SERAM BERSIRI
BAB 1
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novelet
Paparan sejak 15 November 2017
HIMPUNAN KISAH-KISAH SERAM YANG DIALAMI SENDIRI OLEH PENULIS DAN JUGA PENGALAMAN RAKAN-RAKAN.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
92

Bacaan







#LEMAS

Lokasi Universiti yang terkenal ini terletak berdekatan dengan pantai yang luas dan bersejarah.  Pemandangan pantai dihadapan Universiti adalah biasa-biasa sahaja.  Tetapi jika mendaki anak tangga yang dibina dilereng bukit, terdapat satu lagi pemandangan pantai yang lebih indah dan cantik.  Di semester akhir baru aku tau yang pemandangan pantai disebalik bukit tersebut tidak terkata indahnya sampai aku tak nak balik...hehehehe.

Kebanyakan pelajar akan pergi ke kawasan pantai dibalik bukit itu secara diam-diam kerana laluannya agak bahaya.  Biasa la, darah muda masa tu sukakan ‘adventure’. Yang ditegah tu la lagi la dibuatnya.  Kenapa aku cakap bahaya, sebabnya laluan sebelum mendaki tangga dilereng bukit tu merupakan laluan berpasir yang hanya boleh dilalui ketika air surut.  Bermakna, jika air pasang, laluan berpasir tersebut boleh mengancam nyawa pelajar.  Ketika air surut akan terbentuk sebuah tasik yang dibina dengan wakaf-wakaf kecil yang bersambung-sambung.  Selalu juga jadi ‘port’ dating untuk pelajar dan tempat melepak sambil bermain gitar.

Straight to the point....

Setiap petang, akan ada beberapa pasangan yang berdating di kawasan pantai disebalik bukit tu.  Tapi agak malang bagi satu pasangan ni yang agak leka sehingga tak sedar waktu air pasang hampir bermula.  Setelah menyedari, mereka cepat-cepat ingin pulang ke kampus dan melalui laluan berpasir ketika air masih lagi diparas buku lali.  Tak disangka, air pasang terlalu cepat.  Mereka tersekat ditengah-tengah laluan dan akhirnya kedua-duanya hanyut dan mati lemas berdekatan tasik.  Difahamkan mayat mangsa lelaki telah pun ditemui tetapi agak malang bagi pasangan perempuan yang masih tidak ditemui sehingga kini.

Mangsa perempuan duduk bertiga dengan rakan sebiliknya.  Selepas peristiwa malang tersebut, akhirnya dua orang rakan terpaksa berpindah ke bilik lain kerana tidak tahan dengan gangguan yang dialami dari mangsa perempuan yang tidak ditemui itu.

Menurut pemberita yang tidak bergaji terdiri dari senior-senior kami, selepas rakan-rakan sebilik mereka tidak lagi tinggal disitu, pihak pengurusan asrama telah menempatkan sepasang pelajar baru yang langsung tidak mengetahui akan sejarah bilik tersebut.  Rekabentuk asrama mereka seakan-akan sebuah chalet dan didalamnya terdapat berbelas bilik.  Pasangan pelajar baru yang aku namakan Fiza dan Shida ni (nama dirahsiakan jugak) agak hairan dengan reaksi rakan-rakan seasrama setelah mengetahui nombor bilik mereka.  Mereka akan berbisik-bisik dan menunjukkan muka terkejut dan simpati.  Namun mereka berdua tidak pernah bertanya apa-apa.

Setelah agak lama tinggal dibilik tersebut, mereka mula diganggu.  Dalam bilik terdapat empat buah katil jenis ‘double decker’.  Memandangkan hanya mereka berdua sahaja didalam bilik tersebut, jadi mereka akan bergilir-gilir tidur di katil-katil yang ada.  Pada suatu malam, si Fiza telah mengambil keputusan untuk tidur di katil bahagian atas.  Dalam pukul 3:00 macam tu, dia terjaga bila terdengan bunyi bising didalam bilik.  Seperti seseorang sedang mengamuk.  Semua barang-barang didalam bilik dicampak merata-rata.  Loker baju dibuka dan ditutup berkali-kali.  Cadar dan selimut seperti ditarik-tarik oleh seseorang.  Dengan keberanian yang sedikit, Fiza mula tak henti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran sehinggalah gangguan tersebut berhenti.

Keesokannya, Fiza bercerita dengan Shida tentang kejadian semalam.  Tetapi Shida tidak dapat mengulas apa-apa kerana dia langsung tidak sedar.  Fiza sudah serik untuk tidur dikatil itu lagi.  Jadi pada malam-malam berikutnya, dia mula tidur dikatilnya semula sehinggalah pada suatu malam yang mengerikan bagi Shida.  Lampu utama ditutup ketika tidur dan hanya diterangi dengan lampu di meja ‘study’ sahaja tetapi sudah cukup jelas untuk melihat keadaan sekeliling bilik mereka.   Malam itu giliran Shida pula diusik.    Dalam keadaan mamai Shida terdengar bunyi air menitik-nitik ke lantai dari tempat tinggi.  Sangkanya mungkin bunyi air hujan yang turun.  Krekkk...!  Krekkk..!  Bunyi katil double decker apabila Ada seseorang duduk atau baring diatasnya.  Tetapi Shida tidak nampak sesiapa pun disitu.  Mata Shida kemudiannya melihat ke arah lantai.  Lantai bilik papan tersebut basah seperti seseorang yang baru keluar dari bilik air.  Shida menggigil didalam selimut ketakutan.

Esoknya,  Shida tergerak untuk memeriksa tilam dan katil dari kejadian misteri semalam.  Mereka terkejut mendapati tilam tersebut basah seperti dijirus air.  Kejadian misteri itu berlaku hampir setiap malam.  Setelah disiasat,  baru lah mereka faham kejadian itu berkait rapat dengan mangsa perempuan yang mati lemas dulu.  Ramai pelajar yang mengatakan bahawa mangsa tidak rela sesiapa pun tidur di atas katilnya.  Kadangkala ada suara bisikan-bisikan halus yang meminta tolong tetapi langsung tidak diendahkan.  Mereka akhirnya berpindah ke asrama lain dan bilik tersebut masih lagi dihuni oleh pelajar-pelajar yang baru mendaftar masuk.  Tetapi kejadian sama berulang.  Ustaz dipanggil untuk 'memagar' kawasan bilik dan bacaan Yaasin dan tahlil dilakukan untuk disedekahkan kepada mangsa.

Bilik tersebut akhirnya ditutup dan dijadikan bilik stor sehingga lah asrama tersebut dirobohkan.

TAMAT




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 5 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku