Banglo Tasik Kundang
Bab 4
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 10 November 2017
Akulah Sang Saka yang ditinggalkan! Suara itu membuat aku tersedar yang aku sebenarnya telah menerima satu saka yang menjadi pusaka secara paksa! Mereka tidak menyangka, perpindahan ke rumah baru di Tasik Kundang itu telah mengundang 1001 misteri dan tanda tanya. Sejak malam pertama, mereka sering diganggu dengan pelbagai dugaan. Mimpi ngeri sentiasa menjadi mainan tidur. Apakah ada jalan keluar untuk mereka merasa bahagia?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
55

Bacaan






Daus menepis-nepis cuping telinganya. Dia benar-benar terkejut dengan bisikan suara itu tadi. Tidak pernah sepanjang dalam hidupnya mengalami kejadian seperti itu. Dicampaknya bungkusan itu jauh-jauh. Seluruh tubuhnya kini merasa seram sejuk. Seperti ada sesuatu yang tidak kena.

"Sial... siapa kau?" Daus bercakap sendirian sambil memandang ke sekelilingnya.
"Apa... apa kau mahu hah?" tambahnya lagi.

"Akulah Sang Saka yang ditinggalkan! Hahahaha!" kali ini suara itu menjawab. 
"Jangan kau lupa janji kau dahulu wahai manusia durjana," suara itu berkata lagi.

"Janji? Aku, aku tak pernah berjanji dengan kau Iblis!" jerit Daus dengan nada penuh ketakutan.

"Apakah kau lupa, Firdaus?" soal suara itu lagi.

"Tidak! Aku tak lupa. Memang antara aku dan kau tak pernah berjanji apa-apa!" balas Daus.

"Apakah kau lupa siapa empunya bungkusan itu hah?" kali ini suara itu sedikit keras.

"Tok Aki aku yang punya. Dia yang beri pada aku. Aku tak tau apa-apa." balas Daus pula.

"Itulah sebenarnya janji yang kau telah buat bersama tuan aku yang dulu. Hahahaha ... ." Suara itu membuat aku tersedar yang aku sebenarnya telah menerima satu saka yang menjadi pusaka secara paksa!

Daus lantas bangun dan mengambil kembali bungkusan merah Tok Aki yang dilemparnya tadi. Tangannya bergetar. Hatinya masih tidak keruan. Hendak dituruti kata hatinya atau menurutkan sahaja kehendak suara itu tadi.

Belum sempat Daus menarik ikatan tali bungkusan tersebut, kedengaran suara isterinya menjerit dari dalam bilik tidur. Daus tersentak.

"Arghhhh... ! Abang tolong! Abang tolong!"

Daus berlari ke tingkat atas rumahnya. Ketika menaiki tangga papan itu, pergelangan kakinya seolah-olah dipaut oleh sesuatu yang tidak nampak dari pandangan mata. Dia bertambah terkejut diperlakukan sebegitu. Kakinya tergelincir lalu terjatuh dan kepalanya terhentak ke atas lantai. Dia pengsan.

Letrik terpadam secara tiba-tiba. May bergelap. Samar-samar dari lampu jalan di luar menerangi biliknya itu. Angin kencang menerjah menggegarkan jendela. Lampu chandelier pula bergoyang-goyang ke kanan dan ke kiri. Suara angin begitu menyeramkan. Kilat sabung-menyabung seperti hujan bakal turun tidak lama lagi.

May menjerit memanggil nama suaminya tapi tidak berbalas. Susuk tubuh lembaga hitam bertanduk itu masih berdiri di situ. Hanya memandang tepat ke arah May tanpa berganjak sedikit pun. Bola matanya merah biji saga berapi. Jari-jemarinya runcing panjang seakan akar pokok yang menjalar. Manakala badannya sasa tapi kecil di bahagian pinggangnya.

"Aku mahu darah!" suara garau lembaga hitam itu mengejutkan May.




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku