DARI KERANA MATA
Bab 7
Genre: Seram/Misteri
Kategori: Novel
Paparan sejak 16 November 2017
(Kisah cinta dan seram) Ameera husna pnyai 6 sense .Mereka bertemu dlm 1 kmalangan mbabitkan 1 llki , Arman .Ada ssuatu yg Arman imgin slesaikan , dia sllu mghantui Ameera dlm ms yg sma terbitnya 1 rasa asing dlm diri masing2 ( New cover by Ruby Annas ).
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
170

Bacaan






      PILI dipusing lantas dia mencapai pencuci mukanya lalu dipicitkan sedikit di atas telapak tangannya.Dia titiskan sedikit air supaya menjadi menjadi busa sebelum dia sental ke mukanya.Memandangkan hari ini dia akan mengikuti abangnya outstation.Cuti pun dah lulus.Dan dia akan terus pergi dari sini.Mahu mandi mungkin tak sempat , takpelah nanti singgah RnR jelah.

      Wajahnya agak berminyak apatah lagi dengan mekapnya lagi.Mata terpejam rapat kalau tak tentu buihnya masuk ke dalam mata.Pedih woii! 

       Tandas tingkat 4 ni memang jarang orang datang entah kenapa.Tandas tingkatnya pula sedang dicuci .Maklumlah dah pukul 5 kan.Memang malas sebenarnya nak ke toilet ini tapi bedall jelaa...

       Sedang dia asyik menyental mukanya.Ada kepulan asap menerawang mengelilinginya.Lantas , perlahan-lahan ia membentuk sosok seorang perempuan.

       Krikkkkkk....Dummm....Pintu ditarik dan tertutup dengan sendiri." Oh mak hang hijau ! ," latah cliche Ameera.Terus dia tundukkan sedikit mukanya ke dalam sinki .Dengan mata yang masih terpejam, muka pula dipenuhi buih, tangan di tadahkan ke bawah pili air.

       Agak- agak makin penuh terus dia curahkan ke muka sambil mengosoknya lagi .Tangannya meraba sesuatu." Aik, mana pula tisu ni ....Mata pedih ni...," omelnya masih lagi meraba simen sinki tersebut.Bungkusan tisu yang terawang- awang itu kini diletakkan tepi tangannya semula.

       " Ni tisu awak..." ujar satu suara.Akhirnya Ameera dapat pegang bungkusan tisu premiernya." Terima kasih ," ucap Ameera Husna seorang diri sambil tersenyum.Dia tarik tanpa kira berapa helai tisu tersebut lalu di pedap- pedapkan ke mukanya yang basah itu .

       " Awak pakai wangian apa ya? Wanginya ?," soal Ameera masih lagi belum membuka matanya." Awak, awak...," ujar Ameera lalu membuka matanya." Aik, bukan ke tadi ada orang ? Bila masa dia keluar? Nape aku tak dengar pun derap tapak kasut dia ,?," soal Ameera pelik.Jenuh dia pusingkan kepalanya .Ternyata hanya dia sahaja kini.

       Ameera Husna mengangkat bahunya lalu dia abaikan sahaja.Dia kembali menilik wajahnya dalam cermin.Setelah dia pastikan kering, tas tangan ditarik lalu dia bongkarkan isi dalamnya.

       Ameera Husna ralit mencari bedak kompek tanpa dia sedar biasan wajahnya dalam cermin itu agak menyeramkan.Statik tak bergerak, hanya mata yang terjegil liar ke kiri dan ke kanan.Perlahan-lahan bibirnya semakin melebarkan senyuman.

       Ameera mendongak lalu dia menyapu bedak kompek itu tipis sahaja sebelum dia memulakan mekap mata, pipi dan bibir." Dah pukul berapa ya ? " soalnya sendiri.Jam dikerling sebentar.Hampir ke angka 7 sudah tak sedar .

       Krikkk.......Pintu tandas berbunyi seakan di tolak seseorang dari luar.Ameera berbuat tidak tahu sahaja.Sehinggalah dia ternampak satu bayang hitam berlegar-legar diluar.Berlandaskan cahaya lampu luar .

        Ameera menyambung kembali tugas merias wajahnya itu walaupun rasa takut mulai hadir .Ameera semakin laju menyapu blusher di pipi pabila bauan seakan kemenyan pula menusuk hidungnya kini.

       ' Allah, pehal bau kemenyan pulak ni? Siapa pula yang bakar? Nak kata kedai nyonya bawah , itu colok lain bau sikit baunya...' 

        Krikkk...Krikkk....Bunyi seakan pintu salah - satu pintu kubikel di buka , tutup oleh seseorang.Pantas Ameera menoleh ke tepi .Ternyata pintu kubikel hujung kejap dia buka, kejap dia tutup dengan sendiri.Siapa aja yang ada pun ? Dia aje....

        Ameera Husna menarik nafas dengan payah kini.Apatah lagi kini matanya tertancap pada sesuatu yang dia sendiri tak jangka adanya.' Sesuatu' yang melekap atas siling tandas.Matanya merah sekali, sambil tersenyum menyeringai padanya.Bedak kompek ditangan terlepas ke sinki lalu pecah bedaknya.

       Air liur terasa kesat sekali kini untuk ditelan.Ameera makin membulat matanya tatkala dirinya dalam cermin merenung tajam padanya.Tegak sahaja sedangkan dirinya kini makin terundur ke dinding.

        " Ameee....ra....." bisik satu suara betul- betul tepi telinga kirinya." Hah! ," teriaknya makin mengundur .Tas makin erat didada.Benda yang melekap disiling semakin menghampirinya.Begitu juga dengan ' dirinya' dalam cermin.

        Berdentum pintu tertutup kini.Kelam- kabut Ameera berlari ke arahnya." Ya Allah ! Bukak! Bukak ! Tolong ! Ada sesiapa di luar ! Bukak ! Bukak! ," teriakan lantangnya bergema.

         Dumm! Dumm! Dumm! Pintu di ketuk kuat dan berkali.

          "Amee...ra.....Ameeeeraaaa..." 

" Tidakkk! Tidakkk! Pergiik! Pergii ! Jangan kacau akuuu!! ," jerit Ameera makin tak keruan.

          " Ameeera...Amee...ra...!" 

          " Tolong ! Bukak pintu ni !Bukak pintu ini....Tolonggggg" 

          " Ish...Angkatlah phone ! Mana pula perginya ?"

           " Husna ! Hello! Hello ! " 

           " Hihihi ! " 

           " Hello ! Husna ! Jangan main- mainlah ! Abang kat bawah ni ! Turunlah cepat ! Kita dah lewat ni ! " 

           " Hihihi....A....bang....A...bang....! " 

           " Hello ! Husna ! Jangan main- main abang kata ! " Ameerul mulai bengang .Pelik pula Ameerul kini , jarang Ameera nak berjenaka begini.Dia serious orangnya.Suara juga lain.Siapa sebenarnya di talian? 

           Tangannya memegang leher tatkala terasa ada benda tajam bermain di leher.Tiba- tiba Ameerul merasa berdebar dan merinding.Adakalanya terasa seperti orang tiup di lehernya.

           Pintu kereta dibuka.Ameerul lantas keluar.Dingin sekali di luar dengan suasana makin gelap.Liar matanya memerhati sekitar bangunan 11 tingkat itu.Kalau- kalau ada para pekerja yang keluar dari situ.Dia mahu bertanyakan Ameera Husna.

         " Dia dah balik bang...Last saya jumpa masa tu dia nak ke tandas kat tingkat 4 " 

         " Oh , kalau begitu tak apalah.Terima kasih ya dik" 

         " Kamu semua nak apa dari aku ? Kenapa ganggu aku ? Pergi aku kata ! Pergiiii..." bentak Ameera kini terduduk tepi dinding sambil memeluk lututnya.Ameera teresak- esak ketakutan.Apatah lagi memang dah masuk waktu senja , dan dia masih lagi berada di tandas.Tempat di mana ' mereka- mereka' ini gemar diaminya.

       Arman tak mampu berbuat apa- apa kini.Dia tiada niat untuk menganggu gadis itu , dia juga terpaksa.Dia perlukan bantuan gadis itu.Hanya dia yang boleh ' nampak' akan dirinya.Kak Elly juga tak bisa nampak dirinya.Jadi bagaimana? Kalaulah wanita ayu itu boleh lihat , dah lama dia minta bantuannya! 

       Arman paham mengapa Ameera bersikap pasif .Ameera dah lihat wajah sebenarnya.Siapalah yang tak terkejutkan ? Wajah ngeri begitu ! Tapi , aku tak pinta semua itu ? 

       " Cepatlahh! " gumam Ameerul Husny semakin tak sabar.Lif pula bagaikan sengaja bergerak lambat.Ameerul tak menyedari ada ' sesuatu' sedang mengikutnya dari luar tadi.' Sesuatu' yang menumpang bersembunyi tatkala azan maghrib mulai kedengaran dari arah masjid jamek Kuala Lumpur.

        Ting ! Akhirnya pintu lif terbuka jua , Ameerul terus meluru masuk ke dalamnya.Punat nombor 4 terus ditekannya.Hatinya makin tak sedap ,bagaikan ada sesuatu buruk sedang berlaku." Husna , apa yang telah terjadi pada adikku ?," soalnya memegang dada.Bukannya dia tak tahu, lewat kebelakangan ini Ameera Husna bagaikan ada masalah .

       " Ya Allah , kau tolong selamatkan adik aku " Doanya .

        " Abang...!! Angkatlah bang...," rayu Husna terketar- ketar .Sempat jua dia menyeluk ke dalam tas , lalu telefon pintar jenama vivo s5 di tarik keluar .Ulangkali nombor yang sama ditekan untuk panggilan.

        Dari jauh Arman melihat seseorang sedang berlari ke arahnya iaitu tandas.Wajahnya pula seakan mirip gadis yang dalam kesusahan itu.

         Makhluk-makhluk berwajah buruk semakin nakal menganggu jiwa gadis itu.Ameera Husna telah habis daya.Dia hanya mampu tunduk dan menekup wajahnya ke kepala lutut .

          " Ameera ! Ameera ke tu ?" 

          " Abang Ameerul? " 

          " Ameera Husna ! Husna ! Abang ni ! Bukak pintu ni ? Kenapa di kunci ? " 

         " Abang ...!! Tolong Husna bang ..!! Husna takut! " Teriak Husna pada pintu sambil terduduk." Macamana abang nak masuk ? Pintu berkunci ..." 

         " Husna tak kunci bang ! Husna terkunci ! " 

         " Sabar ! Abang cuba buka..

! " Ameerul Husny meraba poket seluarnya lalu dawai keychain dia luruskan sebelum di masukkan ke lubang tombol pintu.Arman pula jenuh cuba memegangnya namun hampa .Dirinya umpama angin lalu .

        KLik ! 

" Abang....! ," laung Ameera terus menerkam tubuh Ameerul Husny lalu di dakap dengan erat sekali.

       Ameerul hampir tumbang .Keketaran pada tubuh adiknya itu dapat dia rasai dan de ngari melalui bunyi gerakan giginya yang bergesel kuat antara satu sama lain.

       " Sshhh...Jangan takut dik, abang ada ni .." 

       " Husna call abang nape tak jawab ? "

       " Phone abang tinggalkan dalam kereta , yela jenuh abang call Husna tadi...Tapi engage je..." 

       " Husna tak call sesiapa pun bang ...." Ujar Husna sambil merenung Arman yang muncul kembali .Sedangkan segala jelmaan lain kini menghilang.

       " Husna ni kenapa sebenarnya ? Sejak akhir- akhir ni abang dapat rasakan Husna dah lain..." 

       " Abang ....Kalau Husna cakap , Husna di ganggu abang percaya tak ? " 

       " Tapi siapa ? " 

       " Gangguan ini bukannya datang dari manusia " 

       " Maksud Husna apa ? Hantu ? Bukannya abang tak mahu percaya tapi zaman milenia ini ada lagi ke semua ini ? Nonsense lah...! Husna ada stress apa- apa tak ? Kerja ke ? Boyfriend ke ? " 

        " Abang ! Jomlah kita pergi dari sini pleaseee.." pinta Ameera Husna tatkala 'muncul ' pula jelmaan lain selain Arman .Ameera Husna rasa ingin sahaja dia butakan matanya ini kerana sudah tak tahan hadap semua benda ini.

        Semua ' benda ' yang dia nampak , semuanya bertindak bukan- bukan padanya.Hanya Arman, ya roh seorang lelaki yang bergentayangan itu.Hanya dia yang tak ganggu emosinya walaupun kehadirannya itu sedikit , sebanyak menakutkan Ameera Husna.Yang menyelamatkannya adalah wajahnya yang tak menakutkan.Tak pernah bertindak kasar seperti mahu mencekik atau apa sahaja aksi .

       Ameera Husna masih lagi tidak mahu melepaskan tangan abangnya itu selagi mereka tidak keluar dari tingkat itu .Lagi sekali Ameerul Husny rasakan lif bergerak lambat.Dalam masa yang sama Ameera tahu roh lelaki berkemeja yang ada kesan darah itu masih lagi mengekorinya.

       Liar matanya melihat belakang jika ada sesuatu .Namun ,yang ada hanya Arman.Lelaki itu perlukan pertolongannya .Tapi bagaimana ? Dia manusia bagaimana mahu menolong hantu ??? 

       Pelik kan ? Memanglah dia boleh nampak hantu ! Tetapi..




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
BAB 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Instagram @ilhamkarangkraf
  Terhangat di Grup Buku