Banglo Tasik Kundang
Bab 5
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 10 November 2017
Akulah Sang Saka yang ditinggalkan! Suara itu membuat aku tersedar yang aku sebenarnya telah menerima satu saka yang menjadi pusaka secara paksa! Mereka tidak menyangka, perpindahan ke rumah baru di Tasik Kundang itu telah mengundang 1001 misteri dan tanda tanya. Sejak malam pertama, mereka sering diganggu dengan pelbagai dugaan. Mimpi ngeri sentiasa menjadi mainan tidur. Apakah ada jalan keluar untuk mereka merasa bahagia?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
53

Bacaan






May terjaga dari tidur. Tercungap-cungap seakan tidak cukup nyawa dibuatnya. Mimpi yang dialaminya tadi masih menghantui fikirannya. Seakan benar-benar terjadi, dan acapkali dia bermimpikan mimpi yang sama hampir saban hari.

"Ya Allah... aku bermimpi rupanya."

Dipandangnya ke sebelah kiri katil. Daus masih nyenyak tidur. Mungkin terlalu kepenatan seharian mengemas barang-barang. May tidak sampai hati mengejutkan suaminya itu. Dibiarkannya sahaja.

Baru May hendak melelapkan matanya kembali, tiba-tiba tombol pintu bilik dipulas. Lalu dengan perlahan-lahan pintu itu terkuak. 
Alangkah terkejutnya May apabila sesosok tubuh yang sedang berdiri di muka pintu itu saling tidak tumpah seperti suaminya.

"Eh May, awal awak bangun?" suara itu menegurnya.

May memandang ke sisinya lagi. Daus masih tidur di sebelahnya dan yang sedang berdiri di hadapannya juga adalah orang yang sama. Jantung May berdegup kencang, dia semakin tidak keruan. Lidahnya seakan kelu untuk berkata-kata.

Dia cuba mengejutkan Daus yang sedang berbaring membelakanginya itu. Alangkah terkejutnya May, apabila tubuh Daus bertukar menjadi mayat reput yang sedang membusuk kehitaman. May menjerit ketakutan sekuat hatinya. Sosok tubuh suaminya di muka pintu itu juga turut berubah wajah. Satu persatu keadaannya bertukar menjadi buruk dan mereput lalu hancur menjadi debu.

"May... bangun sayang... bangun..." suara Daus tertangkap di hujung telinga. Sayup-sayup bunyinya. Sesekali terasa pipi kanan ditampar manja. Sedikit demi sedikit kelopak mata May dibuka.

May terkejut. Suaminya, Daus di sisi membangunkannya dari tidur pagi itu. Mimpi dalam mimpi yang dialami May itu membuatkannya keliru samaada masih bermimpi atau telah berada di alam yang nyata.

"Abang, May bermimpi cerita yang sama itu lagi."

"Awak mimpi kaki terkena pisau? Lepas tu awak masuk tidur. Abang kat bawah dikacau saka, kemudian abang pengsan di tangga. Kemudian, awak nampak abang ada dua entiti. Cerita yang itu ke?"

"Ya. May takut." balas May ringkas.

"Dah-dah, mainan tidur je tu. Awak keletihan kot mengemas barang. Jangan difikirkan sangat oke.

"Abang tak rasa apa yang May rasa, May takut sangat-sangat."

Daus memeluk erat May. Dengan cara itu mungkin serba sedikit dapat menenangkan hatinya yang sedang tidak keruan. Tambahan pula, May berbadan dua. Daus risau andainya kesihatan May terjejas gara-gara mimpi buruk itu.




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku