DARI KERANA MATA
Bab 4
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 November 2017
(Kisah cinta dan seram) Ameera husna pnyai 6 sense .Mereka bertemu dlm 1 kmalangan mbabitkan 1 llki , Arman .Ada ssuatu yg Arman imgin slesaikan , dia sllu mghantui Ameera dlm ms yg sma terbitnya 1 rasa asing dlm diri masing2 ( New cover by Ruby Annas ).
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
226

Bacaan






      LAMPU MERAH seakan lama dia rasakan kini.Ada juga yang berani tekan hon walaupun mereka tahu ada pasukan polis sedang bertugas di jalan itu.Tak lama kemudian, kedengaran siren ambulanse dan bomba.

      Bungkusan plastik hitam tepi keretanya bergerak- gerak ditiup angin.Ameera Husna memberanikan dirinya untuk melihat ke arahnya.

      " Allah ! ," teriaknya kuat lantas menekup mukanya.Wajahnya hancur , bebola mata terkeluar dari dalam soketnya lalu terjuntai antara wajah itu dan aspal jalan.Darah menyeruak memenuhi ruang aspal itu.

      " Cik...Jalan cik..Jalan...," tegur seseorang.Makin membulat mata Ameera Husna pabila pandangannya tertancap pada makhluk berbadan togel sedang menjilat- jilat darah pada mayat dan aspal .Enjin di hidupkan, minyak ditekan kuat lalu berdesup laju tanpa sebarang pamitan pada pegawai polis muda itu.

       " Huh...Nama je perempuan...," omelnya menggelengkan kepalanya lalu melambaikan kembali lampu hijau pada tangannya isyarat jalan pada kereta lain.

        " Ish, kenapa pula radio ni.? Tekan ini tiada siaran, tekan ini pun tiada.Nak kata dalam terowong pun tak , hutan lagilah tak ...," Ameera Husna mengomel seorang diri sambil memusing tune radio.

        Keretanya kini semakin menghampiri ke arah bukit antarabangsa.Malam ini dia terpaksa tidur bersendirian kerana abangnya terpaksa outstation selama 3 hari 2 malam di Johor.

       Sungguh, sungguh dia tak menyangka sama sekali.Darah daging sendiri tega aniayainya sehingga begini sekali.Segala apa yang terpapar dihadapannya kini bagaikan filem.Kehadiran abang ngah 2 hari lepas ada udang di sebalik batu.Dan dia pula ke Penang dengan flight dan tumpang kereta kawan sehari selepas.

       Jadi apa yang dia dengari tempoh hari adalah benar! Mata abang- abangnya di kelabui wang dan harta pusaka keluarga .Sayang sekali, kakak iparnya sungguh baik sekali .

       Ameera Husna terpaksa menetapkan hatinya , memasak keberanian dalam pemanduannya.Dia terpaksa melihat apa yang mata kita tak melihat.Bukanlah dia pinta tetapi telah ketentuannya hijabnya bakal terbuka kembali.

       Lepas satu , satu makhluk ngeri terpaksa dia pandang sepanjang perjalanan .Apatah lagi laluan itu memang ' keras' .

       " Allah ! Anjing! ," laungnya terus menekan brek .Dan keretanya terus terhenti di hadapan kawanan anjing hitam.

       Grrrrr...Grrrt....Menderam- deram kesemuanya .Walaupun Ameera duduk dalam kereta namun, dia tetap gementar.Apatah lagi , mata merah mereka sedari tadi merenungnya tajam .

        Anjing hitam bermata merah ? Wujudkah ? Benarkah mereka itu anjing ? 

        " Apa aku nak buat ni ? Bila aku nak sampai ni ? Ya Allah ! ," keluhnya.Namun, yang pelik kenapa kereta lain, budak motor boleh lepas begitu sahaja , bagaikan tiada halangan.Atau dia sahaja kah yang nampak ? Adakah anjing - anjing itu tak wujud ? 

         " Auzubillah ....," lafaznya dengan menanamkan tekad dalam hati .Apa nak jadi , jadilah .Yang penting dia harus sampai ke rumah dengan selamat .Jam dipergelangan tangannya dikerling entah kali ke berapa .Nak masuk 4 pagi dah .Tapi dia masih atas jalan.

         " Aduh, mana pula charger aku letak," omelnya buka dashboard pula.Telefon pintar semakin malap." Argh!! ," herdiknya geram lalu menghidupkan enjin." Aku tahu kamu semua bukan anjing !! ," laungnya kuat .Keretanya terus merempuh kawanan anjing hitam itu .Lalu seekor, seekor ghaib ditelan gelap malam.

        Cermin pandang atas direnung lama.Dan memang ternyata mereka itu syaitan laknatullah .Lorong untuk ke kawasan perumahannya makin kelihatan.Lampu tinggi dia tutupkan semula.

        Perlahan- lahan , jelmaan wanita berpakaian serba putih itu mengapung dirinya ke atas bumbung rumah Ameera Husna.Ameera Husna turun dari keretanya lalu menapak ke arah pagar , mangga dibukakan.

         Setelah itu , kakinya membolosi semula ke dalam kereta.Tanpa Ameera sedari dia bawa sekali seorang ' penumpang' dari tempat kemalangan tadi .

          Pagar ditutup dan di kunci semula.Tiba- tiba belakang lehernya terasa di hembus seseorang .Laju telapak tangannya memegang lehernya yang telah pun dia bukakan tudungnya .

          Matanya liar kembali .Pandang ke setiap arah.Setelah memastikan pagar telah terkunci , Ameera bergegas menapak ke arah pintu rumah.Dan ' seseorang ' itu pula telah pun selamat masuk ke dalam rumah.

    


************


      ENTAH kenapa tidurnya tak pulas.Jenuh dia pusingkan badannya kanan dan kiri namun matanya tetap berdegil tak mahu tidur.

      " Tolong aku....," bisik satu suara di corong telinganya kini.Makin membulat matanya kini.Selimut makin dia tarikkan ke dada.

      " Tolong aku....Aku tahu engkau boleh ...." bisik suara itu lagi .Ameera Husna sengaja memekakkan telinganya.Mata terus dipaksanya lena.

       " Tolong akuuuu....," lirihnya lagi.Suara itu merintih kesedihan dan keperitan.Semakin erat matanya cuba di pejamkan , semakin kuat bau busuk itu.Adakalanya seakan hanyir darah! 

       " Allahulahaillallah ....," ayat qursi cuba dia habiskan walaupun tidak lancar akibat ketakutan .Selimut perlahan- lahan dia turunkan dari menutupi mukanya.Aircond yang dingin panas dia rasakan kini.

       Sosok tubuh itu masih lagi tegak berdiri dengan kepala yang terkulai- kulai.Kemudian , secara perlahan- lahan dia menghilang.Selimut dia turunkan separuh lagi .Ternyata bilik yang hanya diterangi lampu tidur malap itu kosong .

       Ameera Husna cuba bangkit dari pembaringannya." Allah ! ," teriaknya lalu menyelubungi kembali tubuhnya dengan selimut.Sosok berupa pocong itu pula melompat ke arah kegelapan lalu kian menghilang.

       " Abang....Husna takut bang...," gumamnya terketar- ketar.Mahu mencapai telefonnya dari atas meja lampu pun tidak dia berani.Walaupun hatinya terlalu ingin call abangnya di sana....Malam ini dugaan benar- benar hebat.Tiba- tiba dia teringatkan sosok tubuh tadi.Kenapa keadaan tubuh itu bagaikan dia pernah lihat sebelum ini ? 

       Tanpa gadis itu sedari, ada ' sesuatu' sedang perhatikan ulahnya ketika itu dari dalam cermin di meja soleknya.Dan ' sesuatu' itu menyerupai seorang lelaki! Seorang lelaki yang bertembung dengannya tempoh hari ! Wajahnya kelihatan sayu sekali.

       Keberanian Ameera Husna sekali lagi di cabar ! Kali ini dengan ketukan bertalu- talu di pintu biliknya .Seolah- olah ' ada' yang berkeras mahu masuk ke dalamnya ! 

       Pada mulanya, jelmaan lelaki itu juga kelihatan amat takut sekali kerana selama ini tak pernah dia lihat penampakan - penampakan itu.Jika ada sekalipun, di kondonya.Tapi, dia cuba berfikiran rasional dengan menganggap semua itu ilusi dia sahaja.Lagi pula, dia sendiri tak terjangka akan menjadi begini ! Roh terpisah dari jasadnya ! Sungguh tak dia duga sama sekali ....

      " Ameee....ra....Ameeee....ra....Aku....mahu....masukkk.....," satu suara menyeramkan cuba menganggu hati yang semakin di asak ketakutan itu.

       Makin menggeletar seluruh tubuh Ameera walaupun berkelubung itu.Katil di goyang dengan kuat.Makin deras airmatanya , makin laju mulutnya membaca surah qursi walaupun adakalanya, agak tunggang- langgang.

       " Hei..!" Bisik suara itu dan semakin dekat.' Tolonglah....Jangan ganggu aku lagi....Aku dah tak sanggup lagi...

Tolonglah....' Ameera hanya mampu merintih di dalam hati.Nak bersuara, mulutnya bagaikan di gam! 

        Kemudian, terdengar pula jendelanya bagaikan di cakar 'sesuatu ' dari arah luar.Kriekkkk.....kriekkkkk.....kriekkkk.....Dummmm! Dummmm!! Pintu pula bagaikan mahu roboh dengan paluan ketukan! 

         Katil lagi sekali di goyang , di goncang dengan kuat.Mahu tercabut segala skrunya kini.Bayangkan bertapa kuatnya goncangan itu ! 

          " SubhanAllah ! SubhanAllah ! SubhanAllah ! " Lafaznya semakin kuat.Ameera Husna terpaksa menguatkan dirinya.Dia harus lawan dengan semua gangguan itu! 

         " Allahuakbar ! Allahuakbar! " Laungan azan subuh kedengaran kuat kini.Sunyi sepi kini.Tiada lagi goyangan pada katilnya.Ameera Husna bernafas lega lalu perlahan- lahan dia turunkan selimutnya.

        Kosong ! Gelap ! Sunyi ! Hanya azan dan jam yang telah dia kuncikan menjadi irama kini.Peluh dia seka dengan rakus , pantas dia menuruni katilnya .Tuala yang tersangkut di penyandar kerusi meja soleknya dicapai laju .Dia harus mandi dan berwuduk kini.

         Ditempat kejadian kemalangan, dia tidak senang duduk kini.Tubuhnya agak panas.Dia tak tahu mana mahu pergi....




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku