Banglo Tasik Kundang
Bab 3
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 10 November 2017
Akulah Sang Saka yang ditinggalkan! Suara itu membuat aku tersedar yang aku sebenarnya telah menerima satu saka yang menjadi pusaka secara paksa! Mereka tidak menyangka, perpindahan ke rumah baru di Tasik Kundang itu telah mengundang 1001 misteri dan tanda tanya. Sejak malam pertama, mereka sering diganggu dengan pelbagai dugaan. Mimpi ngeri sentiasa menjadi mainan tidur. Apakah ada jalan keluar untuk mereka merasa bahagia?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
48

Bacaan






"May tunggu sini. Abang nak ke depan kejap," ujar Daus kepada isterinya itu. 
May kelihatan masih terkejut dengan bunyi yang baru didengarinya tadi. Seakan mimpi tapi berada di alam nyata, apa yang berlaku dialaminya sekarang. May hanya mengangguk tanda faham.

Daus lantas mencapai cota hitam miliknya yang disangkutkan disebalik pintu bilik lalu bergegas ke ruang tamu. Dia terkejut!

"Mustahil! Tadi aku dengar bunyi kaca pecah tak ubah macam orang mengamuk. Tapi... ." Getus Daus. Puas Daus memeriksa sekeliling rumahnya tapi tiada sebarang perubahan berlaku. Semuanya masih elok tidak terusik. Tetapi hanya satu! Darah!

"Tadi darah May banyak di sini dan menitik sampai ke sana. Tapi macamana darah tu semua hilang?" Daus bercakap sendirian penuh dengan kehairanan. Daus memeriksa lantai dengan jarinya pula, ternyata pandangan matanya tidak silap. Memang benar tiada sebarang kesan darah pun dilantai. Daus bangun. Fikirannya masih berteka-teki dengan sejuta persoalan yang tak terjawab.

"Abang, tengok ni," tiba-tiba May menegurnya dari arah belakang. Daus sedikit tersentak. Raut wajah May juga penuh dengan kebingungan.

"Kenapa May?" soal Daus pula.

"Kaki May, bang... kaki May," balas May tersekat-sekat sambil jarinya menunjukkan ke tempat luka tadi.

Daus membuka balutan luka tersebut. Alangkah terkejutnya Daus apabila melihat kaki May telah berubah lebam kebiruan.

"Abang rasa macam ada sesuatu yang tak kena," Daus bersuara perlahan sambil memandang ke muka May.

Daus merahsiakan dari pengetahuan isterinya tentang darah yang hilang dilantai. Dia tidak mahu May kaget, tambahan pula dia sedang sarat mengandung. Sedikit sebanyak kelak akan menganggu kandungan dan mental May. Dalam benak fikiran Daus, adalah lebih baik jika dia menyembunyikan dahulu apa yang dialami sebentar tadi menjadi satu rahsia dirinya buat sementara waktu.

"May berehatlah dulu... dah lewat malam ni." Ujar Daus.

"Abang tu jangan tidur lambat sangat, esok pagi lori sampai. Nak kena bangun awal, nanti lambat-lambat driver bising pulak," bebel May kepada Daus.

"Ye... ye... abang nak settle kan barang kecik-kecik ni kejap. Dah sudah nanti, abang masuk tidur." Balas Daus.

Setelah kelibat isterinya sudah tidak kelihatan, dengan perasaan yang bercampur baur Daus tercari-cari barang pemberian Arwah Tok Aki yang disimpan isterinya tadi.

"Mana pulak May letak ni... ," ngomelnya.
"Oh ni dia... ." tambah Daus lagi sambil memegang benda tersebut.

Sebetulnya, dia tidak pernah membuka bungkusan kecil kain berwarna merah itu sejak kali pertama lagi. Bungkusan sebesar tapak tangannya itu dibeleknya berulangkali. Kesan darah May masih melekat dikain tersebut, lembab.

Daus masih teragak-agak untuk membuka tali pengikat bungkusan itu. Tetapi perasaannya sangat ingin tahu apa yang terkandung di dalamnya. 
"Ahh.. nantilah!" getus Daus.

Tetapi ada satu suara berbisik dihujung telinganya.
"Bu... ka... bu... ka... bu... ka... " suara lelaki tua itu meremangkan bulu tengkuk Daus!




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku