Menjengah Gerbang Ibadah
Menjengah Gerbang Ibadah
Genre: Islamik
Kategori: Puisi
Paparan sejak 11 November 2017
Pesanan Kepada Umat Islam Tentang Amalan Seharian
Penilaian Purata:
64

Bacaan







Jika seandainya

kau dianugerahi bijaksana

harta yang melimpah

kasih sayang yang berpanjangan

Adakah kau bersyukur?

Pernahkah kau anggap nikmat itu dugaan Tuhan?

Masihkah kau kenal

 akan ghurur yang membinasakan?

 

Jika tiba-tiba...

Kau terlantar di pembaringan ketika sedang perkasa

Atau hilang nikmat penglihatan ketika melihat dosa

Atau seperti sebuah lampu yang semakin malap

Hilang kudrat, hilang semangat

Hilang pangkat, hilang darjat

Hilang segala nikmat, hilang segala hebat

Disingkir kerabat, dijauhi sahabat

...segalanya hilang lenyap

Adakah kau sudah bersedia,

lantas menadah tangan bersyukur

atau pantas saja menuding takdir?

 

Sedar, jangan terlalu lewat

Jangan menunggu sehingga semput nafasmu atau kendur kulitmu

Jangan sampai mati akalmu atau gelap hatimu

Amal ibadat tidak menunggu saat

Harus segera dibuat

Himpun sebanyak mungkin

 

Sementara masih diberi waktu

Waktu sihat, waktu sempat

Waktu masih ada jalan terang

Adalah waktu mengumpul bekalan

Untuk hitungan di mahkamah Agung

Penentu hidup yang abadi

 

Jengahlah gerbang ibadah

Itupun belum pasti mencukupi

Atau diterima Ilahi

 



Klik di sini jika bacaan spam!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku