DARI KERANA MATA
Bab 6
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 November 2017
(Kisah cinta dan seram) Ameera husna pnyai 6 sense .Mereka bertemu dlm 1 kmalangan mbabitkan 1 llki , Arman .Ada ssuatu yg Arman imgin slesaikan , dia sllu mghantui Ameera dlm ms yg sma terbitnya 1 rasa asing dlm diri masing2 ( New cover by Ruby Annas ).
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
172

Bacaan






       " TOLONG aku.....Tolong aku , Amee...ra...! " 

       Kerjanya yang menimbun terus tak jadi dia siapkan.Tak sangka, Ameera Husna masih lagi di ganggu dengan suara lirih meminta tolong itu.

        ' Siapa kau sebenarnya ? Kenapa masih lagi tak jemu menganggu aku ? ' monolog Ameera Husna merasa agak tercabar.Kubikel banyak yang telah kosong memandangkan jam tepat 7 malam.

         Ameera tetap tunduk memandang mejanya dari mendongak.Tentu sahaja ada yang muncul dihadapannya nanti.Dalam ahli keluarganya kenapa mesti dia ? Kenapa tidak abang Ameerul ? Dia kan lelaki tentu semangatnya kuat .

         Atok ! Ya, dua malam kelmarin dia bermimpikan atoknya dikampung.Ada sesuatu yang atok cuba sampaikan padanya ? Tapi tiap kali dia mahu membuka bicara itu atok

ghaib begitu sahaja! Dan dia juga terus terjaga.' Aku harus pulang ke kampung , mungkin mimpi itu satu petanda ! ' monolognya lagi.

       PAP ! Bahunya ditepuk seseorang .Tanpa berlengah lagi Ameera terus berpusing.Perlahan- lahan dia membuka matanya yang sengaja dia pejamkan.Kosong ! Lagi sekali dia dipermainkan ! 

       Ramai antara staff pejabat tidak tahu akan kewujudan beberapa entiti dalam ruangan itu.Pernah sekali itu, dia dikejutkan dengan sebuah pemandangan yang mengerikan di mana bilik yang sentiasa bermangga besar tepi pantry itu terbuka dengan sendirinya..

       Ameera Husna walaupun gementar dia tetap juga melangkah masuk ke dalamnya.Dah lama dia kepingin tahu apa rahsia bilik itu .Semasa dia mula- mula masuk bekerja hijabnya tertutup kembali.Sehinggalah peristiwa di tanah perkuburan tempoh hari , dan itulah permulaannya.

        Tersembur air tehnya.Mug ditangan terlepas lalu jatuh berkecai di lantai.Seorang gadis telah menggantungkan dirinya  pada bilah kipas kamar itu.Matanya terjegil ke arah Ameera.Lidah juga terjulur panjang ke bawah.Dan perempuan itu memakai blouse dan skirt putih !! 

       Semenjak kejadian itu , Ameera Husna tidak berpuas hati .Dan dia mulai menjalankan siasatannya.Melalui kak Norma staf paling lama di situ ,memang ada kes gantung diri.Kerana kekasihnya iaitu mantan bos syarikat itu tidak mahu bertanggungjawab .Dia berbadan dua .Dan ini bermakna  adakah abang kepada Tuan CEO itu jahat ? 

       Ah, persetankan.Masalah yang sedang dia hadapi itu pun membebankan pundaknya kini.

        " Tolong aku ....Tolong aku Amee...ra...." Suara itu mengganggu lagi.Liar matanya mengitari seluruh ruang pejabat yang luas dan bercahaya kelam itu.Tiba- tiba, matanya tertancap pada satu sosok tubuh berwarna hitam.Kejap muncul, kejap menghilang.Itu yang Ameera perasan .Jenuh jugalah dia picingkan penglihatannya di dalam gelap itu.Entah dari mana munculnya sedikit keberanian dalam jiwanya.

       'Aik, mana pula perginya ? ' monolog Ameera pula tercari- cari.Berani pula dia ? Tanpa dia sedari malam makin larut .

       " Angkatlah adik oiii! Vibrate ke apa," omel Ameerul Husny mundar- mandir ke depan , ke belakang.Selalu rajin je menelefonnya.Pernah juga Ameerul menegurnya jangan kerap sangat pulang lewat malam tapi katanya, sudah tuntutan kerjanya begitu.

         Telefon pintar yang berada tepi laptopnya dah berkali - kali bergegar.Ameera masih lagi ralit memandang ke arah sudut berdekatan kamar Tuan Ceo.

         " Ya Allah ! " Teriak Ameera hampir terlentang .Munculnya seorang lelaki, dan oh iya wajahnya tidak menakutkan.Cuma bibirnya sahaja terkoyak sedikit.' Lelaki ini lagi , aku rasa aku pernahlah jumpa dia ni ' monolog Ameera jenuh berfikir.

         " Jangan takut pada aku , aku takkan mengapa- apakan kau "

         " Kau siapa ? Kau nak apa dari aku ? Kenapa ikut aku ? Kau dari mana sebenarnya ? " Bertubi soalan,  laju sahaja keluarnya .Ameera Husna menjadi sedikit berani dek wajah yang seperti orang biasa itu .

         " Aku bukan ikut kau ! Tapi kau yang bawa aku " 

          " Apa maksud kau ? Hah ? Aku bawa kau ? Bila ? Aku bawa han..." 

         " Sebab kau boleh nampak hantu seperti kamilah , aku memerlukan sedikit bantuan kau ! Aku harus selesaikan apa yang telah di mulakan !! " 

          Makin berkerut wajah Ameera Husna kini.Selesaikan apa pula ? Dugaan apa pula ni ? Ya Allah !! 

          " Aku Arman.Dan kau tentu pernah nampak jasad aku dalam kemalangan tempoh hari .Kau memang pernah nampak aku ...." 

           Baru Ameera Husna tersedar kini.Ya, dialah yang terpandang wajah ngeri lelaki itu tatkala bungkusan plastik yang menutupi mukanya diterbangkan angin.

          " Tapi , be...be...tul ke ni kau lelaki itu ? Kenapa wajah kau ? ," soal Ameera Husna mulai gementar.Arman tersenyum sahaja.Agak ngeri pula senyumannya .Apalagi bibirnya yang terkoyak itu terjuntai ke bawah isinya sedikit.

           Ameera Husna memalingkan wajahnya.Makin seram pula bila direnung lama.Akui lelaki itu agak kacak juga cuma tulah koyakan bibirnya itu agak creepy.

           " Itu semua tak penting.Yang menjadi persoalannya sekarang, aku teramat memerlukan bantuan kau " 

           Jikalah pada masa itu abangnya atau sesiapa sahaja yang ternampak perbualan mereka tentu sahaja Ameera akan di cop sebagai gila! Dan ya, lelaki itu juga yang ikutinya sehingga ke hospital tempoh hari  .

          Er...Bukan ikut kot , tetapi mungkin nak melawat jasadnya atau sebaliknya .




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku