran. Semudah itu mereka ingin menamatkan riwatnya. Sedangkan dia hanya menjadi mangsa keadaan. Malang sungguh nasib kau Merlis! Merlis menelinga lagi.

"Aku tahulah apa aku akan buat dengan dia nanti. Yang pastinya, aku akan pergi jauh dari sini. Ingat. Jangan lupa hubungi aku setelah segalanya selesai," kata Maliq.

"Sudah tentu. Kita kaya Maliq. Polis pun tak dapat mengesan kita" tubuh Maliq digoncangkan.

"Kita sudah jadi buruan polis Eman. Aku nak kau lebih berhati-hati. Pihak polis tentu akan siasat semuanya."

"Baiklah. Aku tahu jaga diri aku. Kau pun sama. Baik aku gerak dulu. Lambat-lambat nanti dah siang pulak" kata Eman. Karung-karung yang mengandungi barangan kemas dipindahkan kedalam beg beroda. Eman menukar pakaian dan sekaligus penampilannya turut berubah.

"Hati-hati Eman" pesan Maliq. Pintu kereta dibuka. Merlis menutup kelopak matanya rapat-rapat. Masih lagi berpura-pura tidur.

"Hey, bangun!" Maliq cuba mengejutkan Merlis. Mereka perlu beredar segera sebelum matahari terbit. 

Merlis menggeliat persis baru terjaga dari lena.

"Bangun cepat. Kau duduk depan sana" arah Maliq. Merlis merenung wajah Maliq dengan pandangan yang kosong.

"Lembab betul la. Aku cakap kau duduk kat seat depan sana. Takkan aku nak kena dukung kau pulak!" Suara Maliq meninggi. Cerlungan Maliq menakutkan Merlis.

Tanpa sepatah kata Merlis bertukar tempat duduk. Dia melompat kedepan melalui ruang yang ada. Maliq juga telah duduk ditempat pemandu. Dia mengeluarkan seutas tali dari dalam poket jaket kelabunya. Kedua-dua pergelangan Merlis diikat dengan kemas. Tidak cukup dengan itu, mulutnya juga diikat dengan kain. 

Merlis merelakan saja perlakuan Maliq. Dia tidak mampu melawan kerana bimbang akan menerima nasib yang sama dengan En. Ajmal.

"Bagus. Kau jenis tak melawan. Senang kerja aku. Kau duduk diam-diam kat situ. Perjalanan kita masih jauh lagi," terang Maliq. 

Dada Merlis terasa sebak. Tentu ibu dan ayahnya kerisauan dirumah sebaik saja berita penculikannya tersebar. Air mata merembes tanpa dapat ditahan. Dia kini hanya berdua dengan orang asing yang akan membawanya entah ke mana.

***

"Ada perkembangan tentang lokasi terkini perompak-perompak tu?" soal Tuan Ghany selaku pegawai atasan ASP Rizki. 

"Kami sedang mengesan mereka tuan. Untuk makluman tuan, kenderaan tersebut telah dilengkapi dengan sistem Global Positioning System (GPS). Lokasi mereka akan diketahui sebentar lagi."

"Percepatkan tindakan. Perompak tersebut telah melarikan tebusan bersama. Saya tak nak jadi kes lain pulak nanti. Awak faham kan maksud saya?"

"Faham tuan. Sebentar lagi saya dan beberapa orang anggota akan ke rumah keluarga tebusan untuk mengambil keterangan. Semua aspek akan disiasat sekiranya ada unsur-unsur subahat antara suspek dan tebusan." Tuan Rizki meneliti fail ditangan.

'Satu rompakan bersenjata telah berlaku di sebuah kedai barang kemas TopAz disini pada siang tadi. Rompakan tersebut didalangi oleh dua orang yang berjaya melarikan sejumlah besar barang kemas yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit. 

Walau bagaimanapun, perompak-perompak berkenaan telah berjaya melarikan diri bersama tebusan, Merlis binti Mukhriz yang terlebih dahulu menjadi tawanan didalam kedai berkenaan. Pemilik kedai tersebut yang dikenali sebagai En. Ajmal juga ditembak semasa pergelutan dan dipercayai sedang kritikal dan kini masih dirawat di Hospital Louvre. Menurut kenyataan pihak polis, rompakan ini berkemungkinan besarnya telah dirancang dengan teliti memandangkan tiada sebarang bukti yang dijumpai.'


Skrin televisyen bertukar gelap. Berita rompakan bersenjata di kedai TopAz telahpun tersebar luas dimedia-media sosial.

"Rizki, jangan beri apa-apa kenyataan lagi kepada wartawan sebelum ada maklumat sahih. Saya tak mahu ibu bapa tebusan berasa risau dengan berita-berita palsu tersebut. Sebarang sidang akhbar perlulah mendapat kebenaran daripada pihak PRO. Jangan pandai-pandai nak buka mulut."

Kata-kata Tuan Ghany tepat menusuk ke jantungnya. Silapnya juga kerana terlalu ringan mulut menjawab apa saja soalan daripada wartawan.

"Maafkan saya tuan. Saya janji takkan ulangi lagi perkara yang sama."

"Baguslah. Sekarang selesaikan tugas kamu. Pekan Louvre dah jadi huru-hara kerana berita tersebut"

"Baik tuan. Saya beredar dulu."

Tabik hormat diberi dan segera dia melangkah keluar. 

"Qamil, ikut saya sekarang. Kita pergi ke rumah keluarga tebusan" Bahu Qamil dicuit dan sepantas kilat dia membuntuti Tuan Rizki berjalan terus ke tempat letak kereta diperkarangan Balai Polis Pekan Louvre itu.

Kereta dipandu menghala ke Taman Avec Nostalgie dan diparkir betul-betul dihadapan sebuah kediaman yang tertera nombor 11 dipeti suratnya. Pelbagai jenis bunga-bungaan ditanam disepanjang laluan pejalan kaki yang diperbuat daripada batu-batuan kecil tersebut.

Dingg dongg..

Beberapa saat kemudian kedengaran derapan tapak kaki dipintu utama. Tuan Rizki menghela nafas panjang. Walaupun dia telah biasa dengan keadaan ini, namun perkara yang melibatkan emosi tidak pernah dipandang enteng.

"Ye, cari siapa?" Terjengul seorang lelaki separuh abad dengan rambut memutih disebalik pintu.

"Saya ASP Rizki dan ini Sjn Qamil. Kami datang berhubung dengan anak Encik...."

"Mukhriz, panggil saja saya Mukhriz. Ini isteri saya Maimoon" jelasnya.

"Anak saya dah ditemui ke encik?." Getar suara seorang wanita bertanya.

"Silakan masuk dulu tuan Rizki." 

Tanpa membuang masa, mereka berdua memasuki kediaman berkenaan. Rasa kagum dan damai sekali dengan hiasan yang kemas dan juga penuh dengan hiasan bunga-bungaan. Daripada pasu bunga sehinggalah bunga-bunga yang digantung ditepi jendela begitu memukau pandangan sesiapa sahaja. Bagaikan sebuah taman bunga didalam rumah.

"Merlis memang suka sangat dengan bunga. Segala hiasan disini semuanya dari hasil tangan Merlis. Macam mana dengan anak saya tuan? Sudah ditemuikah dia?"

Rizki dan Qamil berpandangan sesama sendiri. 

"Kami sedang berusaha ke arah itu. Sebenarnya kami datang ke sini untuk bertanyakan beberapa soalan"

Air jernih sudah menuruni ke pipi Puan Maimoon. Esakannya tidak dapat ditahan-tahan lagi. Sudahlah Merlis cuma satu-satunya anak mereka. Anak yang manja, mendengar kata dan kadangkala degil. Hanya anaknya yang seorang itu sajalah menjadi penawar suka duka mereka berdua.

"Bawak bertenang Puan Maimoon. Saya harap En. Mukhriz dan Puan Maimoon dapat menjawab soalan saya dengan sejujurnya. Adakah En. Mukhriz dan Puan Maimoon mengesyaki bahawa Merlis mungkin ada kaitan dengan semua ini? Maksud saya mungkin menjadi rakan subahat perompak-perompak berkenaan?"

"Mustahil! Anak saya bukannya macam tu. Dia seorang yang lemah lembut. Lagipun dia memiliki kedai bunganya sendiri, De Bloom LaFleur yang terletak di Pekan Louvre. Takde sebab anak saya bersubahat dengan perompak-perompak tersebut." Puan Maimoon sedih. Anaknya yang diculik telah dituduh sebagai perompak juga. 

"Sabar Moon. Biarkan tuan Rizki bertanya soalan. Dia cuma menjalankan tugasnya saja" Pujuk En. Mukhirz.

"Betul tu puan. Pihak kami cuma menjalankan tugas. Tidak lebih dari itu" Tuan Rizki menjelaskan.

"Maafkan saya tuan. Isteri emosi isteri saya ni terganggu. Sejak kehilangan Merlis keadaannya tak terurus."

"Saya faham En. Mukhriz. Kami sedang berusaha menjejaki dimana mereka berada. Soalan seterusnya, adakah Merlis mempunyai masalah kewangan yang memungkinkan dirinya terdesak untuk menggunakan wang?"

"Setahu saya tidak. Merlis memang pandai mengatur hidupnya. Dia juga mempunyai simpanan tetap. Kedai bunganya juga tiada sebarang masalah. Malahan sering mendapat tempahan daripada para pelanggan. Merlis seorang yang sederhana. Tidak begitu mementingkan jenama. Asalkan cantik, dia beli saja."

Sjn Qamil mencatat setiap butiran tersebut kedalam buku. Segala keterangan adalah penting bagi mencari memudahkan siasatan.

"Boleh En. Mukhriz atau Puan Maimoon ceritakan apakah yang berlaku pada hari kejadian?" Rizki menyoal lagi.

En. Mukhriz sedang berfikir seketika. Dahinya berkerut mengingati sesuatu.

"Seperti biasa, pagi-pagi lagi Merlis akan pergi membuka kedai. Kedai bunganya akan dibuka jam 9:00 pagi. Bersarapan bersama-sama memang menjadi rutin harian kami sejak saya dan isteri bersara. Dia kelihatan ceria dan tidak menunjukkan sebarang keganjilan. Merlis juga ada memberitahu kami bahawa dia mendapat tempahan yang agak lumayan daripada TopAz untuk perasmian kedai mereka. Sehari dua ni, dia dan pembantunya memang agak sibuk dengan tugasan berkenaan. Jadi, saya rasa tiada sebarang keraguan dalam perlakuan anak saya tempoh hari." Jari jemari Puan Maimoon digenggam. Pandangan mereka bertaut.

"Cik Merlis ada boyfriend?"

"Setahu saya takde. Sejak hubungan dengan boyfriend terakhirnya putus tiga tahun lalu, dia hanya fokus pada bisnesnya saja. Katanya tak mahu serabutkan kepala. Boyfriendnya yang dulu seorang yang agak mengongkong dan cemburu yang keterlaluan" tokok En. Mukriz lagi.

Tuan Rizki terangguk-angguk. Ex-boyfriend Merlis juga perlu disoal siasat.

"Sepanjang kehilangan Cik Merlis, adakah En. Mukhriz ada menerima sebarang ugutan? Ataupun tuntutan wang tebusan?"

Kedua-dua pasangan suami isteri itu menggeleng serentak.

"Baiklah En. Mukhriz dan Puan Maimoon. Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan. Kami akan cuba sedaya upaya untuk mencari Cik Merlis. Jika ada sebarang maklumat, tolong hubungi saya secepat mungkin. Ini kad saya." Sekeping call card dihulurkan kepada mereka. 

En. Mukhriz menatap nombor telefon yang tertera. "Baiklah tuan Rizki. In shaa Allah."

"Tolong kami ye tuan. Tolong cari Merlis sampai dapat. Kesian Merlis. Saya takut dia......huhuhu"  En. Mukhriz menenangkan isterinya. Tubuh isterinya dirangkul disisi.

"Jangan risau Puan. Saya yakin Merlis tidak akan diapa-apakan. Saya minta diri dulu." Tuan Rizki dan Qamil menapak ke kereta. 

Rakaman saksi-saksi seterusnya akan diambil. Rata-rata saksi menyatakan perkara yang positif sahaja mengenai Merlis. Keterangan ex-boyfriend Merlis juga turut diambil. Nyata dia sudah tidak menghubungi gadis itu lagi sejak mereka berdua membawa haluan masing-masing. 





Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku