SERAM BERSIRI
Bab 4
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novelet
Paparan sejak 15 November 2017
HIMPUNAN KISAH-KISAH SERAM YANG DIALAMI SENDIRI OLEH PENULIS DAN JUGA PENGALAMAN RAKAN-RAKAN.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
71

Bacaan






#KAWAD JEPUN


Hai, jumpa lagi kita.  Okey,  kali ni sekali lagi pengalaman benar dari empunya diri.  Terjadi di rumah sendiri juga,  dan aku masih ingat lagi masa tu di bulan puasa dimana umat Islam telah beberapa hari menjalani ibadah puasa.

Lupa dah tahun berapa kejadian ni berlaku,  tapi yang pastinya ibu dan ayah tiada di rumah hanya tinggal kami adik beradik.  Sebelum tu,  aku mempunyai ramai adik beradik.  Selain adik-adik perempuan aku ada lagi dua orang adik lelaki dan seorang abang.

Kringgg!

Jam 3:30 pagi.

Pap! Aku menutup punat jam loceng yang berbunyi tadi.  Bunyi yang membingitkan telinga itu sepatutnya dapat membangunkan seisi rumah.  Malangnya hanya aku yang terjaga,  selebihnya masih lena dibuai mimpi.  Selepas mencuci muka dan menggosok gigi,  aku turun ke dapur menyiapkan juadah untuk bersahur.   Aku menuruni anak tangga berhati-hati.  Tergerak juga nak kejutkan si Farah dan Anis tapi aku memang amat pasti diaorang ni susah nak bangun melainkan juadah dah tersedia di atas meja.  Semua lauk pauk lebihan berbuka tadi aku cuma panaskan je untuk bersahur cuma tambah satu menu je.  Aku keluarkan ayam dari peti sejuk yang telah digaul dengan kunyit dan garam lalu dimasukkan ke dalam minyak panas. 

Semua makanan telah dihidangkan.  Satu jug teh o panas dan cawan aku susunkan ke atas dulang.  Pinggan-pinggan juga sudah tersusun kemas.  Aku ke atas untuk mengejutkan abang dan adik-adikku.

"Farah.....bagun la sahur.  Cepat sikit karang tak sempat."

  Badan farah bergerak-gerak dan matanya dibuka perlahan-lahan.

" Anis....oo Anis.  Bangun la.  Meh sahur meh.  Semua dah siap tu"  aku cuit jari-jari kaki si Anis supaya sedar.

"Auuuucakkkk!"  Anis mengusikku.

" Opocott! Cisss...dah sedar rupanya.  Bukannya nak tolong akak kat dapur.  Sambung membuta lagi ada"  marah aku.

"Hehehehe... Alaaa...Anis dah bangun masa akak kejutkan kak Farah tadi."

" Banyak la.  cepat cuci muka pastu terus pergi dapur"  arah aku macam kak long kawasan.

Tiba masa kejutkan tiga orang jejaka pula.

Tokk! Tokk! Tokk!

Aku mengetuk pintu sebelum masuk. 

"Abang,  Syamsul....Syamil.  Meh bangun sahur .  Dah siap semuanya tu."

Diam.  Langsung tiada reaksi daripada mereka.

Huhhhhh...susah betul la bila tidur mati ni.

" Weyyy..korang bangun la cepat tak sempat sahur karang salahkan aku pulak"  Aku dah mula tinggikan suara.  Memang boleh hilang sabar dibuatnya.  Seorang demi seorang aku kejutkan.

"Lima minit lagi Syamil bangun."  

Banyak pulak songeh si Syamil ni.  Selepas 5 minit masih jugak tak bangun-bangun aku dah bosan terus turun ke dapur.

" Mana diaorang akak?"  soal Anis.

"Entah...lebih sayangkan tidur lagi.  Lantak la diaorang.  Dah besar panjang nak bangun pun susah.  Nak suruh makan je kot bukan suruh buat kerja"  bebel aku lagi.

Nasi disendukkan ke dalam pinggan dan dihulurkan  kepada mereka berdua. 

"Baca doa dulu"  arah ku sambil menadah tangan.

Suasana amat sunyi pada pagi tu.  Cuma kami bertiga sahaja didapur.  Aku kurang berselera sikit pagi itu sebab hati masih sakit mengenangkan 3 hero tadi.  Batang hidung mereka masih belum nampak.

Aku yang sedang mengunyah nasi tersentak tiba-tiba apabila terdengar sesuatu yang mencurigakan.  Farah dan Anis masih menikmati makanan dan sekali sekala menguap.  Aku memasang telinga seketika untuk mendengar kembali bunyi tersebut.  Diam pulak.  Cuma dengar bunyi cengkerik je.  Tanganku yang baru saja ingin menyuap nasi ke mulut serta merta terhenti apabila bunyi aneh tadi datang lagi.

Kali ini bunyinya agak kuat sedikit.  Aku mula rasa seram sejuk.  Peluh mula memercik didahi.  Badanku lemah selemahnya.  Kaki menggeletar dibawah meja.  Yang menghairankan,  Farah dan Anis masih berlagak biasa. 

"Diaorang ni tak dengar ke apa yang aku dengar?"  gumam aku.

Tiba-tiba Anis tersentak.  Dia mencuit-cuit pinggang Farah.

"Kak Farah...Kak Qila...tu...tu...tu bunyi a...apa?"  soalnya. 

Aku cuma diam tak mampu menjawab.

" Bunyi?? Bunyi apa?? Aku tak dengar pun!"  jawab Farah.

Seketika kemudian air muka Farah berubah pucat.  Mata mereka tepat memandang ke arah aku.  Seperti yang aku maklumkan sebelum ni,  belakang rumah kami adalah sebuah sekolah dimana adik-adikku bersekolah.  Bunyi yang dimaksudkan oleh kami tadi adalah bunyi hentakan kaki beramai-ramai di atas jalan tar seperti orang yang sedang berkawad.

Prapppp...!!  Prapppp..!! Prappp..!! Prappp..!!!

Lebih menyeramkan kami apabila ada satu suara lain yamg memberi arahan semasa berkawad dalam bahasa jepun!!  Punggung kami seperti digam di kerusi.  Langsung tak boleh bangun.  Aku hampir ketawa melihat wajah Farah yang seperti mahu menangis.

Bunyi semakin hampir dan jelas.  Hentakan kaki dan suara memberi arahan bersilih ganti.  Entah macamana kami serentak berlari ke atas tanpa sempat membasuh tangan.  
Masing-masing tidak mampu berkata-kata.  Nafas kami turun naik dan jantung seolah-olah ingin melompat keluar.  Dalam kekalutan,  tiba-tiba abang dan adik-adikku keluar dari bilik mereka dan terus ke dapur.  Aku menuruti mereka dari belakang.  Bunyi tadi tidak kedengaran lagi terus lenyap secara misteri.  Sementara adik beradik lelaki ku masih di dapur aku cepat-cepat mengemas apa yang patut.  Selepas Subuh aku,  Farah dan Anis bersembang tentang peristiwa tadi.  Mustahil pelajar melakukan  latihan kawad pada waktu itu.  Bulan puasa pula tu.  Lagi pun,  esoknya hari Sabtu kebanyakan pelajar pulang ke rumah masing-masing dan tidak tinggal di asrama.  Sehingga kini ianya kekal misteri.

TAMAT








Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 5 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku