Banglo Tasik Kundang
Bab 15
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 10 November 2017
Akulah Sang Saka yang ditinggalkan! Suara itu membuat aku tersedar yang aku sebenarnya telah menerima satu saka yang menjadi pusaka secara paksa! Mereka tidak menyangka, perpindahan ke rumah baru di Tasik Kundang itu telah mengundang 1001 misteri dan tanda tanya. Sejak malam pertama, mereka sering diganggu dengan pelbagai dugaan. Mimpi ngeri sentiasa menjadi mainan tidur. Apakah ada jalan keluar untuk mereka merasa bahagia?
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
163

Bacaan






Daus bergelap. Telefon bimbit yang dipegangnya telah kehabisan bateri. Dia tidak dapat melihat apa-apa lagi. Di hujung telinganya hanya dapat menangkap suara yang sedang berbisik-bisik dalam bahasa yang sukar difahami.

"Jangan kau ganggu aku lagi, pergi!"

Suara itu mengekek seakan mempersenda. Daus cuba melawan dalam kegelapan itu dengan menumbuk-numbuk saka yang berada di hadapannya tetapi ternyata sia-sia.

"Aku perlukan pewaris! baru aku akan pergi dari dalam diri kau," jawab saka itu.

"Pewaris?"

"Ya, untuk aku terus berumah dalam setiap nafas dan beraja dalam hati pewarisku!"

"Aku tak ada pewaris! kalau kau berdegil, aku akan gunakan cara kasar," Daus cuba mengugut saka itu.

"Kau ingat aku bodoh? Hehehe! isteri kau ada menyimpan manusia kecil dalam perutnya. Itulah pewaris dari keturunan kau nanti, bodoh!" kali ini Daus diugutnya.

"Tidak, kau jangan apa-apakan anak aku!"

"Sekarang kau mahukan aku atau anak kau sahaja pengganti pewaris?"

Daus terdiam. Dia tidak tergamak menjadikan bayinya yang akan dilahirkan kelak mewarisi saka itu. Seolah-olah, dia mengkhianati pemberian Tuhan lalu menjadikan anaknya sebagai batu loncatan untuknya melepaskan diri dari dibelenggu oleh sang saka.

"Kenapa kau diam? jawab Daus... ."

"Ya, ya aku tengah berfikir!"

Daus menekan-nekan kepalanya kerana kebingungan. Dia bertambah buntu. Kedengaran dari luar, suara May menjerit-jerit memanggil Daus. Dia cuba membalas sahutan May tetapi seakan suaranya disekat.

"Kau sekat suara aku dari berkata-kata?" Daus bersuara melalui kata hatinya.

"Aku adalah raja kepada pewarisku, aku boleh buat apa sahaja yang aku mahu jika dia engkar atas kehendakku!" saka itu membalas.

"Baik! aku terima kau sebagai pewaris keturunanku asalkan kau mampu berjanji akan satu hal denganku," pinta Daus.

"Apa? katakan sekarang supaya semuanya jelas."

"Berjanji denganku yang kau tidak akan diwarisi selepas ini lagi. Aku, menjadi pewaris terakhir untuk kau!" jelas Daus.

"Tidak! aku mahu terus hidup dalam manusia."

"Kau berdegil?"

"Aku perlukan darah!" pintanya.

"Kau syaitan!"

"Aku akan tunggu di sini sampai lahirnya zuriat keturunan kau, Daus!"

"Aku dah kata tadi, jangan kau ganggu anak isteri aku!"

Daus meraba-raba poket seluarnya. Dia teringat akan sesuatu yang dijumpainya siang tadi di rumah lamanya.

"Ya, jumpa!"

"Daus, aku dah hilang sabar sekarang!" jerit saka itu.

"Kau nampak botol kecil dalam genggaman tangan aku ni?" ugutku.

"Tidak, jangan kau masukkan aku ke dalam penjara kaca itu lagi!" jerit saka itu ketakutan.

"Sebelum aku masukkan kau dalam botol kaca dalam genggaman tangan aku ni, baik kau yang berjanji denganku sekarang!"

"Apa?"

"Aku mahu kau berjanji untuk tidak menganggu isteri dan bakal anak aku nanti, kalau kau mungkiri, selama-lamanya kau terpenjara di dalam botol ini!"

"Baiklah!" jeritnya.

Daus berlari ke arah pintu stor itu. Dengan mudahnya dapat dibuka kembali. Tetapi Daus kehairanan, isterinya telah tiada di situ.

"May!" berulangkali Daus menjerit memanggil nama isterinya itu.

Jeritannya itu tidak bersahut. Suasana pula masih sunyi sepi. Daus nekad untuk meninjau May di beranda rumah yang menghadap Tasik Kundang itu.

Melalui pintu kaca yang pecah, Daus membongkok untuk melepasinya. Tasik Kundang tidak kelihatan kerana cuaca pada malam itu tidak mengizinkan.

"May!" Daus menjerit lagi.

Berulangkali dia memanggil May.

Diperhatikan sekeliling beranda itu. Kosong. Daus risau, jika saka itu akan mengapa-apakan isteri dan anaknya itu.

Sayup-sayup, terlihat kelibat seorang tua sedang memancing di tepi Tasik Kundang.

"Memancing?"

Tali joran itu dilempar, lalu diangkat semula. Begitulah diulang lelaki tua itu berulangkali.

Daus menghampirinya. Belum sempat bertanyakan tentang May, lelaki tua itu terlebih dahulu menjawab.

"May? Kau cari May bukan? Dia pergi ke arah hutan di sana!"

Lelaki tua itu menunjukkan isyarat jari sebagai tanda arah.

"Tapi pakcik ni siapa?" soal Daus.

Lelaki tua itu ketawa lalu mengurut-urut janggut putihnya.

"Kau akan kenal aku siapa, Daus," jawabnya.

"Macamana pakcik tahu nama saya?"

"Sebab aku dah lama tunggu kedatangan kau."

Daus mengundur beberapa langkah ke belakang. Perasaannya bertambah takut. Tadi sang saka menuntut pewaris lalu di depannya sekarang siapa pula?

"Kau bertanya pada hati kau, aku ini siapa ya, Daus?"

"Aku adalah kau dan kau adalah aku," jawab lelaki tua itu.

Jawapannya itu mengejutkan Daus.




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku