Banglo Tasik Kundang
Bab 13
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 10 November 2017
Akulah Sang Saka yang ditinggalkan! Suara itu membuat aku tersedar yang aku sebenarnya telah menerima satu saka yang menjadi pusaka secara paksa! Mereka tidak menyangka, perpindahan ke rumah baru di Tasik Kundang itu telah mengundang 1001 misteri dan tanda tanya. Sejak malam pertama, mereka sering diganggu dengan pelbagai dugaan. Mimpi ngeri sentiasa menjadi mainan tidur. Apakah ada jalan keluar untuk mereka merasa bahagia?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
86

Bacaan






Suara tangisan itu kembali didengari, sayup-sayup bunyinya. Sesekali tangisan itu diselang-seli pula dengan hilaian ketawa kecil. Dia kenal suara itu. "Ya, suara May!" kata hati kecilnya. 

Daus bingkas bangun lalu tercari-cari di dalam kegelapan yang kelam. Jelas debar di dadanya tergambar dari raut wajah yang begitu cemas. Dia menjerit memanggil May, tetapi tiada sebarang jawapan ditemui. Dicarinya lagi berulangkali di setiap ruang banglo itu, masih tetap sama. May tiada! Daus bertambah kehairanan kerana semakin didekati, suara itu semakin menjauh.

Satu persatu langkah diatur ketika menaiki anak tangga ke tingkat atas, perlahan sekali. Kedua-dua tangan Daus pula diseret pada dinding, matanya meliar memerhatikan keadaan sekeliling. Dia bimbang sekiranya dikejutkan dengan sesuatu yang muncul secara tiba-tiba kelak. Langkahnya terhenti. Peluh didahi pula menitik laju, Dia merasa terlalu cemas. Fikirannya tertumpu kepada satu stor yang terdapat di bawah tangga itu. Tanpa berlengah, Daus menuruni tangga lalu menuju ke hadapan pintu stor. 

Hatinya berteka-teki. Tangannya pula teragak-agak untuk meneruskan niat itu. Demi May, dia terpaksa memberanikan diri juga. Lantas, tombol pintu itu dipegangnya. Debar jantungnya semakin kencang. Perlahan-lahan dia memulas tombol itu. "Berkunci?" getusnya.  Pintu itu ditolak dengan segala tenaga yang ada, namun masih gagal. 

Tiba-tiba...

"Tuk... tuk... tuk... ," bunyi ketukan dari dalam.

"May? May ke tu?!" jerit Daus di balik pintu itu.

Tiada sebarang jawapan, senyap.

Tanpa berfikir panjang, Daus membongkokkan badan lalu melorotkan matanya ke dalam lubang kunci itu.  Keadaan di dalam stor sungguh gelap. Tiada satu pun yang dapat dilihatnya.

Lalu...

"Tuk... tuk... tuk... ," bunyi ketukan dari sebelah dalam stor berbunyi lagi. 

Daus mengintai sekali lagi. Tanpa disangka, Daus dikejutkan dengan sepasang mata merah yang berapi-api sedang merenungnya dengan cukup tajam lalu menyambar bola mata Daus itu. "Argh, sakit!"

----x----

"May!" Daus tersentak dari pengsan. 

Dia mengurut-urut kepalanya. 

"Aku bermimpi?" 

Daus tidak menghiraukan mimpinya itu lalu mencapai telefon bimbit yang terpelanting tidak jauh dari tempat dia mula-mula terjatuh tadi. Kerusi yang patah ketika memanjat diletakkannya ke tepi. 

"Argh, kaki aku!" Daus memegang kakinya. Rasa sakit itu semakin kuat ketika mahu mengatur langkah pertamanya tetapi dia mencuba untuk bertahan. 

"Stor? May dalam stor?" soalnya.





Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku