THE PERFECT THIEF
Bab 5
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 09 November 2017
#Action#Romance#Crime Merlis dijadikan tebusan oleh Maliq, seorang perompak yang terdesak. Akhirnya Maliq diburu oleh pihak berkuasa dan mengheret Merlis bersama ke satu lokasi yang jauh dan terpencil. Manakala Eman iaitu rakan subahat Maliq telah melarikan hasil rompakan mereka berdua sekaligus memusnahkan harapan Maliq untuk membiayai pembedahan kanser mata adik kesayangannya. Hari demi hari, simpati Merlis menggunung apabila mengetahui kisah hidup Maliq yang menyayatkan hati. Maliq juga tidaklah sejahat yang disangka. Justeru, bibit-bibit cinta hadir tanpa dipaksa. Mungkinkah cinta mereka berdua akan bersatu dan segala impian dapat direalisasikan? Atau cuma kekal menjadi cinta antara penculik dan tebusan? NOTA: Nama/Tempat/Watak/Kejadian adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
43

Bacaan






#5:Lost n Found

Hari telahpun menginjak ke malam. Sudah dua hari mereka berada diatas jalan raya. Maliq masih fokus dengan pemanduannya. Tangan kirinya sedang memegang setin Nescafe. Dia meneguk minuman tersebut sehinga habis kemudian membaling tin tersebut ke ruang tempat letak kaki Merlis. Keletihan yang melampau tidak sedikitpun mengejutkan tidur si gadis.

Stereng yang digenggam mula tidak keruan. Sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan. Kantuk Maliq sudah beraja.Dia tidak mampu lagi meneruskan perjalanan. Tersengguk-sengguk dia distereng.

Tambahan pula suasana diluar gelap gelita. Maliq segar semula pabila ada cahaya yang menyuluh wajahnya. Tidak jauh didepannya, kelihatan papan tanda bertanda 'BerhentiPemeriksaan Polis' yang sedang melakukan sekatan jalan raya.

"Tak guna!" Jeritannya membuatkan Merlis tersedar. Terpisat-pisat dia membuka kelopak mata.  Merlis meluruskan pandangannya kedepan. Hatinya bersorak gembira tatkala melihat pihak berkuasa tersebut.

"Jangan nak seronok sangat la. Tak semudah tu aku nak menyerah." Maliq memberi jelingan maut. Merlis pula meneguk liur. Stereng diputar untuk membuat pusingan 'u'. Decitan tayar yang terhasil akibat geseran dengan permukaan jalan menarik perhatian pihak Polis.

Hanya penjenayah saja yang sanggup melakukan perkara drastik sebegitu. Lampu berwarna biru dan merah berserta bunyi siren menghiasi suasana malam.

Weeeeuuuu....weeeeeu...weeeeeuuuuu....weeeeeuuuuu....

Pedal minyak ditekan oleh Maliq sehingga rapat ke lantai. Tubuh Merlis terhuyung hayang mengikut rentak pemanduan tidak berhemah si Maliq.

"Sh*t!" Maliq memerhatikan cermin pandang belakang. Adegan kejar-mengejar tipikal antara penjenayah dan pihak polis masih lagi berterusan.

Maliq mengikuti jalan lurus. Pihak berkuasa juga sama. Apabila dia membelok ke kanan. Pihak berkuasa juga turut membelok ke arah yang sama.

"Ini tak boleh jadi" Maliq meliar mencari kawasan yang agak tersembunyi. Bunyi siren kereta polis masih jelas kedengaran.

Kereta polis semakin merapati kenderaan yang dipandu oleh Maliq.

"Berhenti dan sila ketepi!" jerit salah seorang anggota polis melalui alat pembesar suara.

"Huh. Jangan mimpi!" Pedal minyak ditekan lagi. Terasa hendak keluar segala isi perut Merlis yang ada. 'Gila ke dia ni? Nak bunuh aku ke apa?'

"Kami kata berhenti! Sila berhenti!"

Amarah Maliq mendidih. Dia merempuh sisi kereta polis tersebut. Terhuyung-hayang kenderaan pihak berkuasa sehingga hampir terbabas melanggar tebing. Kereta itu tersadai disitu.

Weeeeuuuu...weeeeuuuu..weeeuuuuu...weeeeuuuukkkkkk...

Lampu merah dan biru terpadam. Entah apalah nasib anggota polis tersebut.

"Wuuhuuuuu!! Yesss!! Kau nampak tak? Terror tak aku?" suara Maliq begitu bingit. Dia tersenyum lebar.

Maliq memecut semakin laju. Setelah dipastikan dia tidak diekori lagi, lampu kereta dipadamkan dan dia memandu seperlahan mungkin berpandukan cahaya bulan yang menyimbah ke bumi. Merlis disisinya dilirik.

"Kau dah kenapa?" Pipi Merlis kembung menahan gejolak rasa mual yang akan tersembur keluar pada bila-bila masa sahaja.

"Emmpphh..emmmphh..Uwerkkkk...."

Habis muka Maliq dibasahi bau masam dan lendiran hijau dari Merlis. Perut Merlis memulas lagi.  Namun tiada apa lagi yang dapat keluar. Lagipun dia cuma makan roti saja sejak pagi tadi. Brek ditekan mengejut. Tubuhnya terhentak pada belakang tempat duduk.

Maliq terkaku. Wajah polos milik Merlis ditatap. Rahangnya bergerak-gerak sambil giginya diketap kuat. Tanpa pamitan dia membuka pintu kereta dan membersihkan kotoran dengan air mineral. Tempat duduknya juga berbau busuk dan masam.

Percikannya juga terkena deskboard dan cermin kereta. Jenuh si Maliq mengelap sisa-sisa muntah si gadis dengan bersungguh-sungguh. Keempat-empat cermin kereta diturunkan agar udara yang masuk dapat menghilangkan bau masam tersebut.

Maliq menarik kasar tubuh Merlis keluar. Malangnya gadis tersebut jatuh terjelepok ke tanah dan langsung tidak sedarkan diri.

"Ala...lembik betul la." Tubuh kecil itu dicempung dan diletakkan kembali ditempat duduknya.

Kekotoran yang tersisa disudut bibir gadis tersebut dibersihkan. Terpukau dia seketika disaat dia menatap bibir mungil Merlis yang menggugat naluri kelelakiannya.

Lamunannya terganggu dengan kerlipan cahaya berwarna merah biru tidak jauh dari situ. Maliq bergegas memasuki perut kereta dan bersedia untuk memecut sekiranya kereta polis tersebut berjaya mengesannya. Pistol yang tersimpan di bawah tempat duduk dicapai dan dia bersedia melalui sebarang kemungkinan.

Nasibnya baik kerana kereta polis berkenaan semakin menjauhi mereka berdua. Akibat kepenatan yang melampau, Maliq akhirnya terlelap setelah kelopak matanya semakin memberat.

Weeeeuuuuu..weuuuuuuu...weeeuuuu..

"Ahh..celaka betul. baru je nak lelap!"

Kereta polis semakin menghampiri. Cahaya yang yang berwarna biru dan merah kembali menghantui hidup Maliq. Gear 'D' dimasukkan, brek tangan dilepaskan lalu pedal minyak ditekan kuat.

"Mana pulak datangnya mereka ni! Baru je nak bersenang lenang" Maliq masih lagi merungut-rungut.

Manakala Merlis disisi tetap tidak sedarkan diri. Kereta yang dipandu bagaikan tiada kawalan. Jasad Merlis turut mengikut alunan pemanduan bengkang-bengkok oleh Maliq. Sekali sekala kepalanya terhantuk ke cermin pintu kereta dan juga terhempas ke bahu Maliq. Maliq menolak-nolak kepala Merlis ke tempat asal.

Adegan kejar-mengejar kembali terjadi. Bagaikan ulang tayang yang telah berlaku sebentar tadi.  Nampaknya pihak polis sedang giat berusaha untuk menangkap dirinya.

"Berhenti! Berhenti! Baik awak menyerah diri!"

Laungan amaran oleh pihak polis tidak diendahkan. Maliq tetap menekan pedal minyak sehingga enjin kenderaannya mengaum diatas jalan berpasir yang berbatu itu.

"Amaran terakhir, sila hentikan kenderaan anda jika tidak kami akan bertindak!"

"Ahhh...memang aku takkan berhenti la." Kereta polis semakin merapat. Anggota didalamnya memberikan isyarat agar Maliq memberhentikan kenderaanya dibahu jalan. Tetapi tidak bagi Maliq. Tidak semudah itu untuk dirinya menyerah setelah dia dan Eman bersusah-payah merancang semua ini. Wajah adik dan ibunya terlayar diruang mata.

Sreettttttt...

Tiba-tiba kereta polis berkenaan memintas kenderaan Maliq. Dalam sekelip mata sahaja mereka berada dihadapannya. Situasi tersebut membuatkan Maliq menekan brek secara mengejut. Tubuhnnya terinjak ke depan. Tubuh Merlis pula terhenyak ke deskboard. Dalam situasi genting seperti itu, boleh pula Merlis sedarkan diri.

"Aduhh...sakitnya" Merlis membuka kelopak mata. Cahaya lampu kereta yang terpancar amat menyilaukan mata. Maliq disebelahnya dikerling. Tingkah Merlis langsung tidak dihiraukan Maliq. Ada perkara lain yang lebih penting dari itu.

Stereng kereta digenggam kemas. Ulas bibirnya diketap. Sinaran matanya menggambarkan kemarahan yang meluap-luap. Beberapa kali pedal minyak ditekan. Mengaum enjin kenderaan tersebut didalam pekat malam. Beberapa saat kemudian dia mengubah gear 'D' kepada 'R'.

Menyedari tindakan luar biasa Maliq, pihak polis mengeluarkan senjata masing-masing dan diacukan kearah mereka. Tanpa teragak-agak, Maliq menekan pedal minyak sehabisnya dan beredar dari situ.

Bangg...banggg..bangg..srussss...klepek...klepekkk..klepekk..

Tembakan daripada pihak polis telah berjaya menembusi tayar kereta Maliq menyebabkan kenderaannya hilang keseimbangan lantas merencatkan kelajuannya. Kemarahan Maliq semakin membara. Dendamnya kepada pihak polis semakin bercambah.

Tanpa membuang masa, pihak polis mula mengejarkan dari belakang. Semakin lama semakin rapat. Maliq mencapai pistolnya yang tersimpan sejak tadi. Dia telah bersumpah tidak akan menggunakannya kecuali jika betul-betul terdesak. Keadaannya kini memang meruncing. Cermin tingkap pintunya diturunkan. Muncung pistol dihalakan keluar.

Bangg....banggg...banggg..

Beberapa das tembakan dihalakan kearah polis. Kereta polis tersebut bergerak ke kiri dan kekanan bagi mengelak tembakan tersebut. Pihak polis mula bertindak serupa. Akhirnya mereka berbalas tembakan.

"Arghhhh...Arggghhh..Arrrghhhhhhhhh..."

Semestinya itu suara jeritan dari Merlis. Dia merendahkan badannya kerana ketakutan. Nyawanya boleh melayang jika salah satu peluru tersebut berjaya menembusi tubuhnya.

"Hoi..diamlah! Hilang fokus aku" Maliq menolak tubuh Merlis dengan kuat. Kesudahannya, Merlis cuma tertunduk sambil bibirnya diketap. Air mata yang bertakung mula membasahi pipi.

"Damn it! Liat betul nyawa mereka" Maliq merengus geram.

Pihak polis masih mengekorinya dari belakang. Nampaknya Maliq perlu membuat sesuatu. Dalam kepayahan dia memandu juga keretanya sehingga melewati pokok-pokok besar yakni hutan. Keretanya diberhentikan dan dia terus keluar dari perut kenderaan bersama pistol yang tergenggam kuat ditangan kanannya.

Backpack digalas. Kemudian, tubuh Merlis ditarik kasar sebaik sahaja pintunya dibuka. Mata malik mengitari suasana malam yang hanya diterangi cahaya bulan. Sesekali awan tebal menutupi bulan tersebut. Cahaya biru dan merah semakin menghampiri. Tanpa membuang masa, Merlis dipaksa melarikan diri kedalam belantara.

Langkah besar yang diatur oleh Maliq seringkali meninggalkan Merlis dibelakangya. Duri-duri dan ranting-ranting halus telah melukakan betis Merlis. Menyedari kelewatan Merlis, Maliq menarik tangan gadis itu agar seiring dengannya.

"Berhenti! Lebih baik menyerah! Kali ini kami tidak akan teragak-agak untuk bertindak lebih kasar" salah seorang anggota polis memberikan amaran. Seperti biasa, Maliq memilih risiko yang akan ditempuhinya.

Merlis semakin letih. Lariannya juga bertambah perlahan. Tidak semena-mena dirinya terjatuh.

"Arghhh.."

Larian Maliq juga terhenti. Dalam remang cahaya bulan, raut wajahnya kelihatan cemas.

"Kau ok tak ni? Boleh bangun??" Merlis menggeleng.

Maliq mendengus perlahan. Pistol ditangan dimasukkan kedalam kocek seluar yang dipakainya.  Ikatan ditangan Merlis dileraikan. Kemudian dia memusingkan badannya membelakangi Merlis. Kedua-dua belah tangan Merlis dipautkan kepada bahunya.

Secara automatik tubuh Merlis merangkul tubuh Maliq yang kekar dan berotot. Bawah badan Merlis diampu oleh lengan Maliq. Merlis terlopong dengan tindakan tidak terduga oleh penculiknya.

Berpeluh-peluh Maliq melarikan dirinya daripada pihak polis. Kaki yang dihayunkan pantas tidak mengenali erti putus asa. Asalkan dirinya tidak ditangkap dan disumbatkan kedalam penjara. Jika tidak, segalanya akan menjadi sia-sia.

Laungan anggota polis semakin menjauh. Suasana hutan dihadapan sana teramat gelap kerana Maliq telahpun semakin jauh kedalam. Nafasnya mencungap. Sungguh dia lelah! Hidupnya bagaikan pelarian kini. Setelah teramat pasti mereka berdua selamat, Maliq menurunkan Merlis daripada dukungannya.

"Terima kasih" ucap Merlis perlahan.

"Sama-sama. Berat jugak kau ni kan. Badan je kecik. Makan batu ke?"

"Erkk..mana ada. Saya makan sama macam awak jugak la."

Tubuh Maliq disandarkan disebatang pohon besar. Peluh yang membasahi dahi diseka dengan tangan. Dia masih lagi tercungap-cungap mengambil oksigen. Setelah itu dia mula teringatkan sesuatu.

Zip backpacknya ditarik. Sebotol air mineral yang baru suku diminumnya dikeluarkan. Rakus dia meneguk hampir keseluruhan air tersebut. Merlis memerhatikannya sambil meneguk liur.

'Aku pun haus' dia mampu merungut didalam hati.

"Nah, aku tak kejam sangat la macam yang kau fikir tu" bagaikan dapat mendengar isi hati Merlis, Maliq menyuakan botol air mineral kepadanya. Botol tersebut bertukar tangan. Merlis menghabiskan kesemua baki minuman yang tinggal. Botol kosong diletakkan di atas tanah.

"Terima kasih," ucap Merlis sekali lagi. Wajahnya ditundukkan. Ucapan tersebut juga dibiarkan sepi. Angin malam yang dingin menghembus hingga ke tulang sum-sum. Merlis memeluk tubuh.

"Hoi, nama kau siapa?" soal Maliq untuk pertama kali. Tidak wajar rasanya dia tidak mengenali tebusannya itu.

"Merlis"

"Merlis. Aku mintak maaf sebab terpaksa heret kau sama didalam masalah ni. Tapi aku janji, aku akan lepaskan kau bila semuanya selesai." Oktaf suara Maliq mengendur. Mungkin kata-katanya tadi sememangnya luhur.

"Bila? Saya nak balik. Tentu mak ayah risaukan saya. Lagipun saya takut" terluah juga isi hati Merlis yang terpendam selama ini.

"Aku cakap lepas semuanya selesailah. Jangan nak kusutkan fikiran aku pulak." Maliq mendengus.

'Aku dah cakap elok-elok lagi dia tanya bila,' getusnya.

Merlis memeluk kedua-dua belah lututnya. Air mata kembali bergenang. Berdua-duaan dengan penculiknya amat menyeksakan. Tidak tahu bila dia akan pulang ke pangkuan keluarganya semula.

"Aku nak tidur. Kau pun tidur sama. Esok pagi-pagi kita gerak" arah Maliq.

Tali yang disimpan dikeluarkan. Pergelangan tangan Merlis kembali diikat. Tetapi kini diikat bersama sebelah tangannya pula. Dia tidak mahu Merlis melarikan diri. Jika itu yang terjadi, maka hidupnya semestinya akan porak peranda.

"Ok dah. Tidur. Jangan cuba-cuba nak lari," arahnya lagi. Tidak sampai lima saat, mata Maliq telahpun terpejam rapat. Dengkurannya yang kuat mengganggu deria pendengaran Merlis.

Merlis masih terkebil-kebil. Tubuhnya penat dan sakit-sakit. Tetapi matanya sukar untuk dilelapkan. Mungkin dia terlalu banyak berfikir ataupun risau dengan nasib yang menimpa dirinya. Suara unggas didalam rimba menjadi alunan muzik terhebat untuk mendodoikan Merlis. Beberapa minit kemudian, Merlis turut sama dibuai mimpi.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku