Banglo Tasik Kundang
Bab 2
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 10 November 2017
Akulah Sang Saka yang ditinggalkan! Suara itu membuat aku tersedar yang aku sebenarnya telah menerima satu saka yang menjadi pusaka secara paksa! Mereka tidak menyangka, perpindahan ke rumah baru di Tasik Kundang itu telah mengundang 1001 misteri dan tanda tanya. Sejak malam pertama, mereka sering diganggu dengan pelbagai dugaan. Mimpi ngeri sentiasa menjadi mainan tidur. Apakah ada jalan keluar untuk mereka merasa bahagia?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
44

Bacaan






"Hari ni hari terakhir kita di sini, May. Abang nak tinggalkan semua memori pahit itu di sini," ujar Daus.

"May janji dengan abang yang May akan sentiasa ada untuk abang," balas May pula sambil menyandarkan kepalanya di bahu Daus.

Daus bangun selepas itu kerana urusannya untuk menghubungi lori belum lagi selesai. May turut bangun bagi menyambung tugasannya membungkus barang-barang kecil untuk dimasukkan ke dalam kotak yang lebih besar.

----------------

"Rasa sayang pulak nak tinggalkan rumah ni la bang... ," May bersuara. Dipandangnya sekeliling setiap sudut rumah itu, ternyata pandangannya penuh dengan seribu makna.

"May, nak tak nak... abang terpaksa juga jual rumah ni," pujuk Daus. Dia cuba mententeramkan perasaan isterinya itu. Dia faham benar isihati May, seorang yang lemah lembut dan sensitif. Malah mudah terasa. Sebab itu Daus acapkali berhati-hati dalam tuturkatanya, sebab dia tidak mahu melukakan hati May lagi.

"Ni apa bang?" May menunjukkan sesuatu kepada Daus. Benda tersebut May jumpa di dalam kotak kayu kecil ketika sedang leka mengemas.

"Err... tak ada apa-apalah May, arwah Tok Aki abang yang berikan dulu... untuk buat simpanan anak cucu katanya. Abang simpan je lah," balas Daus acuh tak acuh.

"Abang percaya?" soal May lagi. Kali ini pertanyaannya begitu ringkas.

Daus tidak membalas pertanyaan May sebaliknya hanya memandang isterinya itu dan tersenyum tanpa sebarang jawapan.

"Jomlah tidur, dah lewat malam ni," ajak Daus sambil mencuit bahu isterinya itu. Dia terus ke dapur meninggalkan May keseorangan di ruang tamu yang masih sibuk mengemas.

"Kejap lagilah bang, sikit je lagi ni nak siap." Balas May sambil meletakkan kembali barang pemberian Tok Aki suaminya itu.

"Dahlah May, abang dah ngantuk sangat ni," pujuk Daus lagi. 
"Setengah jam abang kat dapur, sampai sekarang May tak bangun-bangun lagi, dah la tu... sambung je esok pagi." Sambung Daus lagi sambil memegang tangan May.

"Oke-oke," ringkas sahaja jawapan May sambil bangun dengan bersusah payahnya ditambah perut yang semakin memboyot.

"Tu pi.... sau!" jerit Daus kepada May. Belum sempat dia menghabiskan kata-kata, kaki May sudah mulai mengeluarkan darah dengan banyaknya. Tanpa disedari, darah itu terkena pula pada botol pemberian Tok Aki.

"Arghh sakit! Adoi sakit! Abang tolong May, bang... ," May menjerit kesakitan.

Darah merah pekat meleleh di lantai rumah, hanya dibiarkan. Dalam keadaan kaget, dia memapah May masuk ke bilik tidur. May pula hanya menuruti suaminya itu dalam keadaan mengerang kesakitan. Daus mengomel. May hanya membatukan diri kerana dia tahu kecuaian berpunca dari dirinya sendiri.

Setelah membalut luka May dengan kain, sesuatu yang aneh tiba-tiba berlaku. 
"Prang! Bulp!" bunyi aneh seperti pinggan kaca dan barang-barang dihempaskan dengan kuatnya dari arah depan. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Aneh!




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku