DARI KERANA MATA
Bab 3
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 November 2017
(Kisah cinta dan seram) Ameera husna pnyai 6 sense .Mereka bertemu dlm 1 kmalangan mbabitkan 1 llki , Arman .Ada ssuatu yg Arman imgin slesaikan , dia sllu mghantui Ameera dlm ms yg sma terbitnya 1 rasa asing dlm diri masing2 ( New cover by Ruby Annas ).
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
261

Bacaan






      ARMAN kelam - kabut mengemaskan pakaiannya ke dalam bagasi sederhana besar.Hanya barangan penting sahaja yang dia perlu bawa nanti ke sana.Penat usahlah di tanya, baru sahaja setel job pagi tadi kini dia baru mendapat satu panggilan .Dia harus ke Ipoh untuk menguruskan hal keluarganya pula.Urusan pembahagian harta memandangkan dia dan tiga orang abangnya baru sahaja kehilangan kedua orang tua mereka.

      " Hello ...Hah, ya kak saya baru je sampai dari Penang ni ...Saya tengah bersiaplah ni ....Tak apalah kak, saya drive sendiri "

      " Tak penat ke dik ? Drive elok- elok tau ! Apa- apa hal call akak tak pun abang Addy kamu, ya "

      " Ye, kak...," jawabnya sebelum memutuskan talian.Telefon pintar yang diselitkan antara bahu dan telinganya dia tarik keluar lalu diletakkan ke tepi dahulu.

      Tiba- tiba dia terasa dahaga.Pakaian dibiarkan berserakan atas tilam sebelum dia menuju ke arah pintu .Pintu ais besarnya di buka luas lalu botol air mineral diangkat keluar .Penutup yang agak ketat dipulas sekuat mungkin.Tanpa dia menyedari sikunya yang bergerak- gerak itu bakal menolak gelas yang diletakkan tepi bucu meja makan.

      BUKK! PANG ! Berderaian gelas itu kini lalu bergeletak atas lantai jubin itu.Penutup juga terpelanting ke atas." Allahuakbar ! ," ucapnya menggelengkan kepalanya.Walaupun begitu, dia meneguk terus dari muncung botol air mineral itu kerana dia terlalu dahaga.

      Setelah dahaganya hilang, botol berkenaan diletakkan kembali ke dalam peti sejuk tanpa berpenutup."Auochh !! ," teriaknya kecil , jari yang tertusuk serpihan kaca kini mengalirkan darah merah pekat.Titisan - titisan darah itu kini dijilat rakus oleh seekor makhluk berupa perempuan tua berhidung paruh seperti nenek kebayan.

      Arman bingkas bangun lalu membuka pili air kerana aliran darah semakin deras keluar.Dia lalukan jari telunjuknya bawah pancuran air pili itu .Selain itu dia juga memicit darah dari kesan luka itu keluar habis .

      Makhluk hodoh itu merangkak sambil menjilat titis- titis darah sepanjang lantai itu sehingga ke arah bilik Arman." Barang - barang aku ni kan , selalu macamni ...Bila aku cari haram nak jumpa , tapi bila aku tak nak ada je aku jumpa merata!," gumamnya sendirian sambil memunggah laci ke tiga pula.kotak kecemasan itu sebenarnya berada di atas almari pakaiannya sahaja.

       Darah semakin meleleh dan terkena pada kemeja yang sedang dia pakai.Perempuan tua pula masih mengangakan mulutnya sambil menelan titisan darah yang mengalir dari jari tersebut.

       Luka itu semakin berdenyut kini .Liar matanya memerhati sekeliling sehinggalah tumpuannya terhenti pada satu kotak putih atas almari .Akhirnya dia tersenyum seraya menggelengkan kepalanya .Lah dekat situ rupanya ! Arman ! Arman ! 

       Kakinya dijengketkan sedikit semasa mahu mencapai kotak tersebut .Setelah dia berjaya mencapainya dia membawanya ke katil.Punggung dia labuhkan pada birai katil .Kotak tersebut dibuka.Nasibnya agak baik kerana air dettol dan handyplus masih lagi ada walaupun sedikit dan sekeping.

       Berkerut bibirnya menahan pedih pabila iodin yang tinggal sisa- sisa itu di sapukan atas luka tersebut dan kemudian handy plus terus ditekapkan perlahan.

        Telefon pintar menjerit lantang sekali sehingga dia mengangkatnya." Hello..Ya Allah kak!! Maaf...Maaf hampir saya terlupa...Jari saya terkena kaca..ok..ok ..Baiklah..Nanti saya dah sampai saya call akak.." 

       Setelah memastikan balutan plaster handy plus kemas , Arman bingkas bangun tanpa mengemas semula kotak kecemasan di atas katil.Kunci , dompet , kacamata aviator terus dia kenakan , sedikit perfume dia semburkan pada kemeja yang hampir dia lupa untuk di cuci tompokan darah tadi.

       Laju sahaja dia keluar tanpa dia perasan akan telefon pintarnya yang kaku atas meja kerjanya.Lampunya berkelip- kelip menandakan ada panggilan baru masuk.

        Sementara menanti pintu lif terbuka dan naik.Arman terhidu sesuatu.Kembang- kempis hidungnya kini.Mana tidaknya, ada dua ekor makhluk berwajah hodoh dengan sebelah mata terjuntai dan lidah yang panjang sedang menjilat hujung kemejanya yang masih lagi ada kesan darah .

         Andainya hijab lelaki itu terbuka sekarang , rasa- rasanya pengsan dia ! Dengan liur busuk mereka berjejehan keluar.Amat meloyakan ! 

         TING ! Pintu lif terbuka luas.Kelihatan seorang lelaki berjaket nike dan mukanya ditutupi hoodie.Arman melangkah masuk lantas menekan punat G untuk groundfloor.

          Dari dalam cermin sisi kiri dan kanan, lelaki yang wajahnya disembunyikan dalam hud nya kini mendongak.Pucat lesi wajahnya, bibirnya lebam dan ada darah kering dan ya, matanya terpelohong tiada bermata.Arman terasa berdebar lain macam kini.Dia seolah merasakan ada mata- mata yang sedang memandangnya kini.

       Dia cuba abaikan .Perasaannya sahaja itu.Matanya merenung nombor lif yang dia dapat rasakan terlalu perlahan pergerakannya.Sedangkan selama ini, laju sahaja dia sampai ke groundfloor .

       TING ! G ! Pintu terbuka luas lalu memaparkan kegelapan pemandangan di hadapannya itu.Kelihatan beberapa buah kereta sahaja yang masih lagi terparkir di area itu.Arman melangkah keluar , namun dia berasa pelik .Kenapa lelaki yang berada dengannya tadi masih lagi tidak keluar? 

       Hanya bunyi serekan bagasinya sahaja dan derap tapak kasut Jimmy choo yang menghiasi suasana sepi di kawasan parkir gelap itu .Arman terhenti lalu menoleh , pintu lif masih lagi terbuka walaupun sudah lama.Entah mengapa, matanya nakal untuk merenung dalam lif itu lebih lama lagi  .

        Pintu itu seolah- olah sedang ditekan seseorang! Sekejap ia buka, sekejap ia tutup! ' lain macam pula lif malam ni ? Rosak ke pun?,' monolog Arman berasa pelik.Sedang dia merenung ke dalam lif itu ,lelaki berhud itu meletakkan kedua belah tangannya ke kepalanya.

        " Allah ! Allah ! Allah ! ," teriak Arman terus membuka langkah seribu .Tubuh tanpa kepala itu tetap tegak berdiri dalam lif itu .

        Kelam- kabut bonet dihempas kuat.Pintu di tarik, dengan langkah yang panjang dia membolosi ke dalamnya.Terketar- ketar tangan memulas kunci untuk menghidupkan enjin.

        " kondo ni berhantu ...! ," luahnya berpeluh- peluh.Kereta bmw hitam metalik itu menggelongsor laju menuruni ruang parkir .

         Arman melambaikan tangannya pada ketua security yang bertugas pada malam itu .



***********


      AMEERA HUSNA berlari untuk menuju ke pintu lif.Nasiblah malam ini , malam terakhir dia terpaksa stay back di pejabat! Nasibnya sungguh baik sampai- sampai sahaja , pintu lif pun terbuka luas .Laju dan luas langkah kakinya memasuki ke dalam lif berkenaan.Punat G terus dia tekan.

       Ameera Husna bersyukur kerana pada malam ini tidak seperti selalu.Alhamdulillah , tiada apa yang datang menganggu kerjanya tadi .

       PAP ! Tiba- tiba gelap suasana ! "Allah , kenapa pula ni ? Alahai , takkan lif rosak pulak ? Nak minta tolong pada siapa pun aku tak tahu ! Bukannya ada orang pun ! Allahu! ," omelnya cukup gelisah .Tangannya terpaksa meraba pintu dan dinding lif.

       " Dugaan apa pula kali ini ? Ya Allah ! Abang , tolong....," gumamnya , pabila resah semakin hebat melanda diri.Dengan tak boleh berbuat apa- apa dalam keadaan yang gelap- gelita itu .

       " Ameee......ra.....Ameee...ra..." Lagi sekali dia diganggu suara yang menyeramkan itu." Tolonglah....Tolong jangan ganggu akuuuu....," lirih Ameera Husna mulai ketar suaranya.Airmata mulai mengalir deras.

      " Ameeera....Ameeee....ra.....Ameee....ra...." 

         Ameera Husna buntu dan tidak tahu berbuat apa .Lif dia rasakan begitu lama terhenti begitu juga dengan ketiadaan elektrik.Dari ekor matanya, dia dapat melihat ada juntaian sepasang kaki yang melecur teruk , isi dagingnya amat merah dan mulai berulat.Darah berlinangan keluar .

        " Allah ! Allah ! Allah ! HasbunAllah wani' man wakiill..." zikirnya tanpa jemu .Matanya kian rapat dia pejamkan.Kadang- kala, dia terhidu bau busuk yang teramat sangat.Adakalanya tangannya terasa ada sesuatu bendalir sedang menitis atasnya.

       " Argh !!," teriaknya langsung memeluk kedua lututnya.Matanya yang berair dia pejam rapat serapatnya." Allah! Allah ! Allah ! ," zikirnya , tahmidnya kini.

       Wajahnya di suluh oleh satu cahaya yang amat terang .Drastik tangannya menutupi wajahnya dek silau ! 

        " Cik ! Cik ! Kenapa ni cik ?," soal satu suara .Ameera Husna dapat merasakan di hadapannya itu sangat lapang dan bercahaya terang .Dengan bismillah , perlahan- lahan dia bukakan matanya.Silau ! Lantas lampu suluh itu di suluh ke tepi .

         Pegawai keselamatan itu berasa pelik dengan ulah Ameera Husna." Tadi...Tadi lif rosak ...," ujar Ameera Husna masih lagi terketar- ketar ketakutan .Berkerut dahi lelaki separuh umur itu .Setahunya tiada lif yang rosak .

        " Cik, saya rasa eloklah cik balik sekarang ....Tentu cik sangat penat sehingga berkhayal..." 

        " Encik kata saya khayal ? Tak ! Saya tak berkhayal ! Memang lif ini rosak ! " 

        " Cik, lif tak rosak cik..." 




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku