MISI MEMIKAT TENGKU HARITH (BAB 1)
BAB 1
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 November 2017
Tengku Harith telah menerima Aifa Batrisya sebagai PAnya namun hari pertama kerja Aifa Batrisya sudah buat perangai yang menyebabkan lelaki itu anti dengannya. Walaupun begitu lelaki itu tetap melamarnya kerana ingin lari daripada sepupunya Tengku Liyana.... Selepas berkahwin Tengku Harith cuba memikat isterinya itu dengan pelbagai misi walaupun ada sahaja cabaran dan halangan yang mendatang
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
276

Bacaan






Sebuah Perodua Myvi berwarna hijau cair berhenti tepat di dalam petak kuning yang telah disediakan itu. Setelah memastikan semuanya okay Aifa Batrisya terus melangkah keluar daripada keretanya itu. Dia melihat jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi. Alamak!! Dia sudah terlewat untuk melaporkan diri kepada Boss barunya ini semua gara gara tidur lewat semalam. Itulah sibuk sangat nak melayan drama Irwansyah itu kan dah terkejar kejar kau Aifa Batrisya. 



"Bismillahirahmanirahim..." Dengan sekali lafaz Aifa Batrisya terus menolak pintu bilik Tengku Harith dan masuk ke dalamnya. Lalu, berdiri tegak di hadapan meja lelaki itu.



Tengku Harith yang sedang menyemak fail failnya itu terus mengangkat mukanya selepas melihat sebuah kelibat masuk ke dalam biliknya. Aifa Batrisya mengukir senyuman manis sehingga menampakkan barisan giginya yang berwarna putih bersinar itu.



"Kau ni siapa??" Soalnya tegas.



"Aifa Batrisya.. Personal Asisstant baru Tengku." 



"Oh, Tapi kau ni daripada negara mana? Tak maksud aku planet mana? Sebab budi bahasa kau memang tak ada ke main terjah masuk je dalam bilik orang dengan salam apa semua tak ada." Marah lelaki itu membuatkan muka Aifa Batrisya yang putih melepak itu menjadi merah kemerahan.



'Dia cakap aku.. Aku ni tak ada budi bahasa habis dia tu cakap dengan perempuan kau.. Aku tak apa pulak. Dasar paku dulang paku serpih.' Bebelnya di dalam hati. Berani dia hendak berkata begitu secara terbuka. Silap haribulan meranalah dia cari kerja baharu.



"Sorry, Tengku.. Assalamualaikum," 



"Hurm.. Waalaikumusalam.." Jawabnya dan terus menunjukkan tangannya ke arah kerusi yang berada di hadapannya itu kepada Aifa Batrisya.



Nasib baik dia dibenarkan untuk kalau tidak tercabutlah habis lututnya yang slimming itu. Tanpa berlengah dia terus menarik kerusi di hadapannya itu dan melabuhkan punggungnya. Ahh!! Lega setelah berkejar kejaran di jalan raya tadi. 



"So... Kau dah kena interview haritu kan dengan Tengku Hasbullah?" Soal lelaki itu dengan memandang tepat ke arahnya.



Aifa Batrisya mengganguk laju. Dia masih ingat lagi pada hari sabtu tempoh hari dia datang temuduga untuk mendapatkan pekerjaan ini. Padahal cuma mencari setiausaha sahaja bukannya apa pun tapi caranya mengalahkan anak raja. Itulah orang ternama memang akan bongkak sedikit padahal itu hanyalah pinjaman tuham kepadanya sahaja bukannya kekal abadi pun.



"Jadi, Aku malas nak soal kau banyak banyak sebab aku ni banyak kerja nak kena buat. Buku arahan dan peraturan kau dah dapat?" 



"Dah.." Jawab gadis itu ringkas.



"Keluarkan.." Arah Tengku Harith kepada bakal setiausaha barunya itu.



Aifa Batrisya terus menyelak beg sandang miliknya itu untuk mencari buku seperti yang diminta oleh majikannya itu. Setelah 10 minit mencari tetap masih belum ketemu. Pada ketika ini jantung Aifa bagaikan tunggu masa hendam meletup. Takut!!! Takut dengan lelaki itu yang garang macam singa, harimau bintang, harimau belang..



"Cepatlah..." Tengking lelaki itu kuat menyebabkan Aifa Batrisya melatah dan secara spontan tangannya membaling beg sandangnya itu ke muka Tengku Harith.



"Ya Allah, boss maafkan saya..." Aifa Batrisya mula menggelabah sakan ketika ini. Disumpah seranah dirinya itu seperti perkara yang dibuatnya itu ialah perkara mungkar.



"Sakitlah.. Apa masalah kau??" Tengking lelaki itu kuat dan kembali membaling beg sandang gadis itu ke depan. Tidak sempat disambut gadis itu.



'Amboi.. Main baling je beg aku ye... Kalau pecah nokia 3660 aku ni macam mana. Eeeee.. Nasib baik kau tu majikan aku kalau tak dah aku sembelih kau 1 ribu kerat.' Bebelnya dalam hati.



"Sorry, Tengku. Saya ni cepat melatah dan saya ni cepat gelabah. Pasal buku tu saya terlupa nak bawak.." Katanya dengan menundukkan kepala ke bawah.



"Eh, kau berambus aku tak nak ambil pekerja macam kau ni." Kata kata Tengku Harith itu ibarat racun kepadanya. Gila kalau dia tak dapat kerja sudahlah dekat setahun dia menggangur dekat rumah. Ni kalau kena pecat balik rumah kena bebel pulak dia dengan ibu dan ayahnya.



"Ampun, Tengku.. Saya janji takkan buat lagi.. Tapi tengku janganlah pecat saya.. Saya ni orang susah Tengku.." Terpaksalah dia menjadi drama queen pulak sekarang ini dengan melutut ke bawah meja bagi mendapatkan pekerjaan.



"Hish, Ye lah.. Aku bagi kau kerja dan aku nak sekarang kau pergi masuk dalam bilik kau dekat sebelah ni. Nanti pasal arahan dan peraturan tu aku send melalui e-mail." Arah lelaki itu dengan menggosok matanya yang terkena beg sandang Aifa Batrisya sebentar tadi.



"Baik, Tengku.." Dengan perlahan lahan gadis itu bangun daripada kerusi yang didudukinya itu dan keluar daripada bilik Tengku Harith itu dan menuju ke biliknya yang berada di sebelah bossnya itu.



Aifa Batrisya seakan teruja apabila masuk ke dalam biliknya. Dia melihat biliknya itu luas dan seluas bilik bossnya dan biliknya dilengkapi dengan pelbagai perabot. Rasa seperti melompat sahaja tapi itu dirinya yang daif tidak seperti orang orang lain. Sedang sibuk bergembira macam beruk menang loteri itu Aifa Batrisya tidak sedar akan kehadiran bossnya di belakangnya. Apa lagi terkejut beruklah dia nasib sempat dikawal.



"Puas dah jadi macam monyet? Melompat sana sini macam monkey." Kata Tengku Harith dengan wajah seriusnya itu. 



'What? Dia kata monkey? Ishhhh... Memang kena beli insuran betullah mamat ni mulut dia tu.'



"Maaf, boss. Ada apa Tengku datang sini?" Soalnya ingin tahu.



"Nah," Lelaki itu menghulurkan kepadanya sebuah telefon bimbit nokia 3660 kepadanya.



"Aku jumpa dalam bilik tadi dan aku rasa tu mesti kau punya kan...." Belum sempat dia menghabiskan kata katanya Aifa Batrisya terus mencelah.



"Bukan... Takkan saya nak guna phone macam tu zaman sekarang ni." Katanya ingin menutup malu apabila telefon bimbitnya boleh berada di tangan bossnya padahal tadi elok je berada di dalam beg sandangnya.



"Oh, really. Jadi, kalau macam tu saya buang je lah.." Lelaki itu terus berlalu pergi meninggalkan bilik Aifa Batrisya dengan laju. Gadis itu menepuk dahinya berulang kali dengan tindakannya tadi itu dia berasa kesal. Matilah dia dah lah semua contact dia berada di dalam.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku