MISI MEMIKAT TENGKU HARITH (BAB 1)
Bab 2
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 November 2017
Tengku Harith telah menerima Aifa Batrisya sebagai PAnya namun hari pertama kerja Aifa Batrisya sudah buat perangai yang menyebabkan lelaki itu anti dengannya. Walaupun begitu lelaki itu tetap melamarnya kerana ingin lari daripada sepupunya Tengku Liyana.... Selepas berkahwin Tengku Harith cuba memikat isterinya itu dengan pelbagai misi walaupun ada sahaja cabaran dan halangan yang mendatang
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
461

Bacaan






Ahh!! Akhirnya, tiba juga masa rehat bolehlah aku berhenti daripada membaca peraturan dan arahan tentang Tengku Harith ini. Semuanya ada 1360 tapi aku baru baca 20. Katanya kena baca dan hafal ingat kau punya arahan ni apa drama sinetron yang aku duk minat yang aku duk layan. Kalau baca 1001 pasal kisah Irwansyah tu aku relalah ni kena baca tentang kau. Nak termuntah aku dibuatnya sudahlah telefon aku ada dengan dia. Ya Allah, serabutnya kepala otak aku.



Mata Aifa Batrisya yang asyik memandang ke arah skrin komputer itu terpandang sekilas ke arah susuk tubuh Tengku Harith yang keluar daripada biliknya. Dia mula mengukir senyuman apabila dia ada chance untuk mengambil semula telefonnya itu. Diintai ke kiri dan ke kanan seperti seekor SPY dari gerak gayanya. Apabila mendapat peluang dia terus berjalan menuju ke bilik bossnya itu.



Tiba di hadapan bilik Tengku Harith tangannya terus memulas tombol dan menolak pintu bilik lelaki itu. Sebaik sahaja kakinya hendak melangkah masuk ke dalam seseorang telah menepuk bahunya daripada belakang. Terkejut beruk Aifa Batrisya dibuatnya.



"Oi, bengong.." Jeritnya dan terus menumbuk pipi si gerangan yang menyergahnya itu. Apabila ditoleh betul betul rupa rupanya yang ditumbuknya itu ialah Tengku Hasbullah. Alamak!! 



Bukk!! Kelihatan Aifa Batrisya rebah lemah di lantai. Apa lagi kalau bukan pengsan padahal yang kena tumbuk orang lain tapi yang pengsan orang lain pula. Tengku Hasbullah hanya tersenyum melihat kerenah setiausaha anaknya itu yang pelik dan aneh. Tengku Harith yang berada di sisi papanya itu terus menepuk dahinya dan dia pula yang terpaksa mengangkat Aifa untuk dibawa masuk ke dalam biliknya dan diletakkan ke atas sofa. Oleh kerana, suruhan papanya dia redha. 



Buat kali ketiga air direnjiskan ke muka Aifa Batrisya dan kali ini kelihatan dia mula bergerak sedikit demi sedikit anggota badannya. Apabila matanya dibuka dia melihat muka Tengku Harith dan dia terus bangun daripada baringan dan menutup badannya dengan bantal. 



"Apa Tengku buat dekat saya?" Soalnya dengan muka yang merah menyala apabila melihat kelibat Tengku Hasbullah sedang dituam oleh setiausahanya.



"Eh, kau jangan nak beranganlah kau ingat kau tu lawa sangat. Eh, you not my taste." Kata Tengku Harith berbisik ke telinga setiausahanya itu perlahan hanya sekadar didengari oleh mereka berdua sahaja.



"Kalau bukan you taste kenapa Tengku bawa saya masuk dalam bilik Tengku?" 



"Woi, tadi kau tumbuk papa aku kan. Then, kau pengsan dekat depan bilik aku tu yang aku bawa masuk sini. And ini semua arahan papa aku kalau ikutkan hati aku ni nak je tinggalkan dekat situ untuk jadikan tontonan orang ramai."



Aifa Batrisya tersengih malu apabila mengingati kejadian tadi. Malu, segan semuanya ada. Kelihatan Tengku Hasbullah sedang melemparkan senyuman untuknya. Berdegup kencang jantung Aifa dibuatnya.



"Tengku, maafkan saya Tengku sebab tumbuk Tengku tadi. Sebenarnya, saya tak ada niat pun nak tumbuk Tengku semua tu kejadian luar kawalan Tengku sebab..."



"Sebab dia ni latah papa." Tengku Harith cepat cepat memintas percakapan Aifa Batrisya dengan memberitahu yang setiausahanya itu seorang pelatah.



'Biadap...... Berani dia potong cakap aku. Sakitnya hati aku dengan mamat ni. Nasib baik aku ni nak kerja lama kalau tak kau tahu nasib kau.' Aifa Batrisya cepat cepat meminta hatinya supaya terus bertenang dan bersabar.



"Oh, kalau latah tu tak jadi masalah pun. Ye lah, orang kalau dah latah tak boleh nak buat apa dah sebab dia akan terkejut dengan serta merta dan perlakuannya dan percakapannya itu semuanya spontan bukannya sengaja." Kata lelaki separuh usia itu ramah membuatkan Aifa Batrisya menjadi sejuk hati juga dengan lelaki tua itu bukannya seperti dengan majikannya sinis, ego dan macam macam lagilah.



"Haah, saya ni sebenarnya seorang pelatah Tengku. Jadi, sekali lagi saya minta maafkan saya sebab tumbuk Tengku tadi." Aifa Batrisya menunjukkan kedua dua belah tangannya tanda memohon maaf.



Tengku Hasbullah tergelak kecil dengan kelakuan Aifa Batrisya itu. "Baiklah, saya maafkan awak tapi saya rasa mesti awak belum makan lagi kan?" 



Aifa Batrisya menggeleng kepalanya laju laju. Padahal, perutmya memang sudah mula berkeroncong pun pada ketika ini rasanya seperti dicucuk sahaja perutnya. Ye lah, pagi tadi sarapan tidak dia menyentuh langsung dek kerana lambat punya pasal.



"Jadi, sekarang awak boleh pergi makan dengan setiausaha saya ni. Lepastu, masuk office balik." Arah Tengku Hasbullah kepada Aifa Batrisya dan juga setiausahanya itu Nada Syuhada.



"But, papa lepas ni Harith kena jumpa client and Harith kena bawa Aifa sekali..." Belum sempat dia habis berkata kata papanya segera memotong.



"Habistu, kalau dia kena ikut Harith pergi jumpa client takkan dia tak boleh makan tengah hari kot?" Tengku Hasbullah menggelengkan kepalanya dengan sikap anak lelakinya itu yang tidak prihatin terhadap orang lain.



Aifa Batrisya tanpa menunggu lama terus keluar daripada bilik majikannya itu bersama Nada untuk keluar makan tengah hari. Selepas mengambil beg sandangnya di dalam biliknya dia terus berlalu pergi.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku