Semangat Roh
Bab 6
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 13 November 2017
MIKAIL – Novelis Thriller yang mencari idea-idea baharu dalam genre seram. Keinginannya untuk mencari ‘kelainan’ dalam penulisan telah menjebak dirinya dalam alam mistik. Hospital Lady Templer menjadi saksi kejadian-kejadian yang penuh seram. Mikail semakin galak memburu idea-idea ‘gila’ sehingga ‘mereka’ yang sedang tidur, dibangunkan dari tidur lena. Maka kemunculan semula memerlukan mangsa. ‘Mereka’ semakin mengganas apabila jantung dirobek dari jasad-jasad mangsa. Sehingga takdir mempertemukan dia dengan Doktor Zulaikha. Gadis yang jatuh cinta dengan pandang pertama. Sedikit demi sedikit Mikail membongkar . Dan semakin jauh dia menyiasat, semakin jauh dia melangkah ke lubuk. Mustahil untuk berpatah semula! Pentas permainan maut kian bernyawa, dan penamatnya hanya satu – darah dan kematian. Melangkah bererti mati, mundur bermakna kalah. Di luar keterbatasan akal… tiada siapa menyangka takdir itu begitu rahsia, luar biasa dan mengejutkan.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
130

Bacaan






BAB 6

Seksyen 7, Shah Alam

MIKAIL menunggudi sebuah restoran. White Coffee yang dipesannya sebentar tadi, dihirupperlahan. Kehangatan dan aromanya sengaja dinikmati. Sebagai seorang novelis,kopi merupakan peneman terbaiknya. Lebih-lebih lagi apabila idea tengahmembuak-buak ingin dilontarkan menjadi kata-kata.

            Hari ini, Mikail sengaja mengatur pertemuan dengan Raqib.Sahabatnya yang agak rapat dan dekat. Sejak beranjak dewasa, masing-masingdisibukkan dengan kerja dan komitmen lain.

            Sebab itulah, mereka agak jarang bertemu secara nyata.Paling pun, bertemu di alam maya saja. Itu pun kalau Mikail ada masa untukmembuka media sosialnya.

            “Bro…” Bahu Mikail ditepuk perlahan dari arah belakang.

            Mikail agak tersentak. Raqib yang baru sampai, sekadartersengih kerang melihat gelagat sahabatnya itu.

            “Dah lama ke tunggu?” Tanya Raqib.

            “Eh taklah, baru sekejap ni. Tapi kalau aku guna masa tutulis manuskrip, boleh siap tiga bab jugalah…” Mikail berseloroh.

            Raqib tergelak sendiri. Gurauan sahabatnya itu memangberlapis. Tetapi dia sudah biasa. Lagipun, selama mereka kenal… Raqib yangselalu menyakat Mikail.

            “Eh bro… sejak balik dari Janda Baik ni, kau dah pandaibergurau…” usik Raqib.

            “Well…” Mikail sengaja membuak memek muka dan mengangkatkedua bahunya.

            “Ada jumpa janda yang baik ke apa ni?” Kali ini Raqibsemakin bergurau nakal.

            “Bro, sejak bila aku suka ‘usha-usha’ macam tu?” DahiMikail agak berkerut.

            “Alah kau ni, serius sangatlah,” Raqib berseloroh.

            Akhirnya Mikail tergelak sendiri. Lakonannya tidakberjaya. Begitu juga dengan sahabatnya itu.

            “Manuskrip macam mana?” Tanya Raqib.

            Kali ini, wajah Mikail agak tenang semula. Dia sengajamenyusun alur plot ceritanya di dalam fikiran.

            “Aku masih mencari idea,”

            “Tak jumpa-jumpa lagi?” Raqib tersengih-sengih.

            “Ada, tapi aku sendiri rasa seram,”

            “Okay, cuba beritahu…”

            “Kau belum tahu maksud terkejut,” balas Mikail.

            “Oh come on bro…”

            Mikail dan Raqib terdiam seketika. Sesekali Mikailmenghirup kopi yang beransur menjadi suam di atas meja.

            “Hospital Lady Templer,” ringkas saja kata-kata Mikail.

            “Err, hospital yang terbiar tu?” Raqib agak terperanjat.

            “Jadi kau dah tahu maksud terkejut?” Ujar Mikail. Diatersenyum-senyum.

            “Em, bukan terkejut… cuma sedikit terperanjat,” Raqibmenelan liur.

            Mikail sekadar berdiam kerana dia memahami maksudterkejut dan terperanjat adalah sama. Cuma, Raqib bijak membela dirinya.

            “Kau tahukan cerita sebenar hospital tu?” Raqib masihagak terkejut sebenarnya.

            “Tak… Cuma dengar macam tu saja. Kalau tahu, aku taklahsibuk-sibuk datang ke sana,”

            “Kau datang ke sana? Di hospital terbiar tu?” Wajah Raqibhampir terlopong.

            Mikail hanya mengangguk perlahan.

            “Okay, kali ni aku ‘terkejut’…” Ujar Raqib. Serta-mertamereka tergelak sama.

            “Kau tahu, dua kali aku datang… dua kali juga aku‘ditemani’ seseorang…”

Tutur Mikail.

            “Ditemani? Siapa?” Raqib semakin ingin tahu.

            “Entah siapa... lelaki tua,”

            “Ditemani macam mana?” Raqib kurang faham.

            “Bila aku dah sampai, dia tiba-tiba muncul… dan lepas tuhilang entah ke mana,” jujur Mikail.

            “Hilang macam tu saja?”

            “Ya…” ringkas saja Mikail menjawab.

            “Kau tahukan… dulu, hospital tu mengorbankan banyaknyawa. Mayat-mayat pun masih ada di dalam bilik mayat!” Tambah Raqib.

            “Sebab tu bekalan elektrik tidak dipotong?” Tanya Mikail.

            “Yup… memang itu sebabnya,”

            “Banyak benda kau kena siasat…” Mikail semakin berminatuntuk tahu.

            “Siasat?” Come on… belum ada yang pernah berjaya keluarselepas masuk ke dalam tu dulu. Macam ‘dighaibkan’ begitu saja. Sebab tu, tiadayang berani masuk lagi!”

            “Jadi, aku yang akan memulakannya kembali…”

            “Mik… kau dah hilang akal ke, atau kau demam?” Raqib agakserius kali ini. Dia risaukan sahabatnya.

            “Aku tidak akan hilang Raqib. Percayalah… roh-roh merekatidak tenteram di alam sana,”

            “Sebaiknya, fikir masak-masak Mikail,”

            “Kau percaya aku tak?”

            “Kaulah sahabat pertama yang aku paling percayai danyakini,” jujur Raqib.

            “Kalau begitu… takutlah hanya kepada ALLAH Raqib. ALLAHitu Maha Pelindung. Kita dan ‘mereka’ sama-sama makhluk, jangan takut…” Mikailmeyakinkan Raqib.

            “Eya-eya…” akhirnya Raqib mengalah juga.

            “Okay, sekarang jom shopping baju,” ajak Mikail.

            “Dan tengok wayang…” sambung Raqib.

            “Berehhh bohhh…” usik Mikail.

            Selepas itu, dia mengangkat tangan sebagai tanda isyaratagar pelayan datang ke arah meja mereka.

            “Ya encik?” tanya pelayan itu.

            “Nak bayar,” ujar Mikail, dia tersenyum-senyum.

            “Dah dibayar,” jelas pelayan itu.

            “Dah dibayar? Siapa yang bayar?” Mikail memandang Raqib,kemudian memandang pelayan itu.

            “Kawan encik, perempuan yang baru jalan tadi tu…” tambahpelayan itu.

            “Allahu, siapa pula ni,” Mikail mengingat-ingat sesuatu.Setahunya, dia tidak ada kawan perempuan yang akan buat seperti itu. Kalau adapun, mesti dia akan turut serta di meja itu terus.

“Jumpa anak dara baik,

bakal mertua baik.

Jumpa janda baik,

bawa balik janda baik…”

 

            Raqib yang geli hati melihat Mikail, sengaja menyanyikansemula lagu itu. Dia terkidum-kidum sendiri.

            “Dah jom, siapa pun dia… semoga ALLAH murahkan rezekinya,amin…” ucap Mikail. Dia pantas mengucapkan terima kasih kepada pelayan itu, danberedar dari situ bersama Raqib.

DI KEJAUHAN, Dr. Zulaikhasekadar melihat kelibat Mikail dan Raqib. Semasa melayan perasaannya sendiri,dia terpandang Mikail memasuki restoran itu. Entah untung atau sebaliknya, tapihari ini dia merasakan takdir benar-benar berpihak kepadanya.

            “Semoga ALLAH sentiasa melindungi kau, Mikail…” bisik Dr.Zulaikha.

            Dan akhirnya, dia tersenyum-senyum sendiri sambil menahangetar jantungnya yang secara tiba-tiba berdetak kencang. Entah apakahpetandanya, cinta ataupun sekadar mainan perasaan biasa. Yang pasti, hatinyaterasa berbunga-bunga. Untuk hari ini, hatinya benar-benar terpujuk sendiri!

 

           

 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
PROLOG | Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku