Banglo Tasik Kundang
Bab 10
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 10 November 2017
Akulah Sang Saka yang ditinggalkan! Suara itu membuat aku tersedar yang aku sebenarnya telah menerima satu saka yang menjadi pusaka secara paksa! Mereka tidak menyangka, perpindahan ke rumah baru di Tasik Kundang itu telah mengundang 1001 misteri dan tanda tanya. Sejak malam pertama, mereka sering diganggu dengan pelbagai dugaan. Mimpi ngeri sentiasa menjadi mainan tidur. Apakah ada jalan keluar untuk mereka merasa bahagia?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
46

Bacaan






Daus mengundur beberapa langkah ke belakang dengan perlahan-lahan. Tetapi matanya masih tetap ke arah May. Dia bimbang sekiranya May bertindak di luar jangkaan. May duduk bercangkung pula. Tangannya menyapu-nyapu darah yang mengalir dibetis lalu dijilatnya dengan penuh nikmat. Lidahnya kemarah-merahan. Penuh dengan darahnya sendiri. Sesekali May merenung tajam ke arah Daus. Sesekali itu juga May mengekek ketawa, perlahan bunyinya tetapi cukup meremangkan. Daus menelan air liur, terasa loya tekaknya melihat May sebegitu.

Ketika berada di dalam kekalutan itu, telefon bimbit yang dipegang Daus kehabisan bateri. "Tit tit... tit tit... ," dan terpadam! Daus menjerit sekuat-kuat hati. Dia tidak dapat membendung perasaannya kini.

Dalam kegelapan itu, dia tidak dapat melihat apa-apa lagi. Tangannya meraba-raba ke lantai seperti sedang mencari sesuatu. Suara May sedang mengekek ketawa masih didengarinya, betul-betul di sebelah telinga Daus. "He...he...he... ahhh... ," Daus memejamkan mata. Hanya telinga yang dapat mendengar dengan jelas ketika itu seakan May sedang menjilat jari jemarinya sendiri.

"Kau buat apa tu, Daus!?"

"Iblis! Berambus kau dari sini! Berambus!" jerit Daus, menangis.

"Aku bukan Iblis! Aku pendamping kau!" suara garau di dalam tubuh May membalas. Daus merasakan bahunya disentuh. Dia cuba mengelak tetapi cengkaman jari-jemarinya sungguh kuat.

"Aku merayu, jangan ganggu isteri dan anak aku... pergilah kau dari sini!" dalam keadaan teresak-esak, Daus minta dilepaskan.

"Aku lapar... aku nak makan... aku dah lama tak makan... " suara garau itu menagih simpati Daus lalu diikuti dengan suara May menangis.

Daus serba salah.

"May?" Daus memberanikan diri untuk merapati May yang berada disebelahnya. Dia meraba muka isterinya itu. Dan "arghh...!" jari Daus digigit.




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku