TATKALA CINTA TERUJI
PROLOG
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 11 November 2017
[TATKALA CINTA TERUJI] - PENA PUTERA SINOPSIS :- PERKAHWINAN yang terbina atas dasar persahabatan orang tua membawa Azyah dan Fakrul kepada ikatan suami isteri dengan rela hati mereka. Azyah cuba untuk menerima apa yang berlaku segalanya dengan hati yang terbuka. Jelas sekali, perkahwinan ini mungking kelihatan bahagia di mata Azyah, namun tidak pada Fakrul. Hatinya tetap pada wanita lain, namun dia tidk sanggup melukakan hati isterinya. Segalanya cuba disembunyikan daripada pengetahuan isterinya. Apa yang terjadi sekali pun, Azyah tetap isterinya. Tahun demi tahun berlalu, perkahwinan ini mula tidak kelihatan ke mana lagi arah tujunya. Tiada khabar gembira yang mendampingi Azyah. Dia masih menanti kehadiran cahaya matanya bersama Fakrul. Tetapi, apabila berita yang menggembirakannya tiba, dia diuji dengan ujian yang cukup berat. Dan ujian itu membawa dia ke memori masa dahulu. Insan yang dia sayangi dulu muncul semula. Apakah yang dia akan lakukan? Adakah dia akan hanya tabah menghadapinya atau... membalas segala kekejaman ini? Follow Pena Putera: Facebook : Pena Putera Blogger: karyapenaputera.blogspot.com Wattpad: Pena_Putera
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
156

Bacaan






PROLOG I

PERKAHWINAN ini sesungguhnya tidak pernah terlintas di fikiran. Dia tidak mengimpikannya tetapi demi keluarga tercinta, inilah pilihannya. Klise bukan kisahnya? Seakan memainkan watak dalam drama di mana heroinnya dipaksa berkahwin dengan pilihan keluarga.


Berbezanya, dia tidak tahu bagaimana kesudahan perkahwinan ini. Berkekalan bahagiakah atau... Sebaliknya? Sukar untuk dia jangka kerana urusan jodoh bukanlah urusannya, sebaliknya Allah lebih mengetahui.


Dadanya mula berdebar kencang bila pintu bilik dikuak terbuka. Dia sudah tiba. Lelaki yang sah menjadi suaminya sejak mereka diikatkan dalam satu hubungan dengan akad nikah.


Percaya atau tidak, inilah teman hidupnya mulai sekarang yang perlu dia patuh dan taat kerana di bawah tapak kaki lelaki itu, adalah syurga buatnya.


“Assalamualaikum,” ucap si lelaki menyapa si isteri. Agak kekok, namun masih dalam tahap membiasakan diri.


“Waalaikumusalam.” Si isteri menjawab penuh sopan.


“Ermmm... Tak sangka kita dah jadi suami isteri.”


Azyah... Kelu. Dalam diam, dia mengakui kebenarannya. Lelaki yang bernama Fakrul itu, adalah suaminya mulai sekarang.


“Mungkin masa ini, kita tak boleh biasakan diri antara satu sama lain, tapi saya harap selepas ini kita boleh cuba kenal antara satu sama lain,” ujar Fakrul, tenang dalam gugup.


“Apa-apa pun, saya harap awak dapat beri kerjasama yang baik. Ermmm... Awak ada benda nak cakap, ke? Mungkin, ada apa-apa yang patut saya tahu tentang awak.”


Azyah menarik nafas sedalamnya. Mulut ini terasa berat mahu mengungkap, tapi mengenangkan bahawa inilah peluang untuk dia meluahkan apa yang dia rasa, dia cuba juga membuka mulut.


“Sebenarnya, saya tak pernah setuju dengan perkahwinan ini.”


Fakrul tersentak. Mengapa? Itulah persoalannya. Tetapi, dia boleh meneka apa jawapannya. Maka, dia tidaklah terluka mana di hati kerana sudah bersedia dengan segala kemungkinan.


“Saya takut perkahwinan ini tak akan memberi makna kepada saya. Kalau boleh, biarlah ini menjadi perkahwinan saya yang pertama dan yang terakhir.” Azyah mencari anak mata Fakrul.


Fakrul bingung dengan pandangan Azyah yang seolah-olah membawa sesuatu makna.


“Perkahwinan ini, antara kita berdua... Saya tak nak awak khianatinya. Bagaimana saya cuba untuk bersetuju dengan perkahwinan ini dan cuba menerima awak dalam hidup saya, saya harap awak boleh lakukan perkara yang sama. Boleh, ke?”


Perlahan-lahan, senyuman mula terukir di bibir Fakrul. Lantas, dia mengangguk kepalannya. Setuju dengan kata-kata isterinya.


“Abang janji, abang akan setia dengan Azyah sehingga ke hujung nyawa Azyah. Abang tak akan menduakan Azyah. Biarlah kita belajar mencintai antara satu sama lain.”


Adakah janji itu akan dikotakan? 


Hanya takdir yang akan menentukannya.


PROLOG II

BAHAGIA? Inikah bahagianya? Melihat kepada mereka, hatinya bertambah geram. Setelah bertahun-tahun dia setia, pengkhianatan yang dia peroleh? Betapa kesalnya dia mencintai seorang lelaki yang dia cinta hingga separuh mati tetapi lelaki itu mengkhianati cintanya?


Lelaki itu tidak pandai menepati janjinya. Pelbagai janji yang ditaburkan kepadanya, tetapi begini kesudahannya? Sukar untuk dia tersenyum kini kerana kesakitan di hati yang pedihnya tidak terkata.


Jika dia mampu putarkan masa, dia tidak mahu lelaki itu menawan hatinya dahulu. Biarlah mereka tidak pernah bertemu supaya kelak, tidaklah dia terasa sakit di hati seperti sekarang. Mungkin, hidupnya akan jauh lebih baik sekarang.


Air matanya mula jatuh menitis mengenangkan memori dia bersama lelaki itu. Sukar untuk dia lupakan. Telah banyak masa yang mereka habiskan bersama.


Kini, bagaimana dia harus meneruskan hidupnya?


Bagaimana dia mahu merawat hati yang luka ini?


Baiklah, teruskanlah kehidupan kau dan dia dengan baik. Kebahagiaan ini pasti tidak akan kekal lama. Bagaimana aku sakit kerana kalian, kalian juga perlu merasainya. Aku akan pastikan aku dapatkan hak aku. Tunggulah waktunya.


Waktu di mana kalian akan jatuh tersungkur dan melutut pada aku.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | BAB 1 | BAB 2 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku