The killer
MEET
Genre: Thriller/Aksi
Kategori: Novel
Paparan sejak 12 November 2017
Empat insan bertemu dan krisis menhadapi sang pembunuh
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
28

Bacaan






BAB1: Meet

      Seorang lelaki berpakaian ala sherlocktersebut menyesap kopinya lalu meletakkan cawan tersebut diatas meja.Seoranglagi lelaki duduk berhadapan dengannya sambil bermain telefon pintarnya.

“Jadi,bagaimana?” tanya lelakiberpakaian ala sherlock itu.Lelaki dihadapannya menatapnya lalu dia mengangguk.

“ Tawaran yang bagus.Bila awak akanbergerak ke Korea?” tanya lelaki yang bernama Kris kepada Richard.

“Esok.Penerbangan anggota PBberkemungkinan bertolak tengah malam.Kawalan ketat di perkuatkan kerana kesyang pernah berlaku di Xinjiang.” Ujar Richard.

Kris menyeringai.Richard melihatpemandangan dari luar kafe.Banyak kereta dan manusia.Banyak juga pertikaiandarah.

“Vancouver bukan tempat yang sebenaruntuk kita menetap.Walaupun kita dilahirkan disini, Korea dan China tetapmenyenangkan.” Ujar Richard.

Mereka berdua tersenyum.Richardberketurunan Korea-Kanada manakala Kris berketurunan Cina-Kanada.Persamaanmereka berdua ialah sama-sama pembunuh  yang tiada sifat belas kasihan.

“Mari bekerjasama,” mereka berduaakhirnya berjabat tangan tanda setuju.Richard segera pergi dari situ.Krismelihat telefonnya semula.

Message from: Joshua

‘Pihak Interpol menguasaisekatan Daerah Vancouver.Seluruh tempat sudah digeledah.Segera keluar dari kafetersebut.’

Kris menghela nafasnya kasar.PihakInterpol tidak pernah berhenti mencari keberadaan raven.Segera Kris mendailnombor yang amat dikenalinya.

“Hello,Shan.Siapkantiket penerbangan ke Korea.”

Kris segera bangun dan pergi darisitu.Ditundukkan sedikit topinya.Sang raven tersebut menaiki lamborghininya.Diamenekan kuat enjin kereta.Matanya berapi-api.

‘International Police Canada,’bisiknya sinis.Dia menggeram.Banyak anggota-anggota itu sudah dibunuhnya tapiInterpol tetap memburu raven.

 

Seoul InterpolStation

Junhee masih setia melihat komputerdihadapannya.Sedikit pun dia tidak bergerak.Pegawai-pegawai disitu memandangnyaaneh.Baekhee yang baru masuk ke bilik penyiasatan itu memandang Junhee yangnampak serius.

“Lihat apa?” tanya Baekhee.Dia dudukdi sebelah Junhee.Sedangkan Junhee menghela nafas lalu memalingkan mukanya kearah Baekhee.

“Baek, kawasan Alberta di Kanada masihbelum digeledah lagi.Kota itu mencatat hampir 50% kes pembunuhan yangsadis.Setakat ini,Vancouver baru sahaja digeledah.” Terang Junhee serius.

“New Brunswick juga masih dalampenyiasatan.Banyak tempat di kota itu digeledah tetapi raven masih belumdijumpai.Menurut laporan dari Station China Interpol,banyak anggota interpol diKanada mati dibunuh oleh raven.Raven memang licik.” Ujar Baekhee.

Dua gadis itu melihat info-infotentang raven.Banyak raven yang telah ditangkap tetapi masih berlaku pembunuhansadis di negara-negara lain.Setakat ini,Korea masih belum berlaku kes-kesseperti itu.

“Raven-raven yang ditangkap itumungkin palsu.Raven sangat licik dan berbahaya.Susah untuk kita menangkap raventersebut.Raven hanya ada dua di dunia ini,” ujar KwangHee,ketua badanpenyiasatan interpol.

“Dua? Jadi yang ditangkap itu bukanraven sebenar melainkan pembunuh bayaran yang tidak profesional?” tanyaBaekhee.

Kwanghee mengangguk.Junhee dan Baekheememandang antara satu sama lain.Mereka juga bingung dengan raven sekarang.Ravenlangsung tidak meninggalkan bukti-bukti selepas pembunuhan yang merekajalankan.

“Setakat ini,Korea masih dalampantauan.Kes ini masih belum berlaku kerana pihak tertinggi Interpolmemberitahu yang raven masih belum dapat memasuki negara kita.” Jelas Kwanghee.

Penyamaran boleh juga berlaku.Mukaraven masih belum dikesan memudahkan pergerakan raven.Petang itu,Junhee danBaekhee ditugaskan di Gangnam.

 

Vancouver,Canada

Richard memasuki sebuah mansion mewahyang berdiri megah tersebut.Pelayan-pelayan di mansion tersebut menunduk hormatpadanya.

“Dimana Fred?” tanya Richardangkuh.Lelaki berusia 24 tahun itu memandang sekeliling dengan tatapan yang menusuk.Pelayan-pelayandisitu menunduk takut tidak berani menatap wajah Richard Park.

“Sayatanya,dimana Fred?” tanya Richard sekali lagi dengan wajah datar.Nafasnyadistabilkan sebelum emosinya meledak.

“KenapaRichard Park?” Seorang lelaki yang lebih berusia menuruni tangga-tangga dimansion tersebut.Richard menoleh ke belakang.Dia memasang muka datarnya.

“Penerbangansaya dan raven Kris esok.” Cerita Richard.

“Who’sKris?” tanya Fred hairan.Dia melangkahkan kakinya ke kerusi bersalut emastersebut.Sedangkan Richard hanya menghela nafasnya kasar.

“Ravensebenar,” ujar Richard kasar.Fred menyeringai.

“Kenapaterlalu cepat?” Richard menghela nafasnya kasar lagi.Geraman sedikit terhasildari bibir Richard.Fred tertawa mengejek.

“Pendudukdi Korea sekarang risaukan kehadiran raven.Saya dan Kris akan menyamar disanasebagai orang biasa yang berkedudukan tinggi di sana.Cuma,pihak Interpol sahajayang menghalang aktivas raven dan pembunuh bayaran profasional.Bukankah musuhawak berada di Korea sekarang?”

Richardmengangkat sebelah alisnya.Fred tersenyum bangga dengan kebijaksanaan anaksaudaranya itu.Dia menepuk bahu Richard tanda bangga.

“Semoga berjalanlancar,my nephew,” Fred  memeluk singkatanak saudaranya.Richard seketika tersenyum liar.Sudah lama dia tidak membunuh,sejak dua bulan lalu ketika anggota Interpol memasuki Kanada untuk membururaven.

Tangannyasudah gatal untuk membunuh.Dia dahagakan darah-darah yang selalu melekatpadanya.Bau hanyir-hanyir darah yang masih segar.Sudah lama dia tidakmerasakannya.Dia mengeluarkan sepucuk pistol berkilat.

‘Jikapeluru ini tertancap betul-betul di kepalanya,ucap selamat tinggal kepada duniasekarang,’ bisik Richard perlahan.

Diamemandang luar balkoni.Dalam hatinya juga terbesit perasaan rindu diKorea.Negara kelahiran mendiang ibunya.Sudah lama dia tidak menjejakkan kakinyake situ sejak mendiang papanya mati dibunuh oleh ahli Interpol ketika anggotaInterpol memberkas pembunuh bayaran disitu.Sejak dari tragedi itulah,dia sangatmembenci anggota Interpol dan berniat untuk membunuh satu-persatu.

Denganbantuan satu-satunya raven sebenar,Kris Li, dia yakin dapat menghancurkan semuaanggota Interpol tanpa belas kasihan.

Daejeon,Seoul,Korea

Junhee dan Baekhee melepaskan penat mereka di rumah yang merekabeli.Mereka tinggal bersama-sama.Kedua ibubapa mereka menetap di Busan danUlsan.Akhir-akhir ini,mereka selalu sibuk dan jarang melawat puteri-puteri mereka.

“Gangnam sangat jauh dan melelahkan,” pekik Baekhee.SedangkanJunhee cuba memejamkan matanya.Dia sangat lelah sekarang.

“Boleh tidak malam ini kita cuma pesan makanan sahaja.Saya tidaklarat Baek,” pinta Junhee.Baekhee mengangguk.Tugas sebagai Interpol  bahagian penyiasatan dan penyelidikan memangmemerah otak dan menguras tenaga mereka.

“Jun,tentang laporan kes penyelidikan pembunuhan tadi,awak ambilatau tidak di balai?” tanya Baekhee.Junhee terbangun.Dia menepuk dahinya.

“Saya terlupa.Bagaimana ini? Esok,Ketua akan memeriksa data setiapnegeri  Korea.Gangnam masih dalam prosespenyelidikan,Jika malam ini kita tidak selesaikannya,kemungkinan kita bakalditukarkan ke Unit Jenayah.Saya tidak dapat membayangkannya,”

Junhee merengek-rengek.Baekhee hanya memutar bola matanya bosan.

“Begini,saya pergi ambil di balai.Waktu begini  bas masih beroperasi.Saya pergi dahulu,”Junhee bangkit dari katilnya lalu bersiap-siap.Baekhee mengangguk.

“Awak hendak makan apa? Biar saya tolong pesankan,” tanyaBaekhee.Junhee sedang memakai kasut sportnya itu menoleh.

“Samalah dengan awak.Saya pergi dahulu,” Junhee segera berlarikeluar dari rumah.Tidak menghiraukan ayat Baekhee supaya berhati-hati di jalan.

Junhee terpaksa berlari sendiri ke balai.Jarak balai dari rumahnya25 kilometer.Hari ini,mungkin dia terpaksa berpenat-lelah sedikit.

“Jun? Kenapa berada disini?Seorang diri?” tanya Siwan,salah satuanggota Interpol yang bekerja melalui  jabatan perhubungan kecemasan.

“Saya terlupa ambil data kes di Gangnam.” Ujar Junhee.Gadisberusia 23 tahun itu melepaskan penatnya di sofa balai.

“Mana Baek?” tanya Siwan sambil memegang dua cawan kopi lalumemberikan satu cawan kepada Junhee.

“Thanks,” Junhee perlahan-lahan menyesap minuman itu.Matanyasedikit segar.Siwan mengambil fail yang terletak di mejanya.

“Dirumah.Dia tidak ikut,” ungkap Junhee.Siwan mengangguk.Diamembuka laptopnya untuk memeriksa kawasan-kawasan di Gangnam.

“Setakat ini,tiada lagi laporan atau panggilan tentang kespembunuhan disitu,” ujar Siwan.Junhee mengangguk.

“Memangnya identiti raven langsung tidak dikenal pasti?” tanyaJunhee.Siwan mengangguk.Matanya masih terfokus pada kaca laptop.Tiba-tiba,diaterkejut.Junhee memandang Siwan.

“Kenapa?Ada terjumpa sesuatu?” tanya Junhee.Siwan mengklik dataprofil  raven.

“Dalam data ini,pihak metropolitan memberitahu yang identiti  raven belum dikenal pasti tetapi kedatanganraven akan muncul bila-bila.Anggota kita akan diberi tugas untuk berada dilapangan terbang Seoul.Kemungkinan,penyamaran mereka akan terdedah.Yangpenting,kita perlu memastikan raven tidak masuk ke negara kita,” jelas Siwan.

Junhee melihat info tersebut.Mungkin malam ini dia akanberpenat-lelah.Siwan  segera melaporkanke pihak pencegahan jenayah.Junhee melihat luar tingkap.Kota Daejeon  memang indah.Bayangkan raven datang danmengkucar-kacirkan kota Daejeon.Ngeri dia membayangkannya.

“Junhee,nampaknya malam ini,awak dan Baekhee terpaksa bertugasbersama lima anggota lain.Pukul 11.00 malam,penerbangan terakhir dari  Vancouver akan mendarat.Pastikan semua mesincap jari dibawa ke sana.Peralatan bersenjata perlu dibawa.” Ujar Siwan.

“Pemeriksaan dilakukan pada pukul 11.00 malam.Saya telefon  Baek dahulu.”

Siwan menggeleng.Dia mengatakan pihak Interpol sudah memberitahuBaekhee. Junhee menyiapkan peralatan bersenjata.

“Kod senjata mana perlu dibawa?” tanya Junhee.Siwan membukapeti  alat bersenjata yang canggih.

“G-012 alat senjata digunakan untuk langkah persediaan.Ravensangat licik.Kekuatan dan keupayaan mindanya cukup hebat.IQnya selalumelebihi  200 dari manusia lain.Kekuatanhipnostisnya tidak terkalahkan.” Jelas Siwan.Junhee mengangguk laju.

“Jun,Siwan,” panggil Baekhee yang baru muncul dari balai.Diamengesat peluhnya.Berlari dari rumah tanpa persediaan.Siwan dan Junhee menahantawa melihat keadaan  Baekhee yangterlihat sangat letih.

“Mari pergi.Jun ki sudah menunggu kita di depan.” Baekhee segeramenarik tangan Junhee  pergi darisitu.Siwan kembali mengerjakan tugasnya.

SeoulInternational Airport

“Anggota Interpol sudah berkumpul di hadapan,” bisik Richard.Krismemandang luar tingkap.

“Berlakon seperti biasa.Jangan sampaiterbongkar,” Richard mengangguk.Dia menyeringai.International Police Koreaberada di kawasan pemeriksaan.

Junhee dan Baekhee memeriksadibahagian pendaratan.Setiap penumpang mulai turun dari situ.Mereka berdua mulamenjalankan tugas.Mengesan cap jari lalu dimasukkan ke dalam data.

“Junhee,sila ke bahagian bagasi.” ArahJunki.Junhee mengangguk.Dean menggantikan posisi Junhee di bahagian pendaratan.

Baekhee menulis data-datapenumpang.Setelah itu,giliran seorang lelaki tinggi berkulit putihmendekatinya.Richard melepas kaca mata hitamnya.Baekhee melihat lelaki itu.Matamereka bertemu.

“Serahkan ID dan passport,” arahBaekhee.Richard mengeluarkannya.Baekhee mula menulis data-data Richard.Richardmulai gelisah.

“Cap jari Tuan sangat mirip dengan capjari milik raven yang pihak kami temui bulan lepas.Sila ke tepi sebentar,”perintah Baekhee.Richard mengepal tangannya.Kalau terbongkar,mereka pastiditangkap.

“Junki,data milik Richard Park sangatpelik.Cap jarinya dan ID tidak termasuk dalam daftar Korean,” jelasBaekhee.Junki mula menyemaknya.

“Dia kacukan,” seseorang mengintrupsikegiatan mereka berdua.Kris melihat sekilas Richard lalu menyunggingkansmirknya.

“Tapi Tuan,jika Tuan Park ialahkacukan,dimana Idnya.ID yang diberi Tuan Park ialah data milik kerajaanKanada,” jelas Junki.Kris tersenyum aneh.

“Daftar warganegara Korea tidakdidaftarkan semenjak 12 tahun yang lalu.Dia tidak menetap di Korea pada umur 18tahun.Pasti IDnya tidak sah,” jelas Kris.

Junki melihat Baekhee yang masihberfikir.Junki segera memanggil Junhee supaya membantu menyelesaikan masalahdua penumpang ini.Kris tersenyum seram ke arah Junhee yang sedang mengambildata-data tersebut.

“Mengikut pekeliling Interpol,pihakkami akan memberi kebenaran.Tetapi,kalian perlu menandatangani  penyerahan identiti untuk memastikan datakalian tidak dikecualikan,” terang Junhee.

Kris dan Richard memandang anatarasatu sama lain.Salah satu dari mereka mengepal tangan.Tangannya sudah gatalmemegang senjata api itu tetapi Kris menahan tangan Richard diam-diam.Richardmenghela nafasnya kasar.

“Baiklah,” Kris segera menarik Richardpergi dari situ.Richard menoleh ke belakang.Dia menyeringai memandang Baekheeyang melihatnya.Baekhee terkejut,segera mengalihkan wajahnya.

Junhee mengajak Baekhee ke balai untukpenyerahan data pemeriksaan.Baekhee terdiam.Senyuman Richard Park tadi sangatmenyeramkan.Seolah-olah raven itu ialah Richard atau..mungkin betul.

“Baek...” panggil Junheeberulang-ulang kali.Baekhee tersedar dari lamunannya.Dia memandang Junhee.Markyang kebetulan lalu di antara mereka memandang Baekhee yang terus-terusan diam.

“Awak okey atau tidak?Muka awak pucatBaek,” tanya Junhee risau.Mark meletakkan buku laporannya.

“Mungkin dia penat.Kalianpulanglah.Sekarang dah 1 pagi.Saya hantar kalian pulang okey,?” tawarMark.Junhee tersenyum.Dia menggeleng.Dia tidak mahu susahkan Mark.Lagipun,wajahMark juga sedikit pucat.

“Tidak apa.Awak patut berehatMark.Lagipun,kawasan kami tidak pernah sunyi.” Ujar Junhee meyakinkan Mark.Markmemandang mereka meminta kepastian.

“Betul Mark.Kami okey.Lagipun kamijuga anggota Interpol,” ujar Baekhee pula.Mark mengalah.Dia mengangguk.Selepasmengucapkan selamat tinggal kepada dua gadis itu,Mark berlalu pergi dari situ.

Junhee dan Baekhee mengambil keputusanuntuk berjalan kaki hingga ke rumah.Sepanjang perjalanan itu,mereka berduaasyik melayan perasaan sehingga Junhee memecahkan suasana yang sunyi.

“Raven sangat licik.Entahlah,apatujuan sebenar mereka membunuh.” Keluh Junhee.

“Maybe,tujuan mereka untuk memuaskanniat mereka.Manusia ini banyak jenis dan berbeza penyakit.Fobia,trauma danlain-lain.Mungkin dengan darah,ianya dapat memuaskan raven.” Jelas Baekhee.

“Itu sudut pandang ahli Psikologi.Niatmanusia tidak sama.Mungkin niat mereka lain selain membunuh.Dendam atauhutang,” duga Junhee.

“Tapi,dua lelaki kacukanChina-Korea-Kanada itu sangat aneh.Cara mereka berjalan,senyum mereka sangatmenyeramkan.Bukankah itu pelik,?” Baekhee memandang Junhee yang  tampak berfikir.

“Tidak mungkinlah mereka ituraven.Mereka mungkin nampak seperti badboy dan playboy tetapi saya rasakanmereka bukanlah raven,” ujar Junhee.Baekhee menggelengkan kepalanya laju.

“Penat saya berfikir.Kita pulang cepatdan tidur,” Baekhee segera menarik tangan Junhee.

“Saya boleh berjalan sendiri,Baek,”Junhee melepaskan tangan mereka.Baekhee tersengih.

Di lain tempat,Sebuah apartment mewahyang baru dihuni oleh dua lelaki kacukan Korea-Kanada tersebut.Richard Park membaringkantubuhnya di atas sofa mewah tersebut.Sedangkan Kris menyungging sedikitsenyumannya.

“Be careful next time,Park,” pesanKris lalu mendudukkan dirinya di atas sofa.Richard mengangguk.Dia bangun lalumeregangkan otot-ototnya.

“Lapar?” tanya Richard.Kris memandangRichard aneh.

“Park junior handal memasak?” sindirKris.Richard mengangguk ego.Mereka tertawa kecil.

“Tak sangka,PB profesional  pintar memasak,” ujar Kris sambil melepaskanjaketnya.

“Tak sangka,raven asli boleh tertawa,”balas Richard pula.Kris mencebik.Richard segera berlalu dari situ.Dia tidakreti memasak, setakat memasak ramen saja,bolehlah.

 Kris mengeluarkan Ipodnya.Dia menekan klikbutang hijau untuk membuka situs halaman sulit.

‘Ahli Interpol Korea Selatan melakukanpemeriksaan di Seoul Airport.Daftar penumpang penerbangan terakhir telahdidaftar.’

Kris mengepal tangannya.Matanyaberapi-api.Ahli Interpol  Seoul lebihmenguji kesabarannya  dibandingkanInterpol Kanada.

‘Berani bermain-main dengan ravenadalah satu kesalahan yang besar,’ Kris memandang sekeliling apartment mewahitu.Tujuan utama dia disini ialah membunuh para Interpol.

Mengingatkan perkataan interpol,diateringat sosok gadis di lapangan tadi.Dia tanpa sedar tersenyum.

‘Junhee,nice name,” ujarnyaperlahan.Richard yang memandangnya hanya mengangkat bahu.Sebagai PB,dia perlubersikap profesional apabila berhadapan dengan raven asli.Lagipun,menurutnyasosok seorang Kris sebenarnya ramah,hanya saja keperibadiannya yangmembataskannya.Apalagi Kris ialah seorang raven.

Richard duduk mengambil winenya.Diamemikirkan gadis yang bernama Baekhee di lapangan tadi.Ahli Interpol yangsangat berbeza dari yang lain.Salah.Junhee juga berbeza dari ahli Interpollain.Entahlah,dia sangat tertarik dengan Baekhee.

Kedua-dua lelaki itu masih terlarutdalam fikiran masing-masing.Tidak jauh beza dengan keadaan di rumah sewa duagadis itu.Mereka juga terlarut dalam khayalan masing-masing.Menanti hari yangmungkin lebih mencabar tanpa mereka ketahui.

Pagi itu, Kris dan Richard bersarapandisebuah kafe mewah yang dekat dengan apartment mereka.Kris memandangsekeliling dengan wajah datar.Langsung tidak tersenyum.Orang-orang yangmelihatnya berdecak kagum kerana ketampanan seorang Kris Li.

Tidak jauh berbeza dengan Kris,Richardjuga dipuji kerana wajah tampannya.Kedua-dua mereka bertubuh atletis danproposional.Tetapi,pandangan mereka sangat menakutkan.Seperti pandanganmembunuh.

Richard menghentikan kegiatanmakannya.Kris melihat Richard pelik.

“Why?” tanya Kris singkat.Richarmengarahkan pandangannya ke luar kafe.Kris mengikut anak mata Richard.Beberapaminit kemudian, Kris tersenyum.Begitu juga dengan Richard.Senyuman merekabukanlah senyuman yang menyenangkan melainkan menakutkan.

“Itu ketua Interpol.” Bisik Richardperlahan.Kris mengangguk singkat.Tangan Richard sudah gatal mahu memegangsenjata.

“Bersabarlah Park.Ramai manusiadisini,” bisik Kris berbahaya.Richard mendengus kasar.

“You already ruin my day,Kris,” desisRichard sinis.Kris hanya memutar bola matanya malas.

“Kita perlu ke suatu tempat yang mudahuntuk kita bertindak,” bisik Kris perlahan.Richard mengangguk sambil matanyameliar ke luar kafe tersebut.

 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
MEET | SECRET |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku